Ahad, Oktober 5

Cerita RayaKu (Part 1)

Sedar x sedar dah masuk hari raya ke-6 dah kite beraya kan?? Dan pastinya banyak kisah yang menarik sempena raya tahun ini yang ingin di kongsikan bersama. Betul x?? begitu juga topek. Maaf sebab lambat update cerita raya ini, kalau nak di ikutkan hari raya kedua topek nak update… tetapi, malas pula nak update cerita raya ini setiap hari… biar topek kumpulkan cerita raya ini dan topek publishkan nya sekali. (hari ini la).

Hari Raya Pertama (1 Okt)

Pada pagi tu, Ayah, abang, topek serta adik topek pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Kg topek. Setelah selesai solat sunat aidilfitri tu, topek pun balik dan Sesi Bermaaf – maafan sesame ahli keluarga pun bermula. Di mulakan dengan anak yang sulung, sampailah adik topek yang bongsu sekali. Setelah bermaafan, topek dan family pun bergambar bersama sama.





Tepat pukul 11 pagi, topek dan family "konvoi" beraya ke rumah saudara - mara yang terdekat (Pt 2, Sg Burong)










Hari Raya Kedua (2 Okt)

Pada kebiasaannya, hari raya kedua ini orang kampung topek membuat Baraan Raya. Kunjung mengunjung dari rumah ke rumah dari Pagi sampai ke Petang. Bermula dari rumah imam surau dan dan rumah – rumah seterusnya. Baraan tahun ni topek x dapat nak ikut kerana topek sakit ketika itu (perut meragam)… adeh!! Rugi betul la.. so, xde la gambar.





duit raya ni... hehe... jangan salah faham, ni bukan topek punye duit raya... tp ni la duit raya yang bakal topek bagi kepada "budak2" yang datang berkunjung ke rumah topek. nilainya?? .... biarlah rahsia. kalau mau... meh la datang rumah :p

0 ulasan:

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie