Selasa, Mei 29

inikah kawan??


seronok kalau ada kawan yang ramai ni... sebab ape, ye la... kadang2 kalau kita susah, kawan ini akan membantu kita, memberi nasihat, dan sebagainya... di kala kita gembira... kita ketawa sama2. dan apabila kita susah, kita menangis sama2,betul ke??
itu la persoalan yang sering bermain di fikiran aku.


bukan aku nak memburuk2kan kawan aku sendiri... orang kata, tanpa kawan... hidup ini terasa kekosongan. betul... aku akui itu. siapa yang lahir di muka bumi ini sejak dia sesaat di bumi ini sehingga sekarang, masih tiada kawan??? sedangkan jikalau orang yang berhijrah ke mana2... seminggu dia duduk di sesebuah kawasan itu, pasti sudah mendapat ramai kawan. kalau orang yang kata, "aku x de kawan la" orang itu adalah pembohong besar.


kadang2 aku sendiri x dapat nak menghuraikan apa sebenarnya nilai sebuah persahabatan ini. sebab apa, kadang2... kawan yang begitu kita percaya, dan yang paling rapat sekali dengan kita, akhirnya.. kawan itu mengkhianati kita. itu la yang paling pedih untuk kita rasai. selama ini kawan itu sungguh baik pada kita... selalu menjeguk kita, melawat kita ketika sakit... tetapi, tiba2 dia mengkhianati kita. uih... memang x dapat nak melupakan peristiwa itu.. betul x??


kita semua mempunyai ramai kawan, tapi x semua kawan sanggup bersusah untuk kita. pernah seorang saudara aku ini berkata padaku. "kau pernah tengok x, kau dan kawan2 kau berkumpul, duduk satu meja ramai2... kau gelak dengan kawan kau bersama2, pernah kau tengok x??" aku pun menjawab la pertanyaan dia, "pernah!" dan dia berkata lagi "pernah x kau tengok, kau dan kawan2 kau, duduk 1 meja ramai2... kau dan kawan2 kau menangis sama2. pernah x??" dari situ aku mula berfikir... aku belum lagi menjawab soalan yang dia tanya tu. lepas tu dia kata "kenapa kau diam??" aku pun mula berkata.. " x pernah lagi aku tengok orang yang sebegitu." dia pun berkata lagi.."kenapa kau nak ikut kawan2 kau kalau kawan kau x sanggup nak menangis bersama2 dengan kau??" "aku bukan x bagi kau berkawan, tetapi... pandai2 la kau pilih kawan. sebab apa aku cakap cam tu, sebab aku sendiri pernah merasainya. dulu sewaktu abang aku masih hidup lagi... dia ni adalah mat rempit, lumba sana sini. hisap rokok. tetapi bila dia meninggal dunia... seorang kawan dia pun aku x lihat yang menziarahinya. kau bayangkan la... mana pergi kawan2 yang rempit bersama2 dengannya?? dari situ aku mula kesal dengan kawan2 abang aku." pergh!!... punya la sedih aku mendengar ceritanya... dia sendiri sampai menitiskan air matanya semasa menceritakan kisah abang dia.


lepas tu dia berkata lagi kepadaku... "andai kata hari ini kau pegi ke 1 tempat bersama2dengan kawan kau. semasa kau balik, kau telah di langgar oleh sebuah lori kontena. kepala kau berkecai dan tangan kaki kau putus, adakah kawan2 kau yang akan mengutip mayat kau??" sedih aku masa tu... ye la... membayangkan apa yang di ceritakan. aku pun berkata.. "x mungkin kawan2 aku akan mengutip mayat aku. di pun berkata " kau tau x siapa yang akan kutip mayat kau?? mak ayah kau yang akan kutip mayat kau. kau tahu x?? percaya la kata aku... kalau betul la dia adalah kawan kau... tentu bila kau mati nanti... kawan itu akan melawat kau dan sedekahkan Al- Fatehah untuk kau... itu la kawan yang sebenar. dia menangisi pemergian kau, mungkin kau x kan bersama2 lagi dengannya. " semasa aku dengar... menitis air mata aku dengar. x sanggup aku untuk membayagkannya... terlalu pedih untuk aku merasainya..

0 ulasan:

 

Blog Archive

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie