Sabtu, Ogos 23

    Status Pengesahan!!

    Baru sebetar tadi topek membuka e-mail Yahoo topek dan dapat e-mail pengesahan status berkenaan dengan "search engine" yang baru topek add semalam.



    Alhamdulillah, pengesahan telahpun di terima dan "search engine" tu akan berfungsi sepenuhnya (harap2 begitu la). "Gajet" tu saja topek letak untuk memudahkan pencarian entry - entry sebelumnya yang tidak sempat untuk anda baca selain daripada mencari melalui label. Melalui "search engine" ini, anda boleh mencari entry - entry yang terdahulu yang terdapat di blog topek menggunakan "keyword" tertentu seperti tajuk entry tersebut.

    Update!!

    Topek juga telah memperkemaskan "Friend link" topek yang terletak di bawah seperti ini :



    tu jer untuk hari ini :D

    Jumaat, Ogos 22

    Upgrade Blog

    Setelah hampir 1 minggu topek "menggodek" coding template ni, akhirnye topek dapat membuat beberapa perubahan antaranya :

    1. Menu Di Atas.



    menu lama.

    dulu ada jarak diantara menu2 tu. so, topek dah rapatkan ianya sekali semua menjadi begini



    pecah pale gak la nak cari codingnye... huhu...

    2. Search Engine


    ni la dia (lebih kurang cam search engine jugak la)


    yang ni plak, masih dalam peringkat percubaan lagi ni. topek pun lom try ke"berkesanan"nya lagi. kalau ada apa - apa, just inform pada topek, ok??


    satu lagi (kat banner topek)


    ni pun still dalam peringkat percubaan lagi... entah jadi ke tak, x tau.. try la yer.. kalau ada masalah, inform kat topek.

    3. Alert Box (Contact Me!!)


    ni la dia... Alert Box (Contact Me!!)


    saje topek letakkan supaya lebih "kemas" apabila di lihat... cewah!! iye ke?? hehe... supaya dia keluar popup begini rupa :




    Sekian saja untuk hari ni..

    Khamis, Ogos 21

    Keychain

    Alhamdulillah, akhirnye sampai juga keychain ni ke tangan aku. nasib baik pakai pos Express, gerenti punye sampai ke tangan. kalau pakai pos biasa, entah sampai ke tidak, tak tau la.

    Sebenarnya hari isnin yang lepas, topek "order" keychain Msjbox dgn abg fysal, dan abg fysal pun dah bagi no. akaunnya pada topek untuk membuat pindahan wang. segalanya berjalan dengan lancar.

    Pada hari yang berikutnye (rabu), seorang Posman datang kat rumah topek dan bertanyakan sesuatu "ni rumah mohd taufik ke?? ada surat ni.." tanpa topek membuang masa, topek terus menjawab "Ya!!, sebentar ye.." lalu aku pun menghulurkan tangan mengambil surat berkenaan daripada posmen tu.




    pada mulanya topek ingatkan siapa la yang anta surat ni, bila tengok nama di belakang, dari abg fysal. bukak - bukak jer surat tu ada keychain.



    Alhamdulillah, sampai juga ke tangan topek. semuanya ada 5 (seperti yang topek order)





    Tgk la, x menang Jari topek nak pegang sumernye.. hehe.. apapun, terima kasih buat abg fysal. "thanx abg fysal".

    Rabu, Ogos 20

    Template Lama Kembali!!

    Fuh!! lega topek, akhirnya template lama yang topek gunakan sekarang ni sudah dapat Backupnya. Pada mulanya putus harapan juga la topek dibuatnye nak mencari code template ni, tetapi kesabaran dan usaha yang topek buat, membuahkan hasil. :D

    Sebenarnya banyak lagi yang topek nak Add-On dalam template ni bagi nampak menarik dan topek nak "Arrange" balik semuanya dalam ni. kalau la topek dapat ubahkan "Color"nya menjadi putih or what Ever color, mudah topek nak buat proses "upgrade" plan B topek. :D

    Apapun, syukur alhamdulillah kerana dapat balik template ni.. (just buat backup) untk masa akan datang.

    p/s : bila layout dah menarik, proses upgrade "Domain" pula akan topek lakukan.

    Isnin, Ogos 18

    Avatar baru

    Saje nak post gambar avatar baru topek. x tau nak cerita apa hari ni.




    hehe... gambar ni topek ambik masa lepas presentation kat kelas (muka lega). pergh!! sampai kering tekak jugak la wat presentation, sambil nak terangkan kat kawan2. apapun... presentation group topek dah selesai. hehe.. sekarang ni bizi plak nak wat mini projek.. adeh!! pening pale topek dibuatnye... huhu..

    p/s : walaupun bizi, topek akan luangkan masa sedikit untuk update blog. (bergantung pada wireless kat asrama la..)

    Jumaat, Ogos 15

    Dapat award lagik!!

    Thanx for kak shayz sebab bagi 1 lagi award tuk topek.. huhu... 1 bulan = 2 award, kalau setiap bulan macam ni, boleh naik "ranking" kekeke.. cewah!!...



    ni la awardnye... (ture friendship) thanx sekali lagi :D

    p/s : topek entah bile la nak bagi award kat orang ni... orang dah bagi award kat topek... huhu...

    Selasa, Ogos 12

    Kene Tag

    Dalam tahun 2008 ni, ni la baru kali pertama topek kena tag, x macam tahun 2007 yang lepas. ramai juga la yang tag topek. apapun terima kasih la pada kak shayz... jadi orang pertama yang tag topek dalam tahun 2008 ni. :D


    1st time naik kapal terbang??
    err... bila yerk?? x ingat la... owh!! dalam mimpi pernah ler... kekeke :p

    1st time beranak??
    lorr?? topek lelaki la.. mana boleh beranak?? -out of service- kekeke

    1st time gi overseas??

    x pernah pun dalam hidup topek. huhu...

    1st time duduk jauh dari family??
    x pernah lagi la.. dapat poli pun dekat jer... kat sabak bernam.

    1st time kerja??

    tahun 2006, mase tu lepas SPM. keje kat kedai makan :D

    1st time rasa diri gemuk??
    masa kerja la... maklum lerr... melantak time tengah malam. hehehe.. :p

    1st time bercinta??
    sekolah rendah masa darjah 4. keke...

    1st time rasa diri cantik??

    topek dari dulu memang "cantik"... hehehe siapa nak puji selain dari diri sendiri. betul x??

    1st time masuk cinema??
    masa topek tingkatan 2, tahun 2003 kalau x silap. pergi dengan kawan topek tengok cerita "Hulk"

    1st time admitted in hospital??
    entah lerr... topek pun x ingat la... huhu...

    sekian jer dari topek... -TQ-

    update!!

    topek baru jer dapat award ni daripada kak e. huhu... terharu rasanya dapat award ni sebab sebelum ni x de 1 pun award yang topek pernah dapat. Jutaan Terima kasih topek ucapkan pada kak e kerana sudi menganugerahkan award ni pada topek.

    ni la awardnye :



    terima kasih sekali lagi topek ucapkan.

    13 Ogos :

    topek dapat award yang sama daripada Ien plak... thanx ien. :D

    Isnin, Ogos 11

    upgrade blog

    Telah 99.6% siap di upgrade..

    admin - topek -

    Ahad, Ogos 10

    Belajar Melukis dengan Adobe Illustrator

    Hari isnin yang lepas, topek baru jer belajar melukis menggunakan perisian adobe illustrator. Software ni topek tau lama da... cume x reti sgt bagaimana cara penggunaannya yang betul. hari tu, letcurer topek telah menunjukkan cara penggunaan software tu dengan betul.

    sebenarnya, perisian ni topek gunakan dalam modul semesta 2 topek iaitu penerbitan desktop. sem lepas dalam modul komputer grafik, topek telah gunakan adobe photoshop. kiranya sem ni adalah kesinambungan daripada sem lepas la... sebab melalui adobe illustrator ni, kita boleh buat "bisness card" ,"kad jemputan" dan mcam2 lagi la. (kata lecturer topek tu la.)

    dengan masa 2 jam dalam kelas, topek dan kawan2 pun memulakan "draw". dan inilah hasil kerja topek :D



    ataupun anda boleh lihat hasil kerja topek ni dengan mendonloadnya pada link di bawah ni :

    Sabtu, Ogos 9

    Drama sem 2

    Sebenarnya x tau nak cerita apa dalam posting baru ni. cuma topek ingin kongsikan video drama yang topek dan kawan2 topek lakonkan dalam modul BI beberapa hari yang lepas. drama yang simple dan spontan tanpa menggunakan skrip.

    hari rabu, dalam modul BI topek dan kawan2 ada buat satu drama pendek. the love story... drama ni x pakai skrip dan kami kena berlakon dalam masa 5 minit, dan cakap ikut situasi. skrip buat sendiri.




    semoga terhibur :D

    Isnin, Ogos 4

    Upgrade PC

    Setelah KPTM keluar, ini lah masanya nak upgrade PC untuk kegunaan diri sendiri. nak upgrade pakai duit sendiri, entah bila la.. topek telah membelanjakan hampir Rm500 untuk Upgrade PC topek.

    barang - barang yang topek telah upgrade :

    1. Buffalo Wireless G 125 adapter




    ni la dia "pendrive" wireless .






    kecil lagi molek. muehehe...






    dah pun siap pasang kat belakang PC. tinggal nak install "Driver" sahaja.

    2. Dell 17' monitor & Acer Multimedia Keyboard



    setelah menunggu hampir 5 tahun, akhirnya dapat juga tukar monitor.. pada mulanya nak ambik yang "screen leper" punye... tp memandangkan tiada bajet... CRT pun jadi la... 17 inci tu. besar gak la... main CS pun syok... muehehe... :D

    dan satu lagi benda yang topek "upgrade" adalah "Acer Multimedia Keyboard." yang di lengkapi dengan "Function" multimedia seperti button play, next, zoom in dan out, dan pelbagai lagi function yang terdapat pada keyboard tu. Dan, topek ada add beberapa lagi hardware PC untuk "maintenance" supaya PC terjaga dengan rapi.
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie