Isnin, September 24

peristiwa bulan puasa. (tag)

ha... kali ni aku pula nak buat tag sempena bulan puasa ni. tp aku x de la nak tanya soalan2 kat korang, cuma aku nak tau jer kisah2 korang semasa semasa kecik or dewasa dibulan ramadhan. peristiwa yang korang xkan lupa sampai bila2...

bulan puasa... sebenarnya kenangan aku yang paling banyak kelakar msa bulan puasa ni la... macam2 perkara yang telah berlaku. tp ianya berlaku bukan dalam 1 tahun saja, kalau x silap aku, sejak aku darjah 4 sampai la sekarang, banyak persitiwa2 yang paling lucu bila dikenang balik. rasanya nti bila dah kawen, dah ada anak, kalau citer dengan anak2, rasanya anak2 pun akan ketawa bila dengarnya. kenangan yang paling seronok dan x dapat nak dilupakan. aku akan ceritakan la apa yang aku ingat.

peristiwa pertama: (tahun 2002)
sewaktu orang sedang bersolat tarawikh, aku dgn member2 sedang bermain mercun. mula2nya main mercun "mancis" jer.. habis jer mercun tu, kiteorang beralih kepada mercun "bola" plak... mase tu kiteorang main betul2 tepi surau. mase tu imam tgh baca surah al-fatehah.. masa bakar mercun tu, memang penuh harapan, "harap2 bunyinya kuat la". lalu baling la mercun tu ke tanah... "BOOM!!!"meletup, pergh!! memang kuat.. sampai imam yang tgh solat pun terhenti seketika, membaca surah. surau tu jadi senyap seketika. agaknya tok imam terkejut la kot.. mase tu kiteorang memang dah panik mase tu... mase tu jugak la kiteorang cabut lari... lepas tu bapak aku tanya kat aku "ko ke yang main mercun tadi??" aku tidak berkata apa2... senyap saja. takut woo mase tu... wekeke...

pada hari raya pertama tahun tu, tok penghulu telah menegur semua budak2 yang berada kat surau. aku pun turut kena jugak. katanya "kenapa kamu main mercun masa orang tgh sembahyang??? main la waktu lain. seb baik x de orang yang sakit jantung... kalau ada yang sakit macam mana?? kan susah tu, hurm... lain kali jgn buat lagi tau" katanya... kiteorg mase tu hanya mengangguk kepala saja... senyap tanpa berkata apa2.

peristiwa kedua : (tahun 2001)
waktu masa tu tgh hari, kalau x silap aku hampir pukul 11.15pagi cam tu la... saje la aku bersama kawan aku ni, namanya fadhil. kiteorang mase tu sibuk kire duit hanya semata2 nak beli mercun. kami pun pergi la ke kedai beli... lepas balik dari kedai, kami main kat jalan raya. tp jalan raya tu ada sebatang pokok kelapa yang sederhana tinggi dan ada sarang tebuan yang sangat besar diatasnya... aku pun terfikir sejenak. dalam fikiran aku "apa kata aku baling mercun ni pada sarang tebuan tu... mesti best", aku pun ajak kawan aku tadi dan berkata kepadanya... "siapa dapat baling mercun tepat masuk ke lubang sarang tebuan, dia hebat. tanpa buang masa, kami pun bakar mercun dan baling ke sarang tebuan tu. tgh syok2 baling tu, tiba2 masuk plak... apalagi... meletup kat dalam sarang tu. habis "bersepai" sarang tu. kiteorg pun sorak la... bila kiteorang toleh balik pada sarang tu, hampir semua tebuan kat sarang tu mula keluar... "alamak!!! masalah ni... cabut!!!" kataku. kiteorang lari lintang pukang dikejar tebuan tadi. sedang kiteorang lari tu, jumpa parit. terus jer terjun kat parit tu... perghhh!! seb baik kiteorang lebih pantas dari tebuan tu. berendam la kiteorang selama 15minit. pada malamnya sarang tu telah dibakar oleh siak surau.

peristiwa ketiga :(tahun 199...)
sedang orang tgh solat tarawikh, aku dengan kawan aku ni main meriam. rumah dia betul2 tepi jalan raya. aku datang jer, dia dah main dulu dah... saiz meriamnya boleh la tahan dan aku sedang bersedia tuk melepaskan 1 das tembakan. kabait telah dimasukkan dan depan meriam telah ditutup dengan kain. aku menanti... bila agaknya boleh lepaskan tembakan ni... kwan aku tu pun berkata "sekarang!!!" aku pun ambil sebatang kayu dan celupkannya pada minyak gas kemudian bakar. tanpa lengahkan masa, aku pun cucuh kayu tadi di lubang kecil yang terdapat kat meriam tadi. "BOOOMMM!!!" perghhh!! berdesing telinga aku dibuatnya. punya la kuat bunyinya. masa tu memang seronok. kiteorang pun bersiap sekali lagi tuk lepaskan 1 lagi tembakan. kali ni kawan aku yang cucuh. masukkan kabait... tutup meriam... tunggu jap. sedang tunggu tu ada pula orang lalu kat jalan tu. msa nak cucuh tu, betul2 dia lalu depan kiteorang.. "cucuh!!" aku berkata. "BOOMM!!" meletup... dan ketika itu juga la kitorang mendengar orang memekik... "WOII!! sapa yang cucuh meriam tadi ha??, keluar cepat!! berani betul!!! pekak telinga aku dibuatnya"katanya. kiteorang masa tu dah cuak dah... "wei2... senyap2 wei. nti dia tau kita yang buat" kata kawan aku tu. orang itu telah masuk ke kebun dan mencari kami... tp seb baik kiteorang lebih bijak dari dia... masing2 panjat pokok dan buka baju masing2... klu dia nampak baju kiteorang, memang "masak" la kiteorang dibuatnya... wekekeke... 15 minit kemudian orang tu meninggalkan "kubu" kiteorang... seb baik... klu x, dah kene pukul dah.


begitu la cerita aku dan member2 aku semasa dibulan ramadhan... sebenarnya banyak lagi cerita2 yang nakal dan melucukan, tp oleh kerana xcukup masa punya pasal (online kat CC)... sikit ni pun cukup la... nak citer lebih2 x boleh. nak tau kene la datang ke kg aku... dan insya Allah aku akan ceritakan semuanya. tu baru kisah disebalik ramadhan... belum lagi kisah di sebalik syawal pulak... bulan syawal pun ada kenangan2 yang nakal dan melucukan, menggerunkan, dan macam2 lagi la.
sekarang ni nak buat lagi dah malas dah... pasal dah x ramai member. masing2 dah pi sambung blaja. so, aku sendirian la kat kg. walauapapun memang seronok la. semua tu akan ku abadikan dalam ingatan.

mangsa seterusnya :
ien
fysal
umie
izali
nazz

p/s: kalau korang x de kisah2 semasa dibulan ramadhan, x pe la... aku pun x paksa. sapa yang ada tu tolong2 la sebarkannya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti aku wat kat blogdrive aku.. selang seli skit.. kekeekekek!

Tanpa Nama berkata...

huhu... awat jauh sgt jwab tag topek?? x pe la... janji jawab... wekekeke :))

uMIe MieSYa on 8:17 PG berkata...

Amboi.. dah pandai merekacipta VIRUS TAG plak ek skrg.. :p kebanyakkan pengalaman yg topek takleh lupa berkaitan dgn mercun je.. sure masa kecik2 topek saangat nakal.. :p nanti akak buat TAG nie yer.. tungguuuuuuuu! :)

Tanpa Nama berkata...

kekeke... mule2 nak kongsi citer jer psal bulan pose... topek fikir ni leh jadi tag ni... tu yg buat tu... :D

uMIe MieSYa on 7:10 PG berkata...

Salam topek.. tahun nie banyak ke beli mercun? :p hati2 main mercun tau! duduk jauh2 bila nak cucuh api kat mercun tu... :)

psst : ingat org tersayang. ihiks!

Tanpa Nama berkata...

byk jugak la... 200 mercun bola... kekeke... tu sudah semestinya... x kan nak duk dekat2 cucuh mercun. :D

hehe... syg jugak akak dgn topek yerk... wekekeke :))

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie