Rabu, September 10

    Kembali kepada kaler lama

    Setelah hampir 1 minggu topek mengenakan kaler ungu cair pada blog topek, macam2 reaksi yang topek telah terima daripada beberapa pihak. sama ada secara langsung atau tidak langsung. terima kasih topek ucapkan...

    sebenarnya, itu hanya peringkat percubaan sahaja dimana topek sekarang ni tengah mencari kod kaler yang sesuai untuk di "pakai" pada blog topek. dari segala aspek topek telah fikirkan dan topek masih belum menjumpai kaler yang sesuai untuk di "match"kan dengan blog topek ni.

    daripada yang lepas, sampailah sekrang ni asyik gunakan warna itam jer, sekali sekala ingin juga guna warna lain selain itam. Orang kata warna itam ni x bagus... btul ke?? (sebenarnya depend pada individu la). dan bagi topek, itam ni adalah kaler yang paling senang nak di "match"kan dengan apa2 warna.

    sesiapa yang sempat melihat warna template topek yang baru, sebenarnya itu bukan warna pink, ianya warna ungu cair. kalau anda tengok dalam kategori ungu, anda akan lihat warna itu. mungkin disebabkan kontras dan warna ungunya yang terlalu cair, ianya kelihatan seperti warna pink. tu pasal ramai yang kata pink tu.. sebenarnya warna ungu.. kan dah tertipu... hehehe... anda bleh membuat rujukan warna di laman web HTMATE

    ok la..., malas nak cerita panjang ni... apapun nantikan kemunculan kaler baru di blog topek ni. :D

    Sabtu, September 6

    Berpuasa ditempat orang

    Inilah kali pertamanya topek berpuasa di tempat orang. kalau sebelum - sebelum ni topek berpuasa dan berbuka dengan family. tahun ni berpuasa la kat poli. topek rasa cam x de beza antara kat rumah ke or kat poli... cume suasana menyambut bulan puasa tu jer yang berbeza sedikit. yang seronoknye... kalau time sahur, member2 yang bangun awal akan kejutkan kawan2 yang lain, ketuk pintu pagi2 buta tu sambil jerit "wei!!!..bangun!!..sahur!!"... memang riuh gak la time sahur tu..

    masuk semalam, dah 5 hari topek puasa di poli. Puasa x de hal la... cume yang masalahnye jualan makanan (baazar) ramadhan kat poli tu. Makanan yang dijual agak terhad dari segi jenis - jenisnya... kalau nak makan nasi, boleh beli kat kafe... cume kalau nak rasa "benda" lain... topek dengan kawan2 terpaksa keluar pergi ke pekan yang terdekat (Parit Baru / Sabak Bernam) untuk membeli juadah berbuka puasa. uish!! jauh gak la kalau nak dikira... jalan kaki memang "mintak maaf" la... kene gi naik motor.

    sebenarnya, sejak hari pertama puasa lagi topek telah diserang penyakit demam... adeh!! nak makan pun x de selera, pastu dah la x cukup tido.. bayang la... sehari hanya tido 2 jam jer... pergh!! lebam x lebam gak la mata ni dibuatnye.. kadang2 kan, topek dengan kawan2 topek tertido dalam kelas... tu pun kne cover line... klu x, kantoi. pernah 1 hari tu, kiteorang kantoi tido dlm kelas, tp seb baik la lecturer tu paham dengan "kondisi" kiteorang time tu. cumenye kene sound sikit la. "lain kali jgn tido lewat2" katanye sambil tersenyum... serba salah jga kiteorang dibuatnye...

    biarpun puasa baru jer 5 hari, lagu2 raya telahpun berkumandang kat poli (asrama) topek tu. uik?? puasa baru 5 hari, tp lagu raya dah pasang... semangat betul la budak2nye.. haha... memang lucu. tp itulah yang dinamakan semangat utk beraya punye pasal... hahaha... :p

    update!!


    hari ni topek telah terima award lagi dari ien... thanx to ien...



    ni la dia awardnye.

    Sabtu, Ogos 23

    Status Pengesahan!!

    Baru sebetar tadi topek membuka e-mail Yahoo topek dan dapat e-mail pengesahan status berkenaan dengan "search engine" yang baru topek add semalam.



    Alhamdulillah, pengesahan telahpun di terima dan "search engine" tu akan berfungsi sepenuhnya (harap2 begitu la). "Gajet" tu saja topek letak untuk memudahkan pencarian entry - entry sebelumnya yang tidak sempat untuk anda baca selain daripada mencari melalui label. Melalui "search engine" ini, anda boleh mencari entry - entry yang terdahulu yang terdapat di blog topek menggunakan "keyword" tertentu seperti tajuk entry tersebut.

    Update!!

    Topek juga telah memperkemaskan "Friend link" topek yang terletak di bawah seperti ini :



    tu jer untuk hari ini :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie