Jumaat, September 28

    kene tag lagi!!!

    tag baru ni aku dapat dari sorang budak (nazz). dia ni memang x abis2 nak kenekan aku... x pe la, ni aku jawab tag ko nazz. nti jgn lupe jawab tag aku pulak. :D



    Apa erti Hari Raya pada korang??
    >bagi aku, hari raya ni adalah hari yang paling kanak2 suka, sebab time ni la boleh dapat byk duit raya... kekeke..

    Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma
    >wajibnye adalah solat sunat hari raya, bermaaf2an sesama ahli keluarga dan menziarahi saudara2 yang terdekat. :D

    Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
    > x pernah lagi la... maklum la... aku ni nakal skit... orang solat tarawikh, aku main mercun... kekeke :D

    Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
    > mase kecik2 dulu byk la dapat... dah bujang ni... kadang2 rm50 pun x sampai... huhuhu :((

    Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
    > kuih raye ni aku kureng skit la... klu rendang tu leh la jugak :D

    Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
    >dalam sejarah hidup aku, x pernah lagi aku dgn family aku bergambar semasa raya. xtau la kalau tahun ni sempat bergambar... kekeke :D

    Isnin, September 24

    peristiwa bulan puasa. (tag)

    ha... kali ni aku pula nak buat tag sempena bulan puasa ni. tp aku x de la nak tanya soalan2 kat korang, cuma aku nak tau jer kisah2 korang semasa semasa kecik or dewasa dibulan ramadhan. peristiwa yang korang xkan lupa sampai bila2...

    bulan puasa... sebenarnya kenangan aku yang paling banyak kelakar msa bulan puasa ni la... macam2 perkara yang telah berlaku. tp ianya berlaku bukan dalam 1 tahun saja, kalau x silap aku, sejak aku darjah 4 sampai la sekarang, banyak persitiwa2 yang paling lucu bila dikenang balik. rasanya nti bila dah kawen, dah ada anak, kalau citer dengan anak2, rasanya anak2 pun akan ketawa bila dengarnya. kenangan yang paling seronok dan x dapat nak dilupakan. aku akan ceritakan la apa yang aku ingat.

    peristiwa pertama: (tahun 2002)
    sewaktu orang sedang bersolat tarawikh, aku dgn member2 sedang bermain mercun. mula2nya main mercun "mancis" jer.. habis jer mercun tu, kiteorang beralih kepada mercun "bola" plak... mase tu kiteorang main betul2 tepi surau. mase tu imam tgh baca surah al-fatehah.. masa bakar mercun tu, memang penuh harapan, "harap2 bunyinya kuat la". lalu baling la mercun tu ke tanah... "BOOM!!!"meletup, pergh!! memang kuat.. sampai imam yang tgh solat pun terhenti seketika, membaca surah. surau tu jadi senyap seketika. agaknya tok imam terkejut la kot.. mase tu kiteorang memang dah panik mase tu... mase tu jugak la kiteorang cabut lari... lepas tu bapak aku tanya kat aku "ko ke yang main mercun tadi??" aku tidak berkata apa2... senyap saja. takut woo mase tu... wekeke...

    pada hari raya pertama tahun tu, tok penghulu telah menegur semua budak2 yang berada kat surau. aku pun turut kena jugak. katanya "kenapa kamu main mercun masa orang tgh sembahyang??? main la waktu lain. seb baik x de orang yang sakit jantung... kalau ada yang sakit macam mana?? kan susah tu, hurm... lain kali jgn buat lagi tau" katanya... kiteorg mase tu hanya mengangguk kepala saja... senyap tanpa berkata apa2.

    peristiwa kedua : (tahun 2001)
    waktu masa tu tgh hari, kalau x silap aku hampir pukul 11.15pagi cam tu la... saje la aku bersama kawan aku ni, namanya fadhil. kiteorang mase tu sibuk kire duit hanya semata2 nak beli mercun. kami pun pergi la ke kedai beli... lepas balik dari kedai, kami main kat jalan raya. tp jalan raya tu ada sebatang pokok kelapa yang sederhana tinggi dan ada sarang tebuan yang sangat besar diatasnya... aku pun terfikir sejenak. dalam fikiran aku "apa kata aku baling mercun ni pada sarang tebuan tu... mesti best", aku pun ajak kawan aku tadi dan berkata kepadanya... "siapa dapat baling mercun tepat masuk ke lubang sarang tebuan, dia hebat. tanpa buang masa, kami pun bakar mercun dan baling ke sarang tebuan tu. tgh syok2 baling tu, tiba2 masuk plak... apalagi... meletup kat dalam sarang tu. habis "bersepai" sarang tu. kiteorg pun sorak la... bila kiteorang toleh balik pada sarang tu, hampir semua tebuan kat sarang tu mula keluar... "alamak!!! masalah ni... cabut!!!" kataku. kiteorang lari lintang pukang dikejar tebuan tadi. sedang kiteorang lari tu, jumpa parit. terus jer terjun kat parit tu... perghhh!! seb baik kiteorang lebih pantas dari tebuan tu. berendam la kiteorang selama 15minit. pada malamnya sarang tu telah dibakar oleh siak surau.

    peristiwa ketiga :(tahun 199...)
    sedang orang tgh solat tarawikh, aku dengan kawan aku ni main meriam. rumah dia betul2 tepi jalan raya. aku datang jer, dia dah main dulu dah... saiz meriamnya boleh la tahan dan aku sedang bersedia tuk melepaskan 1 das tembakan. kabait telah dimasukkan dan depan meriam telah ditutup dengan kain. aku menanti... bila agaknya boleh lepaskan tembakan ni... kwan aku tu pun berkata "sekarang!!!" aku pun ambil sebatang kayu dan celupkannya pada minyak gas kemudian bakar. tanpa lengahkan masa, aku pun cucuh kayu tadi di lubang kecil yang terdapat kat meriam tadi. "BOOOMMM!!!" perghhh!! berdesing telinga aku dibuatnya. punya la kuat bunyinya. masa tu memang seronok. kiteorang pun bersiap sekali lagi tuk lepaskan 1 lagi tembakan. kali ni kawan aku yang cucuh. masukkan kabait... tutup meriam... tunggu jap. sedang tunggu tu ada pula orang lalu kat jalan tu. msa nak cucuh tu, betul2 dia lalu depan kiteorang.. "cucuh!!" aku berkata. "BOOMM!!" meletup... dan ketika itu juga la kitorang mendengar orang memekik... "WOII!! sapa yang cucuh meriam tadi ha??, keluar cepat!! berani betul!!! pekak telinga aku dibuatnya"katanya. kiteorang masa tu dah cuak dah... "wei2... senyap2 wei. nti dia tau kita yang buat" kata kawan aku tu. orang itu telah masuk ke kebun dan mencari kami... tp seb baik kiteorang lebih bijak dari dia... masing2 panjat pokok dan buka baju masing2... klu dia nampak baju kiteorang, memang "masak" la kiteorang dibuatnya... wekekeke... 15 minit kemudian orang tu meninggalkan "kubu" kiteorang... seb baik... klu x, dah kene pukul dah.


    begitu la cerita aku dan member2 aku semasa dibulan ramadhan... sebenarnya banyak lagi cerita2 yang nakal dan melucukan, tp oleh kerana xcukup masa punya pasal (online kat CC)... sikit ni pun cukup la... nak citer lebih2 x boleh. nak tau kene la datang ke kg aku... dan insya Allah aku akan ceritakan semuanya. tu baru kisah disebalik ramadhan... belum lagi kisah di sebalik syawal pulak... bulan syawal pun ada kenangan2 yang nakal dan melucukan, menggerunkan, dan macam2 lagi la.
    sekarang ni nak buat lagi dah malas dah... pasal dah x ramai member. masing2 dah pi sambung blaja. so, aku sendirian la kat kg. walauapapun memang seronok la. semua tu akan ku abadikan dalam ingatan.

    mangsa seterusnya :
    ien
    fysal
    umie
    izali
    nazz

    p/s: kalau korang x de kisah2 semasa dibulan ramadhan, x pe la... aku pun x paksa. sapa yang ada tu tolong2 la sebarkannya.

    Jumaat, September 21

    tag bulan ramadhan.

    ni la jawapan dariku...


    Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
    Sejak darjah 6.

    Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
    tipu la aku klu x pernah ponteng puasa... biasa la tu... zaman kanak2. mase tu kan nakal2 lagi. selalunya klu ponteng puasa kat luar la... beli air, pastu minum kat kebun. mak tanya puasa x?? aku jawab puasa... wakakaka... :))

    Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
    ha... bab ni yang paling suka aku jawab. uish... rugi woo x main mercun. x seronok, x meriah... aku nak citer sikit psal main mercun ni. banyak peristiwa yang berlaku semasa bulan ramadhan ni.hampir semuanya kerana mercun. tp aku cerita sedikit ajer la.

    peristiwa pertama:
    sewaktu orang sedang bersolat tarawikh, aku dgn member2 sedang bermain mercun. mula2nya main mercun "mancis" jer.. habis jer mercun tu, kiteorang beralih kepada mercun "bola" plak... mase tu kiteorang main betul2 tepi surau. mase tu imam tgh baca surah al-fatehah.. masa bakar mercun tu, memang penuh harapan woo, "harap2 bunyinya kuat la". lalu baling la mercun tu ke tanah... "BOOM!!!"meletup, pergh!! memang kuat.. sampai imam yang tgh solat pun terhenti seketika, membaca surah. surau tu jadi senyap seketika. agaknya tok imam terkejut la kot.. mase tu kiteorang memang dah panik mase tu... mase tu jugak la kiteorang cabut lari... bila dikenangkan memang kelakar tau peristiwa tu.


    Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
    kegemaran?? x de la... ape yang ada... bedal jer...

    Lagu raya manakah yang anda suka??
    banyak jugak la lagu2 raya yang topek suka... tp yang paling topek suka lagu aman shah - kepulangan yang dinanti.

    Tahun ini anda beraya di mana??
    mesti la balek kampong. kg topek bukan jauh sgt pun... rumah nenek topek kat parit 2 sungai burong. topek duk kat parit 1 sungai sireh!! dekat jer.. sape yang datang rumah topek, nti topek bawak gi rumah nenek... ok??


    Pernahkah anda bertugas di hari raya??
    lor... aku masih blaja lagi da... so, x de la kene bertugas.

    Apakah kenangan paling manis di hari raya??
    dapat duit raya la... tp sejak dah bujang ni, elemek... memang susah la nak dapat duit raya... seronok pulak teringat mase kecik2 dulu... byk dapat duit raya... wakakaka.. :D

    Khamis, September 13

    countdown time!~!!!




    korang semua jangan salah anggap.. countdown ni bukannya aku letak kerana aku x sabar2 nak raya... tp sebenarnya disebalik 13oktober tu la aku dilahirkan... so, x salahkan aku letak countdown ni.... pada mulanya aku pun x sangka yang tahun ni burfday aku sama dgn raya pertama.. wah!! syok sakan la aku tahun ni... raya penuh bermakna la katakan... huhuhu...hahaha..hihiihi

    Jumaat, September 7

    video malam gala konvensyen di genting highland.



    ni la video malam gala konvensyen yang sempat aku rakamkan semasa di genting highland hari tu. malam yang bertemakan "malam pop yea yea". semua lagu yang dinyanyikan adalah lagu2 lama, zaman 60, 70, 80an punye lagu. tp aku mintak maaf la sebab suara x bape jelas. kalau nak di ikutkan lama jugak la time karaoke tu. tp time tu jugak la "kiteorang" dijamu selera dengan makanan ala2 buffey. so, aku pun x sempat nak rakamkan semuanya, nak makan punye pasal. kekeke...

    hope korang tgk la video ni.. semoga terhibur. :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie