Ahad, Julai 27

10 sebab Blogging (part 2)

Yang ini pula adalah sambungan daripada entry semalam...

6. kenalan
kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama – sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang yang paling mudah dan sesuai, Blog!. Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib anda yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog anda melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah, nama “study group” ketika belajar. Alangkah seronoknya!. Selain itu kita juga boleh terus berhubung terus rakan – rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain, dan diberikan komen. Maka rantaian kawan – kawan ini tidak akan putus dan berkembang hari demi hari.

7. komunikasi

percayakah anda, dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan satu – satu isu semasa. Mereka akan menulis diblog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. Ia sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis anda. Seterusnya seperti biasa, pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis, menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah – hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak di kenali (anonymous). Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen – komen dengan hujah yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan – lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.

8. minat.
Minat atau bakat boleh disalurkan ke blog. Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, videom dan apa juga sekalipun tulislah diblog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa sahaja membacanya, dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja, blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadang kala tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekalipun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka. Rakamkan, kemudian “uploadkan” di blog anda, biarkan orang menikmati melodi yang anda hasilkan.

9. menjual diri!!
Jangan salah sangka!! Menjual diri bukan bermaksud menjual maruah diri. Menjual diri disini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda, kepakaran anda, kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapatkan kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.

10. ilmu.
Bukan niat, untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda berblog. Seorang doctor akan mengepos tentang tips – tips kesihatan ataupun info – info penyakit semasa. Seorang pakar system computer pula berblog tentang bidang kerjayanya di selang – selikan dengan tips – tips computer, juga cara – cara mengatasi dan membaik pulih masalah computer yang berlaku.
Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang – orang tidak bertanggungjawab mencuri “intellectual properties” di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara – cara bagaimana mahu menulis novel.
Menarik bukan? Setiap orang akan blog tentang hal yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia.
Tidak kiralah sama ada kita orang yang memerlukan pengetahuan tersebut atau menyampaikan ilmu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik.

Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka tiada ruginya anda blog. Mulakannya hari ini!.

p/s : maka, pada hari ini, telah selesai 10 sebab mengapa orang berblog. anda tergolong dalam kumpulan yang mana??

2 ulasan:

IamYonna on 6:56 PG berkata...

adehh adik..
gile panjang description adik utk 1-1 isi ni haha..

akak termasuk dalam golongan emosi kot!! hoho

Topek on 3:28 PTG berkata...

hehe... topek just taip balik jer artikel tu... tu yg panjang berjela tu... :D

 

Mengenai Saya

Foto saya
taufik a.k.a topek
19 tahun
Seorang Pelajar IT

ape yang menarik tentang aku??

Pengikut

Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie