Selasa, Januari 29

    Dari Meja Admin


    Hanya mahu dikenali sebagai taufik a.k.a topek. seorang student di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Mengambil Jurusan IT Programming (pengaturcaraan) bermula Januari 2008 hingga Disember 2009.

    "Segalanya bermula daripada tahun 2005 iaitu semasa topek tingkatan 3. mula buhsan dengan myspace, Friendster, topek mula menjebakkan diri di dalam dunia blogging. pada mulanya topek hanya menggunakan "blogdrive" sebagai blog permulaan dan ketika itu, topek tidak tahu menahu apa - apa tentang dunia blogging ini. sedikit demi sedikit rujukan dan "percubaan" yang telah topek lakukan dan penambah baikkan dari segi penulisan, susunan ayat dan segala "widget" yang topek gunakan, topek telah memperbaharuinya dari semasa ke semasa. sampailah satu masa dimana ketika itu, blog pertama topek telah mengalami "kerosakkan" dan memaksa topek untuk berpindah ke blogger ini.

    Di sinilah tempat dimana aku meluahkan rasa gembira, sedih, kecewa dan sebagainya di blog ini. Kiranya ada pihak yang tersinggung, topek mohon ampun dan maaf, kerna aku sekadar insan yang lemah seperti orang lain...."


    Biodata ToPek HeRe!!

    Nama: Mohamad Taufik
    Nama Panggilan: Topek
    Lokasi: Selangor (Tg. Karang
    Email: groomers98@yahoo.com
    Status: Bujang
    No.Telefon: - ada dalam blog tu. :D

    Khamis, Januari 10

    izinkan aku pergi.

    telah tiba saatnya topek harus meninggalkan dunia blogging untuk seketika kerana hendak memberi laluan (fokus) pada pelajaran. topek pun sebenarnya berat juga nak tinggalkan, tapi... keadaan tidak mengizinkan. so, biar la topek pergi untuk seketika.

    sedih, sayu, berdebar, dan seumpama dengannya la dalam hati topek ni. tapi topek kuatkan juga semangat untuk terus berjuang, "mengejar" cita2 topek.mungkin ini la post yang terakhir topek untuk bulan ni. dan topek akan cuba mencari masa, tempat yang sesuai untuk aku bercerita lagi disini. walaupun hanya sekejap, jadi la... terubat juga kerinduan hati ni.

    satu lagi yang ingin topek katakan, topek mintak maaf banyak2 kepada kawan2 dunia IT dan dunia blogging ni andai kata ada terkasar bahasa dengan korang semua, aku buat silap ke. mohon maaf banyak2. aku hanya insan biasa yang x lari dari buat kesilapan. doakan la pemergian topek dan kejayaan topek nti. insya Allah, bila ada kelapangan masa, topek akan "bercerita" lagi disini nanti. kepada yang contact topek ke, nak tanya kabar topek ke, apa2 aje la... ok, di sini topek tinggalkan no telepon topek. 017-6574851. insya Allah, topek akan balas msj korang. sebelum tu, kenalkan la diri dulu yerk. kekeke...

    ok, masa pun x mengizinkan... barang2 pun belum kemas lagi ni. topek nak mintak diri dulu. assalamualaikum...

    Rabu, Januari 9

    meniti hari (2)

    tinggal beberapa hari jer lagi aku nak pergi da... perasaan berdebar x putus2. ai.. entah apa la yang buat aku jadi cam ni. hari ni aku telah buat medical check up di hospital tanjong karang. bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi, sampai jer dihospital, aku tengok dah ramai orang "membanjiri" hospital. aku ingat, waktu masih awal ni, kurang la skit orang. tp tekaan aku silap. jenuh menunggu nombor giliran.

    sebenarnya aku pun dah lama x periksa kesihatan badan aku ni. last hari tu masa form 5, pertengahan bulan. so, kira dah lama jugak la. pagi tu aku jalani ujian urine test dan lepas tu, X-RAY. selang beberapa minit kemudian, doktor pun panggil untuk ambik "gamba" hasil X-RAY aku tu. doktor kata, balik dulu... nti pukul 2 petang, datang balik untuk periksa badan. masa masih awal lagi. siap X-RAY tadi pun pukul 9.30am. alang2 dah sampai tanjong karang, sempat juga aku cari barang2 yang "tertinggal" untuk di bawa ke asrama

    pukul 2 ptg:

    aku pun menuju ke hospital untuk kali kedua. kali ni buat pemeriksaan oleh doktor plak. hurm... seb baik aku masih "sihat" lagi. masih ada kesempatan untuk "hidup" dan meneruskan cita-cita akku. mula2 agak bimbang jugak... kot2 la aku ni ada masalah kesihatan plak ke... siapa sangka. betul x?? yang paling mengejutkan aku adalah berat badan aku. perghhh!!! terkejut "beruk" aku dibuatnye. berat badan aku sudah melebihi sangkaan aku. ternyata aku lebih berat dari sangkaan. adeh!! berat naik, badan plak makin ketot... adui... segannye la. tapi apa boleh buat. dah kenyataan, (buat masa sekarang la). insya Allah, lepas ni nak turunkan skit la. umur muda lagi, berat macam orang yang dah kerja plak. x boleh jadi ni.

    Isnin, Januari 7

    sehari bersiar-siar di teluk intan.


    semalam aku dengan matju telah bertemu di tanjong karang. kalau ikut plan aku, aku nak gi melawat dia kat UniSel. tapi dia yang sendiri nak datang ke tanjong karang... so, aku x de masalah. kedatangannya aku alu-alukan... muehehe...

    sampai jer matju kat tanjong karang, matju ajak aku gi melawat abg fysal. ush!! jauh tu. kerana matju telah "memaksa", aku pun x de halangan untuk pergi ke perak. aku pun menumpang matju. sebenarnya kalau jalan jauh2 ni aku malas nak bawak motor, maklum la... cepat mengantuk. takut dibuai mimpi plak masa tgh drive motor tu nanti. lagipun perjalanan ke teluk intan bukannya dekat. so, aku membuat keputusan untuk tumpang matju. dan tepat pukul 10 (lebih kurang cam tu la) aku dengan matju pun bertolak ke teluk intan, perak.

    perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit (kalau x silap aku la) untuk sampai ke stesen minyak petronas kat Hutan melintang.


    View Larger Map

    map dari tanjong karang ke hutan melintang.


    View Larger Map

    sesampainya kami di stesen minyak di hutan melintang, lebih kurang 15 minit abg fysal pun sampai dan membawa kami ke teluk intan. destinasi pertama yang abg fysal bawak kami adalah ke menara condong, teluk intan. ni la kali pertama aku naik ke menara condong kat teluk intan tu. first time datang ke teluk intan, x tau plak aku ada menara condong ni (kot2 aku yang x perasan). naik la sampai ke tingkat 3.

    (gamba aku kat menara condong tu ada kat matju lagi. so, kene tunggu matju postkan baru aku dapat gamba tu)

    masa aku kat sana, matju suruh aku mencari "bunga", kot2 la ada yang berkenan di hati... muehehe...



    (matju, pilih la satu jugak... jgn nak suruh aku jer.)
    hehe... maklum la... anak muda sekarang. jangan marah ha...

    lepas lepak kat menara condong, abg fysal bawak kiteorang makan tengah hari kat satu kedai. terkejut jugak aku, air buah-buahan hanya rm1 secawan. murah tu... perot pun dah mule "berkeroncong" mase tu. apalagi... makan!!


    matju, ko x de keje ke?? makanan pun ko nak ambik gamba jugak.. muehehe...


    huhu... x perasan plak aku abg fysal snap gamba aku... huhu... segan.

    lepas makan, ingatkan nak jalan2 lagi, tapi cuaca pula tidak mengizinkan... aku dengan matju terpaksa pulang awal... (takut hujan turun). kalau betul hujan... kiteorang basah kuyup kang. aku x kisah sebab rumah aku dekat... kesian kat matju plak. lepas anta aku, dia kene teruskan perjalanan balik ke UniSel. seb baik masa kiteorang balik tu cuaca masih baik lagi.. dan tepat pukul 3. kami pun sampai kat tanjong karang.

    tima kasih kepada abg fysal kerana sudi bawak kami berdua jalan2. seronok sangat.!!



    UPDATE!!

    ni gamba baru yang aku dapat dari blog matju. hurm... tima kasih matju.


    sabar menanti


    hehe... matju dan aku. (topek) di menara condong


    sempat bergambar jugak di menara condong. (alamak!! bulatnye "pewot" aku). huhu..


    ish!! x perasan plak aku matju ambik gamba kandid ni...

    Sabtu, Januari 5

    meniti hari

    tanpa aku sedari, hari telah berganti hari... waktu terus berjalan tanpa "menunggu" aku. berat rasanya aku nak ungkapkannya, tp aku harus katakannya. lebih kurang seminggu jer lagi aku dapat bergiat aktif dalam dunia blogging ni. selepas itu aku akan pergi menyambung pengajianku untuk tempoh masa yang boleh dikatakan "panjang" juga. hati aku terasa berat untuk meninggalkan "diari-hidupku." ni... blog ni la yang banyak bawa kenangan yang indah dalam hidup aku dan aku amat menyayangi blog ni. huhu...


    aku pun x tau adakah lepas ni aku mempunyai peluang untuk on9 lagi. jikalau dapat, insya Allah, aku akan bercerita kisah2 baru aku di tempat blaja baru aku. aku akan cuba cari masa untuk update blog ni. walaupun hanya 1 jam, kire ok la tu. sekurang2nya dapat juga aku berada "di sini" untuk satu jam jer. kata orang, mengubat rindu... kekeke...

    aku pun x tau nak cakap apa lagi. rasa sedih menyelubungi hati ni. tapi apa boleh aku lakukan... aku kena juga pergi... demi mengejar cita2 aku. aku terpaksa pergi.



    View Larger Map

    peta dari tanjong karang ke sabak bernam.



    View Larger Map

    pekan sabak bernam.

     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie