Khamis, Mei 10

    sambungan semalam...

    mase aku pergi motivasi tu, banyak yang aku dapat daripada program tu... motivasi tu memang menyentuh perasaan dan jiwa aku sendiri. mane x nye... isu yang paling hangat di "pasaran", isu pasal remaja... x habis2 di ketengahkan.. ye la... untuk kesedaran kepada golongan remaja juga... termasuk aku sendiri...

    sekarang ni golongan remaja yang paling di khuatiri adalah golongan remaja melayu la.. mane x nye... Rempit?? remaja melayu juga yang ramai. Kes khalwat?? remaja melayu juga yg ramai. kes pergaulan bebas?? ish2... memang banyak la kalau aku nak cerita...

    tanpa aku sedari... memang banyak juga kes2 remaja melayu sekarang ini. apa yang aku "lihat", remaja sekarang memang banyak yang suka "enjoy" jer mase muda ni... bukan diorang kira la ibu bapa mereka. memang x salah kalau nak enjoy sekali sekala.. tapi sendiri mau ingat la... jangan la terlalu enjoy sangat... sampai melanggar batas pergaulan dan adat kita sebagai orang melayu.

    aku cukup2 sedih dengan remaja melayu sekarang ni. tengok la di setiap sudut. di bus stand.. remaja melayu juga ramai yang melepak. tengok jer la dimana2... mesti ada. aku bukan nak kutuk "mereka" ini, tapi sepertinya mereka ni x sedar kalau kemiskinan orang melayu ni di bwah tapak kaki. ish3... rasa hina x kalau di dengar?? hina. tapi itu la hakikatnya. sekarang ini kita duduk di "tanah" siapa?? tanah melayu kan... tapi dalam herarki malaysia... orang cina di atas sekali, kedua... india dan yang ketiga ialah melayu. kita duduk di tanah melayu, tapi kenapa kita di tangga ke tiga dalam herarki Malaysia??

    itu mungkin korang x pernah nak ambik tau pasal semua tu... tapi apa yang paling aku sedih sekali adalah... remaja sekarang ni enjoy, pakai duit mak ayah. tu yang paling aku sedih sekali.keluar dari rumah, cakap dengan mak nak pergi sekolah. tapi apa yang berlaku?? rupanya jumpe "buah hati." minta duit dengan mak ayah punya la senang.. kata nak buat belanja. tapi apa yang berlaku... rupanya belanja si "dia."
    adui... begitu senang sekali.

    aku ni pun bukan la baik sangat. dulu mase sekolah pun aku cam tu.. tapi bila aku pergi ke motivasi tu, memang cukup2 menyentuh perasaan aku. baru aku sedar betapa "hina"nya aku ni. itu la yang paling aku x boleh lupa.

    pernah x pada 1 malam, apabila mak ayah korang tidur... korang sentuh tapak kaki mereka?? pernah x?? kalau korang pernah... korang tau la cam ne rasanya. kasar!! begitu la mak ayah kita. susah2 bagaimana pun mereka tetap mencari rezeki untuk menyara keluarga. mereka x pernah mengeluh.

    ish2... kalau aku nak cerita... memang panjang, tapi cukup la di sini dulu buat renungan kepada remaja sekarang ini. korang semua buat la renungan dalam diri masing2. muhasabah balik diri masing2.

    Rabu, Mei 9

    ini adalah kenyataan...

    baru tadi aku jguk member blog iaitu fysal... entry baru dia pasal minyak... hurm.. aku dapat 1 idea dimna aku nak kongsi 1 cerita dengan korang (rakan blog). yang nak aku cerita bukan la pasal minyak kelapa... tp pasal minyak petrol.. sebelum tu aku nak imbas balik zaman perdana menteri kita yg kedua iaitu allahyarham tun abdul razak.

    cerita ni aku dpat masa aku hadir dalam 1 motivasi keusahawan di kuala lumpur. nama penceramah tu aku x bape ingat sbb aku x bape dgr. mase tu aku duduk belakang. nasib ade seorang rakan aku yg membawa mp3 player yg boleh rakam suara. aku pun pinjam la.
    nak di ceritakan, sebenarnya dulu harga minyak petrol adalah beberapa puluh sen jer dulu... (klu x silap aku anggaran dalam 30 sen cam tu la).tp, pernah tun abdul razak berkata : "sekarang ini kita boleh dapat minyak dengan harga sekian, tp nanti kita akan masuk di suatu zaman di mana harga minyak petrol 1 liter berharga RM2. dan kita akan masuk 1 abad iaitu abad ke 21 (tahun 2020) di jangkakan harga minyak akan melambung sehingga RM7 = 1 liter".

    bila aku dengar, macam x percaya. tapi itu la hakikatnya.betul x harga minyak dunia sekarang RM2?? kita dah masuk zaman tu la... tp ape yg menggerunkan adalah di abad 21 nanti... klu betul la harga minyak petrol RM7 = 1 liter, x tau la aku nak cakap apa. nak atau x nak, kita semua akan tempuh dan masuk ke tahun 2020.

    bukan aku nak megutuk mana2 pihak, ni adalah untuk kesedaran semua. RENUNGKAN LA...

    Isnin, Mei 7

    hari ni aku nak cerita pasal kelebihan bulan kelahiran aku... iaitu bulan oktober. sape2 yg lahir bulan oktober, kita berkongsi rahsia bulan kelahiran.


    OKTOBER

    * Suka berbual.
    * Suka orang yang sayang padanya.
    * Suka ambil jln tengah.
    * Sangat menawan & sopan santun.
    * Kecantikan luar & dalam.
    * Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    * Sentiasa berkawan.
    * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    * Cepat marah.
    * Macam pentingkan diri sendiri.
    * Tidak menolong orang kecuali diminta.
    * Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    * Tidak suka terima pandangan orang lain.
    * Emosi yang mudah terusik.
    * Suka berangan & pandai bercakap.
    * Emosi yang kelam kabut.
    * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    * Suka melancong, bidang sastera & seni.
    * Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    * Romantik dalam percintaan.
    * Mudah terusik hati & cemburu.
    * Ambil berat tentang orang lain.
    * Suka kegiatan luar.
    * orang yang adil.
    * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    * Mudah patah semangat.

    ni bukan aku yg saja2 tulis kat sini... yg ni telah di karang sendiri oleh pakar motivasi iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

    setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri... so, sentiasa la muhasabah diri masing2...
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie