Selasa, Disember 30

    Ke Blog Baru

    Alhamdulillah, setelah penantian hampir 2 bulan, akhirnya siap juga Blog baru topek. Dengan ini Blog tu akan menjadi Blog rasmi topek untuk tahun 2009 ini dan segala aktiviti Blogging topek akan berpindah ke sana.

    Sebenarnya, topek ingin rasa sesuatu benda yang baru dalam Blogging ni. Blogdrive dah pernah guna, Blogger pun sudah, dan kali ini... topek cuba plak nak berjinak - jinak dengan Wordpess (WP), ramai yang kata pakai WP ni bagus dan letcurer topek pun ramai yang guna Wordpress.So, dengan menggunakan Domain dan Hosting free, Akhirnya berjaya juga topek bangunkan ia.

    Blog ini, topek akan tutup untuk seketika waktu kerana ada kerja - kerja penyelenggaraan Blog yang perlu topek laksanakan. Blog ni topek x kan tutup sebab blog ini dah banyak "berjasa" dengan topek. Rasa rugi plak nak tutup. topek akan biarkan ia menjadi kenangan manis dalam hidup topek :D

    Jom ke Blog baru topek :---> Topek Blog's

    Sabtu, Disember 27

    xde mood




    Malas nak update cerita baru..
    -Pening kepala lagi ni-

    Rabu, Disember 24

    Demam

    Hari pertama dalam minggu ni aku telah diserang penyakit demam panas. So, segala kerja - kerja yang sepatutnya aku lakukan dalam minggu ni, terpaksa aku hentikan untuk sementara waktu. Banyak benda yang seharusnya aku uruskan untuk minggu ni. Sementara masih ada cuti ini, baik aku selesaikannya. bila dah praktikal, dah susah plak nak mintak cuti.

    Alhamdulillah, hari ni aku sudah mula "pulih" dari demamku ini. Walaupun badan ni "rasa" kurang sihat, tetapi... aku kuatkan juga semangatku (mental) untuk update blog ni. takkan nak mengalah dengan demam ni.lagipun, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 ni. so, biarlah ada "hasil" dari tahun 2008 ni. hehehe.. :D

    Rabu, Disember 17

    Kembali

    Sudah lama aku tinggalkan blog aku "keseorangan." Alhamdulillah, hari isnin lepas, selesai sudah Exam ku untuk semesta 2 ni. lega rasanya... tiada lagi tensen di tengah malam, study sampai lebam biji mata ni... sume itu dah pun berakhir untuk tahun ni.

    mulai tahun hadapan (awal tahun) aku akan mula LI atau Praktikal di sini (kuala selangor) sebelum mendaftar akhir sem (sem 4) pada Julai 2009. itupun jikalau keputusan examku baik (x de yang gagal), aku boleh menjalani Praktikal dengan hati yang tenang. kalau ada yang gagal, "menganga mulut" la jawabnye... sambung satu sem (adeh!! x nak ar... harap2 x de yang gagal la).

    Sekarang ni, aku boleh berikan tumpuan kepada Blogging untuk seketika. mungkin aku x dapat nak update setiap hari kerana sekarang ni bz skit (something new from me) yang sedang aku buat. hope bersabar la yerk.

    Selasa, Disember 9

    Cartoon Face

    Hari ni cuma nak share tutorial adobe Illustrator yang aku buat time sem 2 ni dalam modul DTP. ni adalah permintaan abg fysal. baru siap tutorial ni malam tadi. maaf sebab lama menunggu.




    ni la dia hasil akhir dalam tutorial ni. aku namakan tutorial ni sebagai "Cartoon Face."

    ok... leh downloadnya di sini:



    P/s: Petang ni aku dah nak balik poli... So, Bye.. jumpa lagi 15hb ni.

    Isnin, Disember 8

    Setahun Berlalu...

    Hari ni, topek x tau nak cerita apa dalam entry terbaru Raya Korban tahun ni. cuma nak imbau kembali kenangan Raya AidilAdha tahun lepas yang begitu bermakna bagi topek. :D

    sungguh topek tidak menyangkanya... sudah setahun berlalu kenangan beraya bersama Bro Fysal, Bro Shai, Bro Jun, Sis Ret, dan Sis Carneyz di rumah Bro Jun. Di sini la titik pertemuan dengan beberapa orang yang dulunya hanya mesej dalam blog, dan akhirnya bertemu dalam satu majlis. Semua ni mungkin topek x dapat nak merasai tanpa Bro Fysal yang mengajak topek "menemaninya" bersama. Terima kasih kat Bro Fysal.


    Kenangan Bergambar Bersama




    Masing2 tengah "bermenung"..


    ni kisah kat rumah Bro Jun, lepas tu, gi ke Rumah Auntie Jun .Mase tu la perkenalan topek dengan Auntie Jun. sebelum ni, topek pun x kenal Auntie ni... hehehe... :D


    ni la auntie jun... bersama hubby dia.


    hmmm... Rindu masakan Auntie.. huhu..



    Kenangan Bergambar dengan Bro Jun. hehe... :D


    P/S: Semoga Kenangan ini akan berkekalan sampai bila - bila.

    Ahad, Disember 7

    Kad Raya

    Sebelum aku terlupa, sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada korang semua. jikalau ada salah dan silap, harap "burn" jer la yerk. kira 0-0 balik. hehehe... di kesempatan ini juga aku ingin memberikan kad raya aku pada korang. maybe ada yang "kenal" dengan kad raya aku ni. cumanya aku ubah beberapa perkara jer.




    "kad Raya pengganti diri
    tanda ingatan tulus di Hati
    salam kemaafan ucapan diberi
    .... " (erk, lupe lak baris ke-4 ni) hehehe...

    selamat hari raya Adiladha

    Sabtu, Disember 6

    Berat!!

    Geram rasanya bile blog sendiri "berat" nak masuk. bile fikir2 balik, ape punca benda ni berlaku?? ku berfikir sejenak "dulu, blog aku ni x de seberat ni. kenapa yerk??" topek mula mencari masalah tu... nak kata dari gambar, x mungkin... sebab aku pernah gak tepek gambar banyak2 kat sini. ok jer... server low?? erm... barangkali... tp aku tgk orang len laju jer layan myspace.

    So, dari situ topek dah mula syak pada file award flash ni. "bende ni ke yang buat page aku jadi berat yerk??" ku berfikir... setelah terima "aduan & komen" dari rakan2, aku dengan rela hatinye mendelete award yang ku buat sendiri tu. walaupun dengan hasil titik peluh yang x tido malamnya kerana menyiapkan award tu... aku terpaksa akur kerana x ingin lagi "membebani" blog aku ni.

    Isnin, Disember 1

    Adobe Flash CS3

    Rasanya pasti anda semua dah tahu bende ni kan?? bagi peminat flash dan "programmer" flash, adobe flash ni bukan satu benda yang asing lagi bagi korang sumer. buat kali pertamanya, semesta aku ni blaja flash menggunakan adobe flash CS3. sebelum2 ni, hanya menggunakan micromedia flash 8 jer. oleh sebab sem aku ni yang "merasmikan" adobe flash ni, kiteorang pun di suruh beli buku adobe flash CS3 keluaran "Lynda.com"


    segala hasil kerja flash aku dalam blog ni, sumernye berpandukan dengan buku ni. ada la skit2 dari kreativiti aku sendiri. walaupun harganya yang mahal, tp kira berbaloi sebab aku dapat manfaatkan ilmu yang ada dalam buku ni dengan baik. walaupun x se"hardcore" seperti "HPF" yang lain, cukuplah bagi aku untuk mempelajari flash ni. dulu, sebelum masuk poli.. memang niat dihati nak blaja flash. tp x tau dengan siapa nak blaja. aku kira beruntung, ambik kos IT, "Pakej" sume lengkap... tp x de la advance, basic jer. kira ok la tu. kalau nak lebih, kene blaja sendiri la.



    ni interface "welcome" Adobe Flash CS3



    yang ni lak, "ruang kerja" pembikinan award.


    sedikit informasi dari topek : bagi sesiapa yang menggunakan micromedia flash 8, "ruang kerja"nya tiada apa yang berbeza dengan CS3 ni, cuma adobe ni lebih kepada grafik jer. so far, topek tgk pun lebih kurang jer function adobe ni dengan micromedia. cumanya file flash CS3(dot fla) ni, x leh buka kat micromedia, tp file micromedia leh bukak kat adobe ni. so, korang x payah tukar software pun x pe. :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie