Khamis, Mei 10

sambungan semalam...

mase aku pergi motivasi tu, banyak yang aku dapat daripada program tu... motivasi tu memang menyentuh perasaan dan jiwa aku sendiri. mane x nye... isu yang paling hangat di "pasaran", isu pasal remaja... x habis2 di ketengahkan.. ye la... untuk kesedaran kepada golongan remaja juga... termasuk aku sendiri...

sekarang ni golongan remaja yang paling di khuatiri adalah golongan remaja melayu la.. mane x nye... Rempit?? remaja melayu juga yang ramai. Kes khalwat?? remaja melayu juga yg ramai. kes pergaulan bebas?? ish2... memang banyak la kalau aku nak cerita...

tanpa aku sedari... memang banyak juga kes2 remaja melayu sekarang ini. apa yang aku "lihat", remaja sekarang memang banyak yang suka "enjoy" jer mase muda ni... bukan diorang kira la ibu bapa mereka. memang x salah kalau nak enjoy sekali sekala.. tapi sendiri mau ingat la... jangan la terlalu enjoy sangat... sampai melanggar batas pergaulan dan adat kita sebagai orang melayu.

aku cukup2 sedih dengan remaja melayu sekarang ni. tengok la di setiap sudut. di bus stand.. remaja melayu juga ramai yang melepak. tengok jer la dimana2... mesti ada. aku bukan nak kutuk "mereka" ini, tapi sepertinya mereka ni x sedar kalau kemiskinan orang melayu ni di bwah tapak kaki. ish3... rasa hina x kalau di dengar?? hina. tapi itu la hakikatnya. sekarang ini kita duduk di "tanah" siapa?? tanah melayu kan... tapi dalam herarki malaysia... orang cina di atas sekali, kedua... india dan yang ketiga ialah melayu. kita duduk di tanah melayu, tapi kenapa kita di tangga ke tiga dalam herarki Malaysia??

itu mungkin korang x pernah nak ambik tau pasal semua tu... tapi apa yang paling aku sedih sekali adalah... remaja sekarang ni enjoy, pakai duit mak ayah. tu yang paling aku sedih sekali.keluar dari rumah, cakap dengan mak nak pergi sekolah. tapi apa yang berlaku?? rupanya jumpe "buah hati." minta duit dengan mak ayah punya la senang.. kata nak buat belanja. tapi apa yang berlaku... rupanya belanja si "dia."
adui... begitu senang sekali.

aku ni pun bukan la baik sangat. dulu mase sekolah pun aku cam tu.. tapi bila aku pergi ke motivasi tu, memang cukup2 menyentuh perasaan aku. baru aku sedar betapa "hina"nya aku ni. itu la yang paling aku x boleh lupa.

pernah x pada 1 malam, apabila mak ayah korang tidur... korang sentuh tapak kaki mereka?? pernah x?? kalau korang pernah... korang tau la cam ne rasanya. kasar!! begitu la mak ayah kita. susah2 bagaimana pun mereka tetap mencari rezeki untuk menyara keluarga. mereka x pernah mengeluh.

ish2... kalau aku nak cerita... memang panjang, tapi cukup la di sini dulu buat renungan kepada remaja sekarang ini. korang semua buat la renungan dalam diri masing2. muhasabah balik diri masing2.

0 ulasan:

 

Blog Archive

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie