Ahad, Jun 17

untitle..


boring tul hari ni... tiada apa2 aktiviti yang dapat aku lakukan. duk rumah jer... balik2 makan, tido. adui.. x tau nak buat ape... so, aku telah mengambil keputusan tuk kuar rumah and jalan2 kat sawah. sekarang ni musim menuai. seronok rasanya dapat tengok mesen padi "meragut" padi2 yang telah "masak".


kalau dulu, masa musim cam ni selalunya aku dengan member2 aku akan menggagau ikan kat sawah. maklum la... time2 cam ni la banyak ikan. hehe... seronok rasanya. walaupun kadang2 di gigit pacat, tp semua tu x kisah... asalkan dapat ikan. kadang2 tu dapat jugak la belut. besar!! hm... sedap tul kalau di masak. hehe...


macam ni punya besar!! sapa x nak oiT!!!


tapi itu dulu... kisah aku di zaman kanak2 aku dahulu. ianya akan terpahat di hatiku sebagi kenangan yang terindah. eceh~!!! macam lagu samsons la plak. hehe... sekarang ni x de lagi aktiviti seperti tu. dah besar ni makin malas plak nak turun ke bendang. rasanya nak buat aktiviti yang lain plak. sekarang ni yang kalau ada yang menggagau pun adik2 aku la.

aku masih teringat lagi... semasa aku menggagau ikan tu... banyak juga la ikan yang aku dapat. antaranya haruan, puyu dan belut. mase tu aku bertiga bersama kawan2ku. lepas jer menggagau aku pun "berkubang" la di tepi parit bersebelahan sawah. kat situ kiteorang namakannya "ban pakat". memang itu la pot kiteorang kalau nak berkubang. x kira sama ada yang besar atau yang kecil. semua berkubang kat situ. time aku tengah2 syok berkubang, ayah aku pula datang. "ah~!!! sudah!!, abis la aku kali ni" kataku. mane x nye... di bawaknya sebatang rotan kat situ. Pergh!!, ni kes naye ni. ayahku pun menjerit. "balik!!!" pergh!! punya la kuat. time tu aku ni memang nakal skit. hehe...aku pun balik... tp x sampai rumah. duk lepak jap kat rumah member.. takut kene rotan. kalau kene... fuh!!! jgn citer la. ada sebab kenapa ayah aku berbuat demikian. mungkin dia x nak aku ni asyik mengotorkan baju. maklum la.. mase tu mak yang basuh. mak sapa yang x merengak kalau baju anak2nya penuh dengan lumpur?? nak x nak terpaksa juga la kene leter. adui... pening kepala mase tu.


eh!! lupe plak... kan hari ni adalah hari bapa. just for you dad.... happy father day. semoga abah akan terus sihat dan menyayangi kami sekeluarga. walaupun banyak jugak la wat salah... tp x pernah lupa hari bapa ni. apatah lagi hari jadinya. luv you dad!!

0 ulasan:

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie