Ahad, Julai 27

    10 sebab Blogging (part 2)

    Yang ini pula adalah sambungan daripada entry semalam...

    6. kenalan
    kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama – sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang yang paling mudah dan sesuai, Blog!. Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib anda yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog anda melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah, nama “study group” ketika belajar. Alangkah seronoknya!. Selain itu kita juga boleh terus berhubung terus rakan – rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain, dan diberikan komen. Maka rantaian kawan – kawan ini tidak akan putus dan berkembang hari demi hari.

    7. komunikasi

    percayakah anda, dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan satu – satu isu semasa. Mereka akan menulis diblog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. Ia sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis anda. Seterusnya seperti biasa, pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis, menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah – hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
    Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak di kenali (anonymous). Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen – komen dengan hujah yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan – lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.

    8. minat.
    Minat atau bakat boleh disalurkan ke blog. Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, videom dan apa juga sekalipun tulislah diblog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa sahaja membacanya, dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja, blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadang kala tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekalipun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka. Rakamkan, kemudian “uploadkan” di blog anda, biarkan orang menikmati melodi yang anda hasilkan.

    9. menjual diri!!
    Jangan salah sangka!! Menjual diri bukan bermaksud menjual maruah diri. Menjual diri disini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda, kepakaran anda, kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapatkan kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.

    10. ilmu.
    Bukan niat, untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda berblog. Seorang doctor akan mengepos tentang tips – tips kesihatan ataupun info – info penyakit semasa. Seorang pakar system computer pula berblog tentang bidang kerjayanya di selang – selikan dengan tips – tips computer, juga cara – cara mengatasi dan membaik pulih masalah computer yang berlaku.
    Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang – orang tidak bertanggungjawab mencuri “intellectual properties” di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara – cara bagaimana mahu menulis novel.
    Menarik bukan? Setiap orang akan blog tentang hal yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia.
    Tidak kiralah sama ada kita orang yang memerlukan pengetahuan tersebut atau menyampaikan ilmu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik.

    Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka tiada ruginya anda blog. Mulakannya hari ini!.

    p/s : maka, pada hari ini, telah selesai 10 sebab mengapa orang berblog. anda tergolong dalam kumpulan yang mana??

    Sabtu, Julai 26

    10 sebab Blogging (part 1)

    Sebenarnya topek pun x tau nak cerita apa dalam entry baru ni.. nak buat tutorial, monitor plak buat msalah... mungkin sudah sampai masanya "dia" menamatkan perkhidmatannya. "dia" pun dah lama "berkhidmat" untuk topek... walaupun begitu, jasanya tetap dikenang!!

    lupekan pasal monitor... minggu lepas, topek ada terbaca 1 artikel yang menceritakan tentang 10 sebab orang berBlog. artikel ni topek taip balik dan topek poskan untuk tontonan anda semua...

    10 sebab untuk BLOG

    1. emosi :
    hidup di Bandar besar seperti Kuala Lumpur selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar – kejar, banyak tugasan, kurang masa dan pelbagai masalah lain. Masalah harian ini lazimnya akan membawa kita kepada tekanan!!. Semakin banyak tekanan, semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi. Biasanya kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada seseorang seperti kekasih, ahli keluarga, kawan – kawan dan rakan sekerja. Namun tidak semua mempunyai keluarga dekat dengan mereka jika mereka berasal dari negeri lain atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu kepada mereka??
    Ya!! Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini tekanan anda mungkin berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi apabila ada maklumbalas atau komen dari kenalan talian anda atau sesiapa yang anda tidak ketahui memberi kata – kata semangat dan perangsang untuk anda. Selain itu, anda juga boleh berkongsikan kegembiraan dengan individu lain secara menghebohkannya di blog dan dikongsi bersama sesiapa jua. Bagus bukan?? Blog sebagai terapi emosi.

    2. ekonomi
    zaman sekarang, di mana – mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah?? Ramai juga yang terjebak dalam kencah ini dan kecewa kerana blog – blog mereka gagal mendatangkan duit. Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fakir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang – bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga. Anda perlu berfikir seperti seorang ahli perniagaan. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya, anda boleh bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program – program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, anda juga boleh menjual blog kepada sesiapa yang berminat pada harga yang tinggi (sudah tentu bukan blog peribadi anda).
    Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu professional dalam dunia blog, mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi proBlogger. Jangan terperanjat kerana proBlogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan. Percayalah!!

    3. diari
    kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari terutama sekali kaum wanita. Tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. Kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal – hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu?? Sudah tentu sukar bukan?? Nah, inilah masanya Blog memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan. Kadangkala kita membaca apa yang kita lakukan pada tahun lepas di dalam blog kita. Ada masanya kita akan ketawa sendiri mengenang perkara – perkara menarik yang dilakukan bersama rakan – rakan. Ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu.
    Ada juga blog ibu – ibu yang merakamkan cerita dan gambar – gambar anak mereka dari saat di lahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah. Blog menjadi “public diary” , bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private), yang memerlukan kata laluan sebelum boleh dibaca. Seperti mana kertas dan buku, computer dan papan kekunci sudah semakin lazim dengan hidup kita. Atas sebab ini jugalah tiada keraguan bahawa blog boleh dijadikan diari terkini yang mudah dan moden.

    4. benchmark
    blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu “kayu pengukur” (benchmark) tentang siapa diri anda pada masa lalu dan diri anda pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dahulu atau bertambah baik?? Adakah kita masih berangan tak sudah – sudah seperti dulu tanpa melakukan apa – apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita 2 atau 3 tahun yang lalu? Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kta buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dahulu, bersyukurlah!! Blog boleh menjadi “kayu pengukur” untuk anda lalui dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari nanti.

    5. portfolio
    sesetengah blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat atau hobi mereka. Contohnya, seorang pereka grafik akan menghantar pos Artwork terkini atau kerja – kerja bebas. Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita didalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.
    Katakana, pada suatu hari sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklankan di surat khabar ataupun di mana – mana laman web terkemuka. Jadi, apa yang selalu kita lakukan ialah menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja kita kepada syarikat berkenaan. Kenapa tidak gunakan cara yang lebih mudah dengan menghantar e-mel kepada syarikat tersebut dan sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda. Siapa tahu, dizaman jalur lebar ini emel anda dengan pantas dibalas oleh individu di syarikat tersebut. Mudah bukan.

    sumber : Majalah PC

    Sabtu, Julai 19

    Memupuk minat Blogging

    Kawan - kawan topek selalu tanya kat topek, "best sangat ke blog ni??" topek pun tanpa segan silu menjawab "kalau nak tau... cuba la buat satu. aku pasti, korang mesti suka punye. percaya la!!"

    sebenarnya kawan - kawan topek hairan dengan topek, setiap kali on9, mesti gelak sorang... "apa kena dengan member aku sorang ni??" mana x nya... diorang sibuk dengan myspace diorang, topek plak sibuk dengan blog topek ni. kadang2 diorang cakap kat topek "ala... nak market la tu!!" tp apa pun kata2 diorang, topek sikit pun x ambik tau... lantak la diorang nak kata apa pun kat topek.

    pernah satu hari topek cakap dengan diorang, "apa la gunanya korang blaja IT kalau setakat kat myspace, friendster??, korang x nak ke gunakan ilmu yang kita dah blaja ni, buat satu website sendiri?? korang x nak ke buat satu benda yang baru??" bila topek cakap cam tu.. diorang terdiam seketika. lepas tu ada beberapa orang yang tanya dengan topek. "susah x nak buat blog ni?? kene bayar ke??" simple je jawapan topek "x ada pun kene bayar apa2.. nak buat pun senang sangat.!"

    ada beberapa orang kawan topek yang berminat nak buat blog. diorang nak mintak topek ajarkan diorang. topek pun senang, sebab memang niat topek nak kawan - kawan topek ni buat satu benda yang baru seperti berblog ni. nak dedahkan pada diorang dunia "website." kan bagus kalau kita blaja satu benda yang baru?? betul x??

    setakat ni, dah 2 orang kawan topek berjaya memiliki blog diorang sendiri. ada beberapa orang yang topek x sempat nak ajar diorang. maklum la, nak ajar diorang sekaligus, x larat topek. tu pun "step by step" topek kene ajarkan kat diorang. tu lom masuk lagi pada layout. cuma satu jer pesan topek kat diorang, "kalau korang free, update la blog korang tu... jangan biarkan cam tu jer.. sia - sia jer aku ajar korang buat blog kalau semata - mata buat perhiasan jer"

    penat + bercelaru + pening + tensen = "tido"

    p/s : alhamdulillah... ada juga kawan topek yang berminat nak buat blog. topek sedia bantu kalau diorang ada masalah apa2. kalau topek boleh jawab, topek akan jawab.

    update!!

    link kawan telahpun topek updatekan mengikut kategori huruf.. kalau ada yang tertinggal or topek x masukkan... sila inform kat topek yerk :D

    Jumaat, Julai 18

    Online @ 4 am

    Perit rasanya nak menunggu sampai pukul 4 pagi semata - mata nak online punye pasal. kalau waktu pagi ataupun petang, sangat sukar untuk "connect" dengan wireless asrama sebab terlalu ramai orang yang dah "connect." kalau dapat connect pun, kene tunggu loading first page yang hampir makan masa 5 - 10 minit. mak aii... punye la lembab. tu pun kalau dapat. kdang2.. "page cannot be display" ah!! sudah.

    susah juga topek dibuatnye... nasib la minggu ni baru minggu "ice breaking." next week dah start blaja da. kalau la minggu depan dibagi assignment, mahu x tido budak2 nak cari bahan untuk assign tu. mahu saja kemukakan masalah ni pada pengarah, tp... kalau "kite" bertidak sendiri, bukan di layan sangat pun. sabar jer la.

    minggu ni dah masuk 3 hari topek x tido.. nak on9 punye pasal. kadang2 nak tido pun x boleh. x tau kenapa.. alang2 dah x boleh tido tu, on9 la jap. balas "msj" kat msjbox. nak update blog time tu, otak "jam". adeh!! penat++ bercelaru.

    Sabtu, Julai 12

    diari-hidupku (2)


    Sebenarnya, walaupun topek x dapat nak update blog, tp topek ada "second of" diari-hidupku (diary book) diari ni la yang banyak tolong topek untuk selesaikan post2 terbaru dalam blog. ni la dia bendanya :








    baru tahun ni topek gunakan ianya sebagai "blog" topek yang kedua, selepas blog yang ni... cuma yang tu memang topek je yang tulis, baca, dll. orang len x leh baca. rahsia tau... SULIT!!

    buku ni, abg topek yang bagi... dia dapat semasa dia kerja kat KPT dulu, dia pun x gunakan sgt diari tu, pada mulanya abg topek nak bagi kakak topek, kakak topek pun x nak, dia bagi kat topek... topek terima je. hehe... rezeki tu.


    Sebelum topek publishkan entry - entry terbaru kat blog topek ni, x kira la apa2 pun termasuk tutorial, terlebih dahulu topek catatkannya di diari ni. so... segala maklumat2 yang terdapat kat blog ni, ada kat diari ni dan topek akan jadikannya sebagai rujukan nanti. so... senang la topek nak semak balik semua post2 yang telah topek publishkan. cuma sekarang ni, isi kandungannya agak "tonggang langgang" sedikit... x sempat nak "update" balik... insyaAllah, kalau ada masa yang terluang nanti, topek akan update balik semua isi kandungan dia supaya senang nak buat rujukan kelak :D

    Jumaat, Julai 11

    Online @ Asrama

    Alhamdulillah, akhirnya apa yang di ingini telahpun di laksanakan oleh pihak "pengurusan" iaitu wireless di asrama. Pada hari pertama kembali ke poli, topek pun x tau yang kat asrama dah pasang wireless, bila time "checking" oleh warden, dia dah bagitau kiteorang yang wireless sudahpun dipasang. alhamdulillah.

    walaupun wireless kat sini x berapa laju, tp boleh la sekadar untuk mencari maklumat untuk assignment.kalau nak buka emel tu, kadang dapat, kadang tak dapat. adakalanya, memang x dapat nak "connect" terus pun ada sebab terlalu ramai yang on9. sekejap "OK" sekejap "down". mungkin "signal" dia x berapa "stabil" lagi la kot... hmm.... tunggu la pertengahan sem nanti macam mana... dah makin ok ke x... tunggu jer la... huhu...

    Rabu, Julai 9

    Hari Terakhir

    -Packing Barang-

    Esok pagi balik poli

    Isnin, Julai 7

    Mp3 cutter

    Tak tau nak cerita apa... hari ni topek just nak kongsi koleksi software topek kat korang sume, "Mp3 Cutter". semudah 1, 2, 3. mp3 cutter ni berfungsi sebagai perisian yang membolehkan anda "memotong" atau "memendekkan" lagu (mp3) anda tanpa mengusik file asalnya. bagi sesiapa yang yang suka menyimpan koleksi2 lagu untuk dijadikan ringtone henset, ini adalah penyelesaiannya.



    interface mp3 cutter.



    1. masukkan lagu, 2. highlight & cut, 3. save.

    mp3 cutter ni juga mudah di gunakan. anda tidak perlu untuk "meyimpannya" (install) ke dalam PC, sebaliknya... ianya hanya "application" mudah alih yang sangat ringan (43.7 kb)dan mudah untuk anda bawanya kemana - mana saja (thumdrive / pendrive). cuma software ni ada beberapa kekurangan. hanya lagu berformat Mp3 sahaja yang boleh digunakan.

    untuk mendownload, klik pautan di bawah :

    download here!!

    p/s : ni mungkin entry terakhir topek untuk minggu ni sebab topek nak uruskan kemasukan semesta baru (2) topek @ PSIS. insyaAllah, kalau ada kelapangan masa, topek akan update lagi. :D

    Ahad, Julai 6

    Banner baru!

    Hari ni topek x dapat nak siapkan tutorial adobe untuk di postkan pada hari ni. rasa penat, pening, bercelaru. macam - macam perasaan yang timbul. adeh!!. so, topek pun x dapat nak buat apa... topek just dapat siapkan banner baru topek ni dalam setengah jam yang lepas. menggunakan "kesan" 'lightning effect', 'expand' dan 'hue & situration.' mungkin kesan - kesan ni anda tidak dapat lihatnye secara jelas, kerana topek menggunakan "black" sebagai warna latar belakang (background) pada banner baru ni.

    Sabtu, Julai 5

    menukar rupa bingkai gambar.

    Dalam tutorial yang lepas, topek telahpun tunjukkan bagaimana hendak membuat bingkai gambar (wooden frame). Kali ni, topek akan tunjukkan satu lagi perkara yang kita boleh buat dengan bingkai gambar tersebut dengan menggunakan function “warp”. anda boleh menukarnya mengikut bentuk yang anda suka seperti ini :



    permintaan dari "khal"

    untuk mengetahui cara - caranya, anda boleh mendownloadnya di bwah :

    download here!!

    selamat mencuba!!

    Jumaat, Julai 4

    Water Drops

    Selalunya apabila selepas hujan, kita akan mendapati tumbuhan - tumbuhan akan di basahi dengan air hujan tadi. jika anda perasan, pada daun2 tumbuhan itu akan kelihatan sisa air hujan (water drop) yang tinggal. kali ni, kita akan cipta sisa air hujan tu menggunakan perisian Adobe Photoshop.

    ni adalah sample daun yang topek gunakan :



    dan setelah di edit dalam adobe, akan jadi begini :


    ni la sisa air hujan (water drop) yang topek maksudkan. :D


    macam mana?? nampak macam real x?? ni just sample nak tunjukkan pada anda semua. anda boleh menghasilkan banyak lagi "water drops" tersebut.

    untuk mengetahui bagaimana cara - caranya, anda boleh mendownloadnya di sini :


    selamat mencuba!!

    Khamis, Julai 3

    mari buat frame gambar sendiri

    Jika kita mempunyai gambar - gambar yang menarik, ataupun gambar kenangan, pastinya kita akan "frame"kan ia dan letak di almari, rak dan di mana - mana lagi untuk tontonan umum. betul x?? kali ni, korang dah x perlu bazirkan duit beli "frame" sebab dalam tutorial kali ni, kita akan buat frame. :D




    ni gambar topek dengan kawan2 topek masa semesta satu dulu.
    dah pun topek "frame"kannya. :D

    download tutorial di sini.


    p/s: lepas ni dah x payah pergi ke kedai bingkai gambar untuk beli sebab dah boleh cipta bingkai gambar sendiri melalui adobe!

    selamat mencuba. :D

    Rabu, Julai 2

    al-kisah (5)

    Malam tadi topek x boleh nak tido, sampai kul 12.30pg pun x boleh nak tido gak. so, topek pun on komputer buat kerja - kerja "adobe." sangat sunyi malam tadi.. yang kedengaran hanya bunyi cengkerik jer.. pergh!! aman.

    malam tadi saja la topek edit gambar topek dengan adobe, main "belasah" jer buat.. tgk segala function yang ada... sume topek gune, agak2 x lawa gambarnya, topek "back or Ctrl + Z" balik. edit punye edit, tengok - tengok gambarnya dah jadi cam ni...

    dari gambar yang asal :



    setelah di edit dalam photoshop :



    beginilah hasilnya... amacam?? lawa x?? boleh jadi kartunis ni... muehehehe. :D

    update!!


    lagu baru di blog topek :

    Cranberries - Animal instict.mp3 (layan!!)
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie