Namun, bukan la perkara ini yang ingin aku sampaikan. Sebenarnya aku teringat semasa zaman persekolahan aku di tingkatan 4 (tahun 2005), sekolah aku telahpun mengadakan hari Usahawan dan Simbiosis. Sambutannya amat meriah daripada Ibu bapa, orang luar (kampung) dan juga guru - guru. terdapat pelbagai gerai yang dikendalikan oleh pelajar sendiri, persatuan, dan juga guru - guru sekolah aku. Aku turut tidak ketinggalan "joint" sama.
Yang paling tidak boleh dilupakan adalah perbarisan Kawad Kaki yang diwakili oleh Kadet Remaja Sekolah untuk menyambut kehadiran YB Shamsudin Lias. (harap betul la yerk ejaannya). Ketika itu, aku pun turut sertai perbarisan tersebut. Kerana mendapat Amanat daripada Guru Penasihat KRS ketika itu. Kalau anda hendak melihat Suasana Perbarisan Kawad kaki tu, bolek klik kat Link ini ---> Lihat Galeri
