alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku bercoret kembali di dalam blog aku ni. cuti seminggu yang diberikan sempena raya cina ni dpat juga aku manfaatkan untuk aku menulis cerita2 aku semasa masuk ke politeknik. alhamdulillah, hari jumaat lepas, genap 3 minggu aku masuk poli tu. kehidupan kat sana cukup tenang, bersebelahan dengan selat melaka (pantai), orang lalu lalang kat tempat tu pun kurang, bunyi bising pun x de. yang ada bunyi deruan ombak dari pantai, bunyi burung2 berkicauan... pergh!! memang aman. cuma tempatnya terletak agak pendalaman skit. kire2 30km dari bandar. (kak honey tau la.)
AL - KISAHNYA.
Minggu pertama aku di poli. (14 - 18 jan)
hari pendaftaran untuk pelajar baru. first sekali daftar bilik asrama. aku dapat block 1 di aras 3 dari 4 aras. (kalau nak jenguk aku, sila la...). 1 bilik berkongsi 4 orang student. (boleh tahan jugak la besar bilik tu) tp room mate aku semua berbeza "course" yang di ambil. baru kenal beberapa jam, kiteorang dah rapat macam 1 tahun dah kenal. nak borak2 dengan diorang pun dah x de segan silu da... relax jer. pada petangnya plak dah start da MSK, (minggu suai kenal) antara pelajar2.
pada 15 hb, kiteorang terus mendaftar ke bahagian HHP untuk mengesahkan kami sebagai pelajar baru di politeknik.
seminggu kiteorang kene "raging" dgn senior AJK MSK. sampai bangun pagi pun dibunyikan "siren" macam siren nucklear missile. adeh!! perit!!. seb baik seminggu, klu lebih, mau aku duduk kat hospital tmn bahagia.
suai kenal antara pensyarah dgn students. (21-26 jan)
minggu ni aku bersuai kenal dgn classmate dgn pensyarah2 aku. hoho... nampaknya aku seorang saja dalam kelas aku tu yang duduk di tanjong karang. yang jauh dari johor baharu pun ada jugak. ish3... punye la jauh merantau. (nasib badan korang la dapat kat sabak bernam tu) kekeke... seb baik aku dekat jer, so, bleh la aku balik setiap minggu. dan pda minggu ni jugak, kiteorang gi mendaftar modul yang akan diambil untuk sem 1 ni. (aku ambik jurusan teknologi maklumat, so.. sape2 yang ada note untuk ni... bagitau la aku yerk??)
pengkuliahan pun bermula (28 jan- 1 feb)
kuliah pun bermula pada minggu ni.
ni gambar terakhir dalam bulan jan yang sempat aku "tangkap" dgn member aku. sebenarnya aku agak segan mse tu. maklum la... budak perempuan yang tolong ambikkan gamba. buat x tau jer... keke...
cuti raya cina (1 - 10feb)
ye... cuti...
huhu... banyak keje rumah...
Selasa, Februari 5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan