Memaparkan catatan dengan label tutorial adobe. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label tutorial adobe. Papar semua catatan

    Selasa, Disember 9

    Cartoon Face

    Hari ni cuma nak share tutorial adobe Illustrator yang aku buat time sem 2 ni dalam modul DTP. ni adalah permintaan abg fysal. baru siap tutorial ni malam tadi. maaf sebab lama menunggu.




    ni la dia hasil akhir dalam tutorial ni. aku namakan tutorial ni sebagai "Cartoon Face."

    ok... leh downloadnya di sini:



    P/s: Petang ni aku dah nak balik poli... So, Bye.. jumpa lagi 15hb ni.

    Ahad, November 16

    Pokok Krismas

    Siapa sangka, dengan menggunakan adobe illustrator sahaja anda mampu membuat sepohon pokok krismas yang agak cantik mengikut kreativiti anda sendiri. sebenarnya pokok krismas tu adalah salah satu lab work topek. lecturer bagi tutorial, dan kiteorang buat sendiri. ni la hasil kerja topek.


    pokok krismas yang topek hasilkan gune adobe illustrator


    kalau korang buat, aku percaya... korang boleh buat lebih baik dari aku punye ni. saja aku nak share gambar ni dengan korang. :D

    Ahad, Ogos 10

    Belajar Melukis dengan Adobe Illustrator

    Hari isnin yang lepas, topek baru jer belajar melukis menggunakan perisian adobe illustrator. Software ni topek tau lama da... cume x reti sgt bagaimana cara penggunaannya yang betul. hari tu, letcurer topek telah menunjukkan cara penggunaan software tu dengan betul.

    sebenarnya, perisian ni topek gunakan dalam modul semesta 2 topek iaitu penerbitan desktop. sem lepas dalam modul komputer grafik, topek telah gunakan adobe photoshop. kiranya sem ni adalah kesinambungan daripada sem lepas la... sebab melalui adobe illustrator ni, kita boleh buat "bisness card" ,"kad jemputan" dan mcam2 lagi la. (kata lecturer topek tu la.)

    dengan masa 2 jam dalam kelas, topek dan kawan2 pun memulakan "draw". dan inilah hasil kerja topek :D



    ataupun anda boleh lihat hasil kerja topek ni dengan mendonloadnya pada link di bawah ni :

    Sabtu, Julai 5

    menukar rupa bingkai gambar.

    Dalam tutorial yang lepas, topek telahpun tunjukkan bagaimana hendak membuat bingkai gambar (wooden frame). Kali ni, topek akan tunjukkan satu lagi perkara yang kita boleh buat dengan bingkai gambar tersebut dengan menggunakan function “warp”. anda boleh menukarnya mengikut bentuk yang anda suka seperti ini :



    permintaan dari "khal"

    untuk mengetahui cara - caranya, anda boleh mendownloadnya di bwah :

    download here!!

    selamat mencuba!!

    Jumaat, Julai 4

    Water Drops

    Selalunya apabila selepas hujan, kita akan mendapati tumbuhan - tumbuhan akan di basahi dengan air hujan tadi. jika anda perasan, pada daun2 tumbuhan itu akan kelihatan sisa air hujan (water drop) yang tinggal. kali ni, kita akan cipta sisa air hujan tu menggunakan perisian Adobe Photoshop.

    ni adalah sample daun yang topek gunakan :



    dan setelah di edit dalam adobe, akan jadi begini :


    ni la sisa air hujan (water drop) yang topek maksudkan. :D


    macam mana?? nampak macam real x?? ni just sample nak tunjukkan pada anda semua. anda boleh menghasilkan banyak lagi "water drops" tersebut.

    untuk mengetahui bagaimana cara - caranya, anda boleh mendownloadnya di sini :


    selamat mencuba!!

    Khamis, Julai 3

    mari buat frame gambar sendiri

    Jika kita mempunyai gambar - gambar yang menarik, ataupun gambar kenangan, pastinya kita akan "frame"kan ia dan letak di almari, rak dan di mana - mana lagi untuk tontonan umum. betul x?? kali ni, korang dah x perlu bazirkan duit beli "frame" sebab dalam tutorial kali ni, kita akan buat frame. :D




    ni gambar topek dengan kawan2 topek masa semesta satu dulu.
    dah pun topek "frame"kannya. :D

    download tutorial di sini.


    p/s: lepas ni dah x payah pergi ke kedai bingkai gambar untuk beli sebab dah boleh cipta bingkai gambar sendiri melalui adobe!

    selamat mencuba. :D

    Isnin, Jun 30

    Realistic rainbow

    Selalunya agak sukar kita hendak melihat pelangi. ia selalu muncul apabila hujan telah "selesai" turun. itu baru nak tengok, belum lagi nak ambik gambar dengan pelangi. kan tu payah namanya. hari ni topek sekali lagi ingin kongsikan tutorial topek pada anda semua. terimalah... "Realistic Rainbow"



    amacam?? lawa x?? dengan tutorial kali ni, korang dah x payah bersusah - susah lagi nak ambik gambar pelangi sebab korang sendiri pun boleh cipta pelangi sendiri. hehehe.... ikuti step - step tutorial ini di bawah :



    selamat mencuba!!.

    Ahad, Jun 29

    Green Eye

    Pada tutorial topek hari ni, topek akan bawakan sesuatu yang menarik untuk anda semua iaitu menukar warna mata anda dalam gambar menjadi hijau menggunakan adobe photoshop. tutorial ini pun topek telah blaja semasa dalam semesta satu dahulu.. dan kali ni topek ingin berkongsikannya kepada anda semua.

    contohnya :

    gambar seperti ini... (matanya berwarna biru)



    apabila di edit dalam adobe photoshop... ianya akan jadi begini.



    anda juga boleh menukar apa - apa warna bagi mata ikut mengikut kehendak anda langkahnya sama sahaja...

    bagi yang inginkan tutorialnya... sila klik pada link pautan di bawah ini :



    Selamat mencuba!!.

    Jumaat, Jun 27

    mari buat kartun penguin

    Sebenarnya, topek dah blaja buat penguin ni masa topek sem satu kat politeknik, dalam modul komputer grafik dan menggunakan "software" Adobe Photoshop CS2. seronok jugak la buat ni. walaupun makan masa skit (xde la lama sgt) tp ianya amat menyeronokkan.



    bagi yang ingin mencuba, sila klik pada pautan link di bawah ini :

    download here!!

    cuba la... pasti ianya menyeronokkan anda. anda juga boleh membuat animasi pada gambar anda mahupun apa - apa juga wallpaper yang anda miliki untuk di jadikan animasi. anda juga boleh mencipta kartoon anda sendiri jika anda mahu. :D

    selamat mencuba!!
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie