semalam aku bersama ayahku berada di hospital Tg. Karang kerana datukku mengalami masalah pundi kencing dan beliau telah di kejarkan ke wad kecemasan ketika itu. seharian aku bersama ayahku menemani datukku disana. walaupun hari itu adalah hari isnin, tetapi begitu ramai orang masuk ke hospital waktu itu. aku hanya memerhatikannya sahaja.
di sebelah katil datukku, ada seorang budak yang sebaya dengan ku waktu itu, di pun di masukkan ke wad kecemasan kerana kemalanagan. waktu itu dia bersama dengan keluarganya dan tanpa segan dan silu, aku pun bertanyakan kepada ibunya tentang anaknya itu. bila ibunya berceritakan kisah anaknya kepadaku, aku sendiri turut sedih mendengarnya.
ni antara dialog aku dengan si ibu tadi.
aku : hurm... mak cik, anak mak cik kenapa??
ibu : anak mak cik exsiden... ni pun baru jer makcik dapat tau. msa exsiden tu dia x nak telefon makcik.
aku : anak mak cik ni umur dia berapa??
ibu : 17 tahun... baru jer lepas spm. sekrang ni di masuk ke giatmara.
aku : owh... maknanya anak mak cik ni sebaya saya la ni yerk... saya pun baru lepas spm tahun lepas.
ibu : owh... anak ni sekolah kat mana??
aku : SMK (tut...) kat Tg Karang
ibu : owh... anak mak cik ni plak sekolah kat sg, (tut...)
aku : macam mana boleh exsiden tu mak cik??
ibu : tu la, makcik pun x tau... tiba2 jer kawan ayahnya telefon... katanya anaknya exsiden. mak cik risau. ye la... seharian x pernah duduk diam. pagi jer pergi giatmara kat skin.. (tut...) rumah dah la jauh. makcik tggl kat Sg.. (tut..) dia pergi giat naik moto. mak cik dah nasihatkan dia... bawak moto tu elok2.. hati2... jangan bawak laju. petang pula dia pergi main futsal dan malam pulak, dia kerja kat kedai makan. balik kerja jer pukul 6 pagi. begitu la setiap hari. makcik sampai penat tengok dia. dia langsung x penat. makcik dah cuba cakap dengan dia... "nak, ko abiskan la dulu sekolah ko kat giat tu, lepas tu klau nak kerja, ko kerja la. mak dan ayah masih mampu beri ko duit belanja utk ko pergi giat tu." begitu la kata ibunya. di sebabkan dia ni anak sulung, apa yang dia mintak, sume mak cik bagi. mcam hari tu, dia minta makcik belikannya moto. makcik cakap dengan dia, "sebelum mak belikan moto ni, ko ambik lesen dulu. baru mak belikan.",
aku :(dalam hatiku, anak makcik kira beruntung juga la... time2 cam ni dah dapat ambik lesen, sedangkan aku terpaksa kerja tuk cari duit tuk ambik lesen jugak. x pe la.. aku reda semua tu)
ibu : bila makcik tanya dia, "nak, ko nak motor ape?? warna apa??.. apa yang dia mintak, makcik belikan. bila dah dapat motor tu, seronok betul dia. moto tu mak cik baru bayar dua kali, tapi dah banyak calar balar pada motor tu. mak cik tanya la kat dia, kenapa motor ni dah calar?? dia hanya cakap... "jatuh skit jer tu." makcik cakap kat dia, "motor ni ko angkat yerk?? (willie)", dia cakap x de... bila makcik tanya kat adik dia, adik nya cakap "mak, along willie2 motor tu mak, bukan willie jer, lap bahaya pun along buat. makcik punya angin la dengan dia. makcik cakap dengan dia, kalau motor tu rosak, insyaAllah klau ada rezeki, mak boleh belikan motor baru, tapi, kalau nyawa ko melayang?? mak nak belikan nyawa ko kat mana??". mak cik geram, mak cik rantai motor dia. tu yang dia merajuk tu. lantak la... dia nak merajuk ke, mak cik x kisah. asalkan dia selamat.
aku : ni patah kakinya jer ke mak cik??
ibu : ni pun nasib baik bukan kakinya yang patah. cuma jarinya saja yang patah dan ada apa entah tadi doktor cakap. kena wat operation kat hospital Klang. mak cik reda la dengan apa yang terjadi ni. mak cik harap dia akan sedar.
aku : tul tu mak cik... nti kirim salam kat dia yerk.
ibu : ye la... nti makcik sampaikan.
ni jer la yang sempat aku ingat perbualan aku dengan makcik tu. sebenarnya perbualan kami masa tu panjang jugak la, tp oleh kerana masa tu aku pun x berapa sihat, so.. otak aku x dapat nak simpan semua perbualan tu.
sebenarnya pengajaran kat sini adalah, ibu bapa mana yang x sayangkan anaknya?? betul x?? walaupun si ibu marah macam mana sekali pun, marah tu tandanya sayang. jangan la korang fikir yang bukan2 pula apabila mak dan ayah kita marah kat kita. sebenarnya bukan senang nak mendidik anak2, apatah lagi anak tu sedang meningkat dewasa dan waktu dia di zaman remaja ni. masa ni la mereka semua nak jaga kita supaya x terlanjur. ye la, tengok la situasi sekarang, golongan yang paling ramai melakukan jenayah adalah remaja. patut pun kalau mak ayah kita menegur kita.
buat teman2 semua, renungkan la sejenak diri kita bersama2. muhasabah diri.
Selasa, Julai 24
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan