Khamis, Mei 24

kenangan lama masih segar di ingatan.


kalau nak di ceritakan kenangan lama ni memang banyak. aku tahu, setiap orang mesti ada kenangan masing2. ada yang manis dan ada yang pahit untuk kita kenang. betul x?? tapi setiap kenangan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. kadang2 kan aku sering teringat peristiwa2 lama yang membuatkan aku ketawa sendiri bila teringatkannya. aku suka mengimbas kisah2 lama yang melucukan dan mengingatkan aku ketika aku di masa tu.


aku nak cerita la sedikit kenangan aku semasa aku di tingkatan 4. mase tu di semesta yang pertama. memang lucu betul bila aku teringatkannya, ok la.. tanpa membuang masa aku ceritakan pada korang.


ceritanya bermula ketika aku sedang belajar subjek sains. mase tu kiteorang memang seronok sangat pasal hari tu cikgu kata nak wat eksperimen. aku memang suke sangat buat eksperimen ni... maklum la.. aku pun ade cita2 nak jadi professor. haha... besar tul cita2 aku. tanpa berlengah... aku dengan member aku pun pergi la ke makmal sains. mase tu, memang kiteorang x sabar nak wat. mase tu kiteorang tgh menguji siri kereaktifan logam (harap2 betul la ejaan aku ni.) cikgu suruh kiteorang kaji tentang suatu logam iaitu natrium hidroksida. semua radas cikgu dah sediakan... tinggal nak jalankan eksperimen jer...


sebelum kiteorang memulakan eksperimen tu, cikgu cakap berhati-hati kerana bahan yang dikaji ni sangat panas. kami pun ikut la cakap cikgu tu. sebuah balang yang berisi air di letakkan kat meja kiteorang dan seketul logam natrium hidroksida. cikgu cakap kene patahkan natrium tu jadikan cebisan kecil... tetapi apabila kiteorang cuba untuk mematahkannya... x boleh. kiteorang pun tanye la cikgu "cam ne ni cikgu?? x leh patahkan pun.." cikgu kiteorang pun berkata la "x pe la... masukkan jer ketulan besar tu." kiteorang pun ape lagi... masukkan la seketul matrium tu ke dalam balang yang berisi air tadi. dan cikgu suruh kiteorang tutup dgn corong turas. selepas kiteorang masukkan natrium tu.. (hampir2 dlm 3 minit cam tu la)... air yang kat dalam balang tu dah mula menggelegak. kiteorang pun tanye la cikgu... "kenapa air ni menggelegak cikgu??".. cikgu cakap..." ala... biase la tu, bende panas... kene air memang la menggelegak. hurm... tunggu ape lagi?? pergi la bakar." cikgu berkata demikian.. kiteorang pun ape lagi... cucuhkan api di atas corong turas tu tadi. pada mulanya... api tu menyala dengan besar. tetapi, entah kenapa... tiba2 jer... api tadi masuk ke dalam corong turas tu dan..... BOMM!! meletup..satu letupan yang sangat dahsyat bagi kiteorang ketika itu... perghh!!... bayang la... sampai tingkap makmal, 2 bersepai. balang yang tebal tadi pun.. habis bersepai.. masya Allah... memang dahsyat. sampai budak2 yang berdekatan kelasnya dengan makmal tu semuanya keluar menyaksikannya. cikgu kiteorang pun berkata "bawak bertenang... cikgu x sangka leh jadi cam ni. semua x de ape2??" beberapa kawan aku tercedera ketika itu. kalau x silap aku, 3 orang yang cedera. ada yang kulit jarinya terkoyak (tu yang tukang bakar), ada yang lengannya tercedera. memang masa tu mencemaskan. cikgu kitorang pun ape lagi... terus jer bawak budak yang tercedera pergi ke hospital.


sampai jer kat hospital... doktor bertanye... "kenapa ni??, cam ne leh jadi cam ni." yang aku x tahan tu... diorang ni dah la cedera... boleh pulak diorang ni bergaduh sesama sendiri.. adui.. lawak btul ak dibuatnye. cikgu mase tu punye la cemas... diorang leh rilex jer... siap ketawa2 lagi. aku ingat sakit sangat sampai terkoyak kulitnya. mase diorang tengah gaduh2 tu... doktor pun menyelit la.. lalu dia berkata. "sudah la dik, jangan gaduh2... x baik." punye la malu mase tu. adui... lepas tu masing2 di beri rawatan oleh doktor. lepas jer selesai semuanya.. cikgu pun tanye la... "x sakit ke??"... diorang leh plak ckap.. "sedap cikgu... best giler. rasa cam nak wat lagi la." dah la berluka2... cikgu pun mase tu tgh cemas. diorang leh jer gelak2. (sabo jer la cikgu!!) cikgu mase tu dah la mukenye nampak resah jer. ye la... takut mak ayah diorang marah plak kat cikgu tu. hurm... 1 kejadian yang x leh di lupakan olehku... 1 peristiwa yang begitu cemas dan melucukan yang x kan aku dengan kawan2 ku lupakan.

1 ulasan:

topek13 on 4:28 PTG berkata...

testing.. testing

 

Blog Archive

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie