Rabu, Ogos 29

    lagu sempena merdeka 07 (50 thn)

    semoga terhibur...!!


    Malaysia Baru

    Andai hidup tak punya cinta
    Pada bangsa maupun wanita
    Hidup tak punya ertinya
    Kenikmatan tidak dirasa

    Cinta bangsa rasa mulia
    Cinta wanita rasa bahagia
    Menjadi kita penuh daya
    Mencipta hidup sempurna

    ( korus )
    Andai kita lalai sertalah lupa
    Masa akan lari sia-sia
    Jiwa kosong tak berharga
    Dunia bukan syurga

    Oleh itu mari kawanku
    Berpimpin tangan berganding bahu
    Segera capai cita yang satu
    Di alam Malaysia baru

    ( ulang dari korus hingga akhir )

    Jumaat, Ogos 24

    im back (2)


    seronok rasanya dapat kembali berblog semula. selama ketiadaan aku disini, banyak ilmu2 yang telah aku pelajari ketika itu. walaupun aku terpaksa berhadapan dengan virus demam. aku kuatkan semangat aku untuk terus kehadapan. kegembiraan aku terpancar ketika aku berada di genting highland, sempena majlis gala konvensyen. 2 hari 1 malam aku berada di sana. bukan setakat majlis gala sahaja... sesi motivasi bersama dengan seorang yang tidak asing lagi, iaitu ust farid ravi.. dengan topiknya "perniagaan dalam islam" membuatkan aku tertarik dgn motivasi tersebut. aku juga sempat merakam, apa yang telah disampaikan ust tersebut, leader2 aku yang banyak bagi kata2 semangat. terima kasih ku ucapkan kepada mereka semua. aku rasa, dikalangan mereka semua, aku la "insan" yang paling "kecil" dalam group mereka semua. sementah umur 17 tahun dah menceburi bidang perniagaan. aku rasa.. banyak lagi yang perlu aku pelajari daripada orang2 yang telah berjaya dan aku harap, diorang dapat membimbing aku kearah kecemerlangan.

    ----------------------------------------tamat----------------------------------------



    sungguhpun begitu, aku x lupa satu perkara. lagi beberapa hari saja lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-50.



    dan aku harap, semoga kemerdekaan yang ke-50 ini, hargailah pejuang2 kemerdekaan yang masih hidup dan kenanglah pada mereka yang telah terkorban. tanpa merdeka dulu... tiada merdeka sekarang yang kita kecapi hari ini.

    Ahad, Ogos 19

    i'm back!!!

    harap maaf kepada semua rakan2 blog ku semua. sepanjang ketiadaan aku, banyak peristiwa yang telah berlaku pada diriku. walaupun pada mulanya aku hendak tinggalkan blog ni dalam jangka masa yang panjang kerana beberapa masalah, tetapi aku tidak dapat menahan "rinduku" pada blog yang ber URL:http://diari-hidupku.blogspot.com ini, aku online juga. kerana semangat, aku masih disini.. ni adalah coretan beberapa peristiwa yang telah berlaku pada diriku sepanjang ketiadaan aku di blog ini.


    1."DEMAM!!"

    pada mulanya hanya adikku yang bongsu yang kena demam ni. entah macam mana pula, aku pun turut terkena "tempias" adikku. pada masa tu, aku telah tinggalkan blog ni sudah 3 hari. tapi, yang hairannya... bukan aku saja yang kena "tempias" demam adik aku ni, satu rumah kena. dan jangan terkejut... semua "ahli" dalam rumah aku kena pada hari yang sama. dalam semua yang kena demam tu, alhamdulillah... aku adalah orang yang pertama yang sembuh awal. syukur alhamdulillah... selepas tu, seorang demi seorang sembuh dari virus demam tu.

    2. meet dengan bro Izali (izalifa.blogspot.com)

    sebenarnya aku pun x sangka dapat berjumpa dengan bro Izali ni. ye la... selama ni kenal pun kat blog jer... x sangka pula kampung ibu mertua bro Izali ni satu kampung dengan aku. sebelum tu bro Izali inform aku awal. dia anta msj kat aku mengatakan yang dia telah berada di sungai sireh, tanjong karang.. di rumah ibu mertuanya. ni la gamba kenangan aku dengan bro Izali.




    thanx yerk bro Izali, susah2 jer malam2 sediakan makanan untuk topek.


    3. amanat aku.

    sepanjang ketiadaanku, aku telah memberitahu kepada kak umie supaya tolong tengok2kan blog aku ni. ye la... kesian blog aku ni... x de siapa nak "menjaganya" semasa ketiadaan aku. terima kasih ku ucapkan kepada kak umie yang sanggup tengok2kan blog topek ni. walaupun x de en3 baru, x pe la.


    4. majlis gala konvensyen di First World Hotel di Genting Highland.

    ni la kali pertama aku jejakkan kakiku ke genting highland. feeling yang begitu "excited", naik kreta kabel yang begitu tinggi ketinggiannya, langsung x de rasa gayat langsung. seronok giler... dan untuk pengetahuan korang semua... ni la kali pertama aku jejakkan kaki ke genting highland. aku sempat mengupload gambar2 aku yang aku "tangkap" menggunakan mp4 aku, dan ada sebahagian gambar2 lain aku "tangkap" menggunakan kamera biasa (kodak).


    Selasa, Ogos 7

    pergi menghilang!!





    aku pun x tau bila aku akan kembali... mungkin seminggu, sebulan, 2 bulan, aku pun x tau... jiwa aku pun x tenteram ni. izinkan la aku pergi... aku mohon ampun...

    Ahad, Ogos 5

    "mode" baru berwajah "classic"






    pastinya anda semua tertanya2, kenapa blog aku ni bertukar wajah. ok la... "let me explain about it." sebenarnya agak susah juga untuk aku memahami blog versi "beta" ni. aku cuba juga untuk mempelajarinya sedikit demi sedikit, dan ternyata... bukan mudah untuk memahaminya dalam masa yang begitu singkat. so, aku telah bertukar balik kepada versi "classic" balik.

    versi classic ni nyata mudah bagi aku kerana aku mempunyai pengalaman sedikit menggunakannya. dengan menggunakan code HTML, sedikit sebanyak dapat juga aku "megolah" template ni yang asalnya kurang menarik, tetapi.. selepas aku beri sedikit "sentuhan" code HTML yg telah aku "post moterm" dan sedikit pengalaman aku masa menggendalikan blogdrive, akhirnya berjaya juga aku mengubahnya.

    terima kasih aku ucapkan pada ien yang banyak bantu aku masa aku menggunakan blog versi beta yang lepas. apa yang diajarnya, sedikit telah membantu aku untuk mempelajari blog versi beta tu. insya Allah, aku akan cuba juga mempelajarinya.





     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie