Khamis, Jun 19

hari yang bosan

Seperti biasa, kalau x de apa2 aktiviti, topek akan update blog untuk isi masa lapang topek. sejak dari mula cuti sem, x pernah lagi keluar pergi jalan2 (bersiar2) ke satu tempat yang boleh mententeramkan jiwa. biasanya kalau cuti2 macam ni, topek suka pergi pantai, pergi ke tempat kerja lama topek, or pergi memancing di tepi sawah. tapi kali ni, sepertinya "mati akal", xtau nak buat apa masa cuti ni. hanya duduk rumah main game. tu jer la keje topek.

hari isnin yang lepas, topek ada pergi ke sekolah lama topek untuk mengambil sijil SPM (tulen/asli) kat pejabat. rasanya dah lama sijil tu keluar, tp masa topek ambil tu, hanya beberapa orang jer yang dah ambil, topek ingatkan, topek la orang yang lambat ambil. masih ramai lagi yang belum ambil sijil SPM diorang, (x sayang sijil ke?) masa ambil tu, terjumpa plak dengan pengetua sekolah, rasa segan plak bile jumpe dia. msa form 5 dulu, kelas topek diantara kelas yang paling huru - hara. mane x nye macam2 ragam budak2nya. 12 teruna, 18 dara. semua 1 kepala (kaki bising).hahaha... pernah sekali, pengetua tu datang kelas, dia marah kiteorang sebab buat bising. pergh!! mase tu, senyap sunyi jer. tp sekejap jer la... lepas dia keluar, kiteorangnipun bising balik. hahaha...

semua tu kisah lama, dan mungkin pengetua tu pun dah lupe kot sebab masa topek jumpe dia, cume tanya khabar topek je. psatu dia tanya pasal pelajaran kat sana. (kire ambik berat la). topek pun jawab je la pertanyaan dia. lepas je ambil sijil, topek jumpe cikgu kesayangan topek. dulu dia mengajar math kat kelas topek. cikgu tu sporting sgt.kat kelas pun banyak cerita. siap leh sembang2 dengan kiteorang. tu la sebab satu kelas suke kat cikgu tu. topek jumpe dia pun sebab ada hal yang nak topek discuss dengan dia. seb baik masa topek nak jumpe dia tu time dia x busy. leh sembang lama2 sikit dgn dia.

anyway, rasa rindu plak masa zaman sekolah menengah dulu. x tau kenapa, teringat plak zaman nakal2. walaupun kiteorang ni nakal, tp x de la sampai wat jahat dengan cikgu. kadang2 rasa kelakar pun ada gak. :D

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eheh. diya tak amek lg sijil spm. :p

en_me on 8:48 PTG berkata...

iye, zaman soklah.. rindu kanns

Topek on 9:38 PTG berkata...

diya : owh... ye ke?? baik diya ambik.... klu terperap kat sekolah pun buat ape?? huhu.. :p

en_me : hehehe... biase la... teringat mase zaman "nakal2" hahaha... :p

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie