Rabu, Mei 30




sekolah lama ku...


lucu betul kalau aku teringatkan kisah2 lama aku semasa aku di sekolah rendah... macam2 perkara yang berlaku dan banyak peristiwa yang begitu penting dan begitu kelakar bila aku terkenangkannya... maklum la... dulu aku ni aneh sikit. macam2 aku buat kat sekolah mase aku kecil dulu. sampai ke hari ini... aku masih x dapat melupakannya.






sungguh banyak kenangan ku di sekolah rendahku, kenangan dengan kawan2, guru2, dan x lupa... guru kelas ku sendiri. salah satu kenangan yang x dapat aku lupakan ketika aku di darjah 3. lawak betul bila aku terkenangkannya balik. rasa nak tergelak jer. kisahnya macam ni tau... masa aku darjah 3, cikgu aku ni garang la jugak. tapi, segarang2 dia... dia x pernah marah budak2. cuma bila dia marah jer... muka dia kiteorang x dapat nak membayangkannya... pergh!! kalau tengok balik... memang cuak aku di buatnye...kalau kami buat bising, cukup la dia tunjuk reaksi muka dia... perghh!! mase tu... keadaan yang kacau bilau boleh jadi senyap dengan sekelip mata. perghh!!... memang hebat cikgu ni.



tu satu, pernah sekali ketika kelas aku tengah bising, dia suruh kiteorang berdiri atas kerusi. tak cukup dengan itu... dia bagi kami ubat yang di gelar "mujarab ubat." sesiapa yang telah merasainya... uih!! aku cakap... korang serik tuk makan sekali lagi. cuma ubat ini yang paling sedap ialah apabila orang pertama yang memakannya. korang semua nak tau x?? apa ubat "mujarab ubat" tu?? ok la... aku ceritakannya pada korang semua... tapi aku bagi amaran sedikit.. jangan korang rasa geli pula bila korang baca. ok la... mujarab ubat ni adalah segumpulan kertas kering yang di masukkan ke dalam mulut. bayang la... kalau korang masukkannya kedalam mulut, mesti dah berair liur... betul x?? ubat itu akan mencari mangsanya ketika kami membuat bising. orang yang pertama makan ubat tu sedap la... sebab air liur dia dah melekat kat kertas tu. kalau ada orang yang bising... orang tu kene makan kertas yang di makan oleh orang yang pertama. uih!! geli tul aku. korang bayang la.... kite kena makan kertas yang dah berair liur orang lain... iuh.. x sanggup punye korang. aku percaya. tapi itu la realitinya. sekali kene... ha!! x lena tidur di buatnye... hahaha...



tu kira untung lagi sebab kertas. pernah suatu hari, entah ape angin cikgu tu, siapa yang buat bising kena masukkan kacang bendi dalam mulutnya.. pergh!! tu lagi x tahan. dah la mentah2 di bagi... errkkk!! geli betul aku di buatnye... tapi masa tu kiteorang memang ketawa x henti2. ye la... orang pertama yang kene tu... mukenye... alahai... kesian aku tengok. tapi memang kelakar di buatnya.



bukan setakat mujarab ubat jer denda dia pada kami... kalau siapa yang x siap kerja sekolah... dia akan kumpulkan murid2 di depan papan hitam. kalau mase tu ada 10 orang x siap kerja sekolah... 5 lelaki dan 5 perempuan, dia suruh kami kepit salah seorang dari perempuan tu... lepas tu jalan pusing satu sekolah... alamak!! malu giler. walaupun mase tu lom baligh lagi.. tapi memang malu giler la. tapi bagi kami ade untungnye... nak tau kenapa??? sebab kalau ade budak perempuan cantik yang x siap kerja sekolah dia... kiteorang sanggup nak berkepit dengan dia... wakakaka... best woo!! dapat kepit perempuan cantik ni. perghh!! rasa cam awek sendiri jer... hahahaha....



yang paling aku x dapat nak lupa mase kiteorang 1 kelas x siap kerja sekolah. mase tu cikgu pesan kat ketua kelas. tetapi ketua x bagitau kat kiteorang.. keesokan harinya, cikgu tanya "dah siap kerja sekolah??" kami pun pelik la... "HAA!!, ada kerja sekolah ke cikgu??" lepas tu dia pun berkata la... "semalam saya dah bagitau kat ketua kelas. apa dia x bagitau kamu semua??, mana ketua kelas??" kami pun cakap la... "ketua x datang hari ini cikgu. abis tu cikgu nak denda kami la ni." cikgu pun cakap.. "denda tetap denda... oleh kerana kamu x siapkan kerja kamu... kamu semua cikgu denda." perrghh!! memang perit mase tu. nak tau x apa denda kami? kiteorang semua kena jalan itik. adui... dah la mase tu kiteorang punya kelas kat tingkat 2 salah satu daripada bangunan kat sekolah tu. cikgu kata kena jalan itik dari kelas, turun bawah, pusing satu bangunan. perghhh!!. memang perit. lepas jer buat, huhuhu... rasa longlai semua otot2 aku ni. pada petangnya... aku x sekolah petang... aku hampir2 kekejangan otot di buatnye.


tapi memang best la... x tau kenapa... aku merasakan pengalaman tu begitu bermakna bagi ku. sampai sekarang aku x dapat lagi lupakan kejadian tu. sekarang, walaupun sudah lama kenangan itu, bila aku jumpa guru kelas aku tu, aku masih bertegur sapa. tiada dendam dalam hati aku, cuma rasa begitu melucukan bila aku cerita balik kat cikgu tu. dia sendiri pun ketawa mase aku ceritakan padanya kisah lama semasa dia mengajarku.


sebelum aku melangkah ke darjah 4, cikgu tu bercadang untuk membuat persembahan semasa hari penyampaian hadiah. aku masih teringat, mase tu kiteorang membuat satu kumpulan nasyid dan liriknya aku masih ingat kerana aku la yang bagi lirik lagu tu. lagu tu dulu pernah di nyanyikan oleh salah sebuah sekolah di kuala selangor. aku x berapa ingat nama sekolah tu. tapi aku ingat liriknya sahaja. dan sehingga sekarang, aku masih x dapat nak bagi judul lagu ni

wahai adikku yang sedang lena
masihkah ingat pesanan guru
taat kepada orang tua
jangan di ingkar setiap waktu

bila berkawan bermanis muka
bila berkata yang indah - indah
sifat yang jujur paling utama
terkasar bahasa membawa padah

wajib la sembahyang 5 waktu
jangan di tinggal walaupun satu
beriman dan taqwa kepada Tuhan
surah Al-Quran yang di bacakan

waktu belajar janganlah leka
tuntut la ilmu di mana saja
moga menjadi insan berguna
kepada bangsa juga negara.


huhu... x sangka... aku masih ingat semua liriknya. hebat betul aku i. haha... terima kasih cikgu.
semua kenangan bersama2 cikgu kami x kan melupakannya.

0 ulasan:

 

Blog Archive

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie