Isnin, Julai 27

    Perubahan Cover Ebook (tutorial) - infoit.mtaufik.net

    2 hari yang lepas, aku cuba membuat "searching.." di internet untuk membina cover pada Ebook. hampir 3 jam juga aku mencari dan berkat kesabaran aku, akhirnya aku jumpa juga apa yang aku cari. Tidak cukup dengan itu, seletah selesai saja aku mendownloadnya, aku pun terus mencuba tanpa kenal erti penat untuk menghasilkan ecover aku dan inilah hasilnya...



    menarik bukan?? jadi, bagi sesiapa yang sudah download ebook aku di infoit.mtaufik.net mengenai format PC menggunakan Pendrive tu, korang boleh update ebook tersebut di page yang sama. dan ebook2 yang akan datang juga aku akan update dengan ecover macam ni.

    P/S: hari khamis ini proses pendaftaran untuk Semesta Akhir aku di poli. jadi, mungkin aku akan tinggalkan blog ini buat seketika waktu sebelum aku dapat masa untuk updatenya.

    Khamis, Julai 23

    Kenangan 2005

    Malam tadi, saja aku belek - belek kembali gambar kenangan aku dari aku kecil sampai la aku besar. rupanya, banyak juga perubahan yang berlaku pada diri aku ni. dari segi fizikal, memang ketara sangat. terasa 'chubby' la pulak aku ni. hahaha...

    Namun, bukan la perkara ini yang ingin aku sampaikan. Sebenarnya aku teringat semasa zaman persekolahan aku di tingkatan 4 (tahun 2005), sekolah aku telahpun mengadakan hari Usahawan dan Simbiosis. Sambutannya amat meriah daripada Ibu bapa, orang luar (kampung) dan juga guru - guru. terdapat pelbagai gerai yang dikendalikan oleh pelajar sendiri, persatuan, dan juga guru - guru sekolah aku. Aku turut tidak ketinggalan "joint" sama.


    Cuba teka, yang mana satu aku??

    Yang paling tidak boleh dilupakan adalah perbarisan Kawad Kaki yang diwakili oleh Kadet Remaja Sekolah untuk menyambut kehadiran YB Shamsudin Lias. (harap betul la yerk ejaannya). Ketika itu, aku pun turut sertai perbarisan tersebut. Kerana mendapat Amanat daripada Guru Penasihat KRS ketika itu. Kalau anda hendak melihat Suasana Perbarisan Kawad kaki tu, bolek klik kat Link ini ---> Lihat Galeri

    Rabu, Julai 15

    Siap Sepenuhnya

    Alhamdulillah, Akhirnya WordPress (info IT) aku telahpun siap sepenuhnya. dan aku harapkan ianya nanti tidak membawa masalah kepadaku dari segi kelancaran 'loading page' dan juga dari segi beberapa aspek lain. dah penat aku melayan masalah server aku ni.


    Paparan depan mtaufik.net


    Anda boleh la layari WordPress (Info IT) aku di alamat www.mtaufik.net
    dan klik Laman Utama

    Ahad, Julai 12

    Windows 7 (Part 2)

    seperti yang aku janjikan dalam entri yang lepas mengenai windows 7, dalam entri ini aku akan tunjukkan beberapa antara muka yang aku sempat 'screen shot'kan untuk entri ini. Masuk hari ini, sudah genap 3 hari aku menggunakan Windows 7 sebagai Sistem Pengoperasian Utama dalam komputer aku selain daripada Ubuntu Linux. benarlah kata beberapa pengguna Windows 7 ini bahawa Windows ini lebih 'better' berbanding windows Vista yang sekarang masih 'hangat' dipasaran.


    antaramuka Desktop PC aku


    bagi yang menggunakan Vista, pastinya tidak ada masalah dengan persekitaran dan juga function2 tertentu jika anda mengupgrade Sistem Pengoperasian Anda kepada Windows 7 kerana ianya menyerupai Windows Vista. Bagi aku yang baru upgrade dari Windows XP ke Windows 7 ini, agak sukar sedikit untuk memahami persekitarannya.


    antaramuka 'basic information'



    Lihat, driver PC yang cukup untuk melancarkan sistem pengoperasian ini
    (Untuk driver Graphic atau VGA dan juga sound, aku menggunakan driver Windows XP)

    Jumaat, Julai 10

    Windows 7??

    pastinya ada yang tidak percaya, spesifikasi PC serendah aku mampu menggunakan Windows 7. (Windows Original tau) yang baru aku dapatkannya pagi tadi daripada bos tempat aku praktikal hari tu. Aku memintanya untuk membuat satu salinan for Windows 7 dan aku telahpun men'copy'nya pagi tadi. tanpa membuang masa, aku terus sahaja menginstallnya pada PC aku. Pada mulanya aku ingatkan ianya tidak support sebab spesifikasi PC yang rendah, tetapi akhirnya proses penginstallan berjaya dengan sempurnanya.Aku x sempat nak screenshotkan desktop enviroment pada PC aku tu. InsyaAllah aku akan Postkan dalam entri berikutnya.

    Sekarang ni proses meng'godek' Windows baru. Jadi perlukan masa skit nak menggodek bagi mengenali windows baru ni. yang paling bestnya, tak perlu pening - pening kepala nak cari driver PC aku tu untuk Windows 7. pakai driver XP pun dah boleh guna (install secara manual). So, PC aku tu dah ber'sound' la.



    update: Temu duga untuk latihan Industri semalam telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Report aku telahpun diterima mengikut kehendak pihak Jabatan aku. Lega rasanya sebab dah lepas temuduga. Cuma yang tinggal sekarang adalah... Menjilidkan report LI aku tu.

    Rabu, Julai 8

    70% Siap!

    Alhamdulillah, hasil kerja aku selama 4 hari tanpa mengenal penat lelah, akhirnya laman web mtaufik.net hampir siap sepenuhnya. Welcome page untuk laman web ini aku telah siapkan dengan aplikasi 'Flash' yang aku buat khas untuk laman web itu. Jadi bagi sesiapa yang ingin lihatnya, anda perlulah menginstall 'adobe flash player'. jika anda masih belum mempunyai adobe flash player, anda boleh download perisian itu diakhir post ini nanti.(satu link akan aku berikan.)

    Sebenarnya aku tidak dapat memberikan penumpuan sepenuhnya dalam blogging ini dalam 2 - 3 minggu yang lepas kerana menyiapkan laporan LI aku. dan esok pula, ada temu duga untuk sesi Latihan Industri bagi Jan 2009. waktu aku adalah pukul 11.00 pagi, dan aku harapkan agar temuduga ini akan berjalan dengan lancar. Cuak pun ada juga ni.

    ok la.. untuk mendownload perisian adobe flash player bagi versi firefox, sila ikuti link ini --->

    Download Here...

    adobe flash player
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie