Khamis, Mei 31

    o2 jam versi baru







    lama betul aku x main game online ni... mase aku form 4 dulu rajin la.. best tau permainan ini. ianya menguji kelincahan jari2 anda ketika bermainnya. teringat dulu mase aku betul2 kemaruk main game ni dulu. ye la... dahulunya game ni kene beli e-point untuk main. sanggup aku beli point tu dengan harga rm10 dengan 100 e-point.
    perghh!! memang kemaruk giler. rela aku korbankan rm10 kerana nak main game ni.tapi sekarang ini game online o2 jam ini boleh di main dengan free sahaja. cuba la.
    ianya dapat membina watak yang anda suka dengan pakaian2 yang begitu cantik di susuli dengan aksesori2 yang di sediakan. tetapi kene ingat... semua barang2 tu kene beli. bukan main free jer barang2 nya.






    aku msih ingat lagu2 yang terdapat di dalam game online o2 jam ni. antara lagu2 nya adalah.

    brahms
    v3 o2version
    canon
    electro fantasy
    bride in dream
    until you come back
    recollection







    lagu2 yang aku bagitau ini adalah lagu2 yang paling top la dalam o2jam. cam ne aku leh tau?? aku pernah main... aku tau la. ianya mempunyai "difficult" game iaitu easy, medium dan hard. bagi yang mula menceburi aku syorkan baik main easy dulu... sbb apabila korang masuk peringkat medium... aku rasa, x larat nanti korang nak kawal not2 lagu.


    ok... untuk maklumat lanjut sila la kunjung ke website o2 jam sendiri untuk lebih keterangan

    Rabu, Mei 30




    sekolah lama ku...


    lucu betul kalau aku teringatkan kisah2 lama aku semasa aku di sekolah rendah... macam2 perkara yang berlaku dan banyak peristiwa yang begitu penting dan begitu kelakar bila aku terkenangkannya... maklum la... dulu aku ni aneh sikit. macam2 aku buat kat sekolah mase aku kecil dulu. sampai ke hari ini... aku masih x dapat melupakannya.






    sungguh banyak kenangan ku di sekolah rendahku, kenangan dengan kawan2, guru2, dan x lupa... guru kelas ku sendiri. salah satu kenangan yang x dapat aku lupakan ketika aku di darjah 3. lawak betul bila aku terkenangkannya balik. rasa nak tergelak jer. kisahnya macam ni tau... masa aku darjah 3, cikgu aku ni garang la jugak. tapi, segarang2 dia... dia x pernah marah budak2. cuma bila dia marah jer... muka dia kiteorang x dapat nak membayangkannya... pergh!! kalau tengok balik... memang cuak aku di buatnye...kalau kami buat bising, cukup la dia tunjuk reaksi muka dia... perghh!! mase tu... keadaan yang kacau bilau boleh jadi senyap dengan sekelip mata. perghh!!... memang hebat cikgu ni.



    tu satu, pernah sekali ketika kelas aku tengah bising, dia suruh kiteorang berdiri atas kerusi. tak cukup dengan itu... dia bagi kami ubat yang di gelar "mujarab ubat." sesiapa yang telah merasainya... uih!! aku cakap... korang serik tuk makan sekali lagi. cuma ubat ini yang paling sedap ialah apabila orang pertama yang memakannya. korang semua nak tau x?? apa ubat "mujarab ubat" tu?? ok la... aku ceritakannya pada korang semua... tapi aku bagi amaran sedikit.. jangan korang rasa geli pula bila korang baca. ok la... mujarab ubat ni adalah segumpulan kertas kering yang di masukkan ke dalam mulut. bayang la... kalau korang masukkannya kedalam mulut, mesti dah berair liur... betul x?? ubat itu akan mencari mangsanya ketika kami membuat bising. orang yang pertama makan ubat tu sedap la... sebab air liur dia dah melekat kat kertas tu. kalau ada orang yang bising... orang tu kene makan kertas yang di makan oleh orang yang pertama. uih!! geli tul aku. korang bayang la.... kite kena makan kertas yang dah berair liur orang lain... iuh.. x sanggup punye korang. aku percaya. tapi itu la realitinya. sekali kene... ha!! x lena tidur di buatnye... hahaha...



    tu kira untung lagi sebab kertas. pernah suatu hari, entah ape angin cikgu tu, siapa yang buat bising kena masukkan kacang bendi dalam mulutnya.. pergh!! tu lagi x tahan. dah la mentah2 di bagi... errkkk!! geli betul aku di buatnye... tapi masa tu kiteorang memang ketawa x henti2. ye la... orang pertama yang kene tu... mukenye... alahai... kesian aku tengok. tapi memang kelakar di buatnya.



    bukan setakat mujarab ubat jer denda dia pada kami... kalau siapa yang x siap kerja sekolah... dia akan kumpulkan murid2 di depan papan hitam. kalau mase tu ada 10 orang x siap kerja sekolah... 5 lelaki dan 5 perempuan, dia suruh kami kepit salah seorang dari perempuan tu... lepas tu jalan pusing satu sekolah... alamak!! malu giler. walaupun mase tu lom baligh lagi.. tapi memang malu giler la. tapi bagi kami ade untungnye... nak tau kenapa??? sebab kalau ade budak perempuan cantik yang x siap kerja sekolah dia... kiteorang sanggup nak berkepit dengan dia... wakakaka... best woo!! dapat kepit perempuan cantik ni. perghh!! rasa cam awek sendiri jer... hahahaha....



    yang paling aku x dapat nak lupa mase kiteorang 1 kelas x siap kerja sekolah. mase tu cikgu pesan kat ketua kelas. tetapi ketua x bagitau kat kiteorang.. keesokan harinya, cikgu tanya "dah siap kerja sekolah??" kami pun pelik la... "HAA!!, ada kerja sekolah ke cikgu??" lepas tu dia pun berkata la... "semalam saya dah bagitau kat ketua kelas. apa dia x bagitau kamu semua??, mana ketua kelas??" kami pun cakap la... "ketua x datang hari ini cikgu. abis tu cikgu nak denda kami la ni." cikgu pun cakap.. "denda tetap denda... oleh kerana kamu x siapkan kerja kamu... kamu semua cikgu denda." perrghh!! memang perit mase tu. nak tau x apa denda kami? kiteorang semua kena jalan itik. adui... dah la mase tu kiteorang punya kelas kat tingkat 2 salah satu daripada bangunan kat sekolah tu. cikgu kata kena jalan itik dari kelas, turun bawah, pusing satu bangunan. perghhh!!. memang perit. lepas jer buat, huhuhu... rasa longlai semua otot2 aku ni. pada petangnya... aku x sekolah petang... aku hampir2 kekejangan otot di buatnye.


    tapi memang best la... x tau kenapa... aku merasakan pengalaman tu begitu bermakna bagi ku. sampai sekarang aku x dapat lagi lupakan kejadian tu. sekarang, walaupun sudah lama kenangan itu, bila aku jumpa guru kelas aku tu, aku masih bertegur sapa. tiada dendam dalam hati aku, cuma rasa begitu melucukan bila aku cerita balik kat cikgu tu. dia sendiri pun ketawa mase aku ceritakan padanya kisah lama semasa dia mengajarku.


    sebelum aku melangkah ke darjah 4, cikgu tu bercadang untuk membuat persembahan semasa hari penyampaian hadiah. aku masih teringat, mase tu kiteorang membuat satu kumpulan nasyid dan liriknya aku masih ingat kerana aku la yang bagi lirik lagu tu. lagu tu dulu pernah di nyanyikan oleh salah sebuah sekolah di kuala selangor. aku x berapa ingat nama sekolah tu. tapi aku ingat liriknya sahaja. dan sehingga sekarang, aku masih x dapat nak bagi judul lagu ni

    wahai adikku yang sedang lena
    masihkah ingat pesanan guru
    taat kepada orang tua
    jangan di ingkar setiap waktu

    bila berkawan bermanis muka
    bila berkata yang indah - indah
    sifat yang jujur paling utama
    terkasar bahasa membawa padah

    wajib la sembahyang 5 waktu
    jangan di tinggal walaupun satu
    beriman dan taqwa kepada Tuhan
    surah Al-Quran yang di bacakan

    waktu belajar janganlah leka
    tuntut la ilmu di mana saja
    moga menjadi insan berguna
    kepada bangsa juga negara.


    huhu... x sangka... aku masih ingat semua liriknya. hebat betul aku i. haha... terima kasih cikgu.
    semua kenangan bersama2 cikgu kami x kan melupakannya.

    Selasa, Mei 29

    inikah kawan??


    seronok kalau ada kawan yang ramai ni... sebab ape, ye la... kadang2 kalau kita susah, kawan ini akan membantu kita, memberi nasihat, dan sebagainya... di kala kita gembira... kita ketawa sama2. dan apabila kita susah, kita menangis sama2,betul ke??
    itu la persoalan yang sering bermain di fikiran aku.


    bukan aku nak memburuk2kan kawan aku sendiri... orang kata, tanpa kawan... hidup ini terasa kekosongan. betul... aku akui itu. siapa yang lahir di muka bumi ini sejak dia sesaat di bumi ini sehingga sekarang, masih tiada kawan??? sedangkan jikalau orang yang berhijrah ke mana2... seminggu dia duduk di sesebuah kawasan itu, pasti sudah mendapat ramai kawan. kalau orang yang kata, "aku x de kawan la" orang itu adalah pembohong besar.


    kadang2 aku sendiri x dapat nak menghuraikan apa sebenarnya nilai sebuah persahabatan ini. sebab apa, kadang2... kawan yang begitu kita percaya, dan yang paling rapat sekali dengan kita, akhirnya.. kawan itu mengkhianati kita. itu la yang paling pedih untuk kita rasai. selama ini kawan itu sungguh baik pada kita... selalu menjeguk kita, melawat kita ketika sakit... tetapi, tiba2 dia mengkhianati kita. uih... memang x dapat nak melupakan peristiwa itu.. betul x??


    kita semua mempunyai ramai kawan, tapi x semua kawan sanggup bersusah untuk kita. pernah seorang saudara aku ini berkata padaku. "kau pernah tengok x, kau dan kawan2 kau berkumpul, duduk satu meja ramai2... kau gelak dengan kawan kau bersama2, pernah kau tengok x??" aku pun menjawab la pertanyaan dia, "pernah!" dan dia berkata lagi "pernah x kau tengok, kau dan kawan2 kau, duduk 1 meja ramai2... kau dan kawan2 kau menangis sama2. pernah x??" dari situ aku mula berfikir... aku belum lagi menjawab soalan yang dia tanya tu. lepas tu dia kata "kenapa kau diam??" aku pun mula berkata.. " x pernah lagi aku tengok orang yang sebegitu." dia pun berkata lagi.."kenapa kau nak ikut kawan2 kau kalau kawan kau x sanggup nak menangis bersama2 dengan kau??" "aku bukan x bagi kau berkawan, tetapi... pandai2 la kau pilih kawan. sebab apa aku cakap cam tu, sebab aku sendiri pernah merasainya. dulu sewaktu abang aku masih hidup lagi... dia ni adalah mat rempit, lumba sana sini. hisap rokok. tetapi bila dia meninggal dunia... seorang kawan dia pun aku x lihat yang menziarahinya. kau bayangkan la... mana pergi kawan2 yang rempit bersama2 dengannya?? dari situ aku mula kesal dengan kawan2 abang aku." pergh!!... punya la sedih aku mendengar ceritanya... dia sendiri sampai menitiskan air matanya semasa menceritakan kisah abang dia.


    lepas tu dia berkata lagi kepadaku... "andai kata hari ini kau pegi ke 1 tempat bersama2dengan kawan kau. semasa kau balik, kau telah di langgar oleh sebuah lori kontena. kepala kau berkecai dan tangan kaki kau putus, adakah kawan2 kau yang akan mengutip mayat kau??" sedih aku masa tu... ye la... membayangkan apa yang di ceritakan. aku pun berkata.. "x mungkin kawan2 aku akan mengutip mayat aku. di pun berkata " kau tau x siapa yang akan kutip mayat kau?? mak ayah kau yang akan kutip mayat kau. kau tahu x?? percaya la kata aku... kalau betul la dia adalah kawan kau... tentu bila kau mati nanti... kawan itu akan melawat kau dan sedekahkan Al- Fatehah untuk kau... itu la kawan yang sebenar. dia menangisi pemergian kau, mungkin kau x kan bersama2 lagi dengannya. " semasa aku dengar... menitis air mata aku dengar. x sanggup aku untuk membayagkannya... terlalu pedih untuk aku merasainya..

    Isnin, Mei 28

    BOSSON

    One In A Million

    You're one in a million
    Oh Now
    You're one in a million
    Oh

    Sometimes love can hit you every day
    Sometimes you can fall for everyone you see
    But only one can really make me stay
    A sign from the sky
    Said to me

    [Chorus]
    You're one in a million
    You're once in a lifetime
    You made me discover one of the stars above us
    You're one in a million
    You're once in a lifetime
    You made me discover one of the stars above us

    I've been looking for that special one
    And I've been searching for someone to give my love
    And when I thought that all the hope was gone
    A smile, there you were and I was gone

    I always will remember how I felt that day
    A feeling indescribable to me
    Yeah
    I always knew there was an answer for my prayer
    And you, you're the one for me

    [Chorus x 2]

    In the beginning I was cool and everything was possible
    They tried to catch me but it was impossible
    No one could hurt me it was my game
    Until I met you baby and you were the same
    And when you didn't want me I wanted you because
    The funny thing about it is I liked the show
    I like it when its difficult
    I like it when its hard
    Then you know its worth it
    That you found your heart

    [Chorus x 2]

    You're one in a million
    Oh
    You're one in a million



    Jumaat, Mei 25



    cuti sekolah bermula...


    wah!!.. best betul bila dengar cuti sekolah ni... teringat pulak masa2 sekolah dulu... huhuhu... memang syok. mane x nye... dulu, kalau cuti jer aku dengan member2 wat la perancangan sepanjang cuti sekolah... macam2 program kiteorang buat... tapi x de la sampai keluar kawasan tajung karang ni. tapi itu semua dulu... tapi kini dah berlainan... dah x dapat aku nak ajak kawan2 aku yang dulu wat aktiviti2 yang begitu lagi, masing2 dah sambung belajar... ada yang masuk form 6, masuk IPT, matrik dan macam2 lagi la.. tinggal la aku bersendirian... huhuhu... sedihnye...





    tapi apa yang pasti adalah, budak2 sekolah akan bercuti selama dua minggu rasanya.. (kalau x silap aku la.) budak2 sekolah sedang bercuti.. sedangkan aku masih terkial2 untuk menguruskan proses sambung belajar aku.. ah!! geram betul. walaupun kelam kabut aku di buatnye... tp tenang...!! cool!!... x pergi mane pun cuti tu... ade mase 2 minggu. wah!! lama btul. macam2 boleh aku buat...



    aku teringin pulak nak ajak family aku pergi makan angin... x kisah la kat mane2 pun... tp di sebabkan cuti2 ni banyak sangat kenduri kahwin, so... terpakse ayah aku membatalkannya... kalau orang lain yang buat kenduri tu orang lain x pe la jugak... ni saudara aku sendiri. kalau x pergi ape pula katanya... betul x??.. hurm... x pe la... nak wat cam ne?? kalau x dapat pergi dengan family... aku pergi seorang jer... lagi senang... hahaha... (makan seorang). jahat betul aku ni.



    tapi... cuti kali ni memang membawa makna bagi aku... ye la... dapat juga kami sekeluarga berkumpul. kalau x, kalau x de cuti2 cam ni... susah nak berjumpa dengan abang dan kakak. ada yang kerja... dan ada yang masih belajar di Universiti. kakak aku dapat cuti semesta... so, dia pun balik la kat rumah. sekurang2nye... x de la sepi sangat rumah. kalau x, aku jer la yang terpaksa melayan karenah adik2 aku ni... adui... pening kepala aku di buatnye...

    Khamis, Mei 24

    kenangan lama masih segar di ingatan.


    kalau nak di ceritakan kenangan lama ni memang banyak. aku tahu, setiap orang mesti ada kenangan masing2. ada yang manis dan ada yang pahit untuk kita kenang. betul x?? tapi setiap kenangan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. kadang2 kan aku sering teringat peristiwa2 lama yang membuatkan aku ketawa sendiri bila teringatkannya. aku suka mengimbas kisah2 lama yang melucukan dan mengingatkan aku ketika aku di masa tu.


    aku nak cerita la sedikit kenangan aku semasa aku di tingkatan 4. mase tu di semesta yang pertama. memang lucu betul bila aku teringatkannya, ok la.. tanpa membuang masa aku ceritakan pada korang.


    ceritanya bermula ketika aku sedang belajar subjek sains. mase tu kiteorang memang seronok sangat pasal hari tu cikgu kata nak wat eksperimen. aku memang suke sangat buat eksperimen ni... maklum la.. aku pun ade cita2 nak jadi professor. haha... besar tul cita2 aku. tanpa berlengah... aku dengan member aku pun pergi la ke makmal sains. mase tu, memang kiteorang x sabar nak wat. mase tu kiteorang tgh menguji siri kereaktifan logam (harap2 betul la ejaan aku ni.) cikgu suruh kiteorang kaji tentang suatu logam iaitu natrium hidroksida. semua radas cikgu dah sediakan... tinggal nak jalankan eksperimen jer...


    sebelum kiteorang memulakan eksperimen tu, cikgu cakap berhati-hati kerana bahan yang dikaji ni sangat panas. kami pun ikut la cakap cikgu tu. sebuah balang yang berisi air di letakkan kat meja kiteorang dan seketul logam natrium hidroksida. cikgu cakap kene patahkan natrium tu jadikan cebisan kecil... tetapi apabila kiteorang cuba untuk mematahkannya... x boleh. kiteorang pun tanye la cikgu "cam ne ni cikgu?? x leh patahkan pun.." cikgu kiteorang pun berkata la "x pe la... masukkan jer ketulan besar tu." kiteorang pun ape lagi... masukkan la seketul matrium tu ke dalam balang yang berisi air tadi. dan cikgu suruh kiteorang tutup dgn corong turas. selepas kiteorang masukkan natrium tu.. (hampir2 dlm 3 minit cam tu la)... air yang kat dalam balang tu dah mula menggelegak. kiteorang pun tanye la cikgu... "kenapa air ni menggelegak cikgu??".. cikgu cakap..." ala... biase la tu, bende panas... kene air memang la menggelegak. hurm... tunggu ape lagi?? pergi la bakar." cikgu berkata demikian.. kiteorang pun ape lagi... cucuhkan api di atas corong turas tu tadi. pada mulanya... api tu menyala dengan besar. tetapi, entah kenapa... tiba2 jer... api tadi masuk ke dalam corong turas tu dan..... BOMM!! meletup..satu letupan yang sangat dahsyat bagi kiteorang ketika itu... perghh!!... bayang la... sampai tingkap makmal, 2 bersepai. balang yang tebal tadi pun.. habis bersepai.. masya Allah... memang dahsyat. sampai budak2 yang berdekatan kelasnya dengan makmal tu semuanya keluar menyaksikannya. cikgu kiteorang pun berkata "bawak bertenang... cikgu x sangka leh jadi cam ni. semua x de ape2??" beberapa kawan aku tercedera ketika itu. kalau x silap aku, 3 orang yang cedera. ada yang kulit jarinya terkoyak (tu yang tukang bakar), ada yang lengannya tercedera. memang masa tu mencemaskan. cikgu kitorang pun ape lagi... terus jer bawak budak yang tercedera pergi ke hospital.


    sampai jer kat hospital... doktor bertanye... "kenapa ni??, cam ne leh jadi cam ni." yang aku x tahan tu... diorang ni dah la cedera... boleh pulak diorang ni bergaduh sesama sendiri.. adui.. lawak btul ak dibuatnye. cikgu mase tu punye la cemas... diorang leh rilex jer... siap ketawa2 lagi. aku ingat sakit sangat sampai terkoyak kulitnya. mase diorang tengah gaduh2 tu... doktor pun menyelit la.. lalu dia berkata. "sudah la dik, jangan gaduh2... x baik." punye la malu mase tu. adui... lepas tu masing2 di beri rawatan oleh doktor. lepas jer selesai semuanya.. cikgu pun tanye la... "x sakit ke??"... diorang leh plak ckap.. "sedap cikgu... best giler. rasa cam nak wat lagi la." dah la berluka2... cikgu pun mase tu tgh cemas. diorang leh jer gelak2. (sabo jer la cikgu!!) cikgu mase tu dah la mukenye nampak resah jer. ye la... takut mak ayah diorang marah plak kat cikgu tu. hurm... 1 kejadian yang x leh di lupakan olehku... 1 peristiwa yang begitu cemas dan melucukan yang x kan aku dengan kawan2 ku lupakan.

    Selasa, Mei 22

    huh!!... baru lega skit.


    hari ni aku dapat la sedikit ketenangan dalam diri aku ni... kalau x, pening ajer memanjang. semalam petang aku saja2 la jalan2 kat sawah tempat aku ni. pergh!! memang best. dah la tenang... anginnya... fuh!! memang sempoi2 bahasa. lega rasanya dapat lihat kawasan yang tenang ni. warna hijau pada pokok padi, memnag membuatkan aku tenang jer.. bertuah betul aku duduk kat kampung ni. mase tu x de orang, aku rasa nak jerit kuat2 jer. tapi oleh sebab ada rumah orang, x jadi la aku nak jerit. kang orang tu ingat aku ni orang giler... x pasal2 nanti aku masuk hospital tanjong rambutan.


    buat masa sekrang ni, leh la aku relax jap kat rumah... sekrang pun aku dah x keje dah... duk rumah jer. wat keje2 rumah. sekali sekala aku pergi ke rumah nenek aku. x de la jauh sangat. nenek aku duduk kat kg. gambut jer... agak2 dalam 6 kilometer jer dari rumah aku. apa salahnya sekali sekala ngempeng dengan nenek. tapi oleh sebab aku dah besar, nenek aku pun dah x mau dh. dia cakap "ko kan dah besar, dah bujang dah pun. x lama lagi ko nak kawen." aduh... terkene aku dengan nenek aku. umur aku baru 18 tahun. nenek aku dah cakap cam tu. adui... segan aku dibuatnye... nenek aku cakap, "kalau ada makwe, bawak la jumpe nenek." ish3... x pasal2 plak aku yang kene. jauh betul nenek aku fikir. sampai begitu sekali. adui2.


    kalau ikutkan hati aku ni, macam2 boleh aku buat kalau stress ni. salah satu nye jerit la kuat2. mcam lepaskan geram. huhu... lepas tu, memang lega. kalau nak yang lebih hebat lagi... kalau stress jer. makan la puas2.. orang cakap, kalau makan banyak2 ni dpat hilangkan stress. Ai... kalau aku nak cerita pasal hilangkan stress ni memang banyak. tapi x semua orang macam aku ni. diorang ada cara masing2 tuk hilangkan stress.btol x??


    dalam aku tengah tenang ni aku x leh terganggu tau. mane x nye... adik2 aku ni suke no buat bising... hish2... sabo jer la aku di buatnya... diorang ni aktif skit. so, macam2 la diorang buat. kadang2 nyanyi la... lepas tu, sibuk kacau orang. memang banyak kene sabo dengan karenah budak2 ni. ai... pening aku.

    Isnin, Mei 21

    adui... peningnyer!!!


    perghh!! dah masuk hari ke 6 aku macam ni. adui... perit woOOo. pening aku, sama ada nak sambung belajar atau nak kerja jer. berserabut woOo kepala otak aku ni. pasal ni jer, ye la... aku dah x dapat nak melanjutkan pelajaran ku ke IPT. kecewa betul aku dibuatnya... huhuhu... yang paling merugikan aku, aku x dapat nak isi borang IKM. tu salah satu peluang aku tapi aku dah terlepas... huhuhu...


    mase tu pun aku x tahu tau yang borang tu dah keluar dah... mase tu memang sibuk aku kerja... maklum la, aku kerja kat kedai makan. mase tu pun tengah cuti sekolah bulan 3 hari tu... perghh!! memang penat giler. masuk kerja jer.... dalam pukul 5 ptg cam tu orang dah ramai memenuhi meja2 makan. bayang la... dari pukul 5 ptg... sampai ke pukul 11 malam. mak oi!! lemah longlai aku dibuatnya. bila balik rumah jer terus jer tido. bangun pagi tau2 dah pukul 1 ptg. pergh!! memang nyenyak tidur aku ni.


    kalau dah macam tu tiap2 hari, macam mana aku nak uruskan sambung belajar aku. bila aku mintak cuti, tokei x bagi. ye la... musim cuti sekolah... orang mesti ramaikan. so, x de sape yang nak jaga nanti. nak x nak terpaksa jugak la. akhirnya aku sendiri melepas peluang aku nak masuk ke IKM.


    dah la sekrang ni aku x tau lagi peluang2 sambung belajar ada lagi ke x. hish2, rugi betul aku mase tu. sekarang ni aku masih menunggu semakan ke politeknik. xtau la dapat atau tidak. hari ni aku pun baru jer terima borang dari kawan aku dari Johor. dia syorkan aku masuk ke IPB (institut profesional baitulmal). terima kasih aku ucapkan kepada kawan aku ni.

    Ahad, Mei 20

    ha!!! aku dapat form 6


    macam x percaya jer aku masuk form 6... mule2 aku x nak tau masuk form 6 ni. ye la, dah la sekolah yang sama. cikgunye pun orang yang sama gak mengajar. adui... rasa cam nak keluar jer dari situ.. tapi ape boleh aku buat.. itu dah realitinya.. huuuhhuhuhu... sedih btol.

    ape2 pun sementara jer aku masuk form 6 ni... kalau dapat mane2 tawaran, aku bla la.. aku pun malas la nak masuk sekolah yang sama jer... bosan btol. entah kenapa., aku rasa bosan sejak kebelakangan ni.



    hehe... ni adalah new pic aku... amacam?? cute x?? hahahaha.... adew2 btol aku ni.

    Khamis, Mei 17

    nombor da...


    hari ini aku nak bercerita sedikit tentnag nombor. hehe... bukan nak ajar matemataik yer... tetapi cara untuk mengingat. sebenarnya kan nombor2 ni senang jer nak di ingat... ye la... dari kecil, sampai ke besar sekarang ni, nombor tu x boleh lari dalam kehidupan kita. contohnya la duit... RM 10. 10 tu pun nombor jugak kan. tetapi aku hairan la... kenapa orang boleh x ingat ha?? contohnya apabila kita menggunakan nombor sebagai password. kadang2 tu aku rasa cam nak tergelak terbahak2... kalau orang indon cakap apa?? begok.


    ni pernah terjadi tau... seorang rakan aku ni la... dia ni baru belajar buat emel. so, kan kene buat password. so, dia pun buat la... yang aku pelik tu, bila dia dah siap... dia lupa password dia. Hahahaha... lawak betul la. nasib mase tu dia buat emel tu bersama2 dengan aku. aku pun secara x sengaja terpandang masa dia buat password tu. aku pun bagitau dia la password dia tadi. lepas tu dia tanya aku... "macam mane ha nak ingat password aku ni??" katanya... aku pun cakap la kat dia. "ko kan ada henset, guna la henset ko. ape la... " adui... tergelak aku dibuatnya...hahaha... kesian betul aku tengok member aku ni.

    ok la... aku bagi petua bagaimana korang semua nak ingat sesuatu yang berkaitan dengan nombor.ini adalah singkatan bagi nama nombor tersebut. senang jer... aku boleh buat kenapa korang x leh buat...

    1 = tu
    2 = ua
    3 = ga
    4 = pat
    5 = ma
    6 = nam
    7 = juh
    8 = pan
    9 = lan
    0 = song

    ha... kan senang tu... percaya x korang... aku dah pegang 20 password aku sendiri menggunakan kaedah begini. huhuhuhu... kenapa??? x percaya?? hahaha... aku bagi contoh la.. andai kata korang punya password 1234.

    ni adalah contoh

    1234.

    ni adalah nombornya. tetapi bila di jadikan ayat.

    dia jadi begini.

    1234 = tu, ua, ga pat. nak jadi ayat panjang pun boleh.

    hasilnya...

    1234 = tuagapat.

    kan senang tu... korang sendiri boleh cuba. ni lagi senang. cubalah di rumah.

    Rabu, Mei 16

    penghargaan....


    kali ni aku nak bercerita sedikit tentang suatu penghargaan di mana selama ni aku sendiri x pernah mengucapkan terima kasih kepada individu2 yang banyak membantu, menasihati, membimbing dan menghargai aku. sememangnya kehadiran aku di muka bumi ini pastinya membawa makna.


    pertama sekali ingin aku ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa ku. mungkin tanpa mereka, aku x dapat melihat dunia yang indah ini. mereka juga la yang membimbing aku, mengajar aku erti sebuah kehidupan ini. tanpa mereka.... siapa lah aku.


    yang keduanya ingin aku berterima kasih kepada illahi kerana sehingga kini aku masih di beri peluang untuk hidup dan menghirup udara yang segar ini. betapa besar kekuasaan Mu. jikalau aku hari ini x berkesempatan lagi untuk menghirup udara segar ini lagi... mungkin aku berada di alam yang lain kerana tuhan lebih menyanyangi diriku.


    yang ketiganya ingin aku ucapkan terima kasih kepada guru2 ku yang selama ini mengajar ku dari ku tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. terima kasih banyak2 ku ucapkan. tanpa mereka, mungkin aku ini hidup tanpa ilmu dan kehidupan ku gelap gulita.


    seterusnya kepada kawan2 ku... terima kasih kerana bersamaku menempuh dugaan, cabaran semasa menuntut ilmu. tanpamu aku x dapat nak menempuh semua ini. aku doakan, semoga kita semua berjaya kelak dan sampai ke destinasi masing2.

    Selasa, Mei 15

    perjuangan...

    korang semua tahu x, kita semua hidup untuk apa?? ni la yang nak aku kongsikan kepada pembaca2 blog topek hari ni... sebenarnya kan, kita semua hidup adalah untuk memperjuangkan nasib masing2 sama ada korang mahu terus hidup dengan keadaan korang sekarang atau korang semua nak mengubah kehidupan korang. itu semua terpulang pada diri masing2 sebab apa, kalau aku ceritakan pun kadang2 ada orang yg x sedar diri. hidup miskin, tapi berego tinggi. aii... ape la nasib budak tu yerk?? x sedar diri langsung.

    korang tau x?? sebenarnya kehidupan kita ni dapat di ubah dengan usaha kita. sama ada kuat atau x, itu semua terpulang pada diri masing2. cuma yang korang x leh ubah dalam diri korang adalah kelahiran korang semua. x kisah la korang ni anak sapa... petani, buruh, penagih, atau sapa2 la.. korang semua x dapat nak mengubah itu. korang pergi la ke mana2... bila ada orang tanya..."eh, ko ni anak sape ha?? ayah kerja ape??" x kan korang nak tipu dia?? hurm.. cth "eh, aku anak abu, bapak aku pilot" sah2 dia kata ko ni menipu... padahal orang tu kenal jer dengan bapak korang.

    "KELAHIRAN SESEORANG ITU X DAPAT DI UBAH,
    TETAPI KEHIDUPAN SESEORANG ITU DAPAT DI UBAH DGN USAHA SENDIRI"

    dalam kitab suci pun ada mengatakan, "Allah x kan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri." dah jelas semua ni. korang nak kata apa??

    "KEHIDUPAN ADALAH SATU PERJUANGAN, DAN
    KEMATIAN ADALAH SATU KEHIDUPAN."

    ungkapan ni mengingatkan aku pasal kehidupan yang akan datang iaitu alam akhirat yang kekal selamanya... kalau kita x "berjuang" di muka bumi ini, apa lah bekalan kita di akhirat kelak. adalah 1 kerugian jikalau hidup ini di sia2kan tanpa usaha untuk mengubah kehidupan.

    fikir2kan la... RENUNGKAN BALIK...

    Isnin, Mei 14

    kesedihan...

    di dalam keriangan kita menyambut hari ibu semalam, ada juga yang bersedih. ye la.. ini kerana ibu mereka telah meninggalkan mereka buat selama2nya. topek turut bersimpati. setiap kejadian pasti ada hikmahnya. tuhan lebih menyayangi ibu2 mereka.


    bila topek bercerita tentang ini, teringat pula topek semasa bulan april hari tu. seorang insan ini telah bercakap kepada topek "takziah ku ucapkan di atas pemergian insan yang tersayang, banyakkan la bersabar... kuatkan iman. PERSOALAN: sudahkah engkau membahagiakan insan itu??" bayangkan la jika ini berlaku. topek x dapat nak bayangkan pertanyaan dia itu. sebab topek sendiri x bahagia... bagaimana topek nak membahagiakan "insan" itu??


    dalam hidup topek ni... banyak sungguh persoalan yang timbul dalam fikiran topek. korang semua bayangkan la... umur seperti aku ini iaitu 18 tahun, sudah banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak aku ni. ish3... byangkan la. bukan aku nak korang semua jadi mcam aku. tetapi korang byangkan la... kdang2 kepala ni rasa cam nak pecah jer. jgn ingat budak 18 tahun seperti aku ni hidup dengan enjoy jer. aku pasti, korang semua x pernah terfikir pasal ni.


    oleh itu, kepada mereka2 yang ibunya sudah tiada lagi. korang berusaha la untuk mengubah kehidupan korang semua. "mereka" walaupun tiada di muka bumi ini, tetapi mereka melihat kita dari atas sana. jikalau korang berjaya sampai ke puncak gemilang... mereka turut bersedih kegembiraan melihat anak2 mereka berjaya. ibu bapa mana yang x menangis kegembiraan melihat anak2 mereka berjaya??

    fikir2kan la...

    Ahad, Mei 13

    SELAMAT HARI IBU.

    hurm... sempena hari ibu ni topek nak kongsi satu lagu dengan pembaca2 blog topek.. bila lagu ni di hayati... memang menusuk hati... bagi aku sebagai anak... aku sendiri pun sedih dan sayu bila dengar lagu ni... dengar la dan sambil menghayatinya... terimalah..... BUATMU IBU daripada kumpulan ae-man


    Buatmu Ibu
    Album : Kalimah Cinta
    Munsyid : Aeman
    http://liriknasyid.com


    Ibu? bergenang airmataku
    Terbayang wajahmu yang redup sayu
    Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
    Bagaikan laut yang tak bertepian

    Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
    Tidak pun kau merasa jemu
    Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
    Dari kecil hingga dewasa

    Hidupmu kau korbankan
    Biarpun dirimu telah terkorban
    Tak dapat ku balasi
    Akan semua ini
    Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

    Ibu? kau ampunilah dosaku
    Andainya pernah menghiris hatimu
    Restumu yang amat aku harapkan
    Kerana di situ letak syurgaku

    Tabahnya melayani kenakalan anakmu
    Mengajarku erti kesabaran
    Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
    Menyuluh jalan kehidupan

    Kasih sayangmu sungguh bernilai
    Itulah harta yang kau berikan

    Ibu? kau ampunilah dosaku
    Andainya pernah menghiris hatimu
    Restumu yang amat aku harapkan
    Kerana di situ letaknya syurgaku

    Tabahnya melayani kenakalan anakmu
    Mengajarku erti kesabaran
    Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
    Menyuluh jalan kehidupan

    Kasihanilah, Tuhan?
    Ibu yang telah melahirkan diriku
    Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
    Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
    Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

    dan lagu ni juga membuatkan topek rasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

    Jumaat, Mei 11

    persoalan....

    masa aku kecik2 dulu cikgu selalu tanya... 1+1 berapa?? aku pun jawab la... dua. itu la soalan yang selalu di ulang2 oleh guru. kalau x disuruh ulang... dia suruh hafal sifir. mase tu kan aku masih lagi kecik... so, aku pun buat la apa yg disuruh oleh cikgu... huuhu... takut kene marah kan?? kalau x hafal nanti kene denda. tapi bila buat setiap hari rasa bosan pun ada. ye la, kalau di ulang setiap hari memang aku dah tahu itu la jawapannya.

    lepas tu masuk plak sekolah menengah... belajar tiorem pitagoras, persamaan kuadratik, fungsi, fungsi songsang... ai... banyak la.. mula2 memang aku x faham, ye la... banyak sangat kene ingat formulanya. tapi bila di buat latihan setiap hari... lama2 mahir juga... btol x?? hehe... lepas tu exam. aku pun jawap dengan penuh keyakinan.

    hehe... sebenarnya aku saja jer tulis cerita yg kat atas ni... sbb ape, soalah2 nye mesti boleh di jawab dengan usaha dan ketekunan diri. asal mahu belajar,dapat la. btol x?? kalau seseorang itu dah mahir dengan mate, tentu dia "jemu" kerana asyik buat soalan yang sama. btol x?? sama la dengan soalan2 lain. BM ke, Bi ke, ape aje la soalan. mesti boleh jawab punya. betul x??

    tapi hari ni aku nak kongsi dengan korang semua di mana soalan ini mungkin korang sume x dapat nak jawabnya dengan masa 1 jam, 2 jam, 1 tahun, 5 tahun atau berpuluh2 tahun. dan aku jamin, kalau korang baca soalan ni hari2... korang x kan jemu untuk membacanya. percaya la ckap aku. aku sendiri pun belum dapatkan lagi jawapannya.

    soalan yang pertama.

    SUDAHKAH ANDA MEMBAHAGIAKAN DIRI ANDA??

    cuba korang baca betul2 dan hayatinya. aku x nak korang jawab dalam msgbox aku. aku nak korang tanya hati masing2. betulkah korang dah membahagiakan diri korang sendiri?? kalau sudah, x pe la... tinggalkan jer soalan ni.

    soalan kedua.

    SUDAHKAH ANDA MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA ANDA?? DAN SUDAHKAH ANDA MEMBALAS JASA MEREKA??

    korang tanya balik pada diri masing2. soalan ni pun aku x nak korang jawab dalam kotak msgbox aku. korang tanya balik hati masing2. kalau diri korang belum bahagia, bagaimana korang nak membahagiakan ibu bapa korang??

    soalan terakhir.

    SUDAHKAH ANDA MEMBAHAGIAKAN KELUARGA ANDA??

    aku bukan la nak kutuk korang semua. tapi kalau soalan 1 tadi tu pun korang x leh jwab?? lagikan soalan yg kedua dan ketiga ni.

    korang fikir la betul2... renung sejenak dalam hati korang... "betul ke aku ni dah membahagiakan diri aku??" korang tanye balik... RENUNG betul2 soalan yang aku bagi ni. kalau korang dapat lakukan apa yang aku tanya, memang hidup korang betul2 dah bahagia. secara jujur aku cakap dengan korang semua... soalan2 ni, aku sendiri x dapat jawab. sebab ape, sebab diri aku sendiri belum bahagia.... kalau aku sendiri belum bahagia.. bagaimana aku nak membahagiakan ibu bapa aku??? dan bagaimana aku nak membahagiakan keluarga aku?? korang renung la balik... aku nak korang jawab dalam hati masing2 dengan sejujur-jujurnya.

    Khamis, Mei 10

    sambungan semalam...

    mase aku pergi motivasi tu, banyak yang aku dapat daripada program tu... motivasi tu memang menyentuh perasaan dan jiwa aku sendiri. mane x nye... isu yang paling hangat di "pasaran", isu pasal remaja... x habis2 di ketengahkan.. ye la... untuk kesedaran kepada golongan remaja juga... termasuk aku sendiri...

    sekarang ni golongan remaja yang paling di khuatiri adalah golongan remaja melayu la.. mane x nye... Rempit?? remaja melayu juga yang ramai. Kes khalwat?? remaja melayu juga yg ramai. kes pergaulan bebas?? ish2... memang banyak la kalau aku nak cerita...

    tanpa aku sedari... memang banyak juga kes2 remaja melayu sekarang ini. apa yang aku "lihat", remaja sekarang memang banyak yang suka "enjoy" jer mase muda ni... bukan diorang kira la ibu bapa mereka. memang x salah kalau nak enjoy sekali sekala.. tapi sendiri mau ingat la... jangan la terlalu enjoy sangat... sampai melanggar batas pergaulan dan adat kita sebagai orang melayu.

    aku cukup2 sedih dengan remaja melayu sekarang ni. tengok la di setiap sudut. di bus stand.. remaja melayu juga ramai yang melepak. tengok jer la dimana2... mesti ada. aku bukan nak kutuk "mereka" ini, tapi sepertinya mereka ni x sedar kalau kemiskinan orang melayu ni di bwah tapak kaki. ish3... rasa hina x kalau di dengar?? hina. tapi itu la hakikatnya. sekarang ini kita duduk di "tanah" siapa?? tanah melayu kan... tapi dalam herarki malaysia... orang cina di atas sekali, kedua... india dan yang ketiga ialah melayu. kita duduk di tanah melayu, tapi kenapa kita di tangga ke tiga dalam herarki Malaysia??

    itu mungkin korang x pernah nak ambik tau pasal semua tu... tapi apa yang paling aku sedih sekali adalah... remaja sekarang ni enjoy, pakai duit mak ayah. tu yang paling aku sedih sekali.keluar dari rumah, cakap dengan mak nak pergi sekolah. tapi apa yang berlaku?? rupanya jumpe "buah hati." minta duit dengan mak ayah punya la senang.. kata nak buat belanja. tapi apa yang berlaku... rupanya belanja si "dia."
    adui... begitu senang sekali.

    aku ni pun bukan la baik sangat. dulu mase sekolah pun aku cam tu.. tapi bila aku pergi ke motivasi tu, memang cukup2 menyentuh perasaan aku. baru aku sedar betapa "hina"nya aku ni. itu la yang paling aku x boleh lupa.

    pernah x pada 1 malam, apabila mak ayah korang tidur... korang sentuh tapak kaki mereka?? pernah x?? kalau korang pernah... korang tau la cam ne rasanya. kasar!! begitu la mak ayah kita. susah2 bagaimana pun mereka tetap mencari rezeki untuk menyara keluarga. mereka x pernah mengeluh.

    ish2... kalau aku nak cerita... memang panjang, tapi cukup la di sini dulu buat renungan kepada remaja sekarang ini. korang semua buat la renungan dalam diri masing2. muhasabah balik diri masing2.

    Rabu, Mei 9

    ini adalah kenyataan...

    baru tadi aku jguk member blog iaitu fysal... entry baru dia pasal minyak... hurm.. aku dapat 1 idea dimna aku nak kongsi 1 cerita dengan korang (rakan blog). yang nak aku cerita bukan la pasal minyak kelapa... tp pasal minyak petrol.. sebelum tu aku nak imbas balik zaman perdana menteri kita yg kedua iaitu allahyarham tun abdul razak.

    cerita ni aku dpat masa aku hadir dalam 1 motivasi keusahawan di kuala lumpur. nama penceramah tu aku x bape ingat sbb aku x bape dgr. mase tu aku duduk belakang. nasib ade seorang rakan aku yg membawa mp3 player yg boleh rakam suara. aku pun pinjam la.
    nak di ceritakan, sebenarnya dulu harga minyak petrol adalah beberapa puluh sen jer dulu... (klu x silap aku anggaran dalam 30 sen cam tu la).tp, pernah tun abdul razak berkata : "sekarang ini kita boleh dapat minyak dengan harga sekian, tp nanti kita akan masuk di suatu zaman di mana harga minyak petrol 1 liter berharga RM2. dan kita akan masuk 1 abad iaitu abad ke 21 (tahun 2020) di jangkakan harga minyak akan melambung sehingga RM7 = 1 liter".

    bila aku dengar, macam x percaya. tapi itu la hakikatnya.betul x harga minyak dunia sekarang RM2?? kita dah masuk zaman tu la... tp ape yg menggerunkan adalah di abad 21 nanti... klu betul la harga minyak petrol RM7 = 1 liter, x tau la aku nak cakap apa. nak atau x nak, kita semua akan tempuh dan masuk ke tahun 2020.

    bukan aku nak megutuk mana2 pihak, ni adalah untuk kesedaran semua. RENUNGKAN LA...

    Isnin, Mei 7

    hari ni aku nak cerita pasal kelebihan bulan kelahiran aku... iaitu bulan oktober. sape2 yg lahir bulan oktober, kita berkongsi rahsia bulan kelahiran.


    OKTOBER

    * Suka berbual.
    * Suka orang yang sayang padanya.
    * Suka ambil jln tengah.
    * Sangat menawan & sopan santun.
    * Kecantikan luar & dalam.
    * Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    * Sentiasa berkawan.
    * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    * Cepat marah.
    * Macam pentingkan diri sendiri.
    * Tidak menolong orang kecuali diminta.
    * Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    * Tidak suka terima pandangan orang lain.
    * Emosi yang mudah terusik.
    * Suka berangan & pandai bercakap.
    * Emosi yang kelam kabut.
    * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    * Suka melancong, bidang sastera & seni.
    * Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    * Romantik dalam percintaan.
    * Mudah terusik hati & cemburu.
    * Ambil berat tentang orang lain.
    * Suka kegiatan luar.
    * orang yang adil.
    * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    * Mudah patah semangat.

    ni bukan aku yg saja2 tulis kat sini... yg ni telah di karang sendiri oleh pakar motivasi iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

    setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri... so, sentiasa la muhasabah diri masing2...
     

    Blog Archive

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie