Isnin, Disember 31

    happy new year 2008

    tahun 2007 telah pun berlalu... kini tahun baru 2008 pula muncul dan pastinya tahun baru ini akan membawa lebih keberkatan dan rahmat dari tahun2 sebelumnya.

    bila cerita pasal tahun baru ni, soalan yang lazim orang akan tanya adalah azam tahun baru, apakah matlamat tahun baru, dan macam2 lagi la soalan2 yang akan dikemukakan. biasa la tu... kdang2 kita pun nak tahu jugak kan azam kawan2 kita. betul x??

    mungkin kawan2 nak tahu jugak apa antara azam baru topek. ok la.. disini topek coretkan beberapa saja azam topek untuk tahun baru 2008 ni. selebihnya adalah rahsia "kerajaan" muehehe...

    1. memberi tumpuan (fokus) yang sepenuhnya dalam pelajaran topek. alhamdulillah, kini topek dapat meneruskan pengajian topek. walaupun di peringkat rendah, usaha kene dipergiatkan lagi kerana bukan mudah nak berjaya. betul x??

    2. tinggalkan tabiat buruk tahun lepas... (suke tido). nak ubah sikap jadi budak baik... (cewah!! baik ke aku ni??)

    3..... err... nak tau kena la dtg rumah aku... kite minum2 sambil borak2. kekeke... mak aku x de masalah kalau nak datang rumah... anytime boleh. asalkan bagitau dulu. nti x de "juadah" plak klu korang datang secara mengejut. kekeke..

    ape lagi yer nak citer... hurm... tinggal beberapa hari jer lagi aku akan pergi ke politeknik. sebelum mendaftar diri di sana... aku ingin sangat nak jalan2 ke mana2 la. ke pantai ke, shopping ke, ape2 jer la aktiviti yang berfaedah... huhu... cuak plak.. ehh... bukan cuak... tp berdebar plak rasanya. hurm...!!!

    Khamis, Disember 27

    tag dari aria ayumi

    This linky love trail rules: When you got tagged…you have to add your name to people who had done the tag and and let the list grow!

    Those Who Dunnit
    Limadang.com
    RamblingMoo.com
    blogginginmypyjamas
    StylewithPassion
    Chinneeq
    Dora-zooropazoo
    Babyshern
    Farah (me)
    Bani gundu
    Frankensteina
    Diyanazman
    Najmy <3<3<3..haha
    AyaqMasakOMGWTFBBQSAUCE
    hana ni mo nai
    LindoshSlebet
    ariaayumiDiatasnormaL
    kenangan lalu menggamit memori

    ***

    First Name - taufik
    Nickname - topek, epi, taufik
    Name you wish you had - Tan Sri taufik. kekeke..
    What do people normally mistake your name as - tour feck, ish3... x kene betul. sekeh kang. wakakaka...
    Birthday - 13 oktober 1989
    Birthplace - tanjong karang.
    Time of Birth - entah, kene tengok kat surat beranak la. kekeke
    Parents together or divorced - diorang masih romantik lagi.. kekeke.
    Get along with them - yes
    Single or taken - single lagi...
    Zodiac sign - libra

    -Your Appearance-

    How tall are you - 5'1''
    Wish you were taller - 5'8" - 6"
    Eye color - Coklat
    Eye color you want - blue... nampak macho skit... kekeke
    Natural Hair color - Black
    Current Hair color - Black :D
    Short or long hair - short
    Ever dye your hair a bizarre color - nak dye hitam la.. pasal dah banyak rambut putih. huhu...
    Curly,Straight,Wavy - straight
    Last time you did something dramatic with your hair - lom lagi.
    Glasses or contacts - semua boleh... wekeke...
    Do you wear make-up - nope
    Ever had hair extensions - not interested
    Paint your nails - nope

    -In the opposite gender-

    What color eyes - Coklat
    What color hair - white
    Shy or Outgoing - both
    Looks or personality - personality
    Sexy or Cute - cute
    Serious or Fun - both
    Older or Younger than you - younger
    A turn on - jalan2 cari makan... wakaka...
    A turn off -

    -This or that-

    Flowers or Chocolate - choc la... yummy.
    Pepsi or Coke - Rx-water
    Rap or Rock - nasyid
    Relationship or One night stand - Relationship
    School or Work - Work and study
    Love or Money - Love..coz i've everything...
    Movies or Music - both
    Country or City - City
    Sunny or Rainy days - autumn... wowwww...besh kat tepi pantai nih ekekeke
    Friends or Family - family

    -Have you ever-

    Lied - yes uwaaaa... nak hidup.. kene la pandai.
    Stole something - songlap duet kat tabung... kekeke...
    Smoked - never
    Hurt someone close to you - entah
    Broke someones heart - entah
    Had you heart broken - entah
    Wondered what was wrong with you - entah.
    Wish you were a prince/princess - king, wakaka...
    Liked someone - yes
    Liked someone who was taken - yes
    Shaved your head - nope
    Been in love - mungkin kot.
    Used chopsticks - tak
    Sang in the mirror to yourself - x pernah, bilik mandi pernah. wakaka...

    -Favorites-

    Flower - rose
    Candy - big top lolypop
    Song - lagu2 lama... jiwang2. wekeke
    Scent -
    Color - green and blue
    Movie - action
    Singer - takde
    Word - whatttttt!!!
    Junk food - so manyyy arrrrrr
    Website -diari-hidupku.blogspot.com
    Lotion - kdang2 jer. tu pun bercampur2.
    Animal - cat
    Ever cried over someone - yes.
    Is there anything you wish you could change about yourself - my habits onlyyy!
    Your biggest fear - God
    Do you think you're attractive - ekekekeke,,ntah arr..tak kots
    If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - mickey mouse
    Do you play any sports - mcam2 boleh main. tp sumernye suey. huhu...

    ***

    The rules:- link to your tagger and post these rules.- list (8) random facts about yourself blogging life and tag (8) people

    1. berblog dah lama, cume untuk suke2 jer.

    2. diari-hidupku.blogspot.com ni la yang aku "sayangi".

    3. banyak pasal aku dgn life aku

    4. tu pasal namanya diari-hidupku, wakaka....

    bloggers yg dh lama kenal n still keep in touch - abg shai, abg jun, abg fysal, matju, kak umie, kak retna dan ramai lagi... termasuk la anda yang membaca ini. :D

    6. well walau sibuk camner pun tetap gak cari ms utk updet blog.

    7. suker tukar background tempate jer... pas tu dengan banner... klu x puas hati, bikin sampai puas. baru topek lege... kekeke

    8. cara aku berblog sekarng ni berbeda dari dulu blogdrive aku. asyik2 lirik lagu... tensen!!..

    iskkk..mintak mahap ler erk..dah maleh nak meng"tagged" org ekeke..so just ternoktah disini jer..peace n out.,...

    Jumaat, Disember 21

    sehari beraya di gombak & shah alam.

    seronok betul semalam. dapat juga aku berjumpe dgn bro Jun (bos msjbox) dengan isterinya kak carneyz di rumahnye. semua ni atas jasa baik abg fysal yang bawak topek gi bersama - sama dengannya. tima kasih banyak2.

    AL-KISAHNYA.

    2 hari sebelum kiteorang pergi tu, abg fysal dah ajak topek untuk beraya dirumah abg jun. pada mulanya topek cam x percaya jer... (betul ke ni abg fysal nak bawak topek ni??), bila topek telefon abg fysal, dia mengesahkannya. untuk pergi ke gombak dari tempatnya (perak) memang melalui tanjong karang, so... tu la yang abg fysal bawak topek sekali tu. "date" telah pun dibuat.

    "date" : "lepas subuh abg fysal terus jer gerak dari tempat abg pergi ke tanjong karang. bila sampai, abg telefon topek yerk. nti topek jemput abg. kite sembahyang raya di tempat topek. ok?? nti leh la abg fysal berkenal2 dgn family topek." begitu la date yang topek cakap dgn abg fysal dan abg fysal pun bersetuju.

    pagi raya :

    abg fysal tiba di tanjong karang pada pukul 8 pagi dan aku menjemputnya di petronas Tg Karang. dan topek pun bawa abg fysal ke kampung topek, sungai sireh. sebelum kami menunaikan solat aidiladha, abg fysal sempat juga singgah di rumah topek. tepat jam 8.45 pagi, kami pun menunaikan solat aidiladha. ketika itu, solat aidiladha diketuai oleh Cikgu Hanim.

    lepas jer solat aidiladha, aku dengan abg fysal pun bertolak ke gombak dan singgah di rumah bapa Saudaranya di taman Seri Gombak. pada mulanya, aku agak segan skit, maklum la.. "orang luar." xde kene mengena dgn sedara dia. tp, Pak Sudara dia peramah orangnya. so, kurang skit segan aku.

    lebih kurang pukul 1.30 pm topek dgn abg fysal menuju ke rumah Junaidix & carneyz untuk merasai laksa Sarawak. menurut kak carneyz, laksa serawak tu abg jun yang sediakan. wah!! beruntung betul kak carneyz yerk. kekeke apa2 pun, memang sedap laksa sarawak tu. tima kasih untuk abg jun dengan kak carneyz. hadir sama, abg shai dan kak retna yang sampai dulu dari kami (uish... awal betul korang sampai yerk).



    aku (topek) dengan abg fysal.




    laksa sarawak




    masing2 sedang termenung jauh.

    ketika itu, sempat juga kami bergambar beramai-ramai di rumah abg jun dengan menggunakan kamera kak retna dan abg jun. dan inilah hasilnya.




    topek, abg jun, abg shai, abg fysal, kak retna dan kak carneyz.

    lepas jer beraya dirumah bos msjbox (junaidix) aku bersama abg shai, abg fysal pergi ke rumah auntie jun yang terletak di kg. melayu subang menaiki kereta abg jun. pada mulanya kiteorang sesat dengan petunjuk yang auntie jun bagi kat kiteorang. tapi, seb baik auntie jun suruh hubby dia ambik kiteorang.


    ni la auntie jun... bersama hubby dia.


    hmmm... yummi... sedapnye la.

    tima kasih la buat auntie jun dengan juadah yang di sediakan. semuanya sedap2 belaka. ingat nak sapu sumernye. tp oleh kerana sebelum sampai disini, perut sudah diisi dengan laksa sarawak, so... sempat la merasai semua hidangan yang disediakan. makanan yang menambat hati aku adalah cheese cake tu. hurm... sedap betul la. rasa nak "tapau" jer bawak balik. kekeke


    sempat juga bergambar dengan bos msjbox ni (abg jun) kekeke.

    tima kasih banyak2 kepada auntie jun sekeluarga dan semua yang menjayakan "program" beraya sehari ni.

    sumber gambar : abg fysal dan kak retna.

    Rabu, Disember 19

    salam aiduladha.




    selamat hari raya buat kalian semua.

    Isnin, Disember 17

    al-kisah aku di pasar malam.

    malam tadi aku gi pasar malam tempat aku (tanjong karang). ingatkan nak beli la buah tangan ke, makanan ke, ape2 jer la yang boleh dimakan. lapo punye psal la ni. keluar rumah la aku malam tu. walaupun dalam keadaan demam, keluar jugak. abah aku dah warning awal2 dah. dia cakap "ko nak gi mana malam2 ni, dah la demam, x pandai nak duduk diam kat rumah??" katanya. dengan muke yang slumber, aku menjawab. "nak makan angin malam bah." kekeke...


    aku pun terus keluar dan pergi ke pasar malam. mase aku sampai kat sane, tgk2, orang yang jual2 dah mule berkemas barang. aku tgk jam, pukul 9.30 malam. huh!! patut ler dah berkemas dah. selalunye pasar malam tmpat aku ni pukul 10 dah abis dah. so, tanpa berlengah, aku terus jer jalan2, tgk... ape yang masih ada lagi. first sekali aku singgah kt psar tu, aku beli buah epal. aku ni peminat buah epal hijau, so... aku cari la epal hijau... tgk2.. dah x de da... dah abis ke, dah simpan ke, aku x tau la. yang ada tinggal epal merah jer... huhuhu. sedih betul malam tu. epal merah pun, epal merah la. aku beli la... selonggok (20 biji) rm5. bleh la... asalkan epal.

    lepas jer beli epal, aku ingat nak makan kue teaw goreng. so, jalan la ke belakang untuk tgk makanan ape yang masih dijual. aku tgk abg yang selalu jual kue teaw tu dah berkemas dah... huhu..
    terlepas aku nak makan kue teaw. seb baik gerai yang jual murtabak, still niaga lagi. tukar plan la plak. makan murtabak... aku pun beli la 3 keping. lepas tu aku terus balik... dalam perjalanan balik tu, hujan plak. adui... sudah la aku basah kuyup malam tadi. menggigil aku dibuatnye. dah la demam... kene hujan lagi. perghh!!! memang x baik la demam aku klu cam ni. sampai jer kat rumah, aku terus jer mandi and terus makan obat. x nak berlengah lagi. kang makin teruk plak demam aku ni. kekeke

    p/s : sesiapa yang demam jugak... diharapkan jangan la keluar malam cam aku ni. aku ni memang degil skit. wakakaka

    Ahad, Disember 16

    im sick (fever)



    aku x berapa sihat hari ni. dengan batuknye, selesema nye lagi... x selesa betul aku dibuatnye. yang sedihnye, hari ni kenduri kawen sedara aku. udah la kene duk kat rumah sengsorang. bosan pun ade... seb bek ada banyak kartun hari ni. leh la aku tgk. kekeke... ha... cum!!opps... terbersin plak.

    sebenarnye dah masuk 2 hari aku cam ni. batuk, bersin... ku fikirkan x de ape2... pagi td bile aku bangun tido, chek panas badan, tgk2 37* (sape yang ada termometer tu tau la.) yang peliknye... 2 hari sebelum aku kene demam ni, aku cergas jer,(klu x silap aku la.) jalan2 kat sawah tempat aku. tibe2 esoknye demam. seb baik la ada ubat batuk cap... ehem2... (nak promot plak aku ni) lege skit batuk aku ni. rasanye... elok jugak kalau esok aku "ambik angin" kat rumah nenek aku... hari tu, aku tgk buah rambutan dah mule berbuah... boleh la lepak kat pokok rambutan. kekeke

    Khamis, Disember 13

    al-kisah aku di majlis recognition nite di cititel hotel



    fuh!! lege.. akhirnye dapat jugak gamba semasa di majlis recognition nite di mid valley. sebenarnya aku mintak gambar ni kat kawan aku yang pergi sama dgn aku semasa majlis tu. maklum ler... aku ni x de kamera digital, so.. mintak tolong dgn kawan la.

    aku ceritakan la serba sedikit al-kisahnye semasa majlis tu berlangsung. semasa sesi pendaftaran, ramai juga yang hadir. setiap seorang yang mendaftar akan mendapat cenderahati dari pihak penganjur. sebotol pil untuk perangsang minda.



    ni la dia.


    aku diantara orang yang hadir awal semasa majlis tu. start pukul 8pm dan berakhir pada pukul 11.30 malam. dan aku rasa, semua yang hadir di majlis itu berasa sungguh terhibur dan gembira dgn agenda2 yang di sediakan.

    Sabtu, Disember 8

    banner baru!!

    hari ni aku x tau nak cerita apa kat blog aku ni. so, dari aku x buat ape2, baik aku buat perubahan skit pada blog aku ni. (sebenarnye x de la menonjol sgt.) hari ni aku telah meng"edit" aku punye banner (yang kat atas tu.) yang rasa2nya bertepatan dengan tema blog aku ni. (rasanye la...) dengan kehadiran sang rama-rama dan bunga2...rasanya itu sudah cukup memadai untuk "menghidupkan" aku punye keserian "wajah" baru blog ni. semoga dengan ini, pengunjung2 blog yang bertandang ke blog aku ni, dapat merasakan 1 perasaan yang tenang dan enjoy dengan blog aku ni. (harapan aku)

    sebenarnya aku masih lagi mencari konsep yang sesuai dgn blog aku ni. kalau nak di ikutkan, sebenarnya aku lebih suke konsep natural yang bertemakan tumbuhan semula jadi, biru2 dan kehijauan gitu!!. kalau korang ada pandangan dan pendapat, leh la kongsi dengan aku. aku sudi mendengarnye. cadangan korang akan aku pertimbangkan.

    Ahad, Disember 2

    tag dari kak shayz

    TAG : 7 perkara pelik tentang topek...

    ai.. dah lama aku x kene tag, tetiber jer kene tag lagi. tp bagus jugak. sekurang2nye ada juga entri yg nak aku isi untuk hari ini.
    ni jawapan dari tag akak shyaz yerk...

    7 fakta pelik pasal diri topek


    1 - topek ni agak pendiam. tp bile dah ajak sembang, sampai pagi pun boleh.x de msalah. kekeke
    2 - bila bercakap dgn orang, topek x penah pandang muke orang tu, mata topek pandang tempat lain. kdang2 kawan topek pun naik hairan dgn topek.
    3 - sgt sensitif orangnye. (klu perempuan biase la, tp ni lelaki.)
    4 - kalau kawan susah dan mahu minta tolong, topek akan tolong kalau dia jumpe topek. klu x, topek pun malas. bukan apa, sesetengah orang x suke kita masuk campur urusan dia. bila dia minta tolong dari topek, baru topek akan tolong.
    5 - topek ni suke marah orang, tp bile dibagi gula2 coklat, ok da... (petua ni bagus tau. bile tgk orang nak marah jer, terus jer bagi dia gule2 coklat. mesti dia senyum balik. kekeke)
    6 - sepanjang 18 tahun topek hidup, topek x penah pakai pencuci muke. (takut la. psal dah banyak masuk paper psal effect dan bahan2 yang digunakan dalam pencuci muke ni. nak cari produk yg sesuai.)
    7 - topek ni x suke blaja... tp klu bab komputer, cepat topek tangkap.




    Ni la agaknya perkara pelik dalam diri topek rasanya x de la pelik sgt. cume ada la salah satu yang mungkin korang anggap aku ni pelik kot. tu korang la yang tentukan. klu topek nak nilai diri topek sendiri, topek x pandai. kadang2 penilaian orang terhadap kita lain dgn apa yang kita nilaikan sendiri diri kita. mana yang kurang, kita perbaiki dan yang mana bagus, kita tingkatkan lagi ok?? - adios-

    Rabu, November 28

    entah la...

    kadang2 perasaan aku ni berbelah bagi. tension aku, asyik2 teringat kisah2 lama yang mengguris hati aku. kenapa yer?? sebenarnya aku ingin sangat memadamkan kenangan2 yang membuatkan hati aku terluka ni, tp x boleh, segala "data2" kat dalam otak aku ni dah di "0save". kan bagus kalau boleh "delete" 1 demi 1. boleh aku buangkannya. kalau buang semua, nti lost memory la plak. adeh!!!

    betul kata pepatah, pengalaman pahit mengajar kita erti hidup. setiap apa yang kita lalui mesti ada hikmah di sebaliknya. sama ada baik atau buruk, tu aku x tau la. tapi sekurang2nya aku akan lebih berhati2. dan aku boleh memperbaiki kelemahan supaya menjadi insan yang kuat dan x boleh "di pijak" sesuka hati jer. mentang2 dulu aku lemah, senang2 nak pijak aku?? owh... banyak cantik.!!

    pada yang pernah melukai hati aku tu, aku ucapkan terima kasih banyak2. pasal korang la aku dapat belajar erti hidup ini. aku x pernah menganggap yang korang adalah musuh aku yang x kan aku pandang atau x tegur sapa untuk selamanya. malah aku still anggap korang cam kawan aku jugak. tp x tau la apa anggapan korang terhadap aku. klau korang nak contact aku, aku x kisah. tp klu korang minta untuk aku kembali ke sisi salah seorang dari korang, aku minta maaf. x kan ada peluang untuk kali keduanya. bukan apa, aku x mahu luka lama berulang kembali. sekarang ni aku ingin "single" sampai la umor aku cecah 25 tahun (kot la).

    Isnin, November 19

    im back.

    usih, lama betul topek x update blog ni. bila nak update jer x berkesempatan. al-maklum la... topek abis keje pun kul 2 pagi. penat pun penat. bila pagi, mak dgn ayah topek dah bangun dah... cume topek jer tido lagi. kadang2 tu, lena betul tido.. sampai pukul 12 tgh hari. waktu tu memang keletihan sgt2. apa nak jadi, jadi la... asalkan cukup rehat dan bile bangun, badan segar. dan bile petang, masuk keje balik. macam tu la setiap hari. -tamat-

    17 november punye cerita

    hari tu topek de seminar kepimpinan dan keusahawanan di sungai besar, sabak bernam. start kul 9.00pagi sampai kul 4.00 ptg. kalau nak di ikutkan, hari tu topek keje tau. tp oleh kerana ilmu tu sendiri, topek sanggup ponteng keje. lantak la tauke nak cakap apa, janji ilmu yang topek dapat tu boleh dimanfaatkan. banyak yang topek belajar. bukan mudah nak bejaya. betul la kata pepatah. "bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah." segalanya memerlukan usaha yang gigih, disamping doa dan istiqamah yang berterusan. formulanya adalah "DUIT"

    D - doa
    U - usaha
    I - istiqamah
    T - tawakal.

    kalau kita asyik2 doa jer, tanpa usaha... macam mane nak berjaya betul x?? 1 formula yang agak bagus dan boleh di ketengahkan. kekeke

    Rabu, November 7

    kenangan bergambar bersama di genting highland.

    Image Hosted by ImageShack.us




    gambar ni topek dapat dari kawan topek yang pergi sama dengan topek.
    ni la gambar kenangan bersama waktu aku di first world hotel, genting highland semasa majlis gala konvensyen di first world hotel genting highland. aku (bulatan berwarna biru) turut sama menjayakan program ini. sebenarnye kan, topek x pernah pun terfikir yang topek dapat pergi ke genting highland tu. bukan saja genting, malah... tempat2 lain pun topek x penah termimpikannya. syukur alhamdulillah, dpat juga topek menjejakkan kaki kesana. semoga kenangan ini akan topek ingat seumur hidup topek. :D


    diatas permintaan ramai (cewah!!) topek telah menzoom in kan gamba topek tersebut dan topek telah mengalerkan dgn warna ungu kebiruan. ni la hasilnye.



    ditengah2 tu la topek. cian topek, "tersepit" kat situ dgn bro2 bersebelahan dgn topek. seb baik diorang bagi ruang kat topek nak tunjukkan muka, klu x, x dapat la tgk muke topek ni. wakakaka

    Isnin, November 5

    lagu baru... {in music imeem}

    topek x tau nak nak "karang" ape lagi dalam entri baru ni... tp topek baru jer tukar lagu kat link "music imeem" tu. lagu ni baru jer topek dengar semasa topek start keje di kedai. bile topek dgr lagu ni, minat pada lagu ni pun datang. entah kenapa, macam ada 1 perasaan yang datang yang menarik minat topek dgn lagu ni. topek ingin kongsi dengan korang semua yang minat pada nasyid... terima lah hijjaz - yang maha penyayang. (maaf... liriknye x de... x sempat nak cari).

    Khamis, Oktober 18

    cerita terkumpul (feel:happy and sad.)

    alhamdulillah, pejam celik... tau2 dah masuk hari ke-6 kita beraya. dan hari ni topek dah mula kembali untuk berblogging dan topek ada kisah yang nak topek coretkan disini. cerita yg sudah terkumpul selama 6 hari kita beraya.

    13 oktober 07

    tahun ni topek rasa sungguh bertuah kerana hari raya petama jatuh pada hari jadi topek. topek rasa gembira sekali pada hari tu. takbir dan tahmid berkumdang dipagi syawal yang mulia, berakhirnya ramadhan untuk tahun ni. walaupun x de baju raya baru untuk tahun ni, raya tetap disambut dengan meriah. bermaafan sesama ahli keluarga, kunjung-mengunjung jiran tetangga yang terdekat dan akhir sekali balik rumah nenek. kalau kat rumah sendiri, mak cuma masak ketupat jer, kalau dirumah nenek plak.. ada lepat dan lemang. hmm... sedap!!

    pagi tu jugak topek telah terima satu hadiah dari abg topek sempena hari jadi topek. sebuah thumbdrive jenama... (ape tah topek pun tak ingat) dengan memori 1 gig (GB). ingatkan abg topek belikan kek untuk topek, tp x de... so, celebrate la birthday topek dengan kuih raya... keke... tapi, topek rasa terkilan sangat. satu hari topek tunggu call or msg dari kwan2 topek, tp yang wish untuk topek hanya 5 orang jer.. sedih betul. bila time birthday diorang... topek wish untuk diorang.. walaupun x dapat nak call.. topek send msg kat diorang, tp bila tiba birthday topek... hanya 5 orang jer yg wish. malam tu topek hampir menitiskan air mata. sedih sgt. sama ada diorang lupe or buat2 lupe... tu x tau la... tp topek memang sedih masa tu.

    14 oktober 07

    hari ni baraan surau kg aku. cuaca pagi tu x berapa baik. hujan turun dengan lebat. walaupun hujan, baraan tu tetap berjalan lancar. dan alhamdulillah... kira2 pukul 10 pagi, hujan telahpun berhenti. aktiviti kunjung mengunjung rumah jiran2 sekampung diteruskan dengan cuaca yang baik. tp sedih jugak... semalam baru jer topek basuh motor, tp hari ni abis kotor balik. x kisah la... nak buat cam ne klu dah kotor?? esok basuh lagi ler... huhuhu...

    tepat jam pukul 5 ptg, kiteorang tiba di rumah yang terakhir. sedang kami menjamu selera, tok penghulu sempat juga berikan sedikit ucapan yang terakhir sebelum majlis bersurai. katanya mulai tahun depan, biar la orang2 muda pula yang menyambung tradisi kunjung mengunjung ini. bagi yang tua... duduk rumah, menunggu ketibaan baraan. biar orang muda yang baca doa, beri ucapan mohon maaf dan biarlah orang muda yang mengetuai rombongan baraan untuk tahun depan. kata2nya penuh tersirat dgn msj2. bukan untuk menyisihkan orang tua, biarlah generasi muda pula mewarisi tradisi ni. takut nanti x de generasi muda2 yang nak buat semua ni... masing2 buat hal sendiri, kan x baik tu. ada betul juga kata tok penghulu tu.


    15 oktober 07

    hari tu topek beraya rumah kawan2 sekerja semasa topek kerja di kedai "satay hut" dulu. walaupun sudah lama topek berhenti kerja disitu, tp masih lagi berjumpa dengan kawan2 sekerja. klau x jumpe, katanya menyombongkan diri plak.. pergi la beraya. tp yang paling topek bengang sekali tang pengurusan masa. leader kata pukul 10 pagi semua mesti ada kat kedai. bila sampai sana tepat pukul 10, x de seorang pun kat situ. ish2.. janji keling betul. bile topek tepon "leader", dia sendiri pun baru bangun tido... melampau betul. beriya katanya pukul 10. sudah la topek menunggu budak2nya. pukul 12 tgh hari, baru bergerak. byangkan la... berapa jam topek tunggu, 2jam woo!! sempat lagi masak nasi klau kat rumah. menyirap pun ada jugak la. nak jer "pukul" leadernye. x tepati janji betul.

    dalam keadaan bengang, beraya jugak la dengan diorang. tp rasa marah tu sekejap jer.. pasal leader belanjer duit minyak motor... seb baik dia belanjer... klu x, dah lama kena beduk dengan topek... kekeke (ganas juga topek ni)


    16 oktober 07

    hari ni topek x pergi mana2 pun... nak beraya x de kawan nak ajak. masing2 balik kg. so, topek pergi CC hari tu. dan hari tu juga la topek sempat membuat layout terbaru topek (sekarang ni). amacam?? lawa x??

    ni adalah layout asalnya... dan topek buat sedikit make over...









    dengan menggunakan gambar ni sebagai latar belakang blog topek, dan hasilnya... jadi la seperti yang kalian lihat sekarang ni. rasanya boleh topek katakan disini, layout terbaru ni adalah konsep ala2 orang bercinta... kekeke :)) jiwang plak.


    17 oktober 07

    hari ni topek beraya rumah kawan2 satu sekolah dengan topek dulu. pagi tu topek dengan kawan2 berkumpul di masjid tg. karang dan bergerak pada pukul 10.15 pagi. sepagi topek dengan kawan2 beraya di tanjong karang. dan tepat pukul 12.30 ptg, kawan topek ajak topek beraya di sabak bernam. topek ni jenis yang x kisah... kalau dah ajak... topek pergi jer. kiteorang pun mulakan perjalanan kami dengan menaiki motor masing2 pergi ke sabak bernam. msa dalam perjalanan pergi, baru topek teringat janji topek dengan kak honey. topek dah janji dgn kak honey, hari sabtu 20 oktber ni nak pergi raya rumah dia. so, alang2 dah pergi sabak bernam hari ni, boleh la pergi terus rumah kak honey. x payah la dtg hari sabtu. cian kak honey... hari ahad dia nak balik, hari sabtu tu mungkin dia nak kemas barang ke... x nak la susahkan dia. so, hari tu topek pun pergi la rumah kak honey.



    gambar ni topek pinjam yerk kak honey??.



    tu la pertemuan kali pertama topek dengan kak honey. harap lepas ni teman2 blog yang lain dapat topek berjumpa dengan mereka. buat msa sekarang ni, baru 2 orang kawan blog yang telah topek temui iaitu abg izali dan kak honey.

    p/s : kak honey... tima kasih tau sebab jemput topek datang beraya rumah akak... senang2 datang la umah topek lak yerk. kim salam dengan family akak yerk. :D

    Sabtu, Oktober 6

    salam kemaafan dan salam lebaran

    assalamulaikum semua... sempena dah nak abis puasa ni topek publishkan entry ini untuk kalian semua. raya pun dah nak dekat dah ni, rasanya ini la masa yang sesuai untuk topek katakannya. kepada semua rakan2 blog, topek ingin mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kot2 ada terkasar bahasa dengan kalian. kita kan manusia, x boleh lari dari membuat kesilapan. betul x??

    dan disamping itu juga, topek ingin mengucapkan selamat hari raya pada kalian semua. rasanya raya tahun ni agak bermakna buat topek kerana tarikh topek lahir, sama dengan hari raya pertama. syukur sangat. rasa macam nak buat sedikit sambutan sedikit, tapi... kene tgk keadaan jugak la. selama ni bila tibanya hari jadi topek, x de pun yang bagi hadiah or ucapan kat topek. tapi, x kisah la itu semua... bukan penting pun. rasanya dengan kehadiran kalian semua, terasa hidup topek lebih bermakna. walaupun kita hanya berjumpa di dunia blog yang melebar luas ini, tapi 1 saja yang topek harapkan... semoga topek dapat bertemu dengan kalian semua. tu harapan topek untuk hari jadi topek tahun ni. kalau nak hubungi topek... ni no. topek :017-6574851

    kepada kawan2 blog...






    zapin hari raya - inteam & UNIC

    berlalu ramdhan fajar syawal menjelma
    muslimin muslimat menyambut hari raya(2x)

    takbir dilaungkan tahmid dibacakan
    sebulan puasa telah disempurnakan(2x)
    diucapkan selamat hari raya(2x)
    selamat hari raya..

    berkumpul sanak-saudara
    bersatu keluarga bahgia
    berseri wajah ayah bonda
    berkuntum senyuman ceria,

    apabila syawal menjelma
    terlerai rindu yang membara
    sekian lamanya tak bersua
    kini bertemu dihari raya

    diucapkan selamat hari raya(2x)
    selamat hari raya..

    Berlalu Ramadhan fajar syawal menjelma
    muslimin muslimat menyambut hari raya..(2x)

    tangan di hulurkan mohon kemaafan
    ikhlaskan di hati syukur pada Illahi(2x)
    diucapkan selamat hari raya(2x)
    selamat hari raya..

    sedang menjamu selera
    dengan juadah yang tersedia
    jangan mudah kita lupa
    kepada yang tak berupaya

    hulurkan sedekah dan bantuan
    ringankan bebanan mereka
    agar dapat mereka turut bergembira
    menyambut hari yang bahagia..

    diucapkan selamat hari raya(2x)
    selamat hari raya..

    berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
    muslimin muslimat menyambut hari raya(2x)
    sambil berkunjungan maniskan senyuman tanda kemesraan kita sesama insan(2x)
    diucapkan selamat hari raya(2x)
    selamat hari raya..

    dalam riang bergembira
    ingatlah pada yg tiada
    dihari lebaran yg mulia
    kunjungilah pusara mereka

    tiada apa harta dibawa
    hanyalah amalan didunia
    doakan semoga sejahtera
    bertemu tuhan yg maha esa.

    Rabu, Oktober 3

    background dan banner baru.!!

    as'kum semua... rasanya dah tibanya aku tukar banner bulan ramadhan aku kepada banner bulan syawal pulak. raye pun x lama lagi, baju raya aku pun belum beli lagi... huhu... sedihnye :( tp x pe la... nti ada la tu... kekeke... :D

    alang2 aku tukar banner baru aku ni, sempat juga aku tukar background blog aku ni... nak "match"kan dgn banner baru ni... entah sesuai ke x, aku pun x tau la... hope korang semua dapat la komen background and banner baru aku tu... kot2 la aku leh buatkan sedikit perubahan... kalau sesiapa nak bagi cadangan pun, aku terima dengan hati yang terbuka... so, sudi2kan la... :D

    Jumaat, September 28

    kene tag lagi!!!

    tag baru ni aku dapat dari sorang budak (nazz). dia ni memang x abis2 nak kenekan aku... x pe la, ni aku jawab tag ko nazz. nti jgn lupe jawab tag aku pulak. :D



    Apa erti Hari Raya pada korang??
    >bagi aku, hari raya ni adalah hari yang paling kanak2 suka, sebab time ni la boleh dapat byk duit raya... kekeke..

    Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma
    >wajibnye adalah solat sunat hari raya, bermaaf2an sesama ahli keluarga dan menziarahi saudara2 yang terdekat. :D

    Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
    > x pernah lagi la... maklum la... aku ni nakal skit... orang solat tarawikh, aku main mercun... kekeke :D

    Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
    > mase kecik2 dulu byk la dapat... dah bujang ni... kadang2 rm50 pun x sampai... huhuhu :((

    Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
    > kuih raye ni aku kureng skit la... klu rendang tu leh la jugak :D

    Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
    >dalam sejarah hidup aku, x pernah lagi aku dgn family aku bergambar semasa raya. xtau la kalau tahun ni sempat bergambar... kekeke :D

    Isnin, September 24

    peristiwa bulan puasa. (tag)

    ha... kali ni aku pula nak buat tag sempena bulan puasa ni. tp aku x de la nak tanya soalan2 kat korang, cuma aku nak tau jer kisah2 korang semasa semasa kecik or dewasa dibulan ramadhan. peristiwa yang korang xkan lupa sampai bila2...

    bulan puasa... sebenarnya kenangan aku yang paling banyak kelakar msa bulan puasa ni la... macam2 perkara yang telah berlaku. tp ianya berlaku bukan dalam 1 tahun saja, kalau x silap aku, sejak aku darjah 4 sampai la sekarang, banyak persitiwa2 yang paling lucu bila dikenang balik. rasanya nti bila dah kawen, dah ada anak, kalau citer dengan anak2, rasanya anak2 pun akan ketawa bila dengarnya. kenangan yang paling seronok dan x dapat nak dilupakan. aku akan ceritakan la apa yang aku ingat.

    peristiwa pertama: (tahun 2002)
    sewaktu orang sedang bersolat tarawikh, aku dgn member2 sedang bermain mercun. mula2nya main mercun "mancis" jer.. habis jer mercun tu, kiteorang beralih kepada mercun "bola" plak... mase tu kiteorang main betul2 tepi surau. mase tu imam tgh baca surah al-fatehah.. masa bakar mercun tu, memang penuh harapan, "harap2 bunyinya kuat la". lalu baling la mercun tu ke tanah... "BOOM!!!"meletup, pergh!! memang kuat.. sampai imam yang tgh solat pun terhenti seketika, membaca surah. surau tu jadi senyap seketika. agaknya tok imam terkejut la kot.. mase tu kiteorang memang dah panik mase tu... mase tu jugak la kiteorang cabut lari... lepas tu bapak aku tanya kat aku "ko ke yang main mercun tadi??" aku tidak berkata apa2... senyap saja. takut woo mase tu... wekeke...

    pada hari raya pertama tahun tu, tok penghulu telah menegur semua budak2 yang berada kat surau. aku pun turut kena jugak. katanya "kenapa kamu main mercun masa orang tgh sembahyang??? main la waktu lain. seb baik x de orang yang sakit jantung... kalau ada yang sakit macam mana?? kan susah tu, hurm... lain kali jgn buat lagi tau" katanya... kiteorg mase tu hanya mengangguk kepala saja... senyap tanpa berkata apa2.

    peristiwa kedua : (tahun 2001)
    waktu masa tu tgh hari, kalau x silap aku hampir pukul 11.15pagi cam tu la... saje la aku bersama kawan aku ni, namanya fadhil. kiteorang mase tu sibuk kire duit hanya semata2 nak beli mercun. kami pun pergi la ke kedai beli... lepas balik dari kedai, kami main kat jalan raya. tp jalan raya tu ada sebatang pokok kelapa yang sederhana tinggi dan ada sarang tebuan yang sangat besar diatasnya... aku pun terfikir sejenak. dalam fikiran aku "apa kata aku baling mercun ni pada sarang tebuan tu... mesti best", aku pun ajak kawan aku tadi dan berkata kepadanya... "siapa dapat baling mercun tepat masuk ke lubang sarang tebuan, dia hebat. tanpa buang masa, kami pun bakar mercun dan baling ke sarang tebuan tu. tgh syok2 baling tu, tiba2 masuk plak... apalagi... meletup kat dalam sarang tu. habis "bersepai" sarang tu. kiteorg pun sorak la... bila kiteorang toleh balik pada sarang tu, hampir semua tebuan kat sarang tu mula keluar... "alamak!!! masalah ni... cabut!!!" kataku. kiteorang lari lintang pukang dikejar tebuan tadi. sedang kiteorang lari tu, jumpa parit. terus jer terjun kat parit tu... perghhh!! seb baik kiteorang lebih pantas dari tebuan tu. berendam la kiteorang selama 15minit. pada malamnya sarang tu telah dibakar oleh siak surau.

    peristiwa ketiga :(tahun 199...)
    sedang orang tgh solat tarawikh, aku dengan kawan aku ni main meriam. rumah dia betul2 tepi jalan raya. aku datang jer, dia dah main dulu dah... saiz meriamnya boleh la tahan dan aku sedang bersedia tuk melepaskan 1 das tembakan. kabait telah dimasukkan dan depan meriam telah ditutup dengan kain. aku menanti... bila agaknya boleh lepaskan tembakan ni... kwan aku tu pun berkata "sekarang!!!" aku pun ambil sebatang kayu dan celupkannya pada minyak gas kemudian bakar. tanpa lengahkan masa, aku pun cucuh kayu tadi di lubang kecil yang terdapat kat meriam tadi. "BOOOMMM!!!" perghhh!! berdesing telinga aku dibuatnya. punya la kuat bunyinya. masa tu memang seronok. kiteorang pun bersiap sekali lagi tuk lepaskan 1 lagi tembakan. kali ni kawan aku yang cucuh. masukkan kabait... tutup meriam... tunggu jap. sedang tunggu tu ada pula orang lalu kat jalan tu. msa nak cucuh tu, betul2 dia lalu depan kiteorang.. "cucuh!!" aku berkata. "BOOMM!!" meletup... dan ketika itu juga la kitorang mendengar orang memekik... "WOII!! sapa yang cucuh meriam tadi ha??, keluar cepat!! berani betul!!! pekak telinga aku dibuatnya"katanya. kiteorang masa tu dah cuak dah... "wei2... senyap2 wei. nti dia tau kita yang buat" kata kawan aku tu. orang itu telah masuk ke kebun dan mencari kami... tp seb baik kiteorang lebih bijak dari dia... masing2 panjat pokok dan buka baju masing2... klu dia nampak baju kiteorang, memang "masak" la kiteorang dibuatnya... wekekeke... 15 minit kemudian orang tu meninggalkan "kubu" kiteorang... seb baik... klu x, dah kene pukul dah.


    begitu la cerita aku dan member2 aku semasa dibulan ramadhan... sebenarnya banyak lagi cerita2 yang nakal dan melucukan, tp oleh kerana xcukup masa punya pasal (online kat CC)... sikit ni pun cukup la... nak citer lebih2 x boleh. nak tau kene la datang ke kg aku... dan insya Allah aku akan ceritakan semuanya. tu baru kisah disebalik ramadhan... belum lagi kisah di sebalik syawal pulak... bulan syawal pun ada kenangan2 yang nakal dan melucukan, menggerunkan, dan macam2 lagi la.
    sekarang ni nak buat lagi dah malas dah... pasal dah x ramai member. masing2 dah pi sambung blaja. so, aku sendirian la kat kg. walauapapun memang seronok la. semua tu akan ku abadikan dalam ingatan.

    mangsa seterusnya :
    ien
    fysal
    umie
    izali
    nazz

    p/s: kalau korang x de kisah2 semasa dibulan ramadhan, x pe la... aku pun x paksa. sapa yang ada tu tolong2 la sebarkannya.

    Jumaat, September 21

    tag bulan ramadhan.

    ni la jawapan dariku...


    Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
    Sejak darjah 6.

    Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
    tipu la aku klu x pernah ponteng puasa... biasa la tu... zaman kanak2. mase tu kan nakal2 lagi. selalunya klu ponteng puasa kat luar la... beli air, pastu minum kat kebun. mak tanya puasa x?? aku jawab puasa... wakakaka... :))

    Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
    ha... bab ni yang paling suka aku jawab. uish... rugi woo x main mercun. x seronok, x meriah... aku nak citer sikit psal main mercun ni. banyak peristiwa yang berlaku semasa bulan ramadhan ni.hampir semuanya kerana mercun. tp aku cerita sedikit ajer la.

    peristiwa pertama:
    sewaktu orang sedang bersolat tarawikh, aku dgn member2 sedang bermain mercun. mula2nya main mercun "mancis" jer.. habis jer mercun tu, kiteorang beralih kepada mercun "bola" plak... mase tu kiteorang main betul2 tepi surau. mase tu imam tgh baca surah al-fatehah.. masa bakar mercun tu, memang penuh harapan woo, "harap2 bunyinya kuat la". lalu baling la mercun tu ke tanah... "BOOM!!!"meletup, pergh!! memang kuat.. sampai imam yang tgh solat pun terhenti seketika, membaca surah. surau tu jadi senyap seketika. agaknya tok imam terkejut la kot.. mase tu kiteorang memang dah panik mase tu... mase tu jugak la kiteorang cabut lari... bila dikenangkan memang kelakar tau peristiwa tu.


    Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
    kegemaran?? x de la... ape yang ada... bedal jer...

    Lagu raya manakah yang anda suka??
    banyak jugak la lagu2 raya yang topek suka... tp yang paling topek suka lagu aman shah - kepulangan yang dinanti.

    Tahun ini anda beraya di mana??
    mesti la balek kampong. kg topek bukan jauh sgt pun... rumah nenek topek kat parit 2 sungai burong. topek duk kat parit 1 sungai sireh!! dekat jer.. sape yang datang rumah topek, nti topek bawak gi rumah nenek... ok??


    Pernahkah anda bertugas di hari raya??
    lor... aku masih blaja lagi da... so, x de la kene bertugas.

    Apakah kenangan paling manis di hari raya??
    dapat duit raya la... tp sejak dah bujang ni, elemek... memang susah la nak dapat duit raya... seronok pulak teringat mase kecik2 dulu... byk dapat duit raya... wakakaka.. :D

    Khamis, September 13

    countdown time!~!!!




    korang semua jangan salah anggap.. countdown ni bukannya aku letak kerana aku x sabar2 nak raya... tp sebenarnya disebalik 13oktober tu la aku dilahirkan... so, x salahkan aku letak countdown ni.... pada mulanya aku pun x sangka yang tahun ni burfday aku sama dgn raya pertama.. wah!! syok sakan la aku tahun ni... raya penuh bermakna la katakan... huhuhu...hahaha..hihiihi

    Jumaat, September 7

    video malam gala konvensyen di genting highland.

    video



    ni la video malam gala konvensyen yang sempat aku rakamkan semasa di genting highland hari tu. malam yang bertemakan "malam pop yea yea". semua lagu yang dinyanyikan adalah lagu2 lama, zaman 60, 70, 80an punye lagu. tp aku mintak maaf la sebab suara x bape jelas. kalau nak di ikutkan lama jugak la time karaoke tu. tp time tu jugak la "kiteorang" dijamu selera dengan makanan ala2 buffey. so, aku pun x sempat nak rakamkan semuanya, nak makan punye pasal. kekeke...

    hope korang tgk la video ni.. semoga terhibur. :D

    Rabu, Ogos 29

    lagu sempena merdeka 07 (50 thn)

    semoga terhibur...!!


    Malaysia Baru

    Andai hidup tak punya cinta
    Pada bangsa maupun wanita
    Hidup tak punya ertinya
    Kenikmatan tidak dirasa

    Cinta bangsa rasa mulia
    Cinta wanita rasa bahagia
    Menjadi kita penuh daya
    Mencipta hidup sempurna

    ( korus )
    Andai kita lalai sertalah lupa
    Masa akan lari sia-sia
    Jiwa kosong tak berharga
    Dunia bukan syurga

    Oleh itu mari kawanku
    Berpimpin tangan berganding bahu
    Segera capai cita yang satu
    Di alam Malaysia baru

    ( ulang dari korus hingga akhir )

    Jumaat, Ogos 24

    im back (2)


    seronok rasanya dapat kembali berblog semula. selama ketiadaan aku disini, banyak ilmu2 yang telah aku pelajari ketika itu. walaupun aku terpaksa berhadapan dengan virus demam. aku kuatkan semangat aku untuk terus kehadapan. kegembiraan aku terpancar ketika aku berada di genting highland, sempena majlis gala konvensyen. 2 hari 1 malam aku berada di sana. bukan setakat majlis gala sahaja... sesi motivasi bersama dengan seorang yang tidak asing lagi, iaitu ust farid ravi.. dengan topiknya "perniagaan dalam islam" membuatkan aku tertarik dgn motivasi tersebut. aku juga sempat merakam, apa yang telah disampaikan ust tersebut, leader2 aku yang banyak bagi kata2 semangat. terima kasih ku ucapkan kepada mereka semua. aku rasa, dikalangan mereka semua, aku la "insan" yang paling "kecil" dalam group mereka semua. sementah umur 17 tahun dah menceburi bidang perniagaan. aku rasa.. banyak lagi yang perlu aku pelajari daripada orang2 yang telah berjaya dan aku harap, diorang dapat membimbing aku kearah kecemerlangan.

    ----------------------------------------tamat----------------------------------------



    sungguhpun begitu, aku x lupa satu perkara. lagi beberapa hari saja lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-50.



    dan aku harap, semoga kemerdekaan yang ke-50 ini, hargailah pejuang2 kemerdekaan yang masih hidup dan kenanglah pada mereka yang telah terkorban. tanpa merdeka dulu... tiada merdeka sekarang yang kita kecapi hari ini.

    Ahad, Ogos 19

    i'm back!!!

    harap maaf kepada semua rakan2 blog ku semua. sepanjang ketiadaan aku, banyak peristiwa yang telah berlaku pada diriku. walaupun pada mulanya aku hendak tinggalkan blog ni dalam jangka masa yang panjang kerana beberapa masalah, tetapi aku tidak dapat menahan "rinduku" pada blog yang ber URL:http://diari-hidupku.blogspot.com ini, aku online juga. kerana semangat, aku masih disini.. ni adalah coretan beberapa peristiwa yang telah berlaku pada diriku sepanjang ketiadaan aku di blog ini.


    1."DEMAM!!"

    pada mulanya hanya adikku yang bongsu yang kena demam ni. entah macam mana pula, aku pun turut terkena "tempias" adikku. pada masa tu, aku telah tinggalkan blog ni sudah 3 hari. tapi, yang hairannya... bukan aku saja yang kena "tempias" demam adik aku ni, satu rumah kena. dan jangan terkejut... semua "ahli" dalam rumah aku kena pada hari yang sama. dalam semua yang kena demam tu, alhamdulillah... aku adalah orang yang pertama yang sembuh awal. syukur alhamdulillah... selepas tu, seorang demi seorang sembuh dari virus demam tu.

    2. meet dengan bro Izali (izalifa.blogspot.com)

    sebenarnya aku pun x sangka dapat berjumpa dengan bro Izali ni. ye la... selama ni kenal pun kat blog jer... x sangka pula kampung ibu mertua bro Izali ni satu kampung dengan aku. sebelum tu bro Izali inform aku awal. dia anta msj kat aku mengatakan yang dia telah berada di sungai sireh, tanjong karang.. di rumah ibu mertuanya. ni la gamba kenangan aku dengan bro Izali.




    thanx yerk bro Izali, susah2 jer malam2 sediakan makanan untuk topek.


    3. amanat aku.

    sepanjang ketiadaanku, aku telah memberitahu kepada kak umie supaya tolong tengok2kan blog aku ni. ye la... kesian blog aku ni... x de siapa nak "menjaganya" semasa ketiadaan aku. terima kasih ku ucapkan kepada kak umie yang sanggup tengok2kan blog topek ni. walaupun x de en3 baru, x pe la.


    4. majlis gala konvensyen di First World Hotel di Genting Highland.

    ni la kali pertama aku jejakkan kakiku ke genting highland. feeling yang begitu "excited", naik kreta kabel yang begitu tinggi ketinggiannya, langsung x de rasa gayat langsung. seronok giler... dan untuk pengetahuan korang semua... ni la kali pertama aku jejakkan kaki ke genting highland. aku sempat mengupload gambar2 aku yang aku "tangkap" menggunakan mp4 aku, dan ada sebahagian gambar2 lain aku "tangkap" menggunakan kamera biasa (kodak).


    Selasa, Ogos 7

    pergi menghilang!!





    aku pun x tau bila aku akan kembali... mungkin seminggu, sebulan, 2 bulan, aku pun x tau... jiwa aku pun x tenteram ni. izinkan la aku pergi... aku mohon ampun...

    Ahad, Ogos 5

    "mode" baru berwajah "classic"






    pastinya anda semua tertanya2, kenapa blog aku ni bertukar wajah. ok la... "let me explain about it." sebenarnya agak susah juga untuk aku memahami blog versi "beta" ni. aku cuba juga untuk mempelajarinya sedikit demi sedikit, dan ternyata... bukan mudah untuk memahaminya dalam masa yang begitu singkat. so, aku telah bertukar balik kepada versi "classic" balik.

    versi classic ni nyata mudah bagi aku kerana aku mempunyai pengalaman sedikit menggunakannya. dengan menggunakan code HTML, sedikit sebanyak dapat juga aku "megolah" template ni yang asalnya kurang menarik, tetapi.. selepas aku beri sedikit "sentuhan" code HTML yg telah aku "post moterm" dan sedikit pengalaman aku masa menggendalikan blogdrive, akhirnya berjaya juga aku mengubahnya.

    terima kasih aku ucapkan pada ien yang banyak bantu aku masa aku menggunakan blog versi beta yang lepas. apa yang diajarnya, sedikit telah membantu aku untuk mempelajari blog versi beta tu. insya Allah, aku akan cuba juga mempelajarinya.





    Isnin, Julai 30

    part time keje catering

    seperti di entri di bawah, pada hari sabtu dan ahad aku telah buat part time kat sana, kje jdi pelayan dengan salah sebuah hotel yang x asing lagi di kuala selangor iaitu De Palma Inn. pihak hotel telah mendapat "tander" catering dengan TV3 untuk menjamu selebriti dan VIP2 yang akan hadir ketika karnival sukan remaja itu nanti. taklimat tentang tugasan telah di umumkan pada hari jumaat yang lepas. so, bila tiba hari sabtu tu... terus sahaja buat.

    kiteorang keje mengikut syif masing2. ada yang pagi dan ada yang petang. aku dengan member aku dapat syif petang, so... kurang skit la keje. tapi pnat jugak sebab bila abis majlis pada hari sabtu tu, kiteorang la yang kene kemaskan barang. huhu... penat jugak la. tapi x de la "busy" sangat. x ramai orang pun.

    selama 2 hari tu, ramai selebriti2 yang aku x pernah jumpa, dapat lihat depan mata. seronok sangat. dapat jugak la bersalam-salaman. jumpa pun buat cam biasa jer.buat apa nak excited2... betul x?? dia pun manusia jugak. dan bila "tirai" karnival tu diakhir majlis. sempat juga la aku mengambil gamba dengan beberapa kawan aku dan perkerja yang lain.


    aku yang di tengah2 tu la... gemuk kan aku?? kekeke... :D





    fikir2... ape lagi nak buat yerk?? dah x tau da..

    ni la sebahagian gamba di khemah, tempat kiteorang prepare food dan drink untuk menjamu tetamu2 yang hadir. selepas selesai jer mengemas, aku pun balik la ke hotel untuk mengangkut barang bawak masuk ke dalam dapur hotel. lepas jer angkut, aku dan member aku lepak jap... penat da!! masa tu pukul 8.15pm.. selesai sudah kerja kami.


    termenung kejap... lepaskan angin penat lelah.


    bersebelah dengan member aku da!!

    lepas pukul 8.30pm cam tu... kiteorang pun balik ler ke rumah. nak tido!!

    Khamis, Julai 26

    junior sport carnival berkampung di Kuala Selangor.




    kali ni karnival sukan remaja akan berkampung di sini (kuala selangor). boleh la aku pergi. kekeke... aku rasa banyak acara yang akan diadakan disana nanti. ni la artikel yang aku ambik dari website tv3.

    KARNIVAL SUKAN REMAJA 2007

    Setelah dua kali ia diadakan di Bukit Jalil
    Kini sudah tiba masanya untuk ia diadakan di lokasi berlainan
    Karnival Sukan Remaja kini kembali menemui anda!
    Di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor...

    Dua padang futsal bukannya satu
    Dua gelanggang bola keranjang (3 lawan 3)
    Tapak Paintball yang lebih luas
    Rocky Mountain, Sepakan Penalti, Paintball Target Shooting, Shoot & Hoops, Sepak Raga dan juga Golf Mini.
    Malah buat pertama kalinya Kejohanan Pocket Bike GP di Karnival Sukan Remaja!

    Bukan itu saja, akan ada demonstrasi serta persembahan menarik dan menghiburkan daripada pendatang terbaru pasukan sorak terbaik 2006, Pancaragam, Taekwondo, Silat Gayung Fatani, Judo dan Silambam...

    Ada lagi...seisi keluarga turut berpeluang memeriahkan lagi karnival ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Family Explorace, Sukaneka, Musical Chair, kuiz dan sebagainya...

    Lebih menarik lagi, anda turut berpeluang beramah mesra dan beriadah bersama artis-artis dan personaliti yang anda minati! Rebutlah peluang ini...

    Sertailah aktiviti-aktiviti menarik yang disajikan di Karnival Sukan Remaja dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai beserta barangan ekslusif!



    Butiran Karnival :
    Tempat : Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor
    Tarikh : Sabtu 28 Julai & Ahad 29 Julai


    *TERBUKA PADA SEMUA TERUTAMANYA REMAJA!*



    KEJOHANAN
    Futsal (Bawah 12)
    Futsal (Bawah 17)
    Streetball (Bawah 14)
    Streetball (Bawah 17)
    Paintball Terbuka (Novice)Paintball (Young Gun)
    Mini Pocket Bike GP C’ship

    PERMAINAN
    Rocky Mountain
    Sepakan Penalti
    Sepak Raga
    Golf Mini
    Paintball Target Shooting
    Shoot & hoops

    PERSEMBAHAN
    Pasukan Sorak
    Pancaragam
    Taekwondo
    Silat Gayung Fatani
    Silambam
    Judo

    AKTIVITI KELUARGA

    Family Explorace
    Sesi Bertemu dan Beriadah bersama Artis & Personaliti
    Telematch
    Musical Chair
    Kuiz


    BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN :
    Senang dan mudah....sila pilih kejohanan yang pasukan anda ingin sertai dan hubungi kami di 017-6604511 atau hantar email anda ke jsc@tv3.com.my

    Pendaftaran


    Yuran Pendaftaran
    Kejohanan Futsal (Bawah 12 & 17) RM35 (7pax)
    Kejohanan Streetball (Bawah 14 & 17) RM15 (3pax)
    Kejohanan Paintball (5 on 5) Novice RM150
    Kejohanan Paintball (3 on 3) Young Gun RM75
    Mini Pocket Bike GP Championship

    Pembayaran untuk futsal, streetball dan paintball boleh dilakukan di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor pada :

    Khamis 26/7
    3 petang – 6 petang

    Jumaat 27/7
    9 pagi – 12 tengahari


    Rabu, Julai 25

    majlis Gala Konvensyen




    ni la jemputan istimewa yang aku dapat dari syarikat WWN, iaitu majlis gala konvensyen yang akan di adakan di hotel first world, Genting Highland pada 18-19hb ogos 2007 dengan tema : "Revolusi tindakan! bukan CAKAP, kita BUAT!!." setahun hanya sekali... sekali pergi, tahun depan datang lagi. kekeke :D . majlis ni diadakan sebagai tanda mengingati kembali detik2 manis bersama WWN. harga tiketnya boleh juga la tahan. hanya RM 288 sahaja bagi Ahli... kalau ikut harga biasa, rm 388. diskaun rm100. jimat tu... kekeke... leh la wat makan2 nanti kat sana. :D

    wah!! x sabar2 plak aku nak pergi sana. rasanya... ni la kali pertama aku dapat pergi ke sana. insyaAllah, kalau x ada apa2 masalah yang menghalang, boleh la aku pergi ke sana. rm288 tu semua dah siap. tempat perginapan, sarapan pagi, makan utk majlis gala dan cabutan bertuah.

    Selasa, Julai 24

    sehari di hospital

    semalam aku bersama ayahku berada di hospital Tg. Karang kerana datukku mengalami masalah pundi kencing dan beliau telah di kejarkan ke wad kecemasan ketika itu. seharian aku bersama ayahku menemani datukku disana. walaupun hari itu adalah hari isnin, tetapi begitu ramai orang masuk ke hospital waktu itu. aku hanya memerhatikannya sahaja.

    di sebelah katil datukku, ada seorang budak yang sebaya dengan ku waktu itu, di pun di masukkan ke wad kecemasan kerana kemalanagan. waktu itu dia bersama dengan keluarganya dan tanpa segan dan silu, aku pun bertanyakan kepada ibunya tentang anaknya itu. bila ibunya berceritakan kisah anaknya kepadaku, aku sendiri turut sedih mendengarnya.

    ni antara dialog aku dengan si ibu tadi.

    aku : hurm... mak cik, anak mak cik kenapa??
    ibu : anak mak cik exsiden... ni pun baru jer makcik dapat tau. msa exsiden tu dia x nak telefon makcik.
    aku : anak mak cik ni umur dia berapa??
    ibu : 17 tahun... baru jer lepas spm. sekrang ni di masuk ke giatmara.
    aku : owh... maknanya anak mak cik ni sebaya saya la ni yerk... saya pun baru lepas spm tahun lepas.
    ibu : owh... anak ni sekolah kat mana??
    aku : SMK (tut...) kat Tg Karang
    ibu : owh... anak mak cik ni plak sekolah kat sg, (tut...)
    aku : macam mana boleh exsiden tu mak cik??
    ibu : tu la, makcik pun x tau... tiba2 jer kawan ayahnya telefon... katanya anaknya exsiden. mak cik risau. ye la... seharian x pernah duduk diam. pagi jer pergi giatmara kat skin.. (tut...) rumah dah la jauh. makcik tggl kat Sg.. (tut..) dia pergi giat naik moto. mak cik dah nasihatkan dia... bawak moto tu elok2.. hati2... jangan bawak laju. petang pula dia pergi main futsal dan malam pulak, dia kerja kat kedai makan. balik kerja jer pukul 6 pagi. begitu la setiap hari. makcik sampai penat tengok dia. dia langsung x penat. makcik dah cuba cakap dengan dia... "nak, ko abiskan la dulu sekolah ko kat giat tu, lepas tu klau nak kerja, ko kerja la. mak dan ayah masih mampu beri ko duit belanja utk ko pergi giat tu." begitu la kata ibunya. di sebabkan dia ni anak sulung, apa yang dia mintak, sume mak cik bagi. mcam hari tu, dia minta makcik belikannya moto. makcik cakap dengan dia, "sebelum mak belikan moto ni, ko ambik lesen dulu. baru mak belikan.",
    aku :(dalam hatiku, anak makcik kira beruntung juga la... time2 cam ni dah dapat ambik lesen, sedangkan aku terpaksa kerja tuk cari duit tuk ambik lesen jugak. x pe la.. aku reda semua tu)
    ibu : bila makcik tanya dia, "nak, ko nak motor ape?? warna apa??.. apa yang dia mintak, makcik belikan. bila dah dapat motor tu, seronok betul dia. moto tu mak cik baru bayar dua kali, tapi dah banyak calar balar pada motor tu. mak cik tanya la kat dia, kenapa motor ni dah calar?? dia hanya cakap... "jatuh skit jer tu." makcik cakap kat dia, "motor ni ko angkat yerk?? (willie)", dia cakap x de... bila makcik tanya kat adik dia, adik nya cakap "mak, along willie2 motor tu mak, bukan willie jer, lap bahaya pun along buat. makcik punya angin la dengan dia. makcik cakap dengan dia, kalau motor tu rosak, insyaAllah klau ada rezeki, mak boleh belikan motor baru, tapi, kalau nyawa ko melayang?? mak nak belikan nyawa ko kat mana??". mak cik geram, mak cik rantai motor dia. tu yang dia merajuk tu. lantak la... dia nak merajuk ke, mak cik x kisah. asalkan dia selamat.
    aku : ni patah kakinya jer ke mak cik??
    ibu : ni pun nasib baik bukan kakinya yang patah. cuma jarinya saja yang patah dan ada apa entah tadi doktor cakap. kena wat operation kat hospital Klang. mak cik reda la dengan apa yang terjadi ni. mak cik harap dia akan sedar.
    aku : tul tu mak cik... nti kirim salam kat dia yerk.
    ibu : ye la... nti makcik sampaikan.


    ni jer la yang sempat aku ingat perbualan aku dengan makcik tu. sebenarnya perbualan kami masa tu panjang jugak la, tp oleh kerana masa tu aku pun x berapa sihat, so.. otak aku x dapat nak simpan semua perbualan tu.

    sebenarnya pengajaran kat sini adalah, ibu bapa mana yang x sayangkan anaknya?? betul x?? walaupun si ibu marah macam mana sekali pun, marah tu tandanya sayang. jangan la korang fikir yang bukan2 pula apabila mak dan ayah kita marah kat kita. sebenarnya bukan senang nak mendidik anak2, apatah lagi anak tu sedang meningkat dewasa dan waktu dia di zaman remaja ni. masa ni la mereka semua nak jaga kita supaya x terlanjur. ye la, tengok la situasi sekarang, golongan yang paling ramai melakukan jenayah adalah remaja. patut pun kalau mak ayah kita menegur kita.

    buat teman2 semua, renungkan la sejenak diri kita bersama2. muhasabah diri.

    Isnin, Julai 23

    sedkit komen dari puan nye virus da!!

    sejenap dari blog iEn.


    ni la komen yang aku dapat dari puan/cik punya virus (ien). kekeke...



    1) Topek

    Topek ni orang yg terpantas menjawab Virus aku pade mulenye, maybe die kene rush kot sebab maklum lah setahu aku die online dari CC. Dan aku paham kadang2 kite takde mase nak wat satu task. Tapi aku respek tol budak ni sebab die dia buat masa tu gark selepas aku kasik virus kat die. Mekasih aku ucapkan.

    Komen: Sebelum ini template yg dia gunakan adalah mickey mouse, dan ia sesuai dengan tuannye sendiri nampak comel dan cute wekekeke! Tapi umur kita makin bertambah dik, perlu ada perubahan supaya dari blog itu dah nampak kematangan kita mcm mana untuk mengolah ayat2 sama ada diari ataupun info2 yg boleh kitorang buat terpukau. Tapi bagi aku sepanjang aku menjelajah blog Topek ni aku rasakan yg membuat aku terpaut adalah lirik2 lagunye di sane, sebab ada beberapa lirik lagu yg membawak kenangan pada aku acewah.hehe. Dan selepas itu beliau meminta aku mengubah template serta design kepada Blogspot yg upgrade skit, So aku ubahkan di mana yg patut serta meletakkan balik menu2 di sidebar sehingga ternampak dan terbaca ayat2 hadith yg diberikan membuatkan aku terpikir dan terdiam seketika. Sapa yg tak tenang kan bile terbaca ayat2 mutiara kata/mukadimah tersebut? Dan selepas merenovate, ternyata ramai yg memberi komen yg membina dengan kejutan elektrik. Dan untuk topek, teruskan dengan karya seni seperti lirik lagu yg sepadan dengan perjalanan hidup Topek. All The Best!

    Jumlah peratus yang diberikan: 70%


    komen dari topek plak :

    oleh kerana topek sendiri online kat CC, mungkin itu adalah antara sebab topek adalah orang pertama yang menjawab virus tu. selalunya topek online kat CC ni x la lama sangat, 1 jam hingga 1 setengah jam jer, jadi... topek kesuntukan masa. kadang2 topek online semata2 hanya tuk menulis entry baru dan membuat sedikit olahan pada blog ni. (mungkin x nampak sangat kot.) hum... kat sini topek nak ucapkan terima kasih banyak pada Ien. dahulunya blog topek ni templatenya adalah mickey mouse. masa mula2 gunakannya tu rasa macam cute plak blog topek ni. kekeke :)) sebab dulu masa topek masa kecik2 dulu memang suka tengok cerita kartun mickey mouse. tapi, oleh kerana umur kita makin meningkat, topek mula rasakan yang dah x seharusnya topek menggunakan lagi template mickey tu. rasa macam kebudak2kan pula. dan topek telah meminta tolong kepada ien tuk ajar topek bagaimana tuk upgrade blog topek ni. sedikit demi sedikit yang di ajarnya dapat juga topek faham. paling banyak yang mengubah blog ini, ien la punya kerja... kekeke... terima kasih ien. tengok2 jer dah laen dah blog topek ni.

    sebenarnya topek ni baru jer bergiat dalam blogging ni. so, banyak yang topek x mengerti dan perlu untuk topek mempelajarinya. pada mulanya topek berblogging ni bertujuan hanya untuk suka2 jer. nak ringankan tangan ni dan juga ingin mencari kenalan yang berada jauh di mata. pernah dulu topek rasa, cam dah x nak bergiat lagi dalam blogging ni sebab x de sambutan pun, tp mujur la dengan adanya msjbox yang "direka" oleh abg jun.... maka ada juga la kenalan2 dari group msjbox yang datang ke blog topek ni. mereka jadi pendorong buat topek untuk terus bergiat aktif dalam blogging ni. tima kasih geng msjbox!!

    topek rasa yang menjadi kekuatan dalam blog topek ni adalah kerana template yang topek gunakan dulu... iaitu mickey mouse. mickey kan comei, dan topek pasti semua meminati mickey... tul x?? lain2 kekuatan tu topek rasa x de la kot sebab banyak entry2 topek ni mengarut2 belaka. dengan masa yang singkat, apa yang terlintas di fikiran topek, tu la yang topek tulis... tu kalau sesiapa yang selalu masuk ke blog topek, cuba lihat... topek banyak letakkan lirik lagu dari cerita2. topek akuinya. dengan berbekalkan masa hanya 1 jam, x sempat untuk topek menulis cerita yang mungkin mengambil masa kira2 45 minit bagi topek. x apa la... topek akan memperbaikinya sedikit demi sedikit dengan cerita yang menarik. di samping itu juga, mungkin apabila genap saja birthday topek... 1 revolusi baru akan muncul di blog topek. Insya-Allah...

    walaubagaimanapun topek ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada kakak ien kerana telah membantu topek dalam menjayakan blog baru topek ni... tima kasih ien. :D

    Ahad, Julai 22

    citcat - web penterjemah bahasa online FREE!! :D


    sebenarnya dah lama aku guna "kamus" online ni. ye la... bab2 BI ni mane la aku faham 100 percent, so klu yang pening2 tu aku guna "kamus" ni tuk baca apa2 yang di tulis dalam bahasa BI. mudah dan senang. keke... bagi yang mana2 malas nak baca BI. korang leh guna "kamus" CitCat ni tuk terjemah hampir kesemua web yang korang nak baca. aku x kata 100 peratus dia akan baca. mybe menu2 tu x dapat la kot.


    kalau x silap aku la... web ni telah dibina oleh orang malaysia tau. dan mudah tuk di fahami jika hendak menggunakannya... ianya terdapat dwi-bahasa, sama ada nak guna BM or BI, tu sumer terpulang la pada korang sumer. macam aku, BM jer... maklum la... "bahasa menunjukkan Bangsa" tul x?? lagi satu "Bahasa Jiwa Bangsa."keke... leh jadi cam A Samad Said ni. :))


    ok la... aku pun malas la nak celoteh banyak kat sini. aku syorkan kat korang jer... kite kongsi sama2 apa2 yang baru. tul x??


    Jumaat, Julai 20

    Khasiat Asam Jawa


    Tahukah anda bahawa asam jawa yang digunakan dalam menu masakan sehari-hari dapat membantu menjaga kulit wajah? Caranya, ambil kuantiti asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30 minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Insya-Allah jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau bagaimanapun, petua ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. kekeke :)) :p


    Selasa, Julai 17

    penat da

    penat da!!

    adess... bulan ni aku terpaksa kerja kuat skit tuk bulan depan punye mission. ni pun dah brape haribulan entah... aku pun x ingat. kekekeke... adess... sampai tarikh hari ni pun aku lupe. tu yang kadang2 burfday orang aku terlupe... (sori yer bagi member2 aku yang lahir bulan ni, aku x dapat nak wish happy burfday kat korang sume.) kepala otak aku ni berserabut gile2 punye serabut. penat pun penat... asyik buat sale jer.


    aku buat sume ni bukan ape, bulan depan ada satu majlis yang gemilang akan di adakan oleh syarikat aku. majlis gala konvensyen yang akan di adakan di arena of star, Genting Highland, pahang. perghh!!! ni baru kali pertama rasanya kalau dapat pergi ke genting. selama ni aku x pernah melancong pun ke mana2.


    so, rasanya aku akan menghilang tuk beberapa minggu ni sbb nak kerja kuat tuk pergi ke sana... datang setahun sekali. kekeke... k la... bye..

    Jumaat, Julai 13

    untitle



    :-? aku pun x tau la nak citer ape hari ni. kekeringan idea plak hari ni. sampai nak berceloteh kat sini pun x tau nak citer psal ape. huhu... kepala aku blur. so, aku x de ape la nak kata dgn korang. cume aku nak korang sume layan dengan lagu ni. kekeke... mungkin lagu ni sambungan daripada lagu semalam kot. entah la... sejak dua menjak ni aku asyik layan lagu jiwang jer... entah ape kene dengan aku ni pun x tau la... tp ini lagu lama jugak. dan jarang aku dengar lagi lagu ni di mainkan di radio2 atau stesen TV. kite layan la yerk...


    Fotograf

    Di Alam Fana Cinta Mu

    Bila terpejam lena
    Jasadku tidak berdaya
    Mencari engkau di mana
    Hanya dalam mimpi indah

    Bila aku terjaga
    Jasadku terus berdiri
    Mencarimu tiada lagi
    Berkubur di alam mimpi

    Apakah aku yang terlupa
    Antara lena dan terjaga

    Di waktu malam pemisah
    Yang nyata menjadi mimpi
    Di sini engkau menanti
    Bersama harum kasturi

    Bagai mekarnya bunga cinta
    Di alam nyata penuh rahsia

    Pabila titisan embun pagi
    Mimpi indah
    Entah ke mana menghilang
    Entah kenyataan
    Engkau biarkan aku terbuang
    Di alam fana cinta
    Kau pula berdusta

    Ku terpenjara aku terpenjara
    Di dalam lena di dalam jaga

    Khamis, Julai 12

    feeling



    sejak kebelakang ni aku asyik gundah gulana jer.. mengingatkan kisah2 lama semasa sesi persekolahan yang lepas. kenangan manis, pahit, masin, masam... macam2 la.. entah la. aku pun x tau... sejak aku layan lagu ni la. tapi memang kena dengan kisah2 aku dulu... aku pun x nak citer byk la. nti korang tnye aku yang bukan2 plak. maklum la... zaman cinte monyet aku dulu ni... saja aku abadikan dalam lagu yang begitu lama x kedengaran lagi di radio2. namanya di rahsiakan.

    Kris

    Tiara

    Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
    Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
    Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
    Di malam pesta engkau bisikkan
    Kata azimat di telinga

    Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
    Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
    Engkau jauh meniti puncak menara gading
    Yang menjanjikan hidup sempurna
    Tapi aku hanya tunduk ke bumi
    Hidup tertekan

    1
    Jika kau bertemu aku begini
    Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
    Di penjara terkurung terhukum
    Hanya bertemankan sepi

    Bisakah kau menghargai
    Cintaku yang suci ini...
    Oh! Tiara... pedihnya
    Dapatkah kau merasakan...

    ( ulang 1 )

    Bisakah, masih bisakah
    Engkau hargai cintaku lagi
    Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
    Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
    TIARA... Oh.!

    Rabu, Julai 11

    huh!! betul ke "rumah" aku ni??


    hari ni aku rasa cam pelik jer dengan "rumah" baru aku ni... betul ke ni "rumah" aku?? cam x percaya jer. bila aku taip urlnye... betul la. tp asal dah lain?? sememangnya mengejutkan aku. cam x percaya... begini la hasilnya. lawa jugak yerk?? kekeke...

    sebenarnya aku semalam telah bercadang tuk ubah skit versi blog aku ni. ye la.. dah lama sgt dah aku guna template mickey mouse tu. rasanya mungkin aku perlu berbuat sesuatu untuk blog aku ni. walaupun agak keliru jugak la aku dibuatnya... tapi alhamdulillah... dengan bantuan seseorang, dapat juga aku mempelajari sedikit demi sedikit. aku ni kalau blaja sekali banyak, nanti blur kepala otak aku ni. maklum la.. kepala aku ni ada had limit untuk sehari. kalau lebih jer... abis... blur dah kepala aku.


    "owh... gitu"... itu jer ayat yang semalam aku guna masa seorang insan hamba allah ni mengajar aku wat sume ni. dia cakap, aku buat. nak tau x, sebenarnya mase aku buat ni, aku dalam keadaan kelam kabut tau. maklum la... mase tu aku baru jer ambik adik aku sekolah pda pukul 1 lebih. dengan keadaan tergesa2nya... aku terus pecut naik moto pergi ke CC. fuh!! punye la penat. tp, alhamdulillah... dapat juga aku siapkan bersama hamba allah ni tadi. kekeke... tima kasih daun keladi aku ucapkan padanya kerana sudi ajar aku tentang sume ni. kalau x aku pun x tau... maklum la. aku ni baru pra-amatur.. so, byk lagi yang perlu aku belajar. walaupun aku ni byk songeh, dia sabar jer ajar aku. mekasih yerk. yang aku ubah, cikit jer... yang lain... sume dia buat. tima kasih la. kekeke...

    Selasa, Julai 10


    gangguan teknikal...


    oleh kerana blog aku ni sedang dalam proses 'peng"upgrade"dan', so... aku terpaksa.. eh, bukan terpaksa la.. aku kene "format" balik blog aku ni. so, shoutbox or msjbox aku terpaksa aku "pindahkan" kat "rumah" lama aku semasa proses upgrade ni. ni pun baru kali pertama aku upgrade blog aku ni... so, byk lagi yang kene aku blaja...


    jika ada sebarang komen atau nak sembang2 dengan aku, korang semua leh la "tuliskan" korang punye komen kat entry2 aku. sebarang kesulitan amatlah dikesali... kekeke... skema la plak. tp walaubagaimana pun aku x kan menghampakan korang semua... apa kata kita layan lagu ni. lagu ni sebenarnya mengingatkan aku mase zaman sekolah aku... almaklum sendiri mau ingat la. kekeke... ok la. ape2 hal korang leh komen aku di entry2 aku yerk...

    KRIS - TIARA

    Sabtu, Julai 7

    bosan (2)


    hari ni aku nak layan lagu kenny remy and martin. best jugak klu feeling2 lagu2 jiwang ni. keke... layan!!


    Suratan Atau Kebetulan Lyrics
    Artist: Kenny Remy Martin

    Sesuatu yang tak disangka
    Seringkali mendatangi kita
    Itukah suratan dalam kehidupan
    Atau hanya satu kebetulan

    Kita asyik membicarakan
    Persoalan hidup dan pilihan
    Sedang kejujuran semakin berkurang
    Masih tiada bertemu jawapan

    ( korus 1)
    Walau kita dihadapkan
    Dengan berbagai pilihan
    Mengapa sering terjadi
    Pilihan tak menepati

    ( korus 2 )
    Hingga amat menakutkan
    Menghadapi masa depan
    Seolah telah terhapus
    Sebuah kehidupan yang kudus

    Pertemuan sekali ini
    Bagi diriku amat bererti
    Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
    Bimbangkan berulang kesilapan

    ( ulang dari korus 1)

    Ringtones of Kenny Remy Martin

    Jumaat, Julai 6



    kene "virus" dari iEn da!!

    iEn... ni dia jwapan aku. (topek)



    1) Apakah resolusi yang anda gunakan?
    800x600pxl

    2) Tema atau ciri-ciri blog?
    Diari, lirik, luahan, kongsi cerita la senang citer... haha..

    3) Kekuatan Blog anda? (Shoutbox, Komen, Ramai Kenalan, Entri yang menarik perhatian atau lain2, sila nyatakan)
    Komen,shoutbox (msjbox) dengan Entri kot, aku pun x tau... wakaka!!

    4) Kelemahan Blog anda?
    kureng menarik skit la, lembab pun ade gak... hm.. entah la.

    5) Jenis connection anda?
    entah!! aku sendiri pun x tau.. aku online kat CC. haha... x pernah plak aku tnye tokei kedai. kekeke

    6) Berapa kali anda menukar baju atau template Blog?
    mane pernah, dri dulu smpai sekrang.. template ni la. huhuhu...

    7) Kekerapan posting?
    Kadang-kadang, kerap, jarang

    9) Sejak bila anda mengenali Blog?
    Sejak tahun 2005 (Blogdrive)

    9) Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan blog yang disediakan?
    Puas sesangat walaupun kadang2 down. tp... memang best.

    10) Adakah anda berasa tensyen bila Blog rosak? Bagaimana anda mengatasi?
    tensyen dowh!!. caranya topek wat post moterm dulu.. tgk kerosakan, jika perlu ganti rugi, insurans takaful kan ada. haha... ape susah.

    11) Apakah harapan anda pada Blog?
    Ingin dikenali dan dirapati dengan rakan2 blog yg lain di samping bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita, dan macam2 lagi la.

    Khamis, Julai 5

    gila2 remaja soundtrack.


    Ku jejak jalan yang berliku
    Membara jiwaku memburu impian

    Ku renang lautan gelora
    Biarpun tersadai di hujung dunia

    Akan ku rempuhi segala rintangan
    Biarpun rebah ku bangun sendiri

    Akan ku genggam biarpun hitam
    Menjadi milikku

    Ku mula dengan langkah ini
    Menuju sinaran yang abadi

    ___________________________________________________________________

    sbenarnya, walaupun aku ni baru 18 tahun, tapi aku ada 1 misi yang aku pun x tau bila penghujungnya. mencari erti hidup, memang sukar untuk mencari jawapannya. lagi pula dengan dugaan dan cabaran yang di lalui sepanjang perjalan hidup ini, aku merasakan seperti ada 1 persamaan dalam lirik lagu ni dengan jiwa aku.

    walaupun ianya sekadar lagu, tetapi bagi "jiwa seni" mcam aku ni, aku begitu suka bila dengar lagu ni. lantak orang la nak kata aku ni ape... feeling lebih ke, aku x kisah. tapi bagi aku, lagu ni ada maksud yang tersirat di dalamnya yang mungkin dapat aku terjemahkan atau tidak.

    Rabu, Julai 4



    penat


    malam td aku de kelas kat skincan, selangor. tp ape yang sedihnya hanya 6 orang jer yang datang. sedih betul. tp walaupun 6 orang, kelas tu tetap berjalan seperti biasa. start dari pukul 9.30 dan abis pukul 10.30 mlm. satu jam jer. malas la nak lama2 wat kelas, 6 orang jer. x seronok plak nak citer panjang lebar.


    lepas jer abis kelas tu, kami semua pergi la minum di satu kedai tu. yang "panas"nye, aku order lain, lain plak yang sampai. perghh1!! memang menyirap. nasib aku masih ingat lagi pelajaran tekink bernafas tu. bila buat jer... lege dah hati ni. sambil2 minum tu sembang2 la pasal produk2 syarikat... lepas tu citer pasal marketing plan plak. sembang punye sembang, tahu2 jer dah pukul 12. punye la syok kiteorang sembang. maklum la, syarikat aku ni produk dia memang tuk kesihatan, so... sambil2 citer pasal produk, citer jugak pasal kesihatan ni. semua orang mahu sihat, betul x?? sapa yang kat dunia ni nak sakit jer. aku rasa, seorang pun x de.


    yang bestnye malam tadi, lepas jer kiteorang abis minum kat kedai tu tadi, aku sempat juga la mintak rx-water kat salah seorang upline aku. dalam WWN, "killer product"nye rx-water system. tp, aku x mampu nak beli, so... beli airnye pun jadi la.. wat minum2 satu family. airnya bagus, dah byk testimoni yang berkesan setelah mencuba rx-water ni. yang kencing manis, kanser, macam2 la. alhamdulillah. dah ramai yang mula nampak perubahan.
    "Remember before drinking Rx-Water ™, ask in the name of God, the Almighty, what benefits you want for yourbody and blow that "wish" or message into the Rx-Water ™. Different conditions may require certain modifications of the regime."

    Selasa, Julai 3




    the sim city.




    ni adalah salah satu game yang paling menyeronokkan. the sim city. ianya game yang membantu kreativiti minda anda. game ni adalah berkisahkan sebuah pembangunan bandar, dimana... permulaan permainan ini anda akan diberi satu lokasi (bandar) yang kosong (cam padang jarak padang tekukur), x ada apa2 pun. disini la kreativiti minda anda di perlukan untuk membina sebuah bandar yang cantik dan indah mengikut kreativiti anda.


    bagus tau permainan ni. jikalau anda tidak berminat dengan permainan perang, anda boleh mencuba game the sim city ini. menyeronokkan. x percaya. cuba la.

    Ahad, Julai 1


    warcraft 3




    sebenarnya dah lama juga aku meninggalkan tabiat lama ku ni. klu dulu, pergi cc jer main game. tu mase zaman budak2 la... teruja dgn game. eh!! bukan teruja la... exicted. hehe... tp entah kenapa aku mula rindu plak dgn tabiat lamaku ni. mane x nye... sekarang ni dah banyak juga la game baru di "pasaran" sekarang. dengan game yang ber"function" biasa, or online game. macam2 dah sekrang ni.


    dulu, aku selalu gak main game ni. macam2 dah game yang pernah aku main.. tapi yang paling aku suka adalah game yg berdasarkan pemikiran, merancang strategi, dan kreativiti. senang citer, aku ni minat game perang. cam RED ALERT, tiberian sun, dune 2000 and mcam2 la. warcraft ni juga salah satu darinya.


    best tau game2 cam ni... mencabar minda. kita boleh rancang strategi, serangan, kubu pertahanan dan macam2. x caya... cuba la. anda pasti akan teruja.!!

    Sabtu, Jun 30

    tension


    arghh!!! pening kepala otak aku ni memikirkan benda yang pelbagai. rasa cam nak pecah jer kepala otak aku ni. tension betul... hurm... sabo jer la. x tau aku bak buat cam ne. tp, klu boleh... aku nak jer jerit kuat2 kat bendang kampung aku tu. rasa geram, menaham tension yang entah bila akan meletup ni. warghhhh!!!.

    sebenarnya x elok simpan tension ni kat "dalam". nti leh makan diri nanti. apa yang boleh aku buat adalah "sabar." tu ajer la. tp, aku masih ingat lagi semasa hari isnin hari tu, semasa aku pergi ke HQ class di PJ. aku sungguh bertuah sebab dapatjuga jumpa VIP dalam syarikat WWN. dia tu pengasas kepada WWN ni. nama dia DR. NOORDIN DARUS. salah seorang bekas penyakit kanser darah. aku pun pada mulanya x tau sejarah hidupnya... tp pada malam tu aku baru kenal beliau. beliau ni adalah seorang doktor juga. bekas pengarah majlis sukan negara lagi. boleh kena kanser darah. bayang la.


    malam tu aku belajar teknik pernafasan yang betul daripada beliau. pada mulanya agak kekok skit dgn apa yang diajarkannya. ye la.. pada mulanya aku juga x tau bagaimana teknik pernafasan yang betul. masa beliau mengajar tu baru aku faham. selama ni cara pernafasan aku tu salah la.
    tp bila praktis beramai2. alhamdulillah, dpat juga aku pelajarinya. best tul. nama teknik tu di beri namanya "teknik 777." entah kenapa di beri nama 777, aku pun x tau.
    tp macam2 tau faedahnya. antaranya... klu kita rasa nak marah jer. leh gne teknik ni. insyaAllah.. tenang nti. lain plak klu kene marah, leh guna jugak. nti x de la dendam kat orang yg mrah kita tu. eh... klu nak citer memang byk jugak la.. tp ada yang positif dan ada yang negetif. bertuah betul aku. haha...

    Selasa, Jun 26


    desktops yang paling syok dan menarik



    apa pendapat korang tentang wallpaper ni?? smart x?? ni aku dapat daripada satu laman web yang di beritahu oleh seorang member aku. nama dia ajim. dia ni klau bab2 wallpaper memang teror. aku pun x sangka wallpaper kat atas ni smart jugak. so aku pun download. kalau la wallpaper ni boleh aku upload and jadikan template tuk blog aku ni... tentu smart giler. tp aku x tau laman web yang boleh kita generate tuk wat template blogger ni. aku pun masih mencari.. kot2 la ada. tp selama sebulan research aku kat internet ni, aku masih belum jumpa website yang boleh mengupload and generate gamba ni tuk jadi template blogger.

    Isnin, Jun 25

    sehari di expo di dewan pembandaran teluk intan sempena mesyuarat ahli koperasi


    panjang betul tajuk aku kali ni... sebenarnya apa yang nak aku ceritakan ni adalah mengenai percutian aku kat teluk intan. sabtu hari tu.(eh!! bukan cuti la... kerja!!) bersama-sama dengan syarikat WWN, aku telah di hantar ke sana tuk membantu. seronok betul dapat ikut. maklum la... time2 cam ni la kalau nak bercuti2 malaysia. sambil kerja, dapat juga peluang tuk pergi ke negeri sempadan.


    walaupun mase tu aku sedang menjalankan tugas sebagai promoter, bertuah jugak... sekurang2nya dapat juga aku belajar bercakap dengan orang yang lebih tua dan lebih besar dari aku. mase tu aku pergi bersama2 lima orang kawan aku yang satu Office dgn aku jadi seorang promoter. pada mulanya agak kekok la skit. maklum la... selama ni aku x pernah lagi jadi promoter ni. almaklum la... gugup!! tangan pun terketar2 mase bercakap tu. hahaha... memalukan betul. tp dalam masa satu jam, aku sudah dapat membiasakan diri dengan situasi. hebat x aku?? hehe... x de la. biasa jer.


    tibanya aku di teluk intan, mse tu pukul 10 lebih cam tu la lebih kurang sebelum aku memulakan tugas aku.yang kelakarnya... tiba jer kat destinasi, masing2 mencari tandas. bukan nak bersolek or ape, almaklum la... jauh tu perjalanannya... rasa nak terkucil pun ada.bak kata orang jawa "nguyoh" (sape yang tau tu paham la).


    sungguh panas mase tu... dah la kene berjemur di tgh2 panas. sampai berpeluh2 menjemput orang datang ke gerai WWN. bukan tu jer... bila ada pelanggan, kita akan beri keterangan padanya mengenai produk2 yang jual. keterangan yang jelas di perlukan tuk meyakinkan orang membeli produk kita...





    ni antara produk2 syarikat aku

    kalau cakap x jelas, dan orang x faham, x guna jugak. berbuih jer mulut bercakap. tapi mase tu nasib sampai kul 2.30 petang. lepas tu kiteorang pun balik.



    ni gamba mase perjalanan balik.



    khusyuk... betul member aku ni bwak ketenye. hehe...

    sebelum balik ke selangor... sempat jugak singgah ke salah sebuah masjid kat perak tu. solat zohor.



    lepas tu... pulang la ke halaman "rumah". (selangor da) tp sebelum sampai ke rumah (tg karang), kiteorang sempat jugak singgah kat salah sebuah pantai di sabak bernam, pantai B.N.O. (bagan nahkoda omar). lepak2 jap kat situ sambil2 ambik angin sempoi2 bahasa.. hehehe..



    sori la... gamba ni aku ambik mase air tengah surut dah!! x nampak cam pantai.
    bukan setakat gamba pantai jer aku ambik... gamba2 "cowok2" melayu terakhir pun sempat jugak aku ambik, haha...



    hehe... gurau2 jer la... maklum la, dah kepenatan mase tu. time2 cam ni la ambik masa tuk rehatkan badan.
     

    Blog Archive

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie