seperti yang aku janjikan dalam entri yang lepas mengenai windows 7, dalam entri ini aku akan tunjukkan beberapa antara muka yang aku sempat 'screen shot'kan untuk entri ini. Masuk hari ini, sudah genap 3 hari aku menggunakan Windows 7 sebagai Sistem Pengoperasian Utama dalam komputer aku selain daripada Ubuntu Linux. benarlah kata beberapa pengguna Windows 7 ini bahawa Windows ini lebih 'better' berbanding windows Vista yang sekarang masih 'hangat' dipasaran.
bagi yang menggunakan Vista, pastinya tidak ada masalah dengan persekitaran dan juga function2 tertentu jika anda mengupgrade Sistem Pengoperasian Anda kepada Windows 7 kerana ianya menyerupai Windows Vista. Bagi aku yang baru upgrade dari Windows XP ke Windows 7 ini, agak sukar sedikit untuk memahami persekitarannya.








