Sabtu, Jun 30

    tension


    arghh!!! pening kepala otak aku ni memikirkan benda yang pelbagai. rasa cam nak pecah jer kepala otak aku ni. tension betul... hurm... sabo jer la. x tau aku bak buat cam ne. tp, klu boleh... aku nak jer jerit kuat2 kat bendang kampung aku tu. rasa geram, menaham tension yang entah bila akan meletup ni. warghhhh!!!.

    sebenarnya x elok simpan tension ni kat "dalam". nti leh makan diri nanti. apa yang boleh aku buat adalah "sabar." tu ajer la. tp, aku masih ingat lagi semasa hari isnin hari tu, semasa aku pergi ke HQ class di PJ. aku sungguh bertuah sebab dapatjuga jumpa VIP dalam syarikat WWN. dia tu pengasas kepada WWN ni. nama dia DR. NOORDIN DARUS. salah seorang bekas penyakit kanser darah. aku pun pada mulanya x tau sejarah hidupnya... tp pada malam tu aku baru kenal beliau. beliau ni adalah seorang doktor juga. bekas pengarah majlis sukan negara lagi. boleh kena kanser darah. bayang la.


    malam tu aku belajar teknik pernafasan yang betul daripada beliau. pada mulanya agak kekok skit dgn apa yang diajarkannya. ye la.. pada mulanya aku juga x tau bagaimana teknik pernafasan yang betul. masa beliau mengajar tu baru aku faham. selama ni cara pernafasan aku tu salah la.
    tp bila praktis beramai2. alhamdulillah, dpat juga aku pelajarinya. best tul. nama teknik tu di beri namanya "teknik 777." entah kenapa di beri nama 777, aku pun x tau.
    tp macam2 tau faedahnya. antaranya... klu kita rasa nak marah jer. leh gne teknik ni. insyaAllah.. tenang nti. lain plak klu kene marah, leh guna jugak. nti x de la dendam kat orang yg mrah kita tu. eh... klu nak citer memang byk jugak la.. tp ada yang positif dan ada yang negetif. bertuah betul aku. haha...

    Selasa, Jun 26


    desktops yang paling syok dan menarik



    apa pendapat korang tentang wallpaper ni?? smart x?? ni aku dapat daripada satu laman web yang di beritahu oleh seorang member aku. nama dia ajim. dia ni klau bab2 wallpaper memang teror. aku pun x sangka wallpaper kat atas ni smart jugak. so aku pun download. kalau la wallpaper ni boleh aku upload and jadikan template tuk blog aku ni... tentu smart giler. tp aku x tau laman web yang boleh kita generate tuk wat template blogger ni. aku pun masih mencari.. kot2 la ada. tp selama sebulan research aku kat internet ni, aku masih belum jumpa website yang boleh mengupload and generate gamba ni tuk jadi template blogger.

    Isnin, Jun 25

    sehari di expo di dewan pembandaran teluk intan sempena mesyuarat ahli koperasi


    panjang betul tajuk aku kali ni... sebenarnya apa yang nak aku ceritakan ni adalah mengenai percutian aku kat teluk intan. sabtu hari tu.(eh!! bukan cuti la... kerja!!) bersama-sama dengan syarikat WWN, aku telah di hantar ke sana tuk membantu. seronok betul dapat ikut. maklum la... time2 cam ni la kalau nak bercuti2 malaysia. sambil kerja, dapat juga peluang tuk pergi ke negeri sempadan.


    walaupun mase tu aku sedang menjalankan tugas sebagai promoter, bertuah jugak... sekurang2nya dapat juga aku belajar bercakap dengan orang yang lebih tua dan lebih besar dari aku. mase tu aku pergi bersama2 lima orang kawan aku yang satu Office dgn aku jadi seorang promoter. pada mulanya agak kekok la skit. maklum la... selama ni aku x pernah lagi jadi promoter ni. almaklum la... gugup!! tangan pun terketar2 mase bercakap tu. hahaha... memalukan betul. tp dalam masa satu jam, aku sudah dapat membiasakan diri dengan situasi. hebat x aku?? hehe... x de la. biasa jer.


    tibanya aku di teluk intan, mse tu pukul 10 lebih cam tu la lebih kurang sebelum aku memulakan tugas aku.yang kelakarnya... tiba jer kat destinasi, masing2 mencari tandas. bukan nak bersolek or ape, almaklum la... jauh tu perjalanannya... rasa nak terkucil pun ada.bak kata orang jawa "nguyoh" (sape yang tau tu paham la).


    sungguh panas mase tu... dah la kene berjemur di tgh2 panas. sampai berpeluh2 menjemput orang datang ke gerai WWN. bukan tu jer... bila ada pelanggan, kita akan beri keterangan padanya mengenai produk2 yang jual. keterangan yang jelas di perlukan tuk meyakinkan orang membeli produk kita...





    ni antara produk2 syarikat aku

    kalau cakap x jelas, dan orang x faham, x guna jugak. berbuih jer mulut bercakap. tapi mase tu nasib sampai kul 2.30 petang. lepas tu kiteorang pun balik.



    ni gamba mase perjalanan balik.



    khusyuk... betul member aku ni bwak ketenye. hehe...

    sebelum balik ke selangor... sempat jugak singgah ke salah sebuah masjid kat perak tu. solat zohor.



    lepas tu... pulang la ke halaman "rumah". (selangor da) tp sebelum sampai ke rumah (tg karang), kiteorang sempat jugak singgah kat salah sebuah pantai di sabak bernam, pantai B.N.O. (bagan nahkoda omar). lepak2 jap kat situ sambil2 ambik angin sempoi2 bahasa.. hehehe..



    sori la... gamba ni aku ambik mase air tengah surut dah!! x nampak cam pantai.
    bukan setakat gamba pantai jer aku ambik... gamba2 "cowok2" melayu terakhir pun sempat jugak aku ambik, haha...



    hehe... gurau2 jer la... maklum la, dah kepenatan mase tu. time2 cam ni la ambik masa tuk rehatkan badan.

    Jumaat, Jun 22

    tag oleh chot pasal zaman kanak-kanak.


    aku sebenarnya x nak cerita pasal kecil2 ni... almaklum la... aku ni kalau korang nak tengok betul2, memang lain. mungkin aku dah "bertukar" menjadi lebih hebat kot. hahaha... entah la. mase kecik2 dulu susah skit nak take pic2 ni. almaklum la... mase dulu kamera mase tu memang mahal harganya... kalau nak murah, pergi ke kedai gamba.kalau x silap aku, bapak aku pernah cakap. dulu kalau nak ambik gamba 3 keping rm 10 ringgit. bapak aku cakap cam tu la... x tau la betul ke x?? pasal memang dulu kamera pakai kodak pun, beratus2 harganya.


    tp oleh kerana jiran aku dulu ada kamera, dengan berbesar hatinya take pic aku mase kecik2. nanti bila dah cuci gambanya leh la tengok sama2... terima kasih aku ucapkan kat jiran aku tu. baik sgt.


    aku sedang meniarap kat atas meja. ala2 askar. hehe...

    ni la gamba aku mase kecik2 dulu... comei x?? haha... muka aku agak tembam skit mase kecil. aku sendiri tgk aku punye pic mase aku kecil pun, aku sndiri ketawa... tembam betu aku mase kecil. dah besar ni lain plak.


    bersama2 dengan ayahku di tepi kiri, aku di tengah2 (yg tgh minum air tu) dan abg aku.

    ni plak mase aku umur... entah... aku pun x ingat mase tu. tp aku tau korang semua pandai... cuba teka umur aku mase tu. aku x ingat. kalau berdasarkan saiz badan, mungkin dalam 6 tahun cam tu la.. maaf la yerk... gambanye x berapa perfect dah... dah tergunting2 sampai jadi cam tu... entah sape punye kerja la tu. nasib masih leh tgk lagi. hehe...

    Khamis, Jun 21

    x kan aku pun nak ikut tag diorang jugak??


    rasa segan pun ada kalau aku nak ikut tag diorang tu. maklum la... masing2 tunjuk gamba mase kecik2 dulu. bab ni la yang paling aku lemah sekali. adui... nti ada lak yang kutuk den ni ha. terus terang aku cakap pada korang semua. mase kecik2 dulu, mak ayah aku x rajin nak ambik2 gambo2 anak dia ni. mungkin mase tu x de kamera kot. kalau nak bergamba jer kene pergi ke kedai gamba. jadi, aku sendiri pun x tau cam ne perkembangan tumbesaran aku sampai jadi cam ni.


    yang mak ayah aku masih simpan gamba aku mase aku berumur 2 tahun rasanya. (xnak la tunjuk gambanya. segan den) gamba aku menyiarap kat atas meja. tu jer la kenangan gamba aku mase kecik2 dulu. sampai aku darjah 6, ha... baru la aku mengiatkan diri aku dalam bidang fotografi ni. (bukan wartawan, tetapi model posing) kekeke... ni semua idea kawan2 aku la. x kira la lelaki ke perempuan. masing2 posing bile ambik gamba. dengan gaya "peace" pun ada. wakaka.. nti la kalau aku dapat cari gamba2 aku mase kecil2 dulu nti aku akan try tuk publish kat sini. tp aku x tau la bile... tunggu!!!

    Selasa, Jun 19

    aku dah capek!!! (penat la!!)


    penat betul pasal malam tadi... HQ class aku abis pukul 10.45 dan aku pulang ke tanjung karang pada pukul 11 malam. tapi mase tu bukan aku terus balik ke rumah. ai... maklum la... perut pun dah berkeroncong, so aku dan kawan2 lepak la di satu kedai makan di kawasan jeram yang masih "beroperasi" lewat malam begini.


    sedang aku dengan lepak2 malam tadi, kiteorang pun sembang2 kosong sambil minum teh tarik. perrghh!! malam2 cam tu memang syok layan teh tarik satu. hehe... tapi, walaupun kiteorang x de la beza sgt jarak umur, antara dalam setahun dua jer... tp kalau kiteorang berbincang pasal bisnes. wajah serius pada setiap orang terpancar. sampai nak lawak2 skit pun x berani. tu la yang terjadi malam tadi.


    malam ni pula aku ada kelas lagi... kali ni kat parit 4 skinchan plak. adui... pening kepala. kalau setiap malam ada kelas.. mau x tido aku di buatnye. hehe... tp ape yang best sekali adalah time tuk makan. lepas jer kelas selalunya kiteorang akan makan dulu di salah sebuah kedai kat situ sebelum balik. selalunye kiteorang x payah keluarkan se sen pun time makan tu. al maklum la... di belanjer... rezeki... jgn di tolak... hehe... seronok betul.

    Isnin, Jun 18

    untitle.


    hari ni aku ada perjumpaan yang akan di adakan di petaling jaya (PJ) la kat tempat aku kerja. HQ class. setiap minggu kene pergi. adui... dah lah jauh. aku duduk kat tg. karang. tempat kerja kat PJ. bayang la punye jauh. adui. nak buat cam ne?? pergi aje la... lagipun bukan aku seorang. aku bersama2 kawan2ku yang kini satu Office dengan aku. hehe...


    kalau dulu, mase aku kerja di tempat lain (di topikana, KL) pergi ke syarikat pukul 8 malam. balik jer pukul 8 pagi. perghh!! x tido malam aku di buatnye. penat betul. tapi x kisah la sebab di punye gaji pun lumayan jugak. sapa nak bagi aku rm1ribu lebih sebulan?? kerja part time, tp income nye cam tu punya gah!! fuh.. memang berbaloi. memang kena la dengan usaha aku selama ni.


    ttp kini aku telah keluar dari dunia tu dan kini aku telah memulakan langakh baru untuk aku terus maju dan berjaya satu hari kelak. aku percaya... kali ni akan membuatkan aku berjaya suatu hari nanti. hanya doa dan tawakal ku serahkan pada MU.

    Ahad, Jun 17

    untitle..


    boring tul hari ni... tiada apa2 aktiviti yang dapat aku lakukan. duk rumah jer... balik2 makan, tido. adui.. x tau nak buat ape... so, aku telah mengambil keputusan tuk kuar rumah and jalan2 kat sawah. sekarang ni musim menuai. seronok rasanya dapat tengok mesen padi "meragut" padi2 yang telah "masak".


    kalau dulu, masa musim cam ni selalunya aku dengan member2 aku akan menggagau ikan kat sawah. maklum la... time2 cam ni la banyak ikan. hehe... seronok rasanya. walaupun kadang2 di gigit pacat, tp semua tu x kisah... asalkan dapat ikan. kadang2 tu dapat jugak la belut. besar!! hm... sedap tul kalau di masak. hehe...


    macam ni punya besar!! sapa x nak oiT!!!


    tapi itu dulu... kisah aku di zaman kanak2 aku dahulu. ianya akan terpahat di hatiku sebagi kenangan yang terindah. eceh~!!! macam lagu samsons la plak. hehe... sekarang ni x de lagi aktiviti seperti tu. dah besar ni makin malas plak nak turun ke bendang. rasanya nak buat aktiviti yang lain plak. sekarang ni yang kalau ada yang menggagau pun adik2 aku la.

    aku masih teringat lagi... semasa aku menggagau ikan tu... banyak juga la ikan yang aku dapat. antaranya haruan, puyu dan belut. mase tu aku bertiga bersama kawan2ku. lepas jer menggagau aku pun "berkubang" la di tepi parit bersebelahan sawah. kat situ kiteorang namakannya "ban pakat". memang itu la pot kiteorang kalau nak berkubang. x kira sama ada yang besar atau yang kecil. semua berkubang kat situ. time aku tengah2 syok berkubang, ayah aku pula datang. "ah~!!! sudah!!, abis la aku kali ni" kataku. mane x nye... di bawaknya sebatang rotan kat situ. Pergh!!, ni kes naye ni. ayahku pun menjerit. "balik!!!" pergh!! punya la kuat. time tu aku ni memang nakal skit. hehe...aku pun balik... tp x sampai rumah. duk lepak jap kat rumah member.. takut kene rotan. kalau kene... fuh!!! jgn citer la. ada sebab kenapa ayah aku berbuat demikian. mungkin dia x nak aku ni asyik mengotorkan baju. maklum la.. mase tu mak yang basuh. mak sapa yang x merengak kalau baju anak2nya penuh dengan lumpur?? nak x nak terpaksa juga la kene leter. adui... pening kepala mase tu.


    eh!! lupe plak... kan hari ni adalah hari bapa. just for you dad.... happy father day. semoga abah akan terus sihat dan menyayangi kami sekeluarga. walaupun banyak jugak la wat salah... tp x pernah lupa hari bapa ni. apatah lagi hari jadinya. luv you dad!!

    Sabtu, Jun 16



    hari ni aku nak bawak korang semua... kita layan lagu nash ni... best tau. ape tunggu lagi.. layan!!.


    Nash

    Pada Syurga Di Wajah Mu

    Tuhan sengaja menduga kita
    Di mana kesabaran manusia
    Engkau isteri yang ku sanjungi
    Lambang semangat cinta dunia

    Pasti engkau terkenangkan
    Peristiwa semalam
    Saatku menggadaikan cinta
    Pada onak dan duri asmara

    Entah di mana akal fikiran
    Hingga sesat di jalan yang terang
    Ini suratan yang diberikan
    Menguji kekuatan jiwa

    Waktu engkau ku lupakan
    Dalam kemarau panjang
    Betapa hatimu rela
    Demi melihatku bahagia

    Kau menahan segala siksa
    Di hati hanya berdoa
    Mengharapkan aku kan pulang
    Agar terang cahaya

    Ku yang hanyut di arus dosa
    Di laut ribut melanda
    Dan berenang ke pelabuhan
    Kasih sayang sebenar

    Air mata cinta darimu
    Ku menjadi rindu
    Pada syurga di wajahmu
    Tiada tanda kau berdosa

    Biar aku cium tangan mu
    Membasuh lumpur di muka
    Ku yang hanyut berarus dosa
    Di laut ribut melanda

    Kau menahan segala seksa
    Di hati hanya berdoa
    Ku berenang ke pelabuhan
    Mencari cinta sebenar

    Kan ku tahan apa hukuman
    Di hati hanya berdoa
    Biar aku cium tangan mu
    Sekali lagi bersama

    Bukan sekali jalan berduri
    Hanya tuhan yang pasti
    Mengerti...

    Khamis, Jun 14



    busy


    semenjak dua tiga hari ni aku x dapat nak masukkan entry baru aku. al maklum la... sekarang ni aku tgh bergiat dalam dunia usahawan ni. aku mintak maaf sangat2. hari ni baru ada kelapangan masa sedikit untuk aku menulis entry aku kat sini. ok la... hari ni aku nak bercerita tentang nombor lagi...

    nombor lagi???


    sesuai dengan tajuknya... "nombor lagi??" ok. mungkin korang semua tertanya2 kenapa aku asyik berkata tentang nombor. seperti yang sedia maklum, nombor ni banyak kegunaannya. betul x?? salah satunya adalah untuk kita membuat password atau di kenali sebagai kata kunci. mungkin entry sebelum ni x memberi kesan kepada seseorang individu. (aku x tau la ape sakit dia). x pe... hari ni aku akan memberi satu keterangan bagaimana untuk korang semua mencipta 1 password.


    mungkin selama ni orang x perasan, benda di sekeliling kita banyak memberi manfaat pada kita semua. ok la.. aku ambik satu benda, iaitu HANDPHONE. aku akui yang semua manusia baik yang dah kerja, sekolah mahupun sesiapa saja. pasti memiliki sebuah handphone. betul x?? pada mulanya handphone ini adalah dalam ketegori KEHENDAK. tetapi oleh kerana perubahan zaman, ianya menjadi satu KEPERLUAN. banyak sangat manfaat handphone ni sebenarnya. aku nak cerita pun panjang.


    sebenarnya, (aku cerita sedikit pengalaman aku.) sejak aku pegang henset ni, aku hanya tau fungsinya adalah untuk menghubungi seseorang sama ada dalam bentuk panggilan atau pesanan ringkas (SMS) betul x?? tetapi di suatu malam aku telah mendapat idea di mana henset ni juga boleh membantu kita untuk kita membina password. percaya x cakap aku???





    aku sendiri pun pada mulanya cam x percaya jer apa yang aku dapat melalui mimpi aku tu. aku mendapat idea bagaimana untuk membina password menggunakan keypad henset ni.
    ok la. korang semua pasti tau setiap nombor pada keypad tu ada fungsi dia sendiri kan??


    1 = . , - ? dan sebagainya
    2 = a b c
    3 = d e f
    4 = g h i
    5 = j k l
    6 = m n o
    7 = p q r s
    8 = t u v
    9 = w x y z
    0 = space.


    betul x dalam henset dia punya keypad tu berfungsi cam ni?? ok la. aku akan ajar korang semua bagaimana nombor dan abjad2 ni dapat membantu untuk membina password. ok begini. contoh la yerk. korang nak bina password yang paling ringkas sekali adalah dengan nama korang melalui nombor. paham x??

    begini. sebagai contoh : nama: RAHMAN. ok, sekarang korang tengok sediri pada keypad henset masing2. huruf R terletak di nombor mana?? A dimana?? aku ringkaskan.

    ianya jadi cam ni :724626. betul x??


    7 utk R, 2 utk A, 4 utk H, 6 utk M, 2 utk A, dan 6 utk N.
    betul x jadinya RAHMAN??


    ha!! betulkan?? so, ape yang nak di pening2kan untuk korang membuat password?? pakai nama sendiri jadikan nombor. kan senang, bagi yang bujang. aku sarankan la. kalau korang susah sangat nak buat ni. korang jadikan nama awek korang sebagai nombor dan jadikan ia sebagai password. kan senang. selalunya orang muda2 ni nama kawan2 sendiri x ingat, tapi nama awek sendiri ingat. ha!! jangan x manfaatkannya.haha...jangan marah, adios.

    Isnin, Jun 11

    untitled


    hari ni aku de HQ class kat PJ, tp tu kul 6 nanti... x sabar2 plak rasanya. sebab hari ni aku akan berjumpe dgn seorang doktor (bukan doktor hospital yerk). seorang pensyarah rasanya dia tu. tp tu dulu kisahnya. sekarang ni dia telah menjadi seorang yang berjaya dalam dunia usahawan.


    walaupun sekrang ni aku masih lagi blaja, form 6... tp aku masih berkesempatan tuk menceburkan diriku ke dalam bidang usahawan ni. maklum la... ilmu tu penting, tanpa ilmu, gelap la duniaku. aku pun baru 1 bulan menceburkan diri di dalam bidang usahawan ni. seronok jugak la. sekarang diriku telah bergelar seorang usahawan. walaupun usiaku masih muda... x salah jika seseorang anak muda hendak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ni. sebab x ramai remaja sekrang yang berminat untuk jadi usahawan... betul x??


    aku kira bertuah kerana saudaraku yang membawa diriku ke dalam dunia usahawan ni. aku brterima kasih sgt pada dia... semoga usaha ku dalam bidang ni akan membuahkan hasil dan dapat membantuku dan keluarga ku memperbaiki "ekonomi" keluarga ku. amin.

    Ahad, Jun 10

    berakhirnya cuti sekolah...


    begitu pantas masa berlalu sampaikan aku sediri pun x menyedarinya... tau2 jer hari ni adalah 10 jun 2007. cuti sekolah punye la panjang... tetapi aku x de pun aktiviti yang dapat di buat semasa cuti. duduk rumah jer... boring betul.. nak wat cam ne?? bila tiba hari sabtu dan ahad, ada jer kenduri2. bukan orang lain jugak. sendiri punya saudara la. kalau x pergi, ape pula katanya. di sebabkan itu, aku terpaksa menangguhkan family plan aku tuk gi "picnic" bersama2. huhu... sedih btol


    walaupun x dapat pergi "picnic" dengan family aku, tetapi apa yang paling mengembirakan aku apabila semua adik beradik ku pulang berkumpul bersama di rumah. ha!! kan syok tu... malam tadi abang aku baru jer balik ke sini (rumahku). adalah sedikit buah tangan yang di bawanya. dia pun baru jer pulan dari majlis makan malam bersama yang di anjurkan oleh kementerian pengajian tinggi malaysia. dia membawa pulang sebuah "mug" yang ada logo KPTM.


    hari ini banyak betul jiran2 aku yang buat kenduri kawen. maklum la... musim cuti sekolah.. time ni la saudara mara ramai yang balik ke desa. aku baru jer lepas pergi ni... "berkat" pun x usik lagi ni.. entah ape la isi dalamnye... walaupun aku ni dah besar... "jajan"ke, coklet ke, sume aku bedal... haha... nama jer aku ni dah besar.

    Sabtu, Jun 9

    Ilusi

    Puisi Cinta

    Suaramu...
    Gemersiknya bak buluh perindu
    Cuba kau lagukan
    Cuba kau dendangkan
    Mengisi di ruang kamarku

    Senyummu...
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Cuba kau ukirkan
    Cuba kau pamerkan
    Menjadi hiasan hidupku

    ( korus )
    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak ku huraikan
    Nak ku belaikan dirimu
    Akan ku syairkan katamu
    Akan ku madahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta...

    Akan ku ukirkan senyummu
    Akan ku lukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah...

    Senyummu...
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Cuba kau ukirkan
    Cuba kau pamerkan
    Menjadi hiasan hidupku...

    ( ulang dari korus )

    Menjadi hiasan hidupku...

    Selasa, Jun 5

    hujan lebat


    semalam hujan turun dengan begitu lebat... sampaikan halaman rumah aku tu, airnya bertakung... sudah!! terpaksa la aku dengan adik ku membuat satu saliran yang menghalakan air itu terus ke parit. huhu... letih betul. bayang la... mase tu dah la hujan lebat, tu x pe la lagi... boleh aku tidur dengan nyenyak... tapi yang membuatkan aku terkejut semalam dengan guruh yang kuat berdentum sehinggakan aku terjaga dari lenaku... adui... potong line tul. haha...


    dari pagi sampai ke petang... asyik2 hujan... habis tergendala aktiviti aku hari tu. tapi aku bersyukur juga kerana rasanya... tu la hujan yang paling lebat. sekurang2nya subur juga la tanaman aku kat belakang rumah aku tu... x yah la lagi aku nak menyiram pokok2 yang aku tanam kat belakang tu. nak kata kat belakang rumah aku tu... mcam2 aku tanam... tapi hanya beberapa pokok jer yang hidup... maklum la... proses pertumbuhan pokok2 memerlukan nutrien yang banyak dari tanah... kalau dah banyak sangat tanam... bersaing la pokok2 tu nak dapatkan nutrien dalam tanah. mase aku tanam tu pun aku tersilap mase tu... patutnya aku buat batas dulu... tapi nak cepat punye pasal... asal main tanam jer... hidup plak tu... hehe...


    mase aku kecil2 dulu... time hujan2 cam ni la yang aku paling tunggu saatnya... ye la.. bila hujan jer... hm.. ape lagi... main hujan... yeah2... syok woOo!! pernah suatu ketika dulu... mase hujan turun dengan lebat, aku dengan kawan2 membuat rakit pakai batang pisang.. best giler... berlayar la aku dengan kawan2 aku di sebuah sungai... jangan x percaya... seburuk2 rakit kami mase tu... kiteorang x lupa kain layar. dengan basah kuyupnye... selamber jer berlayar mase tu..mcam kapten jack sparrow da!! bukan tau malu. maklum la... budak2 lagi... haha... macam2 imaginasi yang aku terfikir. tapi itu dulu... dah x sama dah seperti sekarang.


    dah besar2 ni nak buat rakit lagi dah malas dah... nak tebang2 pokok pisang lagi... nak bawak lagi ke sungai... adui.. kalau buat sorang2 ni leceh la... sekarang ni aku masih lagi mencari rakit yang aku buat dahulu dengan kawan2 aku. entah ke mana entah la... pernah sekali rakit aku mase tu kene kebas dengan budak2 lain.. aku dengan kawan2 aku ape lagi... kiteorang ambik balik, lepas tu budak2 tu ajak gaduh pula.. hrm... kalau ajak gaduh ni la yang aku x leh tinggal ni... bab2 buli orang ni serah jer pada aku... pernah aku pukul budak tu sampai lebam2... hurm... padan muka dia. geram aku.. nak sangat cari gaduh dengan aku... menangis budak tu... maklum la... dulu aku ni dulu kire kaki samseng tahi minyak jugak la, haha... tapi sekarang dah insaf la.., x nak gaduh2 lagi... tapi kalau dah terpaksa... gaduh jugak.. nak rasa penangan tangan aku ni... mai la.. x de hal punye...

    Sabtu, Jun 2

    balik kampung... hurrai!!!


    alhamdulillah... dapat juga aku balik kampung rumah nenek aku. mase mula2 cuti hari tu x dapat nak balik sebab terlalu banyak kenduri - kendara kat kampung aku. bukan orang lain... jiran2 juga... kalau x prgi ape pula katanya... betul x?? x pe la minggu lepas aku x dapat nak balik. tapi minggu ni aku dapat balik juga akhirnya... hurrai!!


    entah kenapa.. aku begitu seronok sangat kalau cerita pasal balik kampung ni. korang semua nak tau x satu rahsia... sebenarnya... bukan la jauh sangat rumah nenek aku dengan rumah aku ni. nenek aku pun orang tanjung karang gak. cuma dia duk kat parit 2 sungai burung. rumah aku pula kat sungai sireh... ala... x de la jauh sangat... kalau x silap aku hampir2 5 kilometer jer dari rumah aku.



    jalan punya jalan... tengok "aik??, dah sampai??" ni la kampung nenek aku.


    x sabar rasanya nak jumpa nenek aku ni... maklum la.. bukan ape... nanti lepak2 dengan dia... ngomong2 kosong... balik jer dapat angpau. best giler. haha... dah besar pun masih nak ang pau lagi aku ni. haha... lagi satu ape yang menarik kat rumah nenek aku ni adalah nenek aku sekarang ni sedang mengusahakan sebuah kebun jagung kat rumahnya... kalau jagung dah boleh di "panen" leh la buat jagung bakar.. hmmm... yam2... buat jagung bakar di selaputi dengan mentega... perghhh!!! memang syok.

    Jumaat, Jun 1


    desa halamanku


    bila aku cerita pasal "desa" ni teringat pula lagu allahyarham sudirman, tajuknya balik kampung... ye la... sapa yang x rindukan kampung halaman. betul x?? bagiku x der ape yang nak ku rindukan... sebab ape, aku sendiri tinggal kat kampung... jauh nun dari kesibukan bandar2 di tempat lain. tenang, nyaman dan selesa. bertuah betul aku dapat duk kampung ni. mase aku kecil2 dahulu... mak aku pernah gak cerita yang dulunya kami ni duk kat shah alam... lepas tu berpindah ke kuala selangor dan akhir sekali berpindah ke tanjong karang iaitu Sungai Sireh. tempat kediaman ku kini. betapa seronok bagiku kerana tempat tinggal ku berdekatan dengan saudara2 ku.



    ni la kampung aku... jauh di sudut kota.



    ni la halaman rumah ku... lapang kan??



    ni pula gamba adik ku yang sedang bermain dengan kawan2nya.



    mase aku kecil dulu... aku selalu memancing dengan kawan2 aku. best giler... banyak ikan kiteorang dapat. antara ikan2 yang kiteorang dapat macam sepat, puyu, haruan, belut. pernah sekali kiteorang pergi memancing tu... aku terpancing sesuatu yang panjang berwarna hitam... pada mulanya aku ingat ianya belut. tetapi bila aku tarik jer pancing... tengok "uwarh!!!" ular. ape lagi... kiteorang pun "calibut."punya la seram mase tu. kalau x memancing pun kiteorang pergi "menggagau" ikan. bagi yang pernah tau la rasanya... kadang2 pernah sekali kene pacat.. huhu... sedap giler.



    ni la tempat kiteorang memancing ikan, tapi sekarang dah jadi cam ni.. huhu...



    pergh!! besar tu ikan haruannye!! masak ni sodap. hehe..


    tu sebelah pagi... kalau sebelah petangnya pula... aku akan berjalan2 di sawah. fuh!! memang syok. mane x nye... kalau korang pergi...memang dapat ketenangan. dengan anginnya yang sempoi2 bahasa, x de bising2... bunyi kicauan burung... huhu... memang syok.



    ni jalan ke sawah2 yang berhampiran.



    sawah ni tinggal tunggu mase jer nak "panen" dengan mesin padi.


    begitu damainya... kalau di sebelah malam pula... hurm... jangan cerita la... klau bawak khemah.. leh tido kat sini... nak rasa anginnya yang begitu dingin... tenang dan damai. mai la sini.
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie