Isnin, Julai 30

    part time keje catering

    seperti di entri di bawah, pada hari sabtu dan ahad aku telah buat part time kat sana, kje jdi pelayan dengan salah sebuah hotel yang x asing lagi di kuala selangor iaitu De Palma Inn. pihak hotel telah mendapat "tander" catering dengan TV3 untuk menjamu selebriti dan VIP2 yang akan hadir ketika karnival sukan remaja itu nanti. taklimat tentang tugasan telah di umumkan pada hari jumaat yang lepas. so, bila tiba hari sabtu tu... terus sahaja buat.

    kiteorang keje mengikut syif masing2. ada yang pagi dan ada yang petang. aku dengan member aku dapat syif petang, so... kurang skit la keje. tapi pnat jugak sebab bila abis majlis pada hari sabtu tu, kiteorang la yang kene kemaskan barang. huhu... penat jugak la. tapi x de la "busy" sangat. x ramai orang pun.

    selama 2 hari tu, ramai selebriti2 yang aku x pernah jumpa, dapat lihat depan mata. seronok sangat. dapat jugak la bersalam-salaman. jumpa pun buat cam biasa jer.buat apa nak excited2... betul x?? dia pun manusia jugak. dan bila "tirai" karnival tu diakhir majlis. sempat juga la aku mengambil gamba dengan beberapa kawan aku dan perkerja yang lain.


    aku yang di tengah2 tu la... gemuk kan aku?? kekeke... :D





    fikir2... ape lagi nak buat yerk?? dah x tau da..

    ni la sebahagian gamba di khemah, tempat kiteorang prepare food dan drink untuk menjamu tetamu2 yang hadir. selepas selesai jer mengemas, aku pun balik la ke hotel untuk mengangkut barang bawak masuk ke dalam dapur hotel. lepas jer angkut, aku dan member aku lepak jap... penat da!! masa tu pukul 8.15pm.. selesai sudah kerja kami.


    termenung kejap... lepaskan angin penat lelah.


    bersebelah dengan member aku da!!

    lepas pukul 8.30pm cam tu... kiteorang pun balik ler ke rumah. nak tido!!

    Khamis, Julai 26

    junior sport carnival berkampung di Kuala Selangor.




    kali ni karnival sukan remaja akan berkampung di sini (kuala selangor). boleh la aku pergi. kekeke... aku rasa banyak acara yang akan diadakan disana nanti. ni la artikel yang aku ambik dari website tv3.

    KARNIVAL SUKAN REMAJA 2007

    Setelah dua kali ia diadakan di Bukit Jalil
    Kini sudah tiba masanya untuk ia diadakan di lokasi berlainan
    Karnival Sukan Remaja kini kembali menemui anda!
    Di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor...

    Dua padang futsal bukannya satu
    Dua gelanggang bola keranjang (3 lawan 3)
    Tapak Paintball yang lebih luas
    Rocky Mountain, Sepakan Penalti, Paintball Target Shooting, Shoot & Hoops, Sepak Raga dan juga Golf Mini.
    Malah buat pertama kalinya Kejohanan Pocket Bike GP di Karnival Sukan Remaja!

    Bukan itu saja, akan ada demonstrasi serta persembahan menarik dan menghiburkan daripada pendatang terbaru pasukan sorak terbaik 2006, Pancaragam, Taekwondo, Silat Gayung Fatani, Judo dan Silambam...

    Ada lagi...seisi keluarga turut berpeluang memeriahkan lagi karnival ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Family Explorace, Sukaneka, Musical Chair, kuiz dan sebagainya...

    Lebih menarik lagi, anda turut berpeluang beramah mesra dan beriadah bersama artis-artis dan personaliti yang anda minati! Rebutlah peluang ini...

    Sertailah aktiviti-aktiviti menarik yang disajikan di Karnival Sukan Remaja dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai beserta barangan ekslusif!



    Butiran Karnival :
    Tempat : Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor
    Tarikh : Sabtu 28 Julai & Ahad 29 Julai


    *TERBUKA PADA SEMUA TERUTAMANYA REMAJA!*



    KEJOHANAN
    Futsal (Bawah 12)
    Futsal (Bawah 17)
    Streetball (Bawah 14)
    Streetball (Bawah 17)
    Paintball Terbuka (Novice)Paintball (Young Gun)
    Mini Pocket Bike GP C’ship

    PERMAINAN
    Rocky Mountain
    Sepakan Penalti
    Sepak Raga
    Golf Mini
    Paintball Target Shooting
    Shoot & hoops

    PERSEMBAHAN
    Pasukan Sorak
    Pancaragam
    Taekwondo
    Silat Gayung Fatani
    Silambam
    Judo

    AKTIVITI KELUARGA

    Family Explorace
    Sesi Bertemu dan Beriadah bersama Artis & Personaliti
    Telematch
    Musical Chair
    Kuiz


    BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN :
    Senang dan mudah....sila pilih kejohanan yang pasukan anda ingin sertai dan hubungi kami di 017-6604511 atau hantar email anda ke jsc@tv3.com.my

    Pendaftaran


    Yuran Pendaftaran
    Kejohanan Futsal (Bawah 12 & 17) RM35 (7pax)
    Kejohanan Streetball (Bawah 14 & 17) RM15 (3pax)
    Kejohanan Paintball (5 on 5) Novice RM150
    Kejohanan Paintball (3 on 3) Young Gun RM75
    Mini Pocket Bike GP Championship

    Pembayaran untuk futsal, streetball dan paintball boleh dilakukan di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor pada :

    Khamis 26/7
    3 petang – 6 petang

    Jumaat 27/7
    9 pagi – 12 tengahari


    Rabu, Julai 25

    majlis Gala Konvensyen




    ni la jemputan istimewa yang aku dapat dari syarikat WWN, iaitu majlis gala konvensyen yang akan di adakan di hotel first world, Genting Highland pada 18-19hb ogos 2007 dengan tema : "Revolusi tindakan! bukan CAKAP, kita BUAT!!." setahun hanya sekali... sekali pergi, tahun depan datang lagi. kekeke :D . majlis ni diadakan sebagai tanda mengingati kembali detik2 manis bersama WWN. harga tiketnya boleh juga la tahan. hanya RM 288 sahaja bagi Ahli... kalau ikut harga biasa, rm 388. diskaun rm100. jimat tu... kekeke... leh la wat makan2 nanti kat sana. :D

    wah!! x sabar2 plak aku nak pergi sana. rasanya... ni la kali pertama aku dapat pergi ke sana. insyaAllah, kalau x ada apa2 masalah yang menghalang, boleh la aku pergi ke sana. rm288 tu semua dah siap. tempat perginapan, sarapan pagi, makan utk majlis gala dan cabutan bertuah.

     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie