Isnin, Julai 30

    part time keje catering

    seperti di entri di bawah, pada hari sabtu dan ahad aku telah buat part time kat sana, kje jdi pelayan dengan salah sebuah hotel yang x asing lagi di kuala selangor iaitu De Palma Inn. pihak hotel telah mendapat "tander" catering dengan TV3 untuk menjamu selebriti dan VIP2 yang akan hadir ketika karnival sukan remaja itu nanti. taklimat tentang tugasan telah di umumkan pada hari jumaat yang lepas. so, bila tiba hari sabtu tu... terus sahaja buat.

    kiteorang keje mengikut syif masing2. ada yang pagi dan ada yang petang. aku dengan member aku dapat syif petang, so... kurang skit la keje. tapi pnat jugak sebab bila abis majlis pada hari sabtu tu, kiteorang la yang kene kemaskan barang. huhu... penat jugak la. tapi x de la "busy" sangat. x ramai orang pun.

    selama 2 hari tu, ramai selebriti2 yang aku x pernah jumpa, dapat lihat depan mata. seronok sangat. dapat jugak la bersalam-salaman. jumpa pun buat cam biasa jer.buat apa nak excited2... betul x?? dia pun manusia jugak. dan bila "tirai" karnival tu diakhir majlis. sempat juga la aku mengambil gamba dengan beberapa kawan aku dan perkerja yang lain.


    aku yang di tengah2 tu la... gemuk kan aku?? kekeke... :D





    fikir2... ape lagi nak buat yerk?? dah x tau da..

    ni la sebahagian gamba di khemah, tempat kiteorang prepare food dan drink untuk menjamu tetamu2 yang hadir. selepas selesai jer mengemas, aku pun balik la ke hotel untuk mengangkut barang bawak masuk ke dalam dapur hotel. lepas jer angkut, aku dan member aku lepak jap... penat da!! masa tu pukul 8.15pm.. selesai sudah kerja kami.


    termenung kejap... lepaskan angin penat lelah.


    bersebelah dengan member aku da!!

    lepas pukul 8.30pm cam tu... kiteorang pun balik ler ke rumah. nak tido!!

    Khamis, Julai 26

    junior sport carnival berkampung di Kuala Selangor.




    kali ni karnival sukan remaja akan berkampung di sini (kuala selangor). boleh la aku pergi. kekeke... aku rasa banyak acara yang akan diadakan disana nanti. ni la artikel yang aku ambik dari website tv3.

    KARNIVAL SUKAN REMAJA 2007

    Setelah dua kali ia diadakan di Bukit Jalil
    Kini sudah tiba masanya untuk ia diadakan di lokasi berlainan
    Karnival Sukan Remaja kini kembali menemui anda!
    Di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor...

    Dua padang futsal bukannya satu
    Dua gelanggang bola keranjang (3 lawan 3)
    Tapak Paintball yang lebih luas
    Rocky Mountain, Sepakan Penalti, Paintball Target Shooting, Shoot & Hoops, Sepak Raga dan juga Golf Mini.
    Malah buat pertama kalinya Kejohanan Pocket Bike GP di Karnival Sukan Remaja!

    Bukan itu saja, akan ada demonstrasi serta persembahan menarik dan menghiburkan daripada pendatang terbaru pasukan sorak terbaik 2006, Pancaragam, Taekwondo, Silat Gayung Fatani, Judo dan Silambam...

    Ada lagi...seisi keluarga turut berpeluang memeriahkan lagi karnival ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Family Explorace, Sukaneka, Musical Chair, kuiz dan sebagainya...

    Lebih menarik lagi, anda turut berpeluang beramah mesra dan beriadah bersama artis-artis dan personaliti yang anda minati! Rebutlah peluang ini...

    Sertailah aktiviti-aktiviti menarik yang disajikan di Karnival Sukan Remaja dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai beserta barangan ekslusif!



    Butiran Karnival :
    Tempat : Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor
    Tarikh : Sabtu 28 Julai & Ahad 29 Julai


    *TERBUKA PADA SEMUA TERUTAMANYA REMAJA!*



    KEJOHANAN
    Futsal (Bawah 12)
    Futsal (Bawah 17)
    Streetball (Bawah 14)
    Streetball (Bawah 17)
    Paintball Terbuka (Novice)Paintball (Young Gun)
    Mini Pocket Bike GP C’ship

    PERMAINAN
    Rocky Mountain
    Sepakan Penalti
    Sepak Raga
    Golf Mini
    Paintball Target Shooting
    Shoot & hoops

    PERSEMBAHAN
    Pasukan Sorak
    Pancaragam
    Taekwondo
    Silat Gayung Fatani
    Silambam
    Judo

    AKTIVITI KELUARGA

    Family Explorace
    Sesi Bertemu dan Beriadah bersama Artis & Personaliti
    Telematch
    Musical Chair
    Kuiz


    BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN :
    Senang dan mudah....sila pilih kejohanan yang pasukan anda ingin sertai dan hubungi kami di 017-6604511 atau hantar email anda ke jsc@tv3.com.my

    Pendaftaran


    Yuran Pendaftaran
    Kejohanan Futsal (Bawah 12 & 17) RM35 (7pax)
    Kejohanan Streetball (Bawah 14 & 17) RM15 (3pax)
    Kejohanan Paintball (5 on 5) Novice RM150
    Kejohanan Paintball (3 on 3) Young Gun RM75
    Mini Pocket Bike GP Championship

    Pembayaran untuk futsal, streetball dan paintball boleh dilakukan di Perkarangan Stadium Utama, Kuala Selangor pada :

    Khamis 26/7
    3 petang – 6 petang

    Jumaat 27/7
    9 pagi – 12 tengahari


    Rabu, Julai 25

    majlis Gala Konvensyen




    ni la jemputan istimewa yang aku dapat dari syarikat WWN, iaitu majlis gala konvensyen yang akan di adakan di hotel first world, Genting Highland pada 18-19hb ogos 2007 dengan tema : "Revolusi tindakan! bukan CAKAP, kita BUAT!!." setahun hanya sekali... sekali pergi, tahun depan datang lagi. kekeke :D . majlis ni diadakan sebagai tanda mengingati kembali detik2 manis bersama WWN. harga tiketnya boleh juga la tahan. hanya RM 288 sahaja bagi Ahli... kalau ikut harga biasa, rm 388. diskaun rm100. jimat tu... kekeke... leh la wat makan2 nanti kat sana. :D

    wah!! x sabar2 plak aku nak pergi sana. rasanya... ni la kali pertama aku dapat pergi ke sana. insyaAllah, kalau x ada apa2 masalah yang menghalang, boleh la aku pergi ke sana. rm288 tu semua dah siap. tempat perginapan, sarapan pagi, makan utk majlis gala dan cabutan bertuah.

    Selasa, Julai 24

    sehari di hospital

    semalam aku bersama ayahku berada di hospital Tg. Karang kerana datukku mengalami masalah pundi kencing dan beliau telah di kejarkan ke wad kecemasan ketika itu. seharian aku bersama ayahku menemani datukku disana. walaupun hari itu adalah hari isnin, tetapi begitu ramai orang masuk ke hospital waktu itu. aku hanya memerhatikannya sahaja.

    di sebelah katil datukku, ada seorang budak yang sebaya dengan ku waktu itu, di pun di masukkan ke wad kecemasan kerana kemalanagan. waktu itu dia bersama dengan keluarganya dan tanpa segan dan silu, aku pun bertanyakan kepada ibunya tentang anaknya itu. bila ibunya berceritakan kisah anaknya kepadaku, aku sendiri turut sedih mendengarnya.

    ni antara dialog aku dengan si ibu tadi.

    aku : hurm... mak cik, anak mak cik kenapa??
    ibu : anak mak cik exsiden... ni pun baru jer makcik dapat tau. msa exsiden tu dia x nak telefon makcik.
    aku : anak mak cik ni umur dia berapa??
    ibu : 17 tahun... baru jer lepas spm. sekrang ni di masuk ke giatmara.
    aku : owh... maknanya anak mak cik ni sebaya saya la ni yerk... saya pun baru lepas spm tahun lepas.
    ibu : owh... anak ni sekolah kat mana??
    aku : SMK (tut...) kat Tg Karang
    ibu : owh... anak mak cik ni plak sekolah kat sg, (tut...)
    aku : macam mana boleh exsiden tu mak cik??
    ibu : tu la, makcik pun x tau... tiba2 jer kawan ayahnya telefon... katanya anaknya exsiden. mak cik risau. ye la... seharian x pernah duduk diam. pagi jer pergi giatmara kat skin.. (tut...) rumah dah la jauh. makcik tggl kat Sg.. (tut..) dia pergi giat naik moto. mak cik dah nasihatkan dia... bawak moto tu elok2.. hati2... jangan bawak laju. petang pula dia pergi main futsal dan malam pulak, dia kerja kat kedai makan. balik kerja jer pukul 6 pagi. begitu la setiap hari. makcik sampai penat tengok dia. dia langsung x penat. makcik dah cuba cakap dengan dia... "nak, ko abiskan la dulu sekolah ko kat giat tu, lepas tu klau nak kerja, ko kerja la. mak dan ayah masih mampu beri ko duit belanja utk ko pergi giat tu." begitu la kata ibunya. di sebabkan dia ni anak sulung, apa yang dia mintak, sume mak cik bagi. mcam hari tu, dia minta makcik belikannya moto. makcik cakap dengan dia, "sebelum mak belikan moto ni, ko ambik lesen dulu. baru mak belikan.",
    aku :(dalam hatiku, anak makcik kira beruntung juga la... time2 cam ni dah dapat ambik lesen, sedangkan aku terpaksa kerja tuk cari duit tuk ambik lesen jugak. x pe la.. aku reda semua tu)
    ibu : bila makcik tanya dia, "nak, ko nak motor ape?? warna apa??.. apa yang dia mintak, makcik belikan. bila dah dapat motor tu, seronok betul dia. moto tu mak cik baru bayar dua kali, tapi dah banyak calar balar pada motor tu. mak cik tanya la kat dia, kenapa motor ni dah calar?? dia hanya cakap... "jatuh skit jer tu." makcik cakap kat dia, "motor ni ko angkat yerk?? (willie)", dia cakap x de... bila makcik tanya kat adik dia, adik nya cakap "mak, along willie2 motor tu mak, bukan willie jer, lap bahaya pun along buat. makcik punya angin la dengan dia. makcik cakap dengan dia, kalau motor tu rosak, insyaAllah klau ada rezeki, mak boleh belikan motor baru, tapi, kalau nyawa ko melayang?? mak nak belikan nyawa ko kat mana??". mak cik geram, mak cik rantai motor dia. tu yang dia merajuk tu. lantak la... dia nak merajuk ke, mak cik x kisah. asalkan dia selamat.
    aku : ni patah kakinya jer ke mak cik??
    ibu : ni pun nasib baik bukan kakinya yang patah. cuma jarinya saja yang patah dan ada apa entah tadi doktor cakap. kena wat operation kat hospital Klang. mak cik reda la dengan apa yang terjadi ni. mak cik harap dia akan sedar.
    aku : tul tu mak cik... nti kirim salam kat dia yerk.
    ibu : ye la... nti makcik sampaikan.


    ni jer la yang sempat aku ingat perbualan aku dengan makcik tu. sebenarnya perbualan kami masa tu panjang jugak la, tp oleh kerana masa tu aku pun x berapa sihat, so.. otak aku x dapat nak simpan semua perbualan tu.

    sebenarnya pengajaran kat sini adalah, ibu bapa mana yang x sayangkan anaknya?? betul x?? walaupun si ibu marah macam mana sekali pun, marah tu tandanya sayang. jangan la korang fikir yang bukan2 pula apabila mak dan ayah kita marah kat kita. sebenarnya bukan senang nak mendidik anak2, apatah lagi anak tu sedang meningkat dewasa dan waktu dia di zaman remaja ni. masa ni la mereka semua nak jaga kita supaya x terlanjur. ye la, tengok la situasi sekarang, golongan yang paling ramai melakukan jenayah adalah remaja. patut pun kalau mak ayah kita menegur kita.

    buat teman2 semua, renungkan la sejenak diri kita bersama2. muhasabah diri.

    Isnin, Julai 23

    sedkit komen dari puan nye virus da!!

    sejenap dari blog iEn.


    ni la komen yang aku dapat dari puan/cik punya virus (ien). kekeke...



    1) Topek

    Topek ni orang yg terpantas menjawab Virus aku pade mulenye, maybe die kene rush kot sebab maklum lah setahu aku die online dari CC. Dan aku paham kadang2 kite takde mase nak wat satu task. Tapi aku respek tol budak ni sebab die dia buat masa tu gark selepas aku kasik virus kat die. Mekasih aku ucapkan.

    Komen: Sebelum ini template yg dia gunakan adalah mickey mouse, dan ia sesuai dengan tuannye sendiri nampak comel dan cute wekekeke! Tapi umur kita makin bertambah dik, perlu ada perubahan supaya dari blog itu dah nampak kematangan kita mcm mana untuk mengolah ayat2 sama ada diari ataupun info2 yg boleh kitorang buat terpukau. Tapi bagi aku sepanjang aku menjelajah blog Topek ni aku rasakan yg membuat aku terpaut adalah lirik2 lagunye di sane, sebab ada beberapa lirik lagu yg membawak kenangan pada aku acewah.hehe. Dan selepas itu beliau meminta aku mengubah template serta design kepada Blogspot yg upgrade skit, So aku ubahkan di mana yg patut serta meletakkan balik menu2 di sidebar sehingga ternampak dan terbaca ayat2 hadith yg diberikan membuatkan aku terpikir dan terdiam seketika. Sapa yg tak tenang kan bile terbaca ayat2 mutiara kata/mukadimah tersebut? Dan selepas merenovate, ternyata ramai yg memberi komen yg membina dengan kejutan elektrik. Dan untuk topek, teruskan dengan karya seni seperti lirik lagu yg sepadan dengan perjalanan hidup Topek. All The Best!

    Jumlah peratus yang diberikan: 70%


    komen dari topek plak :

    oleh kerana topek sendiri online kat CC, mungkin itu adalah antara sebab topek adalah orang pertama yang menjawab virus tu. selalunya topek online kat CC ni x la lama sangat, 1 jam hingga 1 setengah jam jer, jadi... topek kesuntukan masa. kadang2 topek online semata2 hanya tuk menulis entry baru dan membuat sedikit olahan pada blog ni. (mungkin x nampak sangat kot.) hum... kat sini topek nak ucapkan terima kasih banyak pada Ien. dahulunya blog topek ni templatenya adalah mickey mouse. masa mula2 gunakannya tu rasa macam cute plak blog topek ni. kekeke :)) sebab dulu masa topek masa kecik2 dulu memang suka tengok cerita kartun mickey mouse. tapi, oleh kerana umur kita makin meningkat, topek mula rasakan yang dah x seharusnya topek menggunakan lagi template mickey tu. rasa macam kebudak2kan pula. dan topek telah meminta tolong kepada ien tuk ajar topek bagaimana tuk upgrade blog topek ni. sedikit demi sedikit yang di ajarnya dapat juga topek faham. paling banyak yang mengubah blog ini, ien la punya kerja... kekeke... terima kasih ien. tengok2 jer dah laen dah blog topek ni.

    sebenarnya topek ni baru jer bergiat dalam blogging ni. so, banyak yang topek x mengerti dan perlu untuk topek mempelajarinya. pada mulanya topek berblogging ni bertujuan hanya untuk suka2 jer. nak ringankan tangan ni dan juga ingin mencari kenalan yang berada jauh di mata. pernah dulu topek rasa, cam dah x nak bergiat lagi dalam blogging ni sebab x de sambutan pun, tp mujur la dengan adanya msjbox yang "direka" oleh abg jun.... maka ada juga la kenalan2 dari group msjbox yang datang ke blog topek ni. mereka jadi pendorong buat topek untuk terus bergiat aktif dalam blogging ni. tima kasih geng msjbox!!

    topek rasa yang menjadi kekuatan dalam blog topek ni adalah kerana template yang topek gunakan dulu... iaitu mickey mouse. mickey kan comei, dan topek pasti semua meminati mickey... tul x?? lain2 kekuatan tu topek rasa x de la kot sebab banyak entry2 topek ni mengarut2 belaka. dengan masa yang singkat, apa yang terlintas di fikiran topek, tu la yang topek tulis... tu kalau sesiapa yang selalu masuk ke blog topek, cuba lihat... topek banyak letakkan lirik lagu dari cerita2. topek akuinya. dengan berbekalkan masa hanya 1 jam, x sempat untuk topek menulis cerita yang mungkin mengambil masa kira2 45 minit bagi topek. x apa la... topek akan memperbaikinya sedikit demi sedikit dengan cerita yang menarik. di samping itu juga, mungkin apabila genap saja birthday topek... 1 revolusi baru akan muncul di blog topek. Insya-Allah...

    walaubagaimanapun topek ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada kakak ien kerana telah membantu topek dalam menjayakan blog baru topek ni... tima kasih ien. :D

    Ahad, Julai 22

    citcat - web penterjemah bahasa online FREE!! :D


    sebenarnya dah lama aku guna "kamus" online ni. ye la... bab2 BI ni mane la aku faham 100 percent, so klu yang pening2 tu aku guna "kamus" ni tuk baca apa2 yang di tulis dalam bahasa BI. mudah dan senang. keke... bagi yang mana2 malas nak baca BI. korang leh guna "kamus" CitCat ni tuk terjemah hampir kesemua web yang korang nak baca. aku x kata 100 peratus dia akan baca. mybe menu2 tu x dapat la kot.


    kalau x silap aku la... web ni telah dibina oleh orang malaysia tau. dan mudah tuk di fahami jika hendak menggunakannya... ianya terdapat dwi-bahasa, sama ada nak guna BM or BI, tu sumer terpulang la pada korang sumer. macam aku, BM jer... maklum la... "bahasa menunjukkan Bangsa" tul x?? lagi satu "Bahasa Jiwa Bangsa."keke... leh jadi cam A Samad Said ni. :))


    ok la... aku pun malas la nak celoteh banyak kat sini. aku syorkan kat korang jer... kite kongsi sama2 apa2 yang baru. tul x??


    Jumaat, Julai 20

    Khasiat Asam Jawa


    Tahukah anda bahawa asam jawa yang digunakan dalam menu masakan sehari-hari dapat membantu menjaga kulit wajah? Caranya, ambil kuantiti asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30 minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Insya-Allah jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau bagaimanapun, petua ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. kekeke :)) :p


    Selasa, Julai 17

    penat da

    penat da!!

    adess... bulan ni aku terpaksa kerja kuat skit tuk bulan depan punye mission. ni pun dah brape haribulan entah... aku pun x ingat. kekekeke... adess... sampai tarikh hari ni pun aku lupe. tu yang kadang2 burfday orang aku terlupe... (sori yer bagi member2 aku yang lahir bulan ni, aku x dapat nak wish happy burfday kat korang sume.) kepala otak aku ni berserabut gile2 punye serabut. penat pun penat... asyik buat sale jer.


    aku buat sume ni bukan ape, bulan depan ada satu majlis yang gemilang akan di adakan oleh syarikat aku. majlis gala konvensyen yang akan di adakan di arena of star, Genting Highland, pahang. perghh!!! ni baru kali pertama rasanya kalau dapat pergi ke genting. selama ni aku x pernah melancong pun ke mana2.


    so, rasanya aku akan menghilang tuk beberapa minggu ni sbb nak kerja kuat tuk pergi ke sana... datang setahun sekali. kekeke... k la... bye..

    Jumaat, Julai 13

    untitle



    :-? aku pun x tau la nak citer ape hari ni. kekeringan idea plak hari ni. sampai nak berceloteh kat sini pun x tau nak citer psal ape. huhu... kepala aku blur. so, aku x de ape la nak kata dgn korang. cume aku nak korang sume layan dengan lagu ni. kekeke... mungkin lagu ni sambungan daripada lagu semalam kot. entah la... sejak dua menjak ni aku asyik layan lagu jiwang jer... entah ape kene dengan aku ni pun x tau la... tp ini lagu lama jugak. dan jarang aku dengar lagi lagu ni di mainkan di radio2 atau stesen TV. kite layan la yerk...


    Fotograf

    Di Alam Fana Cinta Mu

    Bila terpejam lena
    Jasadku tidak berdaya
    Mencari engkau di mana
    Hanya dalam mimpi indah

    Bila aku terjaga
    Jasadku terus berdiri
    Mencarimu tiada lagi
    Berkubur di alam mimpi

    Apakah aku yang terlupa
    Antara lena dan terjaga

    Di waktu malam pemisah
    Yang nyata menjadi mimpi
    Di sini engkau menanti
    Bersama harum kasturi

    Bagai mekarnya bunga cinta
    Di alam nyata penuh rahsia

    Pabila titisan embun pagi
    Mimpi indah
    Entah ke mana menghilang
    Entah kenyataan
    Engkau biarkan aku terbuang
    Di alam fana cinta
    Kau pula berdusta

    Ku terpenjara aku terpenjara
    Di dalam lena di dalam jaga

    Khamis, Julai 12

    feeling



    sejak kebelakang ni aku asyik gundah gulana jer.. mengingatkan kisah2 lama semasa sesi persekolahan yang lepas. kenangan manis, pahit, masin, masam... macam2 la.. entah la. aku pun x tau... sejak aku layan lagu ni la. tapi memang kena dengan kisah2 aku dulu... aku pun x nak citer byk la. nti korang tnye aku yang bukan2 plak. maklum la... zaman cinte monyet aku dulu ni... saja aku abadikan dalam lagu yang begitu lama x kedengaran lagi di radio2. namanya di rahsiakan.

    Kris

    Tiara

    Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
    Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
    Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
    Di malam pesta engkau bisikkan
    Kata azimat di telinga

    Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
    Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
    Engkau jauh meniti puncak menara gading
    Yang menjanjikan hidup sempurna
    Tapi aku hanya tunduk ke bumi
    Hidup tertekan

    1
    Jika kau bertemu aku begini
    Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
    Di penjara terkurung terhukum
    Hanya bertemankan sepi

    Bisakah kau menghargai
    Cintaku yang suci ini...
    Oh! Tiara... pedihnya
    Dapatkah kau merasakan...

    ( ulang 1 )

    Bisakah, masih bisakah
    Engkau hargai cintaku lagi
    Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
    Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
    TIARA... Oh.!

    Rabu, Julai 11

    huh!! betul ke "rumah" aku ni??


    hari ni aku rasa cam pelik jer dengan "rumah" baru aku ni... betul ke ni "rumah" aku?? cam x percaya jer. bila aku taip urlnye... betul la. tp asal dah lain?? sememangnya mengejutkan aku. cam x percaya... begini la hasilnya. lawa jugak yerk?? kekeke...

    sebenarnya aku semalam telah bercadang tuk ubah skit versi blog aku ni. ye la.. dah lama sgt dah aku guna template mickey mouse tu. rasanya mungkin aku perlu berbuat sesuatu untuk blog aku ni. walaupun agak keliru jugak la aku dibuatnya... tapi alhamdulillah... dengan bantuan seseorang, dapat juga aku mempelajari sedikit demi sedikit. aku ni kalau blaja sekali banyak, nanti blur kepala otak aku ni. maklum la.. kepala aku ni ada had limit untuk sehari. kalau lebih jer... abis... blur dah kepala aku.


    "owh... gitu"... itu jer ayat yang semalam aku guna masa seorang insan hamba allah ni mengajar aku wat sume ni. dia cakap, aku buat. nak tau x, sebenarnya mase aku buat ni, aku dalam keadaan kelam kabut tau. maklum la... mase tu aku baru jer ambik adik aku sekolah pda pukul 1 lebih. dengan keadaan tergesa2nya... aku terus pecut naik moto pergi ke CC. fuh!! punye la penat. tp, alhamdulillah... dapat juga aku siapkan bersama hamba allah ni tadi. kekeke... tima kasih daun keladi aku ucapkan padanya kerana sudi ajar aku tentang sume ni. kalau x aku pun x tau... maklum la. aku ni baru pra-amatur.. so, byk lagi yang perlu aku belajar. walaupun aku ni byk songeh, dia sabar jer ajar aku. mekasih yerk. yang aku ubah, cikit jer... yang lain... sume dia buat. tima kasih la. kekeke...

    Selasa, Julai 10


    gangguan teknikal...


    oleh kerana blog aku ni sedang dalam proses 'peng"upgrade"dan', so... aku terpaksa.. eh, bukan terpaksa la.. aku kene "format" balik blog aku ni. so, shoutbox or msjbox aku terpaksa aku "pindahkan" kat "rumah" lama aku semasa proses upgrade ni. ni pun baru kali pertama aku upgrade blog aku ni... so, byk lagi yang kene aku blaja...


    jika ada sebarang komen atau nak sembang2 dengan aku, korang semua leh la "tuliskan" korang punye komen kat entry2 aku. sebarang kesulitan amatlah dikesali... kekeke... skema la plak. tp walaubagaimana pun aku x kan menghampakan korang semua... apa kata kita layan lagu ni. lagu ni sebenarnya mengingatkan aku mase zaman sekolah aku... almaklum sendiri mau ingat la. kekeke... ok la. ape2 hal korang leh komen aku di entry2 aku yerk...

    KRIS - TIARA

    Sabtu, Julai 7

    bosan (2)


    hari ni aku nak layan lagu kenny remy and martin. best jugak klu feeling2 lagu2 jiwang ni. keke... layan!!


    Suratan Atau Kebetulan Lyrics
    Artist: Kenny Remy Martin

    Sesuatu yang tak disangka
    Seringkali mendatangi kita
    Itukah suratan dalam kehidupan
    Atau hanya satu kebetulan

    Kita asyik membicarakan
    Persoalan hidup dan pilihan
    Sedang kejujuran semakin berkurang
    Masih tiada bertemu jawapan

    ( korus 1)
    Walau kita dihadapkan
    Dengan berbagai pilihan
    Mengapa sering terjadi
    Pilihan tak menepati

    ( korus 2 )
    Hingga amat menakutkan
    Menghadapi masa depan
    Seolah telah terhapus
    Sebuah kehidupan yang kudus

    Pertemuan sekali ini
    Bagi diriku amat bererti
    Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
    Bimbangkan berulang kesilapan

    ( ulang dari korus 1)

    Ringtones of Kenny Remy Martin

    Jumaat, Julai 6



    kene "virus" dari iEn da!!

    iEn... ni dia jwapan aku. (topek)



    1) Apakah resolusi yang anda gunakan?
    800x600pxl

    2) Tema atau ciri-ciri blog?
    Diari, lirik, luahan, kongsi cerita la senang citer... haha..

    3) Kekuatan Blog anda? (Shoutbox, Komen, Ramai Kenalan, Entri yang menarik perhatian atau lain2, sila nyatakan)
    Komen,shoutbox (msjbox) dengan Entri kot, aku pun x tau... wakaka!!

    4) Kelemahan Blog anda?
    kureng menarik skit la, lembab pun ade gak... hm.. entah la.

    5) Jenis connection anda?
    entah!! aku sendiri pun x tau.. aku online kat CC. haha... x pernah plak aku tnye tokei kedai. kekeke

    6) Berapa kali anda menukar baju atau template Blog?
    mane pernah, dri dulu smpai sekrang.. template ni la. huhuhu...

    7) Kekerapan posting?
    Kadang-kadang, kerap, jarang

    9) Sejak bila anda mengenali Blog?
    Sejak tahun 2005 (Blogdrive)

    9) Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan blog yang disediakan?
    Puas sesangat walaupun kadang2 down. tp... memang best.

    10) Adakah anda berasa tensyen bila Blog rosak? Bagaimana anda mengatasi?
    tensyen dowh!!. caranya topek wat post moterm dulu.. tgk kerosakan, jika perlu ganti rugi, insurans takaful kan ada. haha... ape susah.

    11) Apakah harapan anda pada Blog?
    Ingin dikenali dan dirapati dengan rakan2 blog yg lain di samping bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita, dan macam2 lagi la.

    Khamis, Julai 5

    gila2 remaja soundtrack.


    Ku jejak jalan yang berliku
    Membara jiwaku memburu impian

    Ku renang lautan gelora
    Biarpun tersadai di hujung dunia

    Akan ku rempuhi segala rintangan
    Biarpun rebah ku bangun sendiri

    Akan ku genggam biarpun hitam
    Menjadi milikku

    Ku mula dengan langkah ini
    Menuju sinaran yang abadi

    ___________________________________________________________________

    sbenarnya, walaupun aku ni baru 18 tahun, tapi aku ada 1 misi yang aku pun x tau bila penghujungnya. mencari erti hidup, memang sukar untuk mencari jawapannya. lagi pula dengan dugaan dan cabaran yang di lalui sepanjang perjalan hidup ini, aku merasakan seperti ada 1 persamaan dalam lirik lagu ni dengan jiwa aku.

    walaupun ianya sekadar lagu, tetapi bagi "jiwa seni" mcam aku ni, aku begitu suka bila dengar lagu ni. lantak orang la nak kata aku ni ape... feeling lebih ke, aku x kisah. tapi bagi aku, lagu ni ada maksud yang tersirat di dalamnya yang mungkin dapat aku terjemahkan atau tidak.

    Rabu, Julai 4



    penat


    malam td aku de kelas kat skincan, selangor. tp ape yang sedihnya hanya 6 orang jer yang datang. sedih betul. tp walaupun 6 orang, kelas tu tetap berjalan seperti biasa. start dari pukul 9.30 dan abis pukul 10.30 mlm. satu jam jer. malas la nak lama2 wat kelas, 6 orang jer. x seronok plak nak citer panjang lebar.


    lepas jer abis kelas tu, kami semua pergi la minum di satu kedai tu. yang "panas"nye, aku order lain, lain plak yang sampai. perghh1!! memang menyirap. nasib aku masih ingat lagi pelajaran tekink bernafas tu. bila buat jer... lege dah hati ni. sambil2 minum tu sembang2 la pasal produk2 syarikat... lepas tu citer pasal marketing plan plak. sembang punye sembang, tahu2 jer dah pukul 12. punye la syok kiteorang sembang. maklum la, syarikat aku ni produk dia memang tuk kesihatan, so... sambil2 citer pasal produk, citer jugak pasal kesihatan ni. semua orang mahu sihat, betul x?? sapa yang kat dunia ni nak sakit jer. aku rasa, seorang pun x de.


    yang bestnye malam tadi, lepas jer kiteorang abis minum kat kedai tu tadi, aku sempat juga la mintak rx-water kat salah seorang upline aku. dalam WWN, "killer product"nye rx-water system. tp, aku x mampu nak beli, so... beli airnye pun jadi la.. wat minum2 satu family. airnya bagus, dah byk testimoni yang berkesan setelah mencuba rx-water ni. yang kencing manis, kanser, macam2 la. alhamdulillah. dah ramai yang mula nampak perubahan.
    "Remember before drinking Rx-Water ™, ask in the name of God, the Almighty, what benefits you want for yourbody and blow that "wish" or message into the Rx-Water ™. Different conditions may require certain modifications of the regime."

    Selasa, Julai 3




    the sim city.




    ni adalah salah satu game yang paling menyeronokkan. the sim city. ianya game yang membantu kreativiti minda anda. game ni adalah berkisahkan sebuah pembangunan bandar, dimana... permulaan permainan ini anda akan diberi satu lokasi (bandar) yang kosong (cam padang jarak padang tekukur), x ada apa2 pun. disini la kreativiti minda anda di perlukan untuk membina sebuah bandar yang cantik dan indah mengikut kreativiti anda.


    bagus tau permainan ni. jikalau anda tidak berminat dengan permainan perang, anda boleh mencuba game the sim city ini. menyeronokkan. x percaya. cuba la.

    Ahad, Julai 1


    warcraft 3




    sebenarnya dah lama juga aku meninggalkan tabiat lama ku ni. klu dulu, pergi cc jer main game. tu mase zaman budak2 la... teruja dgn game. eh!! bukan teruja la... exicted. hehe... tp entah kenapa aku mula rindu plak dgn tabiat lamaku ni. mane x nye... sekarang ni dah banyak juga la game baru di "pasaran" sekarang. dengan game yang ber"function" biasa, or online game. macam2 dah sekrang ni.


    dulu, aku selalu gak main game ni. macam2 dah game yang pernah aku main.. tapi yang paling aku suka adalah game yg berdasarkan pemikiran, merancang strategi, dan kreativiti. senang citer, aku ni minat game perang. cam RED ALERT, tiberian sun, dune 2000 and mcam2 la. warcraft ni juga salah satu darinya.


    best tau game2 cam ni... mencabar minda. kita boleh rancang strategi, serangan, kubu pertahanan dan macam2. x caya... cuba la. anda pasti akan teruja.!!
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie