seronok betul semalam. dapat juga aku berjumpe dgn
bro Jun (bos msjbox) dengan isterinya
kak carneyz di rumahnye. semua ni atas jasa baik
abg fysal yang bawak topek gi bersama - sama dengannya. tima kasih banyak2.
AL-KISAHNYA.
2 hari sebelum kiteorang pergi tu,
abg fysal dah ajak topek untuk beraya dirumah
abg jun. pada mulanya topek cam x percaya jer... (betul ke ni abg fysal nak bawak topek ni??), bila topek telefon abg fysal, dia mengesahkannya. untuk pergi ke gombak dari tempatnya (perak) memang melalui tanjong karang, so... tu la yang abg fysal bawak topek sekali tu. "date" telah pun dibuat.
"date" : "lepas subuh abg fysal terus jer gerak dari tempat abg pergi ke tanjong karang. bila sampai, abg telefon topek yerk. nti topek jemput abg. kite sembahyang raya di tempat topek. ok?? nti leh la abg fysal berkenal2 dgn family topek." begitu la date yang topek cakap dgn abg fysal dan abg fysal pun bersetuju.
pagi raya :
abg fysal tiba di tanjong karang pada pukul 8 pagi dan aku menjemputnya di petronas Tg Karang. dan topek pun bawa abg fysal ke kampung topek, sungai sireh. sebelum kami menunaikan solat aidiladha, abg fysal sempat juga singgah di rumah topek. tepat jam 8.45 pagi, kami pun menunaikan solat aidiladha. ketika itu, solat aidiladha diketuai oleh Cikgu Hanim.
lepas jer solat aidiladha, aku dengan abg fysal pun bertolak ke gombak dan singgah di rumah bapa Saudaranya di taman Seri Gombak. pada mulanya, aku agak segan skit, maklum la.. "orang luar." xde kene mengena dgn sedara dia. tp, Pak Sudara dia peramah orangnya. so, kurang skit segan aku.
lebih kurang pukul 1.30 pm topek dgn abg fysal menuju ke rumah Junaidix & carneyz untuk merasai laksa Sarawak. menurut kak carneyz, laksa serawak tu abg jun yang sediakan. wah!! beruntung betul kak carneyz yerk. kekeke
apa2 pun, memang sedap laksa sarawak tu. tima kasih untuk abg jun dengan kak carneyz. hadir sama, abg shai dan kak retna yang sampai dulu dari kami (uish... awal betul korang sampai yerk).
aku (topek) dengan abg fysal.
laksa sarawak
masing2 sedang termenung jauh.
ketika itu, sempat juga kami bergambar beramai-ramai di rumah abg jun dengan menggunakan kamera kak retna dan abg jun. dan inilah hasilnya.
topek, abg jun, abg shai, abg fysal, kak retna dan kak carneyz.
lepas jer beraya dirumah bos msjbox (junaidix) aku bersama abg shai, abg fysal pergi ke rumah auntie jun yang terletak di kg. melayu subang menaiki kereta abg jun. pada mulanya kiteorang sesat dengan petunjuk yang auntie jun bagi kat kiteorang. tapi, seb baik auntie jun suruh hubby dia ambik kiteorang.
ni la auntie jun... bersama hubby dia.
hmmm... yummi... sedapnye la.
tima kasih la buat auntie jun dengan juadah yang di sediakan. semuanya sedap2 belaka. ingat nak sapu sumernye. tp oleh kerana sebelum sampai disini, perut sudah diisi dengan laksa sarawak, so... sempat la merasai semua hidangan yang disediakan. makanan yang menambat hati aku adalah cheese cake tu. hurm... sedap betul la. rasa nak "tapau" jer bawak balik. kekeke
sempat juga bergambar dengan bos msjbox ni (abg jun) kekeke.
tima kasih banyak2 kepada auntie jun sekeluarga dan semua yang menjayakan "program" beraya sehari ni.
sumber gambar : abg fysal dan kak retna.