Jumaat, Ogos 7

    Influenza A H1N1 di IPT


    Nampaknya, kes H1N1 ini semakin merebak luas di seluruh tanah air dan banyak isu yang berbangkit mengenai kes H1N1 ini. Semalam, Poli aku telahpun tutup secara mengejut akibat wabak influenza A H1N1 ini. Ada khabar berita yang menyatakan bahawa salah seorang pelajar di tempat aku itu positif H1N1 dan beberapa orang "suspek" H1N1. Sehingga sekarang aku masih tidak mendapat apa - apa pengesahan daripada pihak pensyarah yang mengajar aku.

    Berikutan kes itu, pihak poli telahpun memberi cuti kepada semua pelajar bermula petang semalam sehingga hari rabu minggu hadapan (12hb Ogos) ini untuk langkah berjaga - jaga dan pada petang itu juga aku terus balik ke rumah aku.

    status: cuti selama 1 week

    Isnin, Julai 27

    Perubahan Cover Ebook (tutorial) - infoit.mtaufik.net

    2 hari yang lepas, aku cuba membuat "searching.." di internet untuk membina cover pada Ebook. hampir 3 jam juga aku mencari dan berkat kesabaran aku, akhirnya aku jumpa juga apa yang aku cari. Tidak cukup dengan itu, seletah selesai saja aku mendownloadnya, aku pun terus mencuba tanpa kenal erti penat untuk menghasilkan ecover aku dan inilah hasilnya...



    menarik bukan?? jadi, bagi sesiapa yang sudah download ebook aku di infoit.mtaufik.net mengenai format PC menggunakan Pendrive tu, korang boleh update ebook tersebut di page yang sama. dan ebook2 yang akan datang juga aku akan update dengan ecover macam ni.

    P/S: hari khamis ini proses pendaftaran untuk Semesta Akhir aku di poli. jadi, mungkin aku akan tinggalkan blog ini buat seketika waktu sebelum aku dapat masa untuk updatenya.

    Khamis, Julai 23

    Kenangan 2005

    Malam tadi, saja aku belek - belek kembali gambar kenangan aku dari aku kecil sampai la aku besar. rupanya, banyak juga perubahan yang berlaku pada diri aku ni. dari segi fizikal, memang ketara sangat. terasa 'chubby' la pulak aku ni. hahaha...

    Namun, bukan la perkara ini yang ingin aku sampaikan. Sebenarnya aku teringat semasa zaman persekolahan aku di tingkatan 4 (tahun 2005), sekolah aku telahpun mengadakan hari Usahawan dan Simbiosis. Sambutannya amat meriah daripada Ibu bapa, orang luar (kampung) dan juga guru - guru. terdapat pelbagai gerai yang dikendalikan oleh pelajar sendiri, persatuan, dan juga guru - guru sekolah aku. Aku turut tidak ketinggalan "joint" sama.


    Cuba teka, yang mana satu aku??

    Yang paling tidak boleh dilupakan adalah perbarisan Kawad Kaki yang diwakili oleh Kadet Remaja Sekolah untuk menyambut kehadiran YB Shamsudin Lias. (harap betul la yerk ejaannya). Ketika itu, aku pun turut sertai perbarisan tersebut. Kerana mendapat Amanat daripada Guru Penasihat KRS ketika itu. Kalau anda hendak melihat Suasana Perbarisan Kawad kaki tu, bolek klik kat Link ini ---> Lihat Galeri
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie