alhamdulillah, pejam celik... tau2 dah masuk hari ke-6 kita beraya. dan hari ni topek dah mula kembali untuk berblogging dan topek ada kisah yang nak topek coretkan disini. cerita yg sudah terkumpul selama 6 hari kita beraya.
13 oktober 07
tahun ni topek rasa sungguh bertuah kerana hari raya petama jatuh pada hari jadi topek. topek rasa gembira sekali pada hari tu. takbir dan tahmid berkumdang dipagi syawal yang mulia, berakhirnya ramadhan untuk tahun ni. walaupun x de baju raya baru untuk tahun ni, raya tetap disambut dengan meriah. bermaafan sesama ahli keluarga, kunjung-mengunjung jiran tetangga yang terdekat dan akhir sekali balik rumah nenek. kalau kat rumah sendiri, mak cuma masak ketupat jer, kalau dirumah nenek plak.. ada lepat dan lemang. hmm... sedap!!
pagi tu jugak topek telah terima satu hadiah dari abg topek sempena hari jadi topek. sebuah thumbdrive jenama... (ape tah topek pun tak ingat) dengan memori 1 gig (GB). ingatkan abg topek belikan kek untuk topek, tp x de... so, celebrate la birthday topek dengan kuih raya... keke... tapi, topek rasa terkilan sangat. satu hari topek tunggu call or msg dari kwan2 topek, tp yang wish untuk topek hanya 5 orang jer.. sedih betul. bila time birthday diorang... topek wish untuk diorang.. walaupun x dapat nak call.. topek send msg kat diorang, tp bila tiba birthday topek... hanya 5 orang jer yg wish. malam tu topek hampir menitiskan air mata. sedih sgt. sama ada diorang lupe or buat2 lupe... tu x tau la... tp topek memang sedih masa tu.
14 oktober 07
hari ni baraan surau kg aku. cuaca pagi tu x berapa baik. hujan turun dengan lebat. walaupun hujan, baraan tu tetap berjalan lancar. dan alhamdulillah... kira2 pukul 10 pagi, hujan telahpun berhenti. aktiviti kunjung mengunjung rumah jiran2 sekampung diteruskan dengan cuaca yang baik. tp sedih jugak... semalam baru jer topek basuh motor, tp hari ni abis kotor balik. x kisah la... nak buat cam ne klu dah kotor?? esok basuh lagi ler... huhuhu...
tepat jam pukul 5 ptg, kiteorang tiba di rumah yang terakhir. sedang kami menjamu selera, tok penghulu sempat juga berikan sedikit ucapan yang terakhir sebelum majlis bersurai. katanya mulai tahun depan, biar la orang2 muda pula yang menyambung tradisi kunjung mengunjung ini. bagi yang tua... duduk rumah, menunggu ketibaan baraan. biar orang muda yang baca doa, beri ucapan mohon maaf dan biarlah orang muda yang mengetuai rombongan baraan untuk tahun depan. kata2nya penuh tersirat dgn msj2. bukan untuk menyisihkan orang tua, biarlah generasi muda pula mewarisi tradisi ni. takut nanti x de generasi muda2 yang nak buat semua ni... masing2 buat hal sendiri, kan x baik tu. ada betul juga kata tok penghulu tu.
15 oktober 07
hari tu topek beraya rumah kawan2 sekerja semasa topek kerja di kedai "satay hut" dulu. walaupun sudah lama topek berhenti kerja disitu, tp masih lagi berjumpa dengan kawan2 sekerja. klau x jumpe, katanya menyombongkan diri plak.. pergi la beraya. tp yang paling topek bengang sekali tang pengurusan masa. leader kata pukul 10 pagi semua mesti ada kat kedai. bila sampai sana tepat pukul 10, x de seorang pun kat situ. ish2.. janji keling betul. bile topek tepon "leader", dia sendiri pun baru bangun tido... melampau betul. beriya katanya pukul 10. sudah la topek menunggu budak2nya. pukul 12 tgh hari, baru bergerak. byangkan la... berapa jam topek tunggu, 2jam woo!! sempat lagi masak nasi klau kat rumah. menyirap pun ada jugak la. nak jer "pukul" leadernye. x tepati janji betul.
dalam keadaan bengang, beraya jugak la dengan diorang. tp rasa marah tu sekejap jer.. pasal leader belanjer duit minyak motor... seb baik dia belanjer... klu x, dah lama kena beduk dengan topek... kekeke (ganas juga topek ni)
16 oktober 07
hari ni topek x pergi mana2 pun... nak beraya x de kawan nak ajak. masing2 balik kg. so, topek pergi CC hari tu. dan hari tu juga la topek sempat membuat layout terbaru topek (sekarang ni). amacam?? lawa x??
ni adalah layout asalnya... dan topek buat sedikit make over...
dengan menggunakan gambar ni sebagai latar belakang blog topek, dan hasilnya... jadi la seperti yang kalian lihat sekarang ni. rasanya boleh topek katakan disini, layout terbaru ni adalah konsep ala2 orang bercinta... kekeke :)) jiwang plak.
17 oktober 07
hari ni topek beraya rumah kawan2 satu sekolah dengan topek dulu. pagi tu topek dengan kawan2 berkumpul di masjid tg. karang dan bergerak pada pukul 10.15 pagi. sepagi topek dengan kawan2 beraya di tanjong karang. dan tepat pukul 12.30 ptg, kawan topek ajak topek beraya di sabak bernam. topek ni jenis yang x kisah... kalau dah ajak... topek pergi jer. kiteorang pun mulakan perjalanan kami dengan menaiki motor masing2 pergi ke sabak bernam. msa dalam perjalanan pergi, baru topek teringat janji topek dengan
kak honey. topek dah janji dgn kak honey, hari sabtu 20 oktber ni nak pergi raya rumah dia. so, alang2 dah pergi sabak bernam hari ni, boleh la pergi terus rumah kak honey. x payah la dtg hari sabtu. cian kak honey... hari ahad dia nak balik, hari sabtu tu mungkin dia nak kemas barang ke... x nak la susahkan dia. so, hari tu topek pun pergi la rumah kak honey.
gambar ni topek pinjam yerk kak honey??.
tu la pertemuan kali pertama topek dengan kak honey. harap lepas ni teman2 blog yang lain dapat topek berjumpa dengan mereka. buat msa sekarang ni, baru 2 orang kawan blog yang telah topek temui iaitu
abg izali dan
kak honey.
p/s : kak honey... tima kasih tau sebab jemput topek datang beraya rumah akak... senang2 datang la umah topek lak yerk. kim salam dengan family akak yerk. :D