Selasa, Jun 30

    10% Siap

    Semalam aku telah mendapat respon daripada pihak hosting aku. Adminnya memberitahu aku bahawa server aku telahpun selesai di re'create' kembali. Setelah mendapat berita tentang perkara itu, aku terus bergegas ke sebuah CC di tempat aku untuk menguruskan kembali server tersebut.

    Selama hampir 3 jam juga aku mengkonfigurasi kembali fail - fail wordpress, database, dan beberapa perkara lain. akhirnya siap juga. dan dalam masa 3 jam itu juga la aku sempat untuk mengupload kembali fail - fail berkenaan ke server aku. Walaupun aku tidak dapat siapkan sepenuhnya dalam masa terdekat, buat masa ini, aku telah siapkan hampir 10% blog itu. proses demi proses akan aku lakukan bagi memastikan wordpress aku berjalan dengan lancar.

    Diharapkan tiada apa - apa masalah lagi yang akan timbul nanti kerana server itu aku baru sahaja re'create' kembali.

    Isnin, Jun 29

    Kembali ke Blogger

    Pastinya ada yang tertanya - tanya kenapa aku berbalik semula kepada Blogger. Biarlah aku jawab persoalan ini walaupun tiada siapa yang akan menyoal aku. ok la, sebenarnya aku sedang berbincang dengan pihak hosting aku supaya re'format' balik hosting aku atau lebih tepat lagi re'create' balik hosting tersebut.

    Aku berbuat demikian kerana terdapat banyak fail - fail yang tidak dikenalpasti berada didalam hosting aku itu (Salah aku juga sebenarnya kerana letak fail merata - rata dalam server). hendak di delete, takut fail server pulak. nanti, WordPress aku x boleh 'running' pula. susah juga nanti. Oleh itu, aku mengambil jalan yang terbaik iaitu re'create' balik hosting aku tu.

    Sehubungan dengan itu, aku berpatah balik ke bloggger untuk beberapa minggu sebelum semuanya kembali seperti asal kembali. Blogger aku ini pun baru jer lepas aku upgrade. so, agak 'comot' sedikit. maaf la yer..
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie