Selasa, April 8

    cuti punye cerita.

    salam semua... minggu lepas (hari khamis) nenek topek telah kembali ke rahmatullah. sedih yang teramat rasanya kehilangan orang yang tersayang. tetapi apa boleh buat, Allah SWT lebih menyayangi dia. mohon jasa baik kawan2 semua untuk sedekahkan Al- Fatihah untuk nenek topek. -Al fatihah-

    kalau nak ikut jadual cuti seminggu ni, hari sabtu yang lepas topek nak berjalan ke KL. tetapi keadaan ketika itu tidak mengizinkan topek untuk pergi ke sana. so, terpaksa batalkan perancangan untuk sabtu tu. sama juga dengan hari ahad yang lepas. terlepas 2 hari dalam jadual. reda jer la. -tamat-

    07-09hb punya cerita.

    cuti pertengahan semesta telah pun bermula. "ringan" rasanya masa cuti ni sebab kurang skit keje rumah. sebenarnya sekarang ni fikiran topek tgh bercelaru dengan pelbagai masalah. penat pun ada. tp semua tu lumrah la bagi seorang pelajar. sepanjang 4 hari yang lalu, topek sedang buat satu research tentang "pembangunan sebuah anti-virus." walaupun x termasuk lagi dalam modul pembelajaran topek, rasanya tidak salah untuk topek mempelajari bagaimana satu anti-virus itu dibangunkan. bila fikirkan, memang pening jugak la sebab tak ada pendedahan awal berkait dengan pembangunannya. semuanya kene cari dalam internet. hope kalau ada sesiapa yang dapat tolong topek berkenaan dengan ni, sila2 la komen pada topek. topek teringin sangat nak tau.

    semalam, topek agak terkejut apabila henset topek di penuhi dengan mesej2 yang merapu, lawak, dan macam2 lagi la. daripada rakan2 lama topek. bukan saja dari rakan, malah, dari orang yang tidak dikenali pun masuk dalam henset topek. pelik jugak... kenapa la diorang semua ni. rupenye diorang masing2 nak abiskan ............s.m...s.. free. ish3... kesian topek tgk. ada juga kawan topek yang dulu langsung x pernah contact topek... tetapi semalam, mesej dia sampai ke topek. uik?? hairan. baru semalam la dia tanya kabar topek.terlintas dalam hati "mimpi ape plak budak ni msj aku hari ni??, rindu kat aku la ni" kekeke.... topek pun balas la msj dia. kalau x balas, katanya nanti topek ni sombong la plak. dah lupe kawan. cian...

    pagi tadi, topek sibuk siapkan e-resume topek menggunakan perisian adobe photoshop. sebenarnya e-resume ni adalah mini projek topek untuk subjek grafik. nanti bila sampai masanya, letcurer suruh seorang demi seorang membentangkan e-resume masing2.
    alhamdulillah, setakat ni sudah hampir 50% dah siap. tu baru "basic"nya. topek nak tacap lagi e-resume topek tu. kasi gempaq skit. baru la gah!! orang kate... cewah!! berangan jer. kekeke... petang ni nak siapkan lagi skit. nti bleh la lihat hasilnya. :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie