S A R S
Suatu Alamat Rasulullah Sebut
" Penyakit Ganjil Akhir Zaman "
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE dan kini SARS pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.
Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)."
(HR: Ibnu Majah)
Al Quran dan Sunnah serta Penemuan Moden DN 250maklumat lanjut sila ke laman web darulnuman.com
0 ulasan:
Catat Ulasan