Isnin, Jun 25

sehari di expo di dewan pembandaran teluk intan sempena mesyuarat ahli koperasi


panjang betul tajuk aku kali ni... sebenarnya apa yang nak aku ceritakan ni adalah mengenai percutian aku kat teluk intan. sabtu hari tu.(eh!! bukan cuti la... kerja!!) bersama-sama dengan syarikat WWN, aku telah di hantar ke sana tuk membantu. seronok betul dapat ikut. maklum la... time2 cam ni la kalau nak bercuti2 malaysia. sambil kerja, dapat juga peluang tuk pergi ke negeri sempadan.


walaupun mase tu aku sedang menjalankan tugas sebagai promoter, bertuah jugak... sekurang2nya dapat juga aku belajar bercakap dengan orang yang lebih tua dan lebih besar dari aku. mase tu aku pergi bersama2 lima orang kawan aku yang satu Office dgn aku jadi seorang promoter. pada mulanya agak kekok la skit. maklum la... selama ni aku x pernah lagi jadi promoter ni. almaklum la... gugup!! tangan pun terketar2 mase bercakap tu. hahaha... memalukan betul. tp dalam masa satu jam, aku sudah dapat membiasakan diri dengan situasi. hebat x aku?? hehe... x de la. biasa jer.


tibanya aku di teluk intan, mse tu pukul 10 lebih cam tu la lebih kurang sebelum aku memulakan tugas aku.yang kelakarnya... tiba jer kat destinasi, masing2 mencari tandas. bukan nak bersolek or ape, almaklum la... jauh tu perjalanannya... rasa nak terkucil pun ada.bak kata orang jawa "nguyoh" (sape yang tau tu paham la).


sungguh panas mase tu... dah la kene berjemur di tgh2 panas. sampai berpeluh2 menjemput orang datang ke gerai WWN. bukan tu jer... bila ada pelanggan, kita akan beri keterangan padanya mengenai produk2 yang jual. keterangan yang jelas di perlukan tuk meyakinkan orang membeli produk kita...





ni antara produk2 syarikat aku

kalau cakap x jelas, dan orang x faham, x guna jugak. berbuih jer mulut bercakap. tapi mase tu nasib sampai kul 2.30 petang. lepas tu kiteorang pun balik.



ni gamba mase perjalanan balik.



khusyuk... betul member aku ni bwak ketenye. hehe...

sebelum balik ke selangor... sempat jugak singgah ke salah sebuah masjid kat perak tu. solat zohor.



lepas tu... pulang la ke halaman "rumah". (selangor da) tp sebelum sampai ke rumah (tg karang), kiteorang sempat jugak singgah kat salah sebuah pantai di sabak bernam, pantai B.N.O. (bagan nahkoda omar). lepak2 jap kat situ sambil2 ambik angin sempoi2 bahasa.. hehehe..



sori la... gamba ni aku ambik mase air tengah surut dah!! x nampak cam pantai.
bukan setakat gamba pantai jer aku ambik... gamba2 "cowok2" melayu terakhir pun sempat jugak aku ambik, haha...



hehe... gurau2 jer la... maklum la, dah kepenatan mase tu. time2 cam ni la ambik masa tuk rehatkan badan.

0 ulasan:

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie