Khamis, Disember 13

    al-kisah aku di majlis recognition nite di cititel hotel



    fuh!! lege.. akhirnye dapat jugak gamba semasa di majlis recognition nite di mid valley. sebenarnya aku mintak gambar ni kat kawan aku yang pergi sama dgn aku semasa majlis tu. maklum ler... aku ni x de kamera digital, so.. mintak tolong dgn kawan la.

    aku ceritakan la serba sedikit al-kisahnye semasa majlis tu berlangsung. semasa sesi pendaftaran, ramai juga yang hadir. setiap seorang yang mendaftar akan mendapat cenderahati dari pihak penganjur. sebotol pil untuk perangsang minda.



    ni la dia.


    aku diantara orang yang hadir awal semasa majlis tu. start pukul 8pm dan berakhir pada pukul 11.30 malam. dan aku rasa, semua yang hadir di majlis itu berasa sungguh terhibur dan gembira dgn agenda2 yang di sediakan.

    Sabtu, Disember 8

    banner baru!!

    hari ni aku x tau nak cerita apa kat blog aku ni. so, dari aku x buat ape2, baik aku buat perubahan skit pada blog aku ni. (sebenarnye x de la menonjol sgt.) hari ni aku telah meng"edit" aku punye banner (yang kat atas tu.) yang rasa2nya bertepatan dengan tema blog aku ni. (rasanye la...) dengan kehadiran sang rama-rama dan bunga2...rasanya itu sudah cukup memadai untuk "menghidupkan" aku punye keserian "wajah" baru blog ni. semoga dengan ini, pengunjung2 blog yang bertandang ke blog aku ni, dapat merasakan 1 perasaan yang tenang dan enjoy dengan blog aku ni. (harapan aku)

    sebenarnya aku masih lagi mencari konsep yang sesuai dgn blog aku ni. kalau nak di ikutkan, sebenarnya aku lebih suke konsep natural yang bertemakan tumbuhan semula jadi, biru2 dan kehijauan gitu!!. kalau korang ada pandangan dan pendapat, leh la kongsi dengan aku. aku sudi mendengarnye. cadangan korang akan aku pertimbangkan.

    Ahad, Disember 2

    tag dari kak shayz

    TAG : 7 perkara pelik tentang topek...

    ai.. dah lama aku x kene tag, tetiber jer kene tag lagi. tp bagus jugak. sekurang2nye ada juga entri yg nak aku isi untuk hari ini.
    ni jawapan dari tag akak shyaz yerk...

    7 fakta pelik pasal diri topek


    1 - topek ni agak pendiam. tp bile dah ajak sembang, sampai pagi pun boleh.x de msalah. kekeke
    2 - bila bercakap dgn orang, topek x penah pandang muke orang tu, mata topek pandang tempat lain. kdang2 kawan topek pun naik hairan dgn topek.
    3 - sgt sensitif orangnye. (klu perempuan biase la, tp ni lelaki.)
    4 - kalau kawan susah dan mahu minta tolong, topek akan tolong kalau dia jumpe topek. klu x, topek pun malas. bukan apa, sesetengah orang x suke kita masuk campur urusan dia. bila dia minta tolong dari topek, baru topek akan tolong.
    5 - topek ni suke marah orang, tp bile dibagi gula2 coklat, ok da... (petua ni bagus tau. bile tgk orang nak marah jer, terus jer bagi dia gule2 coklat. mesti dia senyum balik. kekeke)
    6 - sepanjang 18 tahun topek hidup, topek x penah pakai pencuci muke. (takut la. psal dah banyak masuk paper psal effect dan bahan2 yang digunakan dalam pencuci muke ni. nak cari produk yg sesuai.)
    7 - topek ni x suke blaja... tp klu bab komputer, cepat topek tangkap.




    Ni la agaknya perkara pelik dalam diri topek rasanya x de la pelik sgt. cume ada la salah satu yang mungkin korang anggap aku ni pelik kot. tu korang la yang tentukan. klu topek nak nilai diri topek sendiri, topek x pandai. kadang2 penilaian orang terhadap kita lain dgn apa yang kita nilaikan sendiri diri kita. mana yang kurang, kita perbaiki dan yang mana bagus, kita tingkatkan lagi ok?? - adios-
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie