Ahad, Mac 30

    al-kisah (3) part 2

    petang ni topek balik ke poli balik. minggu depan, topek ada 3 or 4 test.start hari isnin sampai la hari khamis. tu pun untuk subjek2 yang tertentu jer. ada lagi subjek yang belum buat test lagi. maybe dia buat lepas cuti kot. x tau la kan. huh!! harap2 la topek dapat jawab. ni baru test yang pertama. kene la score skit.

    final exam pun x lama jer lagi. awal bulan 6 dah start final exam. rasa gementar pun ada sebab x pernah lagi alami situasi exam kat IPT ni. kalau x silap, final exam topek ada 5 jer subjek. tp semuanya bab2 komputer kecuali 1, mate moden. huuhu...

    minggu depan, topek akan bercuti seminggu. start 4hb sampai 13hb april.cuti pertengahan semesta. pengisian belum buat lagi,maybe siap hari selasa ni. sebenarnya banyak benda nak buat masa cuti seminggu ni. harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar dan semuanya mengikut jadual yang telah topek buat. itu pun kalau x ada arah melintang la. kadang2 x semua yang kita rancang tu berjalan seperti kehendak kita. kita hanya merancang, tp tuhan yang menentukan.

    Sabtu, Mac 29

    al kisah (3)

    salam semua... x sangka, pejam celik(x3) tahu2 jer dah nak masuk bulan 4. sekejap jer masa berlalu. sekali lagi topek "tinggalkan" blog topek "kesepian" selama beberapa hari. (harap2 x merajuk la). sebenarnya topek x berkesempatan la nak on9 dari poli topek. maklum la. kalau nak on9, kene pergi cafe sebab kat cafe jer ada wireless. orang yang ada laptop, senang la... just bawak jer gi cafe. tp bagi topek yang bawak PC ke sana, macam mane nak on9?? x kan nak bawak PC tu gi cafe plak. fuh!! x pernah di buat orang lagi.

    beberapa hari yang lalu, beberapa student ada buat kajian tentang penyambungan wireless ke setiap asrama. topek tgk, ramai jugak yang sokong dengan idea tu. sebab, susah la nak on9 bagi orang yang bawak PC ke asrama. bagus jugak ada yang buat idea cam tu. tp risau jugak... takut student salah gune kemudahan tu. nti kene tarik balik, susah jugak dibuatnya.

    walauapapun itu baru kajian, dan kertas kerja sudahpun dihantar ke bahagian pengurusan.(kalau x silap la). sekarang ni just tunggu dan lihat, adakah ianya akan berjaya atau tidak permohonan tu.

    sebenarnya ada jugak kebaikkannya juga memasang wireless kat asrama tu. cuma pandai manfaatkan benda tu atau tidak, tu semua terpulang pada student tu sendiri. (harap2 permohonan tu di luluskan secepat yang mungkin la sebab dah lama sangat para student menunggu saat tu termasuk la topek sendiri.) :D

    Jumaat, Mac 7

    al-kisah (2)

    salam... huh!! lama sungguh aku tinggalkan blog aku ni "keseorangan." alhamdulillah, hari ni aku kembali untuk bercoret lagi di sini. terima kasih ku ucapkan kepada pelawat2 yang sudi bertandang ke blog aku ni semasa ketiadaan aku di dunia "blogger" ni.

    nak di ceritakan... al-kisahnya, minggu ni aku baru start belajar buat "coding" dalam subjek aku, pengaturcaraan C. selama hampir 2 bulan blaja basic dan pengenalan, akhirnya dapat juga masuk lab buat "coding." biasanya kalau bahasa C ni, tulis "coding" guna "Microsoft Visual Basic," tp oleh kerana kat lab x de software tu, kiteorang pun "melangkah masuk" menggunakan turbo C++. masih panjang lagi perjalanan aku dalam programming ni. harap abg jun dapat bagi sedikit sebanyak ilmu pasal coding ni la yerk.

    dalam minggu ni jugak, poli aku dapat cuti sehari (jumaat). seronok betul, dapat bercuti 3 hari. kebiasaannya bile aku balik, dapat cuti 2 hari jer (sabtu & ahad). tp cuti sehari ni cuti bersyarat, nti kena ganti dengan sabtu minggu lain. berapa haribulan tu pun x pasti lagi. dari minggu lepas isu ni di gembar - gemburkan oleh student poli psal nak pilihan raya, akhirnya cuti juga.

    minggu ni juga, salah seorang pensyarah aku (perempuan) menamatkan zaman bujangnya hari sabtu ni. pada mulanya, aku pun x tau jugak... bila aku lalu kat papan kenyataan kat sebelah pejabat jabatan aku, aku terlihat ada kad jemputan kawen. senyap - senyap jer.
    " Selamat Pengantin Baru. " hehe...

    Latest!!

    alhamdulillah, akhirnya gambar yang aku tunggu sudah pun siap. ni la gambar kelas aku kat poli. :D







    yang ni plak, gambar kandid kami. huhu...




    semoga kekal dalam ingatan selamanya... :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie