Selasa, September 30

    "PerPindahan" di Lebaran


    Sebenarnya, dah lama topek memikirkan perkara ni, cumanya belum kesempatan untuk lakukannya. sempena lebaran yang bakal menjelma esok, topek telahpun membuat "pindahan" rumah (alamat) ke tapak baru iaitu topek-z.blogspot.com. Semoga dengan perpindahan ini akan membawa rahmat yang begitu meluas, membawa satu kebaikan pada diri topek dan seterusnya diredhai oleh-Nya.

    p/s : Buat teman - teman semua... sila Update URL terkini blog topek ya..

    Maafkan sebarang kesulitan yang dihadapi.

    Admin
    topek
    -ToPeK HeRe!!-

    Ahad, September 28

    Cerita Puasa

    Puasa tahun ni sungguh banyak cerita yang x dapat nak dilupakan. semua tu berlaku di dalam poli semasa semesta dua ni. ada beberapa cerita yang ingin topek kongsikan pada anda semua sebelum dan semasa ramadhan topek kali ini.

    1. Program menyambut kemerdekaan peringkat politeknik

    sebelum ni topek sambut merdeka di dataran "taman Astaka" Tg. Karang dan pasti ada pertunjukan bunga api pada akhir acara. tapi, kali ni topek sambut merdeka dalam poli dengan member2 satu course dengan topek.



    2. Program Kacau Dodol

    Ni adalah julung pertama kalinya poli topek mengadakan program seumpama ini. sebelum - sebelum ni x pernah pun buat macam ni (seperti yang di beritahu la). antara yang memeriahkan program tu adalah para pelajar, warden, dan beberapa orang kampung (jemputan)



    3. Majlis Fastbreak SIT 2A (kelas topek)

    majlis ni sebenarnya x pernah pun terfikir nak buat, dah saat2 terakhir (sebelum cuti) baru teringat nak buat. so, x de perancangan awal la. majlis tu telah dikendalikan oleh beberapa orang kawan topek termasuk topek sendiri. pada mulanya ada beberapa orang classmate topek yang x nak pergi sebab xde xxxx, yang betul2 confirm cume beberapa orang jer... rasa x seronok plak klu sikit2 ni. pelbagai usaha yang kiteorang usahakan utk mencari sponsor bagi majlis tu, dan akhirnya usaha tu berjaya. ("ayie" salah seorang classmate topek). walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, tp ianya cukup bermakna utk kiteorang melaksanakan program ini dengan jayanya. bila semua sudah setuju, rasa macam ada kekurangan pada majlis ni.., sebab x jemput lecturer. tanpa melengahkan masa, "SMS" jemputan telahpun topek anta kepada beberapa orang lecturer "kami" untuk memeriahkan majlis tu. tp, dukacita, kerana lecturer yang topek jemput masing2 ada hal mereka sendiri. hm... x pe la kalau begitu.

    Sabtu, September 27

    Kad Raya Aku.

    Alhamdulillah... akhirnye sempat juga aku "posting"kan kad raya aku yang aku "reka" untuk anda semua. sebenarnya, klu nak di ikutkan, aku mungkin x sempat nak membuat kad raya dalam masa 1 minggu ni kerana sibuk nak siapkan mini projek. tp, entah bagaimana lecturer topek yang mengajar modul "desktop publisher" menyuruh kiteorang buat kad raya sebagai "lab 5" kiteorang. dengan menggunakan "Adobe Illustrator dan Gabungan Adobe Photoshop, beginilah hasil kad raya yang dapat aku hasilkan.




    kepada pelawat blog topek, tiada apa yang "bisa" topek berikan selain dari kad raya ni. harap anda semua sudi untuk menerima pemberian "kad raya" topek yang tidak seberapa ini pada anda.

    nak berpantun jawa jap...

    "ngodok kupat nang esor ondo,
    ngudet jenang dino royo,
    jolok ngapuro seng ekeh - ekeh
    dino puro yo..."


    Di kesempatan ini juga, topek ingin mohon maaf andainya kalau topek ada buat salah atau terkasar bahasa pada anda semua. topek mintak maaf.
    dan pada ucapan ini juga, topek ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan - rakan, cikgu - cikgu, lecturer, sanak saudara, rakan blog, warga msjbox dan seluruhnya.

    Update!!

    bagi Kad raya, Dapat Kad raya lagi :



    dan ini pula dari kak shay...


    Dari Kak Shayz

    Thanx semua sebab bagi kad raya ni. :D

    Jumaat, September 19

    Kad Raya!!

    Sekian lamanya topek tidak dapat meng"online"kan diri, telah banyak "kisah" yang berlaku yang tidak sempat topek nak ikutinya bersama... walaubagaimanapun, topek ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua warga MSJBOX dan kawan2 blog yang telah sudi memeriahkan blog topek yang tidak seberapa ni.



    From Ryan



    From Bro Chime


    Terima kasih topek ucapkan pada ryan and bro chime yang sudi bagi kad raya (ryan) and bro chime (duit raya) ni pada topek. errk... x tau la nak "balas" ape... apa2pun thanx sekali lagi :D

    Rabu, September 10

    Kembali kepada kaler lama

    Setelah hampir 1 minggu topek mengenakan kaler ungu cair pada blog topek, macam2 reaksi yang topek telah terima daripada beberapa pihak. sama ada secara langsung atau tidak langsung. terima kasih topek ucapkan...

    sebenarnya, itu hanya peringkat percubaan sahaja dimana topek sekarang ni tengah mencari kod kaler yang sesuai untuk di "pakai" pada blog topek. dari segala aspek topek telah fikirkan dan topek masih belum menjumpai kaler yang sesuai untuk di "match"kan dengan blog topek ni.

    daripada yang lepas, sampailah sekrang ni asyik gunakan warna itam jer, sekali sekala ingin juga guna warna lain selain itam. Orang kata warna itam ni x bagus... btul ke?? (sebenarnya depend pada individu la). dan bagi topek, itam ni adalah kaler yang paling senang nak di "match"kan dengan apa2 warna.

    sesiapa yang sempat melihat warna template topek yang baru, sebenarnya itu bukan warna pink, ianya warna ungu cair. kalau anda tengok dalam kategori ungu, anda akan lihat warna itu. mungkin disebabkan kontras dan warna ungunya yang terlalu cair, ianya kelihatan seperti warna pink. tu pasal ramai yang kata pink tu.. sebenarnya warna ungu.. kan dah tertipu... hehehe... anda bleh membuat rujukan warna di laman web HTMATE

    ok la..., malas nak cerita panjang ni... apapun nantikan kemunculan kaler baru di blog topek ni. :D

    Sabtu, September 6

    Berpuasa ditempat orang

    Inilah kali pertamanya topek berpuasa di tempat orang. kalau sebelum - sebelum ni topek berpuasa dan berbuka dengan family. tahun ni berpuasa la kat poli. topek rasa cam x de beza antara kat rumah ke or kat poli... cume suasana menyambut bulan puasa tu jer yang berbeza sedikit. yang seronoknye... kalau time sahur, member2 yang bangun awal akan kejutkan kawan2 yang lain, ketuk pintu pagi2 buta tu sambil jerit "wei!!!..bangun!!..sahur!!"... memang riuh gak la time sahur tu..

    masuk semalam, dah 5 hari topek puasa di poli. Puasa x de hal la... cume yang masalahnye jualan makanan (baazar) ramadhan kat poli tu. Makanan yang dijual agak terhad dari segi jenis - jenisnya... kalau nak makan nasi, boleh beli kat kafe... cume kalau nak rasa "benda" lain... topek dengan kawan2 terpaksa keluar pergi ke pekan yang terdekat (Parit Baru / Sabak Bernam) untuk membeli juadah berbuka puasa. uish!! jauh gak la kalau nak dikira... jalan kaki memang "mintak maaf" la... kene gi naik motor.

    sebenarnya, sejak hari pertama puasa lagi topek telah diserang penyakit demam... adeh!! nak makan pun x de selera, pastu dah la x cukup tido.. bayang la... sehari hanya tido 2 jam jer... pergh!! lebam x lebam gak la mata ni dibuatnye.. kadang2 kan, topek dengan kawan2 topek tertido dalam kelas... tu pun kne cover line... klu x, kantoi. pernah 1 hari tu, kiteorang kantoi tido dlm kelas, tp seb baik la lecturer tu paham dengan "kondisi" kiteorang time tu. cumenye kene sound sikit la. "lain kali jgn tido lewat2" katanye sambil tersenyum... serba salah jga kiteorang dibuatnye...

    biarpun puasa baru jer 5 hari, lagu2 raya telahpun berkumandang kat poli (asrama) topek tu. uik?? puasa baru 5 hari, tp lagu raya dah pasang... semangat betul la budak2nye.. haha... memang lucu. tp itulah yang dinamakan semangat utk beraya punye pasal... hahaha... :p

    update!!


    hari ni topek telah terima award lagi dari ien... thanx to ien...



    ni la dia awardnye.
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie