Selasa, Disember 30

    Ke Blog Baru

    Alhamdulillah, setelah penantian hampir 2 bulan, akhirnya siap juga Blog baru topek. Dengan ini Blog tu akan menjadi Blog rasmi topek untuk tahun 2009 ini dan segala aktiviti Blogging topek akan berpindah ke sana.

    Sebenarnya, topek ingin rasa sesuatu benda yang baru dalam Blogging ni. Blogdrive dah pernah guna, Blogger pun sudah, dan kali ini... topek cuba plak nak berjinak - jinak dengan Wordpess (WP), ramai yang kata pakai WP ni bagus dan letcurer topek pun ramai yang guna Wordpress.So, dengan menggunakan Domain dan Hosting free, Akhirnya berjaya juga topek bangunkan ia.

    Blog ini, topek akan tutup untuk seketika waktu kerana ada kerja - kerja penyelenggaraan Blog yang perlu topek laksanakan. Blog ni topek x kan tutup sebab blog ini dah banyak "berjasa" dengan topek. Rasa rugi plak nak tutup. topek akan biarkan ia menjadi kenangan manis dalam hidup topek :D

    Jom ke Blog baru topek :---> Topek Blog's

    Sabtu, Disember 27

    xde mood




    Malas nak update cerita baru..
    -Pening kepala lagi ni-

    Rabu, Disember 24

    Demam

    Hari pertama dalam minggu ni aku telah diserang penyakit demam panas. So, segala kerja - kerja yang sepatutnya aku lakukan dalam minggu ni, terpaksa aku hentikan untuk sementara waktu. Banyak benda yang seharusnya aku uruskan untuk minggu ni. Sementara masih ada cuti ini, baik aku selesaikannya. bila dah praktikal, dah susah plak nak mintak cuti.

    Alhamdulillah, hari ni aku sudah mula "pulih" dari demamku ini. Walaupun badan ni "rasa" kurang sihat, tetapi... aku kuatkan juga semangatku (mental) untuk update blog ni. takkan nak mengalah dengan demam ni.lagipun, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 ni. so, biarlah ada "hasil" dari tahun 2008 ni. hehehe.. :D

    Rabu, Disember 17

    Kembali

    Sudah lama aku tinggalkan blog aku "keseorangan." Alhamdulillah, hari isnin lepas, selesai sudah Exam ku untuk semesta 2 ni. lega rasanya... tiada lagi tensen di tengah malam, study sampai lebam biji mata ni... sume itu dah pun berakhir untuk tahun ni.

    mulai tahun hadapan (awal tahun) aku akan mula LI atau Praktikal di sini (kuala selangor) sebelum mendaftar akhir sem (sem 4) pada Julai 2009. itupun jikalau keputusan examku baik (x de yang gagal), aku boleh menjalani Praktikal dengan hati yang tenang. kalau ada yang gagal, "menganga mulut" la jawabnye... sambung satu sem (adeh!! x nak ar... harap2 x de yang gagal la).

    Sekarang ni, aku boleh berikan tumpuan kepada Blogging untuk seketika. mungkin aku x dapat nak update setiap hari kerana sekarang ni bz skit (something new from me) yang sedang aku buat. hope bersabar la yerk.

    Selasa, Disember 9

    Cartoon Face

    Hari ni cuma nak share tutorial adobe Illustrator yang aku buat time sem 2 ni dalam modul DTP. ni adalah permintaan abg fysal. baru siap tutorial ni malam tadi. maaf sebab lama menunggu.




    ni la dia hasil akhir dalam tutorial ni. aku namakan tutorial ni sebagai "Cartoon Face."

    ok... leh downloadnya di sini:



    P/s: Petang ni aku dah nak balik poli... So, Bye.. jumpa lagi 15hb ni.

    Isnin, Disember 8

    Setahun Berlalu...

    Hari ni, topek x tau nak cerita apa dalam entry terbaru Raya Korban tahun ni. cuma nak imbau kembali kenangan Raya AidilAdha tahun lepas yang begitu bermakna bagi topek. :D

    sungguh topek tidak menyangkanya... sudah setahun berlalu kenangan beraya bersama Bro Fysal, Bro Shai, Bro Jun, Sis Ret, dan Sis Carneyz di rumah Bro Jun. Di sini la titik pertemuan dengan beberapa orang yang dulunya hanya mesej dalam blog, dan akhirnya bertemu dalam satu majlis. Semua ni mungkin topek x dapat nak merasai tanpa Bro Fysal yang mengajak topek "menemaninya" bersama. Terima kasih kat Bro Fysal.


    Kenangan Bergambar Bersama




    Masing2 tengah "bermenung"..


    ni kisah kat rumah Bro Jun, lepas tu, gi ke Rumah Auntie Jun .Mase tu la perkenalan topek dengan Auntie Jun. sebelum ni, topek pun x kenal Auntie ni... hehehe... :D


    ni la auntie jun... bersama hubby dia.


    hmmm... Rindu masakan Auntie.. huhu..



    Kenangan Bergambar dengan Bro Jun. hehe... :D


    P/S: Semoga Kenangan ini akan berkekalan sampai bila - bila.

    Ahad, Disember 7

    Kad Raya

    Sebelum aku terlupa, sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada korang semua. jikalau ada salah dan silap, harap "burn" jer la yerk. kira 0-0 balik. hehehe... di kesempatan ini juga aku ingin memberikan kad raya aku pada korang. maybe ada yang "kenal" dengan kad raya aku ni. cumanya aku ubah beberapa perkara jer.




    "kad Raya pengganti diri
    tanda ingatan tulus di Hati
    salam kemaafan ucapan diberi
    .... " (erk, lupe lak baris ke-4 ni) hehehe...

    selamat hari raya Adiladha

    Sabtu, Disember 6

    Berat!!

    Geram rasanya bile blog sendiri "berat" nak masuk. bile fikir2 balik, ape punca benda ni berlaku?? ku berfikir sejenak "dulu, blog aku ni x de seberat ni. kenapa yerk??" topek mula mencari masalah tu... nak kata dari gambar, x mungkin... sebab aku pernah gak tepek gambar banyak2 kat sini. ok jer... server low?? erm... barangkali... tp aku tgk orang len laju jer layan myspace.

    So, dari situ topek dah mula syak pada file award flash ni. "bende ni ke yang buat page aku jadi berat yerk??" ku berfikir... setelah terima "aduan & komen" dari rakan2, aku dengan rela hatinye mendelete award yang ku buat sendiri tu. walaupun dengan hasil titik peluh yang x tido malamnya kerana menyiapkan award tu... aku terpaksa akur kerana x ingin lagi "membebani" blog aku ni.

    Isnin, Disember 1

    Adobe Flash CS3

    Rasanya pasti anda semua dah tahu bende ni kan?? bagi peminat flash dan "programmer" flash, adobe flash ni bukan satu benda yang asing lagi bagi korang sumer. buat kali pertamanya, semesta aku ni blaja flash menggunakan adobe flash CS3. sebelum2 ni, hanya menggunakan micromedia flash 8 jer. oleh sebab sem aku ni yang "merasmikan" adobe flash ni, kiteorang pun di suruh beli buku adobe flash CS3 keluaran "Lynda.com"


    segala hasil kerja flash aku dalam blog ni, sumernye berpandukan dengan buku ni. ada la skit2 dari kreativiti aku sendiri. walaupun harganya yang mahal, tp kira berbaloi sebab aku dapat manfaatkan ilmu yang ada dalam buku ni dengan baik. walaupun x se"hardcore" seperti "HPF" yang lain, cukuplah bagi aku untuk mempelajari flash ni. dulu, sebelum masuk poli.. memang niat dihati nak blaja flash. tp x tau dengan siapa nak blaja. aku kira beruntung, ambik kos IT, "Pakej" sume lengkap... tp x de la advance, basic jer. kira ok la tu. kalau nak lebih, kene blaja sendiri la.



    ni interface "welcome" Adobe Flash CS3



    yang ni lak, "ruang kerja" pembikinan award.


    sedikit informasi dari topek : bagi sesiapa yang menggunakan micromedia flash 8, "ruang kerja"nya tiada apa yang berbeza dengan CS3 ni, cuma adobe ni lebih kepada grafik jer. so far, topek tgk pun lebih kurang jer function adobe ni dengan micromedia. cumanya file flash CS3(dot fla) ni, x leh buka kat micromedia, tp file micromedia leh bukak kat adobe ni. so, korang x payah tukar software pun x pe. :D

    Ahad, November 30

    Tag dan Award

    Saja jalan - jalan kat blog kawan - kawan yang lama x jguk tadi, masuk blog kak elly, tengok nama topek telah di tag. seb baik la x panjang sgt tagnye. sebelum2 ni ada gak yang tag topek. tp time tu topek bz sgt. kalau on9 pun utk release tension. topek mintak maaf sgt2 pada mereka yang tag topek, tapi topek x jawab tag diorang. minggu depan topek da start exam... so doakan kejayaan topek.

    ok la... tanpa membuang masa, topek jawab tag ni dan ini la jawapan dari topek:




    1.Letakkan Gambar Di Atas Dalam Entri Anda.
    ok... settle.

    2.Nyatakan Kod Etika Blog Anda.
    Kod etika? x da lagi dalam blog topek ni. cume apa yang topek harapkan pengunjung - pengujung blog topek ni menggunakan bahasa yang tidak sakitkan hati mana - mana pihak. bila kita baik, orang pun suka kat kita. betul x??

    3.Tag 7 Orang Rakan Anda.
    alamak... yang ni topek x dapat nak "laksanakan." minta maaf la.


    update!!: topek tgk ramai yang x leh load file flash ni, susah gak yerk?? mintak maaf byk2 yang dapat nak tgk award aku ni. maybe browzer x leh load file flash ni kot. ok la... topek pun dah siapkan download link award ni untuk korang simpankanya.


    p/s: boleh ke aku score dalam exam kali ini?? sama seperti yang aku score dalam semesta satu yang lepas?? huhu...

    Sabtu, November 29

    Bina Website Sendiri

    Dah lama aku idam - idamkan nak buat webiste sendiri. tapi, ilmu yang aku ada dan pengalaman "Management" yang sedikit agak sukar bagi aku nak merealisasikan impian aku. x pe la... sedikit demi sedikit aku kena blaja dari sesuatu benda yang baru. dari situ, pengalaman dan ilmu akan bertambah.



    sebenarnya dah lama aku idamkan nak guna Joomla ni... nak rasa gak sesuatu benda yang baru. banyak orang cakap pakai joomla ni bagus... so, dari suggestion lecturer aku dan support dari rakan - rakan, aku cuba berjinak - jinak nak gune joomla ni.

    p/s : siapa yang pernah guna joomla ni?? aku perlukan bantuan dari korang nak gune bende ni.

    Jumaat, November 28

    Dapat Award Lagi!!

    Hari ni tiada apa yang nak topek cakap dalam entry baru ni, sebab x sempat nak tulis story... online ni pun sekejap jer bagi "load" award - award yang diberikan pada topek.


    ni award dari kak lawa.. thanx kak.:D kreatif ke topek?? hehehe..


    dan satu lagi...



    ni plak award dari kak ryan. thanx kak... :D



    Terima kasih pada yang memberikan award ni pada topek. x tau nak bagi apa kat korang sumer. ada tu, ada juga la... tp tunggu la dari topek. minggu ni bz skit la pasal nak exam, so... thanx sekali lagi.

    p/s:Bila aku lak nak bagi award aku kat orang ye?? huhu...

    Ahad, November 16

    Pokok Krismas

    Siapa sangka, dengan menggunakan adobe illustrator sahaja anda mampu membuat sepohon pokok krismas yang agak cantik mengikut kreativiti anda sendiri. sebenarnya pokok krismas tu adalah salah satu lab work topek. lecturer bagi tutorial, dan kiteorang buat sendiri. ni la hasil kerja topek.


    pokok krismas yang topek hasilkan gune adobe illustrator


    kalau korang buat, aku percaya... korang boleh buat lebih baik dari aku punye ni. saja aku nak share gambar ni dengan korang. :D

    Sabtu, November 15

    Latihan Industri

    Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk semesta 2 ni berakhir dan semesta depan, aku akan menjalani latihan industri OR (LI) OR Praktikal (mana2 pun boleh). Tempat pun aku dah dapat, tinggal tunggu hari melapor diri jer. Huh!! Kurang skit beban semesta 3 ni (ye ke) sebab duk rumah, tiada lagi peraturan asrama yg perlu dipatuhi. Cuma peraturan IPT jer kene ikut. Sebab bila kita praktikal, kita membawa nama IPT tu kepada syarikat tempat kita praktikal.(kira cam duta kecil la) so, hubungan tu nak kena jaga. Biasa la tu.

    Sebelum kiteorang menjalani praktikal or latihan industri, setiap seorang pelajar di bekalkan dengan buku log harian latihan industri dengan buku panduan menulis laporan latihan industri.



    Buku Log dan Buku Garis Panduan menulis Buku Laporan LI





    Ni la bendenya..setiap hari nak kene isi benda ni. Lecturer cakap, "buku ni ibarat diari la. Setiap hari nak kene tulis. Tulis dalam point jer. X payah panjang lebar" katanya. Ok la tu, yang merisaukan aku, cume bab menulis buku laporan. Sumenya nak kne ikut format. Salah format, buku laporan kene reject. Fuh! pedih! Nak buat bru tu yg sakit skit. Erm.. tak tau la cam ne nanti.

    p/s: agak2nye nanti, macam mane la aku LI nti kan? huhu..tunggu la story dari aku.

    Jumaat, November 14

    Revolusi Gambarku

    Saja nak berkongsikan gambar2 final projek aku dalam modul "Desktop Publisher." Dalam projek ni, lecturer mintak kami edit gambar sendiri menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Dan ini la hasilnya bile aku edit gambar aku menggunakan software2 yang disebutkan tadi.



    yang ini adalah gambar asal


    gambar asal ni (pada muka aku la) nampak macam x "cantek" jer sebab byk "kawah", then, gambar pun nampak cam gelap jer. so, bile aku edit dalam photoshop, sumer "kawah2" tu licin aku "kerja" kan... dan sedikit "contrast" aku berikan supaya nampak terang skit.


    tgk la wajah ku yang licin ini... (edit dalam Photoshop) cayak x?? hehehe... :p




    gambar edit dalam Illustrator



    yang ni plak gambar yang asal tu, aku "tekap" masuk dalam Illustrator, melukis la dalam Illustrator tu. macam x de rupe aku jer gambar yang ni kan... hahahaha...
    apapun ni la final projek aku dalam modul "Desktop Publisher." dan ada lagi sebenarnye. buat poster la, tiket konsert la dan majalah. tp malas la nak publishkan. aku ni x de bakat sgt dalam bab lukis & Design ni.

    Sabtu, November 8

    Command Prompt

    Bagi yang "pakar" dalam komputer, command prompt ni bende yang x asing lagi bagi mereka. betul x?? ni adalah contoh interface command prompt bagi windows XP.



    bagi sem ni, bukan setakat command prompt Windows sahaja aku belajar, termasuk la sekali dengan command prompt bagi linux. so, sepanjang kelas "Operating System", memang x lepas la dari buat command2 ni. bagus gak sebab cara ni boleh buat sesuatu perkara dgn menggunakan command tertentu.

    p/s: bagi yang pro bab command prompt ni, korang leh bantu aku x??

    Jumaat, November 7

    ReUnion Classmate

    Inilah julung kalinya aku membuat Reunion untuk Classmate aku form 5 Amanah SMK Dato' Harun pada tahun ni. Sebelum ni memang bercadang nak buat, tetapi ketika itu masing2 (kawan2) berada jauh di perantauan. So, agak sukar sedikit utk "menjemput" mereka ke Majlis Reunion.

    Beberapa hari yang lepas, aku telah "contact" beberapa orang classmate aku, dan aku telah memberitahunya tentang perkara ni. diorang pun x kisah... "ON" jer. So, Senang skit keje aku. Berikut adalah "Jemputan" Reunion tersebut

    Majlis Reunion 5 Amanah 08

    Tempat : akan di bertahu kemudian
    Lokasi : Tg. Karang, Selangor
    Tarikh : -

    dan aku pun dah buat satu kad jemputan khas untuk korang (kawan2) so, korang leh donload kad jemputan ni yang berformat .pdf

    Sabtu, November 1

    Anugerah Ketua Jabatan

    Sebenarnya, dari minggu lepas lagi topek nak update cerita ni... tp x sempat plak. Waktu tu (kat poli) ada majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi pelajar - pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas dan topek ialah salah seorang daripadanya. rasa teruja sangat sebab ni la pertama kali topek dapat anugerah cam ni.. best!!





    posing dengan scroll Anugerah



    Anugerah ni adalah hasil kerja keras topek masa semesta satu yang lepas dan semesta ini baru diraikan. ibu dan bapa pun dijemput hadir untuk melihat anak2 mereka dapat anugerah ni.. huhuhu... Syukur sgt.




    Dengan classmate topek yg dapat AKJ




    Promote beg AKJ with scroll. hehehe..

    ok la... topek malas nak upload banyak2 gambar kat sini... nak tgk album penuh klik kat sni

    View photo Album

    Ahad, Oktober 26

    Kene Tag

    Baru jer online ni, tp topek dah terima tag dari kak ryan suruh jawab tag yang disebarkan. Ok la... sebenarnya, topek pun x tau nak cerita apa hari ni. ada tag, boleh la jawab tag. hehehe...

    topiknya "kena senaraikan 10 nama dalam phonebook aku yang pelik/menarik.. lepas tu kena xplain kenapa guna nama gitu... "

    1. Ongak - Pelik ke nama ni ye?? sebenarnya topek pun x sure kenapa kwn2 panggil dia ongak. maybe sebab gigi dia 'rongak' kot. Buang "R" terus jadi ongak. hehee...

    2. Sosok - Kalau dengar nama ni, mesti ingat "Susuk", tp dia huruf "O" tu yg len skit bunyinye. dia ni degil skit budaknye... tp lawak pun ada. nak kata setanding dengan nabil (raja lawak)x de la.. tp masa dia satu kelas dgn topek. dia memang best!!

    3. Mambo - Teringat plak lagu sape yerk... yg tajuknya "Mambo no.5" tu. Geng2 dia la yang bagi nama tu kat dia. "sejarah"nya topek x tau sgt. dah kawan2 panggil dia dgn nama tu, topek ikut jer. :D

    4. Botak - Nama ni memang glamor la kat poli topek. sape yang x kenal "botak" dari kelas SIT 2A (kelas topek) kat poli topek. sume kenal dia. dia ni sebenarnya boleh jer bela rambut dia. cume topek x tau la kenapa dia suka botak. membe2 pun x pernah tgk dia berambut panjang. dia selalu kata yang dia tu "Solo Fighter" (moto hidupnya)... tp sem ni dah berubah "Moto"nya.. sekarang ni telah pun ada buah hatinya. p/s : Kata solo fighter, tp ada buah hati gak. apa da...

    5. Macha - Biasanya, nama ni orang panggil pada "india" kat kedai or kat mana2 la. tp member topek sorang ni gune nama tu juga... katanya nak ikut macam cerita "remp-it" sebab dia pun pakar bab motorsikal ni gak. kalau nak kasi moto naik 150km, kasi sama dia jer.

    6. Sob - ni classmate topek gak. dia dgn botak (nama no.4)tu memang suke cari "market" diri dia kat poli. "Soap" dgn "sob", macam lebih kurang jer bunyinya. haha..

    7. Boboy - nama ni macam nama penyanyi kumpulan yang banyak lagu2 jiwang karat. hahaha.. (main pepah jer). dia ni sedara kwan topek yang duduk di Tg. Karang. topek kenal dia pun sebab topek selalu gi rumah kawan topek tu. dia ni pro bab bola dan sekarang ni dia bermain untuk pasukan MPPJ (tunas) fuh!! caya la..

    8. cukeng - pelik x nama ni?? mesti korang x pernah dengar kan... hahaha cukeng ni nama "jawa", tp topek lupe la maksud dia ape.. dia ni kawan topek masa form 1 kat SMK dato' harun. tp kiteorang x pernah pun duduk satu kelas. tp dia memang baik :D

    9. paloi - paloi ni plak nama kawan abg topek. dia ni selalu "sakat" topek kat poli. (kalau terserempak) dia sakat topek, topek sakat dia balik (lawan... jgn x lawan) haha.. bukan apa... sakat menyakat ni amalan kiteorang utk merapatkan lagi silaturahim. mana dia dapat nama ni?? kene tanye tuan yang empunya badan la.

    10. Matju - ni la sahabat Cyber topek yang topek rindui... dahulunya dia ni adalah seorang blogger juga. dia "hidup" di dunia cyber ni bersama - sama topek. dah 2 tahun kitorang kawan. first time jumpa dia time gi perak jumpa abg fysal. tu la kenangan kiteorang. Nama matju dia dapat dari mana, topek pun "orak tau"...
    p/s : matju... mana ko pergi yerk??

    p/s : kebanyakkan nama - nama pelik yg wujud dalam no phone topek ni memang penuh rahsia. dan topek x tau pun dari mana diorang dapat nama tu.

    tu jer la yang dapat topek jawab. sekian....

    Sabtu, Oktober 25

    Masalah

    Sepanjang ketiadaan aku di "rumah" ku ini, dah bnayak perkara yang aku lihat banyak berubah. yang paling ketara adalah Blog member2 yang dah bertukar layout. sumenya cantik2 belaka. Pada mulanya aku ingt salah masuk Blog tadi. seb baik la "betul" ownernya... hihi... kelakar plak. Kalau la silap bagi mesej tadi. fuh!! malu den... hehehe

    tu cerita blog orang, dan pada blog aku ni, aisehmen... ada jer prob. yang mostly buat masalah, banner la.. adeh!! maleh plak aku nak upload byk2 kali ni.. maklumlah... filenya berformatkan [(dot) swf] ataupun File Flash. susah nak cari website yg sediakan perkhidmatan upload file ber dot swf ni... maaf diatas kesulitan yang berlaku pada blog ni. topek akan cuba sedaya upaya untuk carikan "solution" bagi perkara ni. kalau x dapat dalam bulan ni, maybe bulan 12 nti baru topek akan "repair"kannya. sementara itu, topek akan berbalik kepada banner lama topek yang berformat dot JPEG.

    kepada yang dah ambil button link topek, tapi putih jer button tu.. topek mintak maaf sgt2... topek akan cari solution macam mana nak bagi bende tu kekal or bertahan lama skit kat Internet ni. nak buat keje sekaligus memang x boleh sebab topek x selalu on9. tp dari semasa ke semasa topek akan cuba sedaya upaya bagi mengatasi masalah yang terjadi ni.

    p/s : terlupa pula... terima kasih kepada yang wish birthday topek 13 okt yang lalu.

    salam kemaafan
    -topek-

    Report : Technical problem

    Update!!


    Baru sebentar tadi aku mencari punca masalah kenapa banner dan button link aku bermasalah... dan aku telahpun ketemui masalah yang timbul.

    Problem :

    Bila aku "jejaki" balik website yang aku upload file banner dan button link aku tu, rupanya dia telahpun "menamat"kan perkhidmatannya di dunia maya ni. bermakna... sume gambar2 yang kita upload tu akan terminate secara automatik la kerana website tu telah pun di"hapus"kan.

    So, Dapatlah aku buat kesimpulannya bahawa... aku kena la cari website yg lain utk upload file2 flash aku tu..

    Ahad, Oktober 12

    Beraya Lagi!!

    Semalam aku berkesempatan pergi ke perak (area Sungai Sumun) untuk berjumpa dengan pajeli. Penat juga la semalam. perjalanan yang memakan masa 45 minit ke sana telah membuatkan ku merasa ingin bertolak awal seawal jam 7.30 pagi dari Tanjong Karang.



    Frist time topek jumpe pajeli, bleh tahan gak dia ni, hehe... baru jumpa rasa macam dah lama kenal jer. macam kawan sekolah lama plak, hahahaha... "Pertemuan" Kami di Perak bermula di kilang koko (tempat pajeli tunggu). sesampainya aku di sana, pajeli membawa aku ke rumahnya yang agak "dalam" sedikit tempatnya.



    Ni la Pajeli (Tuan Punye Rumah "open house")


    Kek ni Pajeli yang buat, (kata ibunya)


    Wah!! dahsyat juga member blog aku yg sorang ni, pandai masak Kek. aku sendiri pun x reti masak kek... (x de pengalaman masak kek pun... selalu beli jer)

    Ok la... malas nak berita panjang. Untuk tgk lebih Gambar2 ni, topek dah pun sediakan satu album (khas utk pajeli)

    Jumaat, Oktober 10

    Kian Berakhir

    Perancangan Tahunan bagi 2008 aku kian hampir ke penghujungnya. hanya tinggal beberapa perkara lagi yang perlu aku "settlekan" sebelum ianya tamat.




    Alhamdulillah... segala perancangan aku pada tahun ni, semuanya berjalan dengan lancar. cuma ada sedikit masalah yang timbul dalam tahun ni, yang x dapat aku selesaikan dengan sepenuhnya... sedih pun ada juga. tp x pe la... maybe dalam perancangan tahun berikutnya, aku akan cuba untuk memperbaikinya.

    Kini, aku sudah memulakan perancangan aku untuk tahun depan iaitu Bagi Tahun 2009.
    harap2 perancangan itu akan berjalan dengan sepenuhnya dan tiada "kekangan" yang berlaku.

    UPDATE!!

    Malam tadi topek berkesempatan membuat "Button Link" untuk blog ini. alhamdulillah... ianya menjadi seperti ini :








    X sangka plak button link tu boleh siap dalam masa 1 hari jer... main "belasah" jer buat pakai FLash. huhu...

    Khamis, Oktober 9

    Beraya Ke Perak

    Masuk kali ni, dah 6 kali la aku pergi ke Perak. Tapi 5 kali yang sebelumnya tu, aku pergi kerana ada beberapa urusan. Tu pun pergi dengan kawan. Kali ini, dengan "berani"nya aku menjejakkan kaki sendirian pergi ke Perak untuk beraya ke rumah PajELi... "rempit" la katakan... muehehe...

    Berdasarkan peta yang di lukis oleh PajELi, aku telah mencari peta yang sebenar menggunakan Google Map. dan inilah hasilnya.


    View Larger Map


    Harap2 ianya betul la ye PajELi oi... Kg. ko tu yang menghala ke Sungai Sumun tu yerk??

    Isnin, Oktober 6

    Cerita RayaKu (Part 2)

    Hari Raya Ketiga ( 3 Okt)

    Pagi tu topek x ke mana - mana pun, duduk rumah, melayan saudara - mara yang datang berkunjung ke rumah. Tengah Hari pula, pergi Solat Jumaat Di masjid. Dan petang tu baru topek berjalan-jalan (raya). Petang tu, topek dan kawan - kawan sekerja datang berkunjung ke rumah pekerja Satay Hut (tempat kerja topek yang lama).




    Hari Raya KeEmpat (4 Okt)

    Raya yang keEmpat ini la yang paling istimewa sedikit. Hehehe.. berkunjung ke rumah "Kawan Baik" topek masa form 5 dulu. Segan pula time tu, dah la sorang2 jer datang sana. Tapi x pe la,raya punya pasal. X de hal la.Jangan salah sangka tau?ni bukan awek topek, Dia ni pun dah ada Buah hati dia.. nak buat macam mana kan.. (terlepas topek). huhu...

    Hari Raya KeLima (5 Okt)

    Pagi tu topek bercadang nak pergi ke rumah kak Honey (sabak bernam) tapi kak honey pula nak balik KL pagi tu takut jem kat jalan raya (katanya). So, plan pagi tu x jadi la.. dan hari tu topek x keluar ke mana - mana pun?x tau nak pergi mana. duk rumah jer la...

    begitulah cerita raya topek sehingga hari raya ke-5. nak celoteh panjang2 ni, penat tangan ni nak menaip... huhu... :(

    Ahad, Oktober 5

    Cerita RayaKu (Part 1)

    Sedar x sedar dah masuk hari raya ke-6 dah kite beraya kan?? Dan pastinya banyak kisah yang menarik sempena raya tahun ini yang ingin di kongsikan bersama. Betul x?? begitu juga topek. Maaf sebab lambat update cerita raya ini, kalau nak di ikutkan hari raya kedua topek nak update… tetapi, malas pula nak update cerita raya ini setiap hari… biar topek kumpulkan cerita raya ini dan topek publishkan nya sekali. (hari ini la).

    Hari Raya Pertama (1 Okt)

    Pada pagi tu, Ayah, abang, topek serta adik topek pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Kg topek. Setelah selesai solat sunat aidilfitri tu, topek pun balik dan Sesi Bermaaf – maafan sesame ahli keluarga pun bermula. Di mulakan dengan anak yang sulung, sampailah adik topek yang bongsu sekali. Setelah bermaafan, topek dan family pun bergambar bersama sama.





    Tepat pukul 11 pagi, topek dan family "konvoi" beraya ke rumah saudara - mara yang terdekat (Pt 2, Sg Burong)










    Hari Raya Kedua (2 Okt)

    Pada kebiasaannya, hari raya kedua ini orang kampung topek membuat Baraan Raya. Kunjung mengunjung dari rumah ke rumah dari Pagi sampai ke Petang. Bermula dari rumah imam surau dan dan rumah – rumah seterusnya. Baraan tahun ni topek x dapat nak ikut kerana topek sakit ketika itu (perut meragam)… adeh!! Rugi betul la.. so, xde la gambar.





    duit raya ni... hehe... jangan salah faham, ni bukan topek punye duit raya... tp ni la duit raya yang bakal topek bagi kepada "budak2" yang datang berkunjung ke rumah topek. nilainya?? .... biarlah rahsia. kalau mau... meh la datang rumah :p

    Khamis, Oktober 2

    Banner Baru

    Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga keinginan aku untuk membuat banner versi "flash" ni... hehehe... selama ni asyik guna banner yang ber"DOT JPEG or GIF" jer... so, tahun ni buat kelainan sedikit agar nampak skit ke"IT"annya...

    semesta 2 ni topek baru dapat blaja flash dalam modul multimedia. kalau sebelum ni blaja Komp. Grafik menggunakan adobe photoshop. So, ada pengetahuan sedikit tentang flash ni, membuatkan topek mendapat idea membuat banner baru ni. sebenarnya banner ni belum siap sepenuhnya lagi... cuma topek nak try uploadkannya di internet sama ada ianya dapat berfungsi atau tidak.
    menggunakan format .swf(DOTswf), agak sukar untuk topek mencari website yang boleh mengupload file berformat begini. pencarian demi pncarian topek lakukan di "search engine" akhirnya berjaya juga topek ketemui.

    Selasa, September 30

    "PerPindahan" di Lebaran


    Sebenarnya, dah lama topek memikirkan perkara ni, cumanya belum kesempatan untuk lakukannya. sempena lebaran yang bakal menjelma esok, topek telahpun membuat "pindahan" rumah (alamat) ke tapak baru iaitu topek-z.blogspot.com. Semoga dengan perpindahan ini akan membawa rahmat yang begitu meluas, membawa satu kebaikan pada diri topek dan seterusnya diredhai oleh-Nya.

    p/s : Buat teman - teman semua... sila Update URL terkini blog topek ya..

    Maafkan sebarang kesulitan yang dihadapi.

    Admin
    topek
    -ToPeK HeRe!!-

    Ahad, September 28

    Cerita Puasa

    Puasa tahun ni sungguh banyak cerita yang x dapat nak dilupakan. semua tu berlaku di dalam poli semasa semesta dua ni. ada beberapa cerita yang ingin topek kongsikan pada anda semua sebelum dan semasa ramadhan topek kali ini.

    1. Program menyambut kemerdekaan peringkat politeknik

    sebelum ni topek sambut merdeka di dataran "taman Astaka" Tg. Karang dan pasti ada pertunjukan bunga api pada akhir acara. tapi, kali ni topek sambut merdeka dalam poli dengan member2 satu course dengan topek.



    2. Program Kacau Dodol

    Ni adalah julung pertama kalinya poli topek mengadakan program seumpama ini. sebelum - sebelum ni x pernah pun buat macam ni (seperti yang di beritahu la). antara yang memeriahkan program tu adalah para pelajar, warden, dan beberapa orang kampung (jemputan)



    3. Majlis Fastbreak SIT 2A (kelas topek)

    majlis ni sebenarnya x pernah pun terfikir nak buat, dah saat2 terakhir (sebelum cuti) baru teringat nak buat. so, x de perancangan awal la. majlis tu telah dikendalikan oleh beberapa orang kawan topek termasuk topek sendiri. pada mulanya ada beberapa orang classmate topek yang x nak pergi sebab xde xxxx, yang betul2 confirm cume beberapa orang jer... rasa x seronok plak klu sikit2 ni. pelbagai usaha yang kiteorang usahakan utk mencari sponsor bagi majlis tu, dan akhirnya usaha tu berjaya. ("ayie" salah seorang classmate topek). walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, tp ianya cukup bermakna utk kiteorang melaksanakan program ini dengan jayanya. bila semua sudah setuju, rasa macam ada kekurangan pada majlis ni.., sebab x jemput lecturer. tanpa melengahkan masa, "SMS" jemputan telahpun topek anta kepada beberapa orang lecturer "kami" untuk memeriahkan majlis tu. tp, dukacita, kerana lecturer yang topek jemput masing2 ada hal mereka sendiri. hm... x pe la kalau begitu.

    Sabtu, September 27

    Kad Raya Aku.

    Alhamdulillah... akhirnye sempat juga aku "posting"kan kad raya aku yang aku "reka" untuk anda semua. sebenarnya, klu nak di ikutkan, aku mungkin x sempat nak membuat kad raya dalam masa 1 minggu ni kerana sibuk nak siapkan mini projek. tp, entah bagaimana lecturer topek yang mengajar modul "desktop publisher" menyuruh kiteorang buat kad raya sebagai "lab 5" kiteorang. dengan menggunakan "Adobe Illustrator dan Gabungan Adobe Photoshop, beginilah hasil kad raya yang dapat aku hasilkan.




    kepada pelawat blog topek, tiada apa yang "bisa" topek berikan selain dari kad raya ni. harap anda semua sudi untuk menerima pemberian "kad raya" topek yang tidak seberapa ini pada anda.

    nak berpantun jawa jap...

    "ngodok kupat nang esor ondo,
    ngudet jenang dino royo,
    jolok ngapuro seng ekeh - ekeh
    dino puro yo..."


    Di kesempatan ini juga, topek ingin mohon maaf andainya kalau topek ada buat salah atau terkasar bahasa pada anda semua. topek mintak maaf.
    dan pada ucapan ini juga, topek ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan - rakan, cikgu - cikgu, lecturer, sanak saudara, rakan blog, warga msjbox dan seluruhnya.

    Update!!

    bagi Kad raya, Dapat Kad raya lagi :



    dan ini pula dari kak shay...


    Dari Kak Shayz

    Thanx semua sebab bagi kad raya ni. :D

    Jumaat, September 19

    Kad Raya!!

    Sekian lamanya topek tidak dapat meng"online"kan diri, telah banyak "kisah" yang berlaku yang tidak sempat topek nak ikutinya bersama... walaubagaimanapun, topek ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua warga MSJBOX dan kawan2 blog yang telah sudi memeriahkan blog topek yang tidak seberapa ni.



    From Ryan



    From Bro Chime


    Terima kasih topek ucapkan pada ryan and bro chime yang sudi bagi kad raya (ryan) and bro chime (duit raya) ni pada topek. errk... x tau la nak "balas" ape... apa2pun thanx sekali lagi :D
     

    Mengenai Saya

    Foto saya
    taufik a.k.a topek
    19 tahun
    Seorang Pelajar IT

    ape yang menarik tentang aku??

    Pengikut

    Topek Copyright © 2009 Community is Designed by Bie