Rabu, Julai 15

    Siap Sepenuhnya

    Alhamdulillah, Akhirnya WordPress (info IT) aku telahpun siap sepenuhnya. dan aku harapkan ianya nanti tidak membawa masalah kepadaku dari segi kelancaran 'loading page' dan juga dari segi beberapa aspek lain. dah penat aku melayan masalah server aku ni.


    Paparan depan mtaufik.net


    Anda boleh la layari WordPress (Info IT) aku di alamat www.mtaufik.net
    dan klik Laman Utama

    Ahad, Julai 12

    Windows 7 (Part 2)

    seperti yang aku janjikan dalam entri yang lepas mengenai windows 7, dalam entri ini aku akan tunjukkan beberapa antara muka yang aku sempat 'screen shot'kan untuk entri ini. Masuk hari ini, sudah genap 3 hari aku menggunakan Windows 7 sebagai Sistem Pengoperasian Utama dalam komputer aku selain daripada Ubuntu Linux. benarlah kata beberapa pengguna Windows 7 ini bahawa Windows ini lebih 'better' berbanding windows Vista yang sekarang masih 'hangat' dipasaran.


    antaramuka Desktop PC aku


    bagi yang menggunakan Vista, pastinya tidak ada masalah dengan persekitaran dan juga function2 tertentu jika anda mengupgrade Sistem Pengoperasian Anda kepada Windows 7 kerana ianya menyerupai Windows Vista. Bagi aku yang baru upgrade dari Windows XP ke Windows 7 ini, agak sukar sedikit untuk memahami persekitarannya.


    antaramuka 'basic information'



    Lihat, driver PC yang cukup untuk melancarkan sistem pengoperasian ini
    (Untuk driver Graphic atau VGA dan juga sound, aku menggunakan driver Windows XP)

    Jumaat, Julai 10

    Windows 7??

    pastinya ada yang tidak percaya, spesifikasi PC serendah aku mampu menggunakan Windows 7. (Windows Original tau) yang baru aku dapatkannya pagi tadi daripada bos tempat aku praktikal hari tu. Aku memintanya untuk membuat satu salinan for Windows 7 dan aku telahpun men'copy'nya pagi tadi. tanpa membuang masa, aku terus sahaja menginstallnya pada PC aku. Pada mulanya aku ingatkan ianya tidak support sebab spesifikasi PC yang rendah, tetapi akhirnya proses penginstallan berjaya dengan sempurnanya.Aku x sempat nak screenshotkan desktop enviroment pada PC aku tu. InsyaAllah aku akan Postkan dalam entri berikutnya.

    Sekarang ni proses meng'godek' Windows baru. Jadi perlukan masa skit nak menggodek bagi mengenali windows baru ni. yang paling bestnya, tak perlu pening - pening kepala nak cari driver PC aku tu untuk Windows 7. pakai driver XP pun dah boleh guna (install secara manual). So, PC aku tu dah ber'sound' la.



    update: Temu duga untuk latihan Industri semalam telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Report aku telahpun diterima mengikut kehendak pihak Jabatan aku. Lega rasanya sebab dah lepas temuduga. Cuma yang tinggal sekarang adalah... Menjilidkan report LI aku tu.
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie