Ahad, November 30

    Tag dan Award

    Saja jalan - jalan kat blog kawan - kawan yang lama x jguk tadi, masuk blog kak elly, tengok nama topek telah di tag. seb baik la x panjang sgt tagnye. sebelum2 ni ada gak yang tag topek. tp time tu topek bz sgt. kalau on9 pun utk release tension. topek mintak maaf sgt2 pada mereka yang tag topek, tapi topek x jawab tag diorang. minggu depan topek da start exam... so doakan kejayaan topek.

    ok la... tanpa membuang masa, topek jawab tag ni dan ini la jawapan dari topek:




    1.Letakkan Gambar Di Atas Dalam Entri Anda.
    ok... settle.

    2.Nyatakan Kod Etika Blog Anda.
    Kod etika? x da lagi dalam blog topek ni. cume apa yang topek harapkan pengunjung - pengujung blog topek ni menggunakan bahasa yang tidak sakitkan hati mana - mana pihak. bila kita baik, orang pun suka kat kita. betul x??

    3.Tag 7 Orang Rakan Anda.
    alamak... yang ni topek x dapat nak "laksanakan." minta maaf la.


    update!!: topek tgk ramai yang x leh load file flash ni, susah gak yerk?? mintak maaf byk2 yang dapat nak tgk award aku ni. maybe browzer x leh load file flash ni kot. ok la... topek pun dah siapkan download link award ni untuk korang simpankanya.


    p/s: boleh ke aku score dalam exam kali ini?? sama seperti yang aku score dalam semesta satu yang lepas?? huhu...

    Sabtu, November 29

    Bina Website Sendiri

    Dah lama aku idam - idamkan nak buat webiste sendiri. tapi, ilmu yang aku ada dan pengalaman "Management" yang sedikit agak sukar bagi aku nak merealisasikan impian aku. x pe la... sedikit demi sedikit aku kena blaja dari sesuatu benda yang baru. dari situ, pengalaman dan ilmu akan bertambah.



    sebenarnya dah lama aku idamkan nak guna Joomla ni... nak rasa gak sesuatu benda yang baru. banyak orang cakap pakai joomla ni bagus... so, dari suggestion lecturer aku dan support dari rakan - rakan, aku cuba berjinak - jinak nak gune joomla ni.

    p/s : siapa yang pernah guna joomla ni?? aku perlukan bantuan dari korang nak gune bende ni.

    Jumaat, November 28

    Dapat Award Lagi!!

    Hari ni tiada apa yang nak topek cakap dalam entry baru ni, sebab x sempat nak tulis story... online ni pun sekejap jer bagi "load" award - award yang diberikan pada topek.


    ni award dari kak lawa.. thanx kak.:D kreatif ke topek?? hehehe..


    dan satu lagi...



    ni plak award dari kak ryan. thanx kak... :D



    Terima kasih pada yang memberikan award ni pada topek. x tau nak bagi apa kat korang sumer. ada tu, ada juga la... tp tunggu la dari topek. minggu ni bz skit la pasal nak exam, so... thanx sekali lagi.

    p/s:Bila aku lak nak bagi award aku kat orang ye?? huhu...

    Ahad, November 16

    Pokok Krismas

    Siapa sangka, dengan menggunakan adobe illustrator sahaja anda mampu membuat sepohon pokok krismas yang agak cantik mengikut kreativiti anda sendiri. sebenarnya pokok krismas tu adalah salah satu lab work topek. lecturer bagi tutorial, dan kiteorang buat sendiri. ni la hasil kerja topek.


    pokok krismas yang topek hasilkan gune adobe illustrator


    kalau korang buat, aku percaya... korang boleh buat lebih baik dari aku punye ni. saja aku nak share gambar ni dengan korang. :D

    Sabtu, November 15

    Latihan Industri

    Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk semesta 2 ni berakhir dan semesta depan, aku akan menjalani latihan industri OR (LI) OR Praktikal (mana2 pun boleh). Tempat pun aku dah dapat, tinggal tunggu hari melapor diri jer. Huh!! Kurang skit beban semesta 3 ni (ye ke) sebab duk rumah, tiada lagi peraturan asrama yg perlu dipatuhi. Cuma peraturan IPT jer kene ikut. Sebab bila kita praktikal, kita membawa nama IPT tu kepada syarikat tempat kita praktikal.(kira cam duta kecil la) so, hubungan tu nak kena jaga. Biasa la tu.

    Sebelum kiteorang menjalani praktikal or latihan industri, setiap seorang pelajar di bekalkan dengan buku log harian latihan industri dengan buku panduan menulis laporan latihan industri.



    Buku Log dan Buku Garis Panduan menulis Buku Laporan LI





    Ni la bendenya..setiap hari nak kene isi benda ni. Lecturer cakap, "buku ni ibarat diari la. Setiap hari nak kene tulis. Tulis dalam point jer. X payah panjang lebar" katanya. Ok la tu, yang merisaukan aku, cume bab menulis buku laporan. Sumenya nak kne ikut format. Salah format, buku laporan kene reject. Fuh! pedih! Nak buat bru tu yg sakit skit. Erm.. tak tau la cam ne nanti.

    p/s: agak2nye nanti, macam mane la aku LI nti kan? huhu..tunggu la story dari aku.

    Jumaat, November 14

    Revolusi Gambarku

    Saja nak berkongsikan gambar2 final projek aku dalam modul "Desktop Publisher." Dalam projek ni, lecturer mintak kami edit gambar sendiri menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Dan ini la hasilnya bile aku edit gambar aku menggunakan software2 yang disebutkan tadi.



    yang ini adalah gambar asal


    gambar asal ni (pada muka aku la) nampak macam x "cantek" jer sebab byk "kawah", then, gambar pun nampak cam gelap jer. so, bile aku edit dalam photoshop, sumer "kawah2" tu licin aku "kerja" kan... dan sedikit "contrast" aku berikan supaya nampak terang skit.


    tgk la wajah ku yang licin ini... (edit dalam Photoshop) cayak x?? hehehe... :p




    gambar edit dalam Illustrator



    yang ni plak gambar yang asal tu, aku "tekap" masuk dalam Illustrator, melukis la dalam Illustrator tu. macam x de rupe aku jer gambar yang ni kan... hahahaha...
    apapun ni la final projek aku dalam modul "Desktop Publisher." dan ada lagi sebenarnye. buat poster la, tiket konsert la dan majalah. tp malas la nak publishkan. aku ni x de bakat sgt dalam bab lukis & Design ni.

    Sabtu, November 8

    Command Prompt

    Bagi yang "pakar" dalam komputer, command prompt ni bende yang x asing lagi bagi mereka. betul x?? ni adalah contoh interface command prompt bagi windows XP.



    bagi sem ni, bukan setakat command prompt Windows sahaja aku belajar, termasuk la sekali dengan command prompt bagi linux. so, sepanjang kelas "Operating System", memang x lepas la dari buat command2 ni. bagus gak sebab cara ni boleh buat sesuatu perkara dgn menggunakan command tertentu.

    p/s: bagi yang pro bab command prompt ni, korang leh bantu aku x??

    Jumaat, November 7

    ReUnion Classmate

    Inilah julung kalinya aku membuat Reunion untuk Classmate aku form 5 Amanah SMK Dato' Harun pada tahun ni. Sebelum ni memang bercadang nak buat, tetapi ketika itu masing2 (kawan2) berada jauh di perantauan. So, agak sukar sedikit utk "menjemput" mereka ke Majlis Reunion.

    Beberapa hari yang lepas, aku telah "contact" beberapa orang classmate aku, dan aku telah memberitahunya tentang perkara ni. diorang pun x kisah... "ON" jer. So, Senang skit keje aku. Berikut adalah "Jemputan" Reunion tersebut

    Majlis Reunion 5 Amanah 08

    Tempat : akan di bertahu kemudian
    Lokasi : Tg. Karang, Selangor
    Tarikh : -

    dan aku pun dah buat satu kad jemputan khas untuk korang (kawan2) so, korang leh donload kad jemputan ni yang berformat .pdf

    Sabtu, November 1

    Anugerah Ketua Jabatan

    Sebenarnya, dari minggu lepas lagi topek nak update cerita ni... tp x sempat plak. Waktu tu (kat poli) ada majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi pelajar - pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas dan topek ialah salah seorang daripadanya. rasa teruja sangat sebab ni la pertama kali topek dapat anugerah cam ni.. best!!





    posing dengan scroll Anugerah



    Anugerah ni adalah hasil kerja keras topek masa semesta satu yang lepas dan semesta ini baru diraikan. ibu dan bapa pun dijemput hadir untuk melihat anak2 mereka dapat anugerah ni.. huhuhu... Syukur sgt.




    Dengan classmate topek yg dapat AKJ




    Promote beg AKJ with scroll. hehehe..

    ok la... topek malas nak upload banyak2 gambar kat sini... nak tgk album penuh klik kat sni

    View photo Album

     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie