Isnin, Jun 30

    Realistic rainbow

    Selalunya agak sukar kita hendak melihat pelangi. ia selalu muncul apabila hujan telah "selesai" turun. itu baru nak tengok, belum lagi nak ambik gambar dengan pelangi. kan tu payah namanya. hari ni topek sekali lagi ingin kongsikan tutorial topek pada anda semua. terimalah... "Realistic Rainbow"



    amacam?? lawa x?? dengan tutorial kali ni, korang dah x payah bersusah - susah lagi nak ambik gambar pelangi sebab korang sendiri pun boleh cipta pelangi sendiri. hehehe.... ikuti step - step tutorial ini di bawah :



    selamat mencuba!!.

    Ahad, Jun 29

    Green Eye

    Pada tutorial topek hari ni, topek akan bawakan sesuatu yang menarik untuk anda semua iaitu menukar warna mata anda dalam gambar menjadi hijau menggunakan adobe photoshop. tutorial ini pun topek telah blaja semasa dalam semesta satu dahulu.. dan kali ni topek ingin berkongsikannya kepada anda semua.

    contohnya :

    gambar seperti ini... (matanya berwarna biru)



    apabila di edit dalam adobe photoshop... ianya akan jadi begini.



    anda juga boleh menukar apa - apa warna bagi mata ikut mengikut kehendak anda langkahnya sama sahaja...

    bagi yang inginkan tutorialnya... sila klik pada link pautan di bawah ini :



    Selamat mencuba!!.

    Sabtu, Jun 28

    shortcut!!

    Jika anda mempunyai banyak “User” dalam computer anda seperti ini :



    Pasti jenuh pada anda kerana setiap kali jika anda ingin menukar “user”, pasti anda
    akan membuat demikian. Pergi ke “start” dan “log off” untuk “switch user” atau “log off windows.” Jika begini, banyak “step” yang perlu anda buat.
    contoh seperti di bawah :



    "pergi ke start dan klik pada log off"



    "dan klik sama ada ingin tukar user or log off komputer anda."

    Pada tutorial topek pada hari ini, topek akan memudahkan kerja anda jika anda ingin menukar / switch “user” pada computer anda dengan membuat shortcut log off seperti ini :



    caranya amat mudah ikuti step ini :

    Ikuti step – step ini :
    1. klik kanan pada rungan kosong “desktop” anda.
    2. pergi ke “new” dan klik pada “shortcut.”



    3. masukkan “code” ini ( rundll32.exe user32.dll, LockWorkStation ) pada ruangan “browse…” dan klik “next.”



    4. masukkan nama shortcut tersebut. Contoh : “log off computer” dan klik finish or Ok.



    5. Selesai!!! (contoh seperti di bawah) :



    anda boleh mendownload tutorial topek di sini :



    selamat mencuba!!

    Jumaat, Jun 27

    mari buat kartun penguin

    Sebenarnya, topek dah blaja buat penguin ni masa topek sem satu kat politeknik, dalam modul komputer grafik dan menggunakan "software" Adobe Photoshop CS2. seronok jugak la buat ni. walaupun makan masa skit (xde la lama sgt) tp ianya amat menyeronokkan.



    bagi yang ingin mencuba, sila klik pada pautan link di bawah ini :

    download here!!

    cuba la... pasti ianya menyeronokkan anda. anda juga boleh membuat animasi pada gambar anda mahupun apa - apa juga wallpaper yang anda miliki untuk di jadikan animasi. anda juga boleh mencipta kartoon anda sendiri jika anda mahu. :D

    selamat mencuba!!

    Khamis, Jun 26

    Mari Baca!!

    P C anda "lembab", "slow"?? mungkin kita tidak mengetahui apakah masalah yang timbul. ada yang berpendapat, mungkin di sebabkan RAM (Random Access Memory) anda berkapasiti rendah (64mb, 128mb, dll). mungkin ada betulnya... kali ini, topek bawakan sesuatu yang mungkin boleh tolong lajukan PC anda.

    bukan itu sahaja, dalam tutorial topek yang julung pertama kalinya akan membawakan bagaimana untuk membuat perkara - perkara seperti berikut :

    1. mempercepatkan proses shutdown
    2. mematikan amaran "eror reporting"
    3. Mengurangkan 10 saat waktu menunggu ketika scandisk berlaku

    untuk mengetahuinya... sila klik pada pautan (link) di bawah ini :

    download here!!


    selamat mencuba!!

    p/s : tutorial ini hanya untuk pengguna yang menggunakan Windows XP sahaja.

    Rabu, Jun 25

    "Perubahan" berjaya!!

    Alhamdulillah, akhirnya template yang topek inginkan telah berjaya di ubah mengikut kehendak topek. sebenarnya topek nak ucapkan terima kasih banyak pada ien yang banyak bantu topek dalam mengubah template ni. terima kasih sekali lagi.

    daripada template yang asal begini :



    dan di ubah menjadi begini (ikut citarasa topek) :


    sebenarnya, topek masih belum faham sepenuhnya dalam kod XML ni, (pening juga la kepala topek dibuatnya) tp rasa cam best plak. x tau pun XML ni boleh di "ganding"kan dengan "JavaScript." klu bab Java, topek ada pengetahuan serba sedikit tentangnya. walaupun x banyak, tp topek rasa, apa yang ada, boleh topek "apply"kan dalam blog ni. InsyaAllah...

    dan untuk pengetahuan korang semua, lepas ni mungkin cara "penulisan" blog topek akan "bertukar wajah." oleh kerana beberapa sebab dan kemungkinan, rasanya, dah tiba rasa topek menukar cara "penulisan" topek. nak tau?? tunggu!! topek x nak komen banyak... nantikan kemunculan "topek" yang baru.
    sekian...

    Khamis, Jun 19

    hari yang bosan

    Seperti biasa, kalau x de apa2 aktiviti, topek akan update blog untuk isi masa lapang topek. sejak dari mula cuti sem, x pernah lagi keluar pergi jalan2 (bersiar2) ke satu tempat yang boleh mententeramkan jiwa. biasanya kalau cuti2 macam ni, topek suka pergi pantai, pergi ke tempat kerja lama topek, or pergi memancing di tepi sawah. tapi kali ni, sepertinya "mati akal", xtau nak buat apa masa cuti ni. hanya duduk rumah main game. tu jer la keje topek.

    hari isnin yang lepas, topek ada pergi ke sekolah lama topek untuk mengambil sijil SPM (tulen/asli) kat pejabat. rasanya dah lama sijil tu keluar, tp masa topek ambil tu, hanya beberapa orang jer yang dah ambil, topek ingatkan, topek la orang yang lambat ambil. masih ramai lagi yang belum ambil sijil SPM diorang, (x sayang sijil ke?) masa ambil tu, terjumpa plak dengan pengetua sekolah, rasa segan plak bile jumpe dia. msa form 5 dulu, kelas topek diantara kelas yang paling huru - hara. mane x nye macam2 ragam budak2nya. 12 teruna, 18 dara. semua 1 kepala (kaki bising).hahaha... pernah sekali, pengetua tu datang kelas, dia marah kiteorang sebab buat bising. pergh!! mase tu, senyap sunyi jer. tp sekejap jer la... lepas dia keluar, kiteorangnipun bising balik. hahaha...

    semua tu kisah lama, dan mungkin pengetua tu pun dah lupe kot sebab masa topek jumpe dia, cume tanya khabar topek je. psatu dia tanya pasal pelajaran kat sana. (kire ambik berat la). topek pun jawab je la pertanyaan dia. lepas je ambil sijil, topek jumpe cikgu kesayangan topek. dulu dia mengajar math kat kelas topek. cikgu tu sporting sgt.kat kelas pun banyak cerita. siap leh sembang2 dengan kiteorang. tu la sebab satu kelas suke kat cikgu tu. topek jumpe dia pun sebab ada hal yang nak topek discuss dengan dia. seb baik masa topek nak jumpe dia tu time dia x busy. leh sembang lama2 sikit dgn dia.

    anyway, rasa rindu plak masa zaman sekolah menengah dulu. x tau kenapa, teringat plak zaman nakal2. walaupun kiteorang ni nakal, tp x de la sampai wat jahat dengan cikgu. kadang2 rasa kelakar pun ada gak. :D

    Isnin, Jun 16

    layan!

    Bila Diri Disayangi

    Terdengar bisikan mesra
    Kalimah keramat bermentara
    Bermulanya siang berakhir malam ku
    Tak akan ku jemu menyebut namamu

    Tiada batasan waktu
    Tiada tempat mu tertentu
    Di gunung di lembah, di darat, di air
    Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
    Kasih merubah takdir

    Bila ku sedari diri disayangi
    Langkah kaki ini semakin berani
    Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
    Kembali dipandu

    Engkau pertama, tiada akhirnya
    Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
    Izinkahlah aku menumpang di sini
    Di bawah naungan kasih dan sayang mu
    Ku berserah diri

    p/s : sebenarnya ada kisah di sebalik lagu ni... tp malas la nak cerita. layan jer. :p

    Ahad, Jun 15

    malam dinner (cerita lama)

    Kenangan yang x dapat di lupakan masa sem 1 topek. gamba ni di ambil masa hari jabatan topek iaitu JIT. ni la antara budak2 lelaki kelas topek yang boleh di kira dengan jari (sikit la maknanye).




    in this pic :Botex_sawi , Aiman (function), asnawi b asmuni, din search, gorgeous (topek), casanovaa (zaki), tokehh CC, ayie, budak kelas lain~, genius yg suke tido, Sobery~~~~xD, acit a.k.a Ibrahim pendek..hahaha


    saja topek postkan gamba ni sebab nak buat kenangan masa sem 1. so, bile member2 nak tgk, bleh la lawat ke sini.

    p/s :kepada rakan2 sekelas dengan aku, klu korang nak tengok gamba korang kat internet, meh la ke blog aku. aku dah postkan.

    Jumaat, Jun 13

    "alamat rumah" baru

    Rasanya, ingin sekali topek pindah alamat "rumah" topek ni. dan rasanya mungkin inilah masanya untuk berhijrah ke alamat baru.

    Rabu, Jun 11

    selesai sudah!

    Alhamdulillah, tamat sudah "bala" exam... huhu... dan dengan ini, tamat sudah semesta satu topek. rasanya baru jer topek menjejakkan kaki topek ke poli tu, pejam celik2, tau2 dah abis satu sem. dulu, masa MSK, punye la anti-gile, pastu dah fikir, bile la nak abis satu sem ni. punye la lama. tp skrg, tau2 dah abis satu sem. banyak kenangan dengan kawan roomate topek (4orang) tu. sem depan dah x same dengan diorang lagi. bilik pun dah berbeza. yang paling best, dengan Acab la. dia budah DHK, (HOTCAT), time hari selasa, dia akan masak... bile dia balik bilik je, ada jer makanan untuk kiteorang. pernah sekali tu, dia masak kek khas untuk roomate dia. hmmm... yum2... sedap jugak la dia masak. tima kasih acab.


    sekarang ni adalah debaran bagi result plak.. huhu... cuak plak bile cerita pasal result ni... entah bile keluar, belum tau lagi... ape2 pun tunggu khbar daripada letcurer jer. klu dia kata "on", topek pun "on" la.
    dengan ini, dapat juga topek kembali dalam dunia blogging, sebenarnya still banyak lagi perkara nak buat dengan blog ni... tp x tau nak start dari mane. tp perlahan2 la... ada cuti sebulan kan, boleh buat. tp slow2 la.
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie